Ismaweb

Ismaweb Portal Islam dan Melayu Ismaweb berhasrat memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di Malaysia melalui media.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli p...
17/02/2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.

Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa...
17/02/2025

Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sandwic yang didapati menyalah guna logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

"Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA Porcine dan sebagainya, laporan daripada Jabatan Kimia pihak yang berwibawa dan berautoriti.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kemuliaan Malam Nisfu Syaaban.Malam Nifsu Syaaban adalah malam istimewa kerana doa dimakbulkan. Marilah kita perbanyakka...
13/02/2025

Kemuliaan Malam Nisfu Syaaban.

Malam Nifsu Syaaban adalah malam istimewa kerana doa dimakbulkan. Marilah kita perbanyakkan doa, memohon keampunan, keberkahan, dan kemudahan dalam setiap urusan.

Semoga Allah SWT mengabulkan segala hajat yang baik, melapangkan hati, serta memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan keraja...
13/02/2025

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, keputusan kerajaan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan tersebut dan tidak mengambil kira pengalaman selama enam tahun dalam perkhidmatan kontrak adalah langkah yang tidak adil.

Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut adalah langkah membebankan mereka yang sekian lama berkhidmat dalam sektor awam.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peper...
13/02/2025

Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan daripada jumlah itu, 6,231 ialah calon sekolah KPM.

"Berdasarkan kepada analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” kata KPM.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 setiap tan metrik berbanding RM1,300 berkuakuas...
13/02/2025

Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 setiap tan metrik berbanding RM1,300 berkuakuasa Ahad ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mengumumkan, kerajaan akan mengekalkan Beras Putih Tempatan pada harga RM2.60 sekilogram dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan.

Menurutnya, penetapan harga berkenaan mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain serta impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpun...
13/02/2025

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Menurut Perdana Menteri, tindakan sama juga diambil terhadap himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), berlangsung di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh beberapa hari lalu.

"Tindakan (polis) sebelum ini iaitu siasatan terhadap semua mahasiswa yang terbabit dalam himpunan bebas rasuah, siasatan dihentikan dan tidak ada tindakan akan diambil. Juga mogok lapar, tunjuk perasaan mengenai SOSMA juga tidak akan diambil tindakan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kerajaan bercadang menyediakan beberapa lagi bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan dan Suruhanja...
13/02/2025

Kerajaan bercadang menyediakan beberapa lagi bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk kebenaran bekerja secara sah di Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata perincian kepada kebenaran ini sedang diperhalusi mengambil kira syarat dan keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang bersesuaian.

Katanya, kebenaran ini juga hanya akan dimuktamadkan selepas kesemua pelarian dan pemohon suaka yang berada di Malaysia sudah berdaftar dengan kerajaan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sin...
13/02/2025

Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.40 pagi.

Dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 1.51 pagi.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kaedah pemberian subsidi ke atas minyak masak paket ditukar kepada pemindahan ...
12/02/2025

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kaedah pemberian subsidi ke atas minyak masak paket ditukar kepada pemindahan tunai menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) setiap bulan.

Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berkata, pendekatan sedemikian lebih berkesan dalam membendung ketirisan yang dilaporkan masih dan terus berlaku, biarpun pelbagai pemantauan dan tindakan sudah diambil penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Kerajaan wajar mengkaji pemberian subsidi minyak masak dan memberikan bayaran bersasar menerusi bentuk tunai. Ini cara lebih baik dengan penjimatan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Puasa Hari Putih adalah amalan sunnah yang dilakukan setiap 13, 14, dan 15 haribulan Hijrah.𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵:نَوَيْ...
12/02/2025

Puasa Hari Putih adalah amalan sunnah yang dilakukan setiap 13, 14, dan 15 haribulan Hijrah.

𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵:
نَوَيْتُ صَوْمَ أَيَّامِ الْبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu shauma ayyaamil baidhi sunnatan lillaahi ta'aalaa.

“Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”

Semoga kita semua mendapat keampunan daripada Allah S.W.T dan semoga amalan serta doa kita diperkenankan Allah S.W.T pada malam yang penuh kemuliaan ini.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baharu bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyerta...
12/02/2025

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baharu bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.

"Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji," menurut kementerian itu dalam kenyataannya baru-baru ini.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Tanggal 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan...
12/02/2025

Tanggal 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan tarikh permulaan puasa umat Islam di negara ini.

M***i Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata tarikh permulaan puasa dijangka 1 atau 2 Mac, bergantung kepada penampakan anak bulan berkenaan.

"Di Pahang, pencerapan anak bulan akan dilakukan di tiga tempat iaitu Menara 188 Kuantan, Nenasi dan Cameron Highlands.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebe...
10/02/2025

Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dalam tempoh yang sama kadar pengangguran turun kepada 3.3 peratus pada 2024, berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

"Ekonomi Malaysia dilihat kekal pada trajektori pertumbuhan positif pada tahun 2024, didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh meskipun berdepan dengan ketidaktentuan luaran yang berterusan.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kota Marudu merasai gegaran akibat gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daer...
10/02/2025

Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kota Marudu merasai gegaran akibat gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daerah itu pada 10.39 pagi hari ini.

Antara kampung yang merasai gegaran bermagnitud 3.8 pada skala Richter itu adalah Gana, Talantang dan sekitarnya termasuk kawasan pekan.

Seorang penduduk Kampung Gana berkongsi gegaran yang berlaku di kampungnya melalui media sosial mendakwa secara tiba-tiba dia merasa pening apabila rumah bergoyang.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terkawal dan sebarang ancaman akan dita...
10/02/2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terkawal dan sebarang ancaman akan ditangani dengan tegas.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya komited dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap tertinggi, seiring dengan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Katanya, keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik bagi menangani ancaman jenayah.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Syarikat yang lorinya terbabit kemalangan hingga meragut tujuh nyawa di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Disemb...
10/02/2025

Syarikat yang lorinya terbabit kemalangan hingga meragut tujuh nyawa di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Disember lalu akan dituduh di mahkamah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, pihaknya sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh pemilik syarikat itu.

Katanya, sebelum ini pihaknya juga menyerahkan saman kepada pemilik pada 7 Februari lalu dan wakilnya diminta hadir ke mahkamah untuk pertuduhan membawa lebih muatan mengikut Seksyen 57(1)(b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Address

Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ismaweb posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ismaweb:

Videos

Share