TanahkuOfficial

TanahkuOfficial Akaun Rasmi Tanahku Official - Platform Video & Visual Infotainment. Kami prihatin dengan suara rak

07/10/2021

Langsung : Persidangan Dewan Rakyat 7 Oktober 2021 | Sesi Petang

Ihsan: RTM

06/10/2021

Langsung : Persidangan Dewan Rakyat

6 Oktober 2021 | Sesi Petang

Ihsan: RTM

05/10/2021

Langsung : Persidangan Dewan Rakyat

5 Oktober 2021 | Sesi Petang

Ihsan: RTM

05/10/2021

Langsung : Persidangan Dewan Rakyat

5 Oktober 2021 | Sesi Petang

Ihsan: RTM

04/10/2021

Langsung : Persidangan Dewan Rakyat 4 Oktober 2021 | Sesi Petang

Ihsan: RTM

18/08/2021

Bacaan Sajak Menyambut Kemerdekaan oleh Zainal Abidin Ahmad BTP.

16/08/2021

Live - Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

16 Ogos 2021

16/08/2021

Kita kenang jasa, kita bina semula, kita akan kembali lebih kuat dan teguh bersama...

Terima kasih diucapkan buat YAB Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik buat YAB Tan Sri dan keluarga.

Amin Ya Rabbal Alamin.

14/08/2021

Kebebasan apa yang diperlukan sekarang? Bersuara? Hak Rakyat? Politik?

Lupakah kita pada kemelut yang sedang kita alami sekarang? Kebebasan sekarang adalah peperangan melawan musuh yang tidak nampak pada mata kasar. Bebas dan lawan Covid - 19.

Kita hampir berjaya, kita mesti berjaya lagi.

14/08/2021

Marilah sama-sama kita doakan semoga Covid19 ini akan reda dan kita dapat mencapai herd immunity dengan secepat mungkin. Amin

Kepada Allah jua lah kami berserah.

11/08/2021

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan menangguhkan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi individu lengkap vaksinasi.

MMA mengeluarkan kenyataan berikut kerana kadar jangkitan COVID-19 masih tinggi dan tunggu sehingga ada penurunan kes yang ketara.

“Kalau keputusan ini benar-benar berdasarkan sains, mengapa perjalanan rentas sempadan dibenarkan untuk mereka yang ingin berjumpa pasangan atau anak-anak mereka?” soal Dr Subramaniam, presiden MMA.

10/08/2021

Dua varian covid - 19 yang amat berbahaya dan memberi kesan kepada Negara kita sekarang. Iaitu Varian Delta & Beta.

Sedikit perkongsian yang kami perolehi daripada infografik Astro Awani berkaitan kedua - dua varian ini.

Varian Delta pertama kali dikesan di India dan telah merebak ke 80 buah Negara, manakala Beta p**a dikesan di Afrika selatan pada Disember 2020.

Varian baharu ini dipercayai merebak dengan lebih pantas. Jadi, setiap individu memainkan peranan penting untuk terus menjaga kebersihan kendiri dan teruskan mematuhi SOP.

Vaksin juga merupakan salah satu cara dan ikhtiar untuk kita melawan varian ini. Jika sesiapa yang masih belum mendapatkan vaksin, insya-Allah dengan inisiatif Vaksin secara walk - in mungkin dapat membantu lebih ramai orang mendapatkan vaksin dan sekaligus kita akan mencapai herd immunity kelompok. Mari kita berusaha bersama.

9 Ogos 2021Kes Covid - 19 hari ini adalah 17,236. Jaga keselamatan diri dan keluarga. Kita terus mainkan peranan masing ...
09/08/2021

9 Ogos 2021

Kes Covid - 19 hari ini adalah 17,236.

Jaga keselamatan diri dan keluarga. Kita terus mainkan peranan masing - masing. Moga ada sinar baharu untuk kita semua.

