08/12/2024
Innalillahiwainailaihirojiun, penyanyi Aspalela Abdulah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar jam 10 pagi tadi.
Allahyarham yang bakal genap usianya 80 tahun pada 30 Januari depan sebelum itu jatuh dalam bilik air di kediamannya di Taman Melati, ibu negara.
Menurut cucu Allahyarham, Puteri Wan Nur Izzati Azhari berkata, dia dan ahli keluarganya menyedari neneknya terjatuh semasa bangun menunaikan solat Subuh.
“Mungkin nenek terjatuh ketika mahu membersihkan diri untuk menunaikan solat Subuh.
“Sebaik melihat keadaan nenek, kami segera menghubungi ambulans dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Sebelum dimaklumkan doktor nenek meninggal jam 10 pagi tadi.
Nur Izzati berkata, sepengetahuannya, Allahyarham Aspalela tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan yang serius, sebaliknya, neneknya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol yang terkawal.
Kata Nur Izzati, dari HKL, jenazah neneknya akan dibawa ke Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati, di sini, sebelum dijangka dikebumikan selepas solat Asar kelak.
Sumber :-Astro Awani.