“Bercinta”, “Bercouple”, “Berikhtilat” dan sebagainya mempunyai takrifan berbeza dan sangat subjektif dengan merujuk kepada setiap individu.
Ada yang kata bercinta itu halal, sedang “couple” itu haram. Ada juga yang mengatakan kedua-duanya haram, sebahagian yang lain pula mengatakan ia harus namun bersyarat. Namun ada juga yang menjustifikasikannya dengan penggunaan kalimah “ikhtilat”.
Tuntasnya, percintaan itu biarlah dengan niat kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar “bercouple” dan berkasih semata tanpa sebarang matlamat dan hala tuju. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses ta’aruf yang sekadarnya, kemudian segerakan dengan ikatan pertunangan dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk proses-proses tersebut, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti “bercouple”, kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala. Ia hanya akan menambahkan kemudaratan berbanding kerahmatan. Ia hanya membuang masa dan membazir usia dengan perkara sia-sia.
Moga kita semua mampu menjaga batas pergaulan dengan sempurna, kerana Allah telah berjanji, bahawa lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Setiap manusia Allah telah jadikan berpasangan. Jadi, usahlah terlalu bermuram durja, kerana saat bahagia itu pasti tiba, jika tidak di dunia ini, di akhirat sana pasti ada!
Pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan atau yang sedang mempersiapkan diri dan keperluan menyambut cahaya mata pertama digalakkan untuk melakukan Tahnik.
Pihak JomSembang Sg menyediakan pakej-pakej khas buat anda.
Layari https://jomsembang.sg/ untuk maklumat dan tempahan
بُكَاءُ الْوَالِدَيْنِ مِنَ الْعُقُوقِ وَالْكَبَائِرِ
Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata dengan maksudnya: “Tangisan ibubapa termasuk di dalam derhaka dan dosa besar.”
Pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan atau yang sedang mempersiapkan diri dan keperluan menyambut cahaya mata pertama digalakkan untuk melakukan Tahnik.
Pihak JomSembang Sg menyediakan pakej-pakej khas buat anda.
Layari https://jomsembang.sg/ untuk maklumat dan tempahan
Kadang-kadang, perkara buruk yang terjadi pada kita. Ada hikmah disebaliknya. Dan mungkin ada kebaikan tanpa kita sedari.
Thank you for choosing Jom Sembang Sg.
“Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya"
#newbornpackage #tahnikbayi #doaselamat
Seperti ilmu padi, semakin berisi semakin menunduk...
ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا۟ لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ ١٧٣
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
Quran Surah Ali-Imran, Ayat 173
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّۢ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًۭا كَرِيمًۭا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Qurah Surah Al-Isra, Ayat 23
Belum terlambat untuk belajar balik wudhu.
قَالَ النَّبِيُّ ﷺ كُنْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ مُحِبًّا وَلَا تَكُنْ خَامِسًا فَتَهْلِكَ . رواه بيهقى
Nabi ﷺ bersabda, “Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mau mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka.” (HR. Baihaqi).
ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلَّآ أَن قَالُوا۟ وَٱللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ ٢٣
ٱنظُرْ كَيْفَ كَذَبُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ ۚ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَفْتَرُونَ ٢٤
Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu.
Qurah Surah Al-An'am, Ayat 23-24