Salam Maal Hijrah 1443, menghayati tema "Manhaj Rabbani, Ummah berkualiti" dengan usaha meletakkan Allah SWT dalam mengh...
09/08/2021

Salam Maal Hijrah 1443, menghayati tema "Manhaj Rabbani, Ummah berkualiti" dengan usaha meletakkan Allah SWT dalam menghadapi pelbagai ujian terutama sekali di waktu Pandemik ini.

Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan semua amal ibadatnya dan mengambil semangat Hijrah Baginda Rasulullah SAW dalam memperbaiki diri. In Sha Allah.

Moga akan ada sinar bagi kita dalam menghadapi ujian ini. Amin.

09/08/2021

Salam takziah kami ucapkan atas pemergian Siti Sarah Raissuddin. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Kami dari TanahKu mendoakan agar keluarga beliau tabah menghadapi ujian.

08/08/2021

Alhamdulillah!

Tahniah diucapkan buat Jaguh trek negara, Dato' Azizulhasni Awang yang berjaya mendapat tempat kedua dan membawa p**ang pingat perak untuk Malaysia dalam acara Keirin berlangsung di Velodrum Izu sebentar tadi.

Terima kasih Dato' Azizulhasni Awang!

Terima kasih The Pocket Rocket Man!

Kami sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian ini.

Daripada,
Tanahku Official




6 Ogos 2021Kes Covid - 19 hari ini adalah 20,889. Terdapat 34 kluster baharu dilaporkan. Jaga keselamatan diri dan kelua...
06/08/2021

6 Ogos 2021

Kes Covid - 19 hari ini adalah 20,889. Terdapat 34 kluster baharu dilaporkan.

Jaga keselamatan diri dan keluarga. Kita terus mainkan peranan masing - masing. Moga ada sinar baharu untuk kita semua.

5 Ogos 2021.Kes baharu Covid - 19 tertinggi harini dicatatkan adalah sebanyak 20,596. Jaga keselamatan diri dan keluarga...
05/08/2021

5 Ogos 2021.

Kes baharu Covid - 19 tertinggi harini dicatatkan adalah sebanyak 20,596.

Jaga keselamatan diri dan keluarga. Ayuh bersama kita perbaiki diri untuk ke Fasa yang seterusnya di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Tiga Negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN...
05/08/2021

Tiga Negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 4 Ogos, semalam.

Moga terus konsisten dalam mencapai fasa yang ke - 4.

Kami daripada TanahKu berharap akan lebih banyak Negeri yang akan melangkah ke fasa yang seterusnya. Ayuh Malaysia, menang bersama.

04/08/2021

Olimpik Cycling Malaysia

04/08/2021

Live Perutusan Khas Perdana Menteri

Kami daripada TanahKu mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato' Azizul Hasni Awang & Shah Firdaus Shahrom dalam memburu...
04/08/2021

Kami daripada TanahKu mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato' Azizul Hasni Awang & Shah Firdaus Shahrom dalam memburu pingat emas dalam acara pecut individu. Mari kita berikan semangat kepada mereka hari ini di Velodrome Izu pada pukul 2.30 petang waktu tempatan.

Moga kejayaan berpihak kepada Malaysia. Setiap langkah kami titipkan doa dari jauh.

Ayuh, Malaysia pasti menang!

BIJAKKAH KITA?  VS  1. Melihat kepada isu yang berlaku pada hari ini, kita dapat merasakan bahawa negara kita dalam kead...
04/08/2021

BIJAKKAH KITA?

VS

1. Melihat kepada isu yang berlaku pada hari ini, kita dapat merasakan bahawa negara kita dalam keadaan yang tegang dan panas.

2. Antara isu-isu yang bermain di media sosial adalah tentang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Mahiaddin dan barisan para menteri kabinet dikatakan telah gagal untuk menguruskan negara ini. Tambahan lagi dengan isu pandemik yang semakin meningkat dari hari ke hari, menyebabkan kerajaan dilihat semakin lemah dan ke arah kegagalan.

3. Justeru, baru-baru ini ada satu demonstrasi jalanan yang dibawa oleh anak muda ala-ala Bersih 2.0 yang pernah berlaku pada tahun 9 Julai 2011 dengan hashtag .

