
04/02/2025
PRODUK FRANKFURTER JENAMA RAHMAT HALAL, DIMILIKI USAHAWAN MUSLIM
JomCheck telah menerima satu lagi imej tular yang memainkan isu perkauman kononnya berlaku manipulasi oleh pemilik syarikat berbangsa Cina yang menghasilkan produk dengan identiti Islam/Melayu.
Kapsyen pada imej berkenaan menuduh nama dan rekabentuk pembungkusan produk frankfurter jenama ‘Rahmat’ menggunakan warna hijau bagi melambangkan elemen Islamik.
Ia menuduh produk ini dikeluarkan syarikat Leong Hup milik bukan Melayu/Muslim dan turut mendakwa syarikat itu adalah penternak babi terbesar di Melaka.
Semakan JomCheck menemui jawapan sebenar terhadap pertuduhan ini.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Pemilik jenama produk frankfurter ‘Rahmat’ adalah Syarikat Mantap Eksklusif Sdn. Bhd dan Pengarah syarikatnya ialah En. Rahmat bin Ibrahim.
Produk frankfurter Rahmat juga mempunyai logo halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sumber: https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/1476195405873061/?type=3&theater
S**a untuk kami ingatkan kepada orang ramai bahawasanya jika sesuatu produk itu telah mempunyai logo Halal yang sah oleh JAKIM maka produk tersebut telah memenuhi satu prosedur standard operasi yang ketat oleh JAKIM untuk memastikan produk berkenaan halal, suci, bersih dan selamat untuk dimakan.