20/12/2023
GEG Energizer - Meet Up GEG Malaysia di Kota Kinabalu menjalinkan hubungan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan di Sabah terutamanya Pendidikan.
Kota Kinabalu : Google Educator Groups (GEG) Kota Kinabalu telah menjadi tuan rumah untuk program GEG Energizer - Meet Up Google Educator Groups Malaysia. Program yang turut dihadiri oleh GEG Sabah GEG Kota Kinabalu, Tuaran, Lahad Datu, Tenom, Beaufort dan Keningau GEG Sarawak iaitu GEG Serian, GEG Limbang, GEG Santubong, GEG Sibu, GEG di Wilayah Persekutuan Labuan dan GEG daripada Semenanjung Malaysia GEG Tambun dan GEG Paya Rumput. Daripada GEG Energizer ini dapat mengumpulkan semua komuniti Google GEG di Kota Kinabalu sambil berkongsi kejayaan dan pengalaman ahli GEG yang menyertai Google for Education Champions Symposium Singapore pada Sept 2023 yang lalu.
Ketua GEG Kota Kinabalu Mohd Idremzizan Idris berkata, selaku penganjur lokasi GEG Energizer kali ini amat berterima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah kerana memberikan ruang untuk Google Malaysia melalui GEG menggunakan lokasi selaku sokongan kepada program antarabangsa yang melibatkan GEG daripada luar negara.
Tidak melupakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah yang memberikan maklumat yang cukup berguna dalam acara kemuncak GEG Energizer ini pada Forum Pendidikan yang menyentuh berkaitan dengan Masa Depan Pendidikan Digital.
Bila ditanya pihak pemberita Ketua GEG Kota Kinabalu berkaitan dengan GEG, Mohd Idremzizan Idris berkata yang GEG ini adalah NGO yang berada dibawah Google yang digunakan untuk membantu guru dan murid untuk belajar dan berkongsi bersama Google melalui Google for Education daripada GEG. Google juga berada dalam jalur kompentasi kemahiran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal pendidikan mereka iaitu Delima 2.0 https://d2.delima.edu.my/
GEG Kota Kinabalu bersama sama GEG di Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan menyusun perancangan untuk membuat kunjungan perkongsian bersama GEG Indonesia melalui Google Jakarta pada Sept 2024 nanti. Melalui platform ini cikgu cikgu yang menyertai dapat membawa nama sekolah dan berkongsi kejayaan sekolah mereka apatah lagi yang melibatkan aplikasi Google dan juga komuniti GEG itu sendiri. Malah dapat turut berkongsi kejayaan sekolah di Sabah khususnya melalui platform ini nanti bersama negara Indonesia melalui Google Jakarta.
โMaknanya kita ada satu platform antarabangsa dimana kita boleh berkomunikasi dengan orang luar contohnya macam program ini yang melibatkan Thailand, kita panggil dari Singapura, kita panggil dari Indonesia. Jadi itu yang kita buat secara hibrid macam sekarang ini,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program GEG Energizer Meet Up GEG Malaysia di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah di sini baru-baru ini.
Program itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah puan Alijah Ismail yang mewakili Setiausaha Tetap Kementerian. Terdahulu, Alijah ketika berucap berharap agar semua peserta dapat mengambil manfaat yang sepenuhnya dalam program GEG Energizer yang direncanakan. Beliau turut berharap program itu dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan ke arah yang lebih cemerlang melalui Google Educator Groups. Di Sabah kita mempunyai 6 buah GEG yang telah pun dilantik melalui Google iaitu Google Educator Groups Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Keningau, Lahad Datu dan Tenom. Boleh mengikuti GEG Kota Kinabalu melalui www.gegkotakinabalu.edu.my
Perasmian penutupan GEG Energizer - Meet Up Google Malaysia di Kota Kinabalu oleh Timbalan SUT1 Puan Alijah Ismail yang mewakili SUT Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.
Sumber : GEG Kota Kinabalu