4. Pada pendapat aku, kita semua mahu dan ada hak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita semua mempunyai suara yang patut didengari oleh pihak pemerintah agar keperluan dan kemahuan kita ditunaikan.

5. Namun, ada waktunya kita perlu kaji kembali keperluan dan tuntutan mengadakan demonstrasi jalanan itu adakah relevan dengan situasi pandemik pada waktu ini? Bukankah ini akan menambahkan kluster-kluster baharu yang dibimbangi akan menyumbang kepada statistik pesakit Covid-19? Nauzubillahi min zalik.

6. Mungkin penganjur boleh memikirkan jalan lain yang difikirkan selamat bagi mengadakan bantahan kepada kerajaan dengan memikirkan keselamatan para peserta yang hadir berdemo. Walau apa jua alasan yang digunakan, pada aku ia bukan jalan terbaik menyuarakan luahan hati.

7. Insya Allah, jalan yang baik akan membawa kepada perubahan yang lebih baik.

Arman Shah,
3 Ogos 2021.
(Penulis jemputan di TanahKu)
*Pandangan yang dinukilkan tidak mewakili suara rasmi TanahKuOfficial.

Assalamualaikum Selamat Pagi buat semua.Teman - teman,Kita tidak tahu bila akan berakhir wabak Covid 19, apatah lagi var...
03/08/2021

Assalamualaikum
Selamat Pagi buat semua.

Teman - teman,

Kita tidak tahu bila akan berakhir wabak Covid 19, apatah lagi varian delta yang makin mengganas sedang melanda negara kita.

Jadi, kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar kita sama - sama terus menerus menjadi ejen penyedar dan pemutus wabak ini.

Patuhi SOP dengan sebaik mungkin.

Buat mereka yang ada lebihan kewangan, Kami mengharapkan agar terus disumbangkan kepada mana2 pihak yang memerlukan, juga kepada 'frontliners' yang berjuang di lapangan dan berkorban demi negara.

Selamat Pagi Malaysia,
TanahkuOfficial





5 Ogos 2021.

03/08/2021

Fenomena Halo ialah salah satu fenomena optik dalam bentuk cincin atau gelang seakan-akan pelangi yang dihasilkan melalui biasan dan pantulan cahaya matahari atau bulan oleh kristal ais dari awan cirrostratus yang tinggi. Kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Siapa yang ada di kawasan ketika Fenomena Halo ni terjadi? Boleh kongsi kan sedikit bersama kami?

03/08/2021

Tanahku Semasa - 30 Julai 2021

Kerajaan Arab Saudi menghantar tiga pesawat berisi 1 juta Dos Vaksin dan 4.5 juta unit bantuan peralatan perubatan ke Malaysia, dalam menangani jangkitan Covid - 19.
Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Diharapkan hubungan baik antara Malaysia & Arab Saudi akan kekal selamanya.






1 Ogos 2021.Kes Covid - 19 hari ini adalah 17,150. Terdapat 23 kluster baharu dilaporkan. Jaga keselamatan diri dan kelu...
01/08/2021

1 Ogos 2021.

Kes Covid - 19 hari ini adalah 17,150. Terdapat 23 kluster baharu dilaporkan.

Jaga keselamatan diri dan keluarga. Ayuh bersama kita perbaiki diri untuk ke Fasa 2.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

01/08/2021

Sedutan aksi cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami daripada TanahKu mengucapkan syabas dan tahniah.

Kami rakyat Malaysia berbangga dengan aksi cemerlang  di sukan Olimpik Tokyo 2020. Keputusan Akhir. Tempat ke empat Acar...
01/08/2021

Kami rakyat Malaysia berbangga dengan aksi cemerlang di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan Akhir. Tempat ke empat Acara 3M Papan Anjal Akhir Wanita.

Skor keseluruhan : 326.15

Syabas!

Address

Bangi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TanahkuOfficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TanahkuOfficial:

Videos

Share


Other News & Media Websites in Bangi

Show All