Maktabah Ahmad Publisher

  • Home
  • Maktabah Ahmad Publisher

Maktabah Ahmad Publisher Dapatkan buku-buku terbitan kami di:

www.maktabahahmad.com

Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- B...
07/08/2024

Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- Berjudul “Nasihatku Kepada Ahli Sunnah”. [Bahagian 9].

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya:

Bukankah kamu manusia yang paling berhak -wahai Ahli Sunnah- untuk mengumpulkan perpaduan dan menyatukan kalimah. Rabb Yang Maha Mulia berfirman di dalam Kitab-Nya yang mulia:

[Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.]

Dan Nabi -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- bersabda sebagaimana di dalam «Al-Sahihain» daripada hadith Abu Musa -semoga Allah meredainya-:

«Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain.»

Dan baginda bersabda sebagaimana di dalam «Al-Sahihain» daripada hadith Al-Nu’man bin Basyir -semoga Allah meredainya-:

«Perumpamaan kaum mukminin dalam berkasih sayang sesama mereka dan berbelas kasihan sesama mereka adalah seperti jasad yang satu, apabila salah satu anggota jasad sakit, maka keseluruhan jasad akan turut mengalami demam panas dan payah tidur.»

Ulasan:

Kata beliau -semoga Allah merahmatinya-:

“Bukankah kamu manusia yang paling berhak -wahai Ahli Sunnah- untuk mengumpulkan perpaduan dan menyatukan kalimah. Rabb Yang Maha Mulia berfirman di dalam Kitab-Nya yang mulia: [Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah..”

Iaitu: Semua orang yang beriman wajib ke atas mereka untuk berpegang teguh dengan tali Allah,

“..dan janganlah kamu bercerai-berai.]..”

Ini larangan daripada bercerai berai dan larangan daripada hawa nafsu-hawa nafsu yang menyesatkan.

Kata beliau:

“..Dan Nabi -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- bersabda sebagaimana di dalam «Al-Sahihain» daripada hadith Abu Musa -semoga Allah meredainya-: «Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain.»..”

Iaitu seperti bangunan yang apabila disusun sebahagiannya ke atas sebahagian yang lain ia menjadi kukuh, terjalin, teguh dan kuat.

Kata beliau:

“..Dan baginda bersabda sebagaimana di dalam «Al-Sahihain» daripada hadith Al-Nu’man bin Basyir -semoga Allah meredainya-: «Perumpamaan kaum mukminin dalam berkasih sayang..”

Iaitu: Kecintaan sesama mereka.

“..dan berbelas kasihan sesama mereka..”

Iaitu: Sebahagian mereka saling merahmati sebahagian yang lain.

“..adalah seperti jasad yang satu..”

Iaitu: Seperti satu tubuh manusia.

“..apabila salah satu anggota jasad sakit..”

Iaitu: Apabila tubuh mengadu kesakitan pada sebahagian anggota.

“..maka keseluruhan jasad akan turut mengalami demam panas dan payah tidur.»..”

Maknanya: Seluruh tubuh akan turut terkesan. Iaitu apabila seorang insan ditimpa gangguan pada kakinya atau pada tangannya atau pada telinganya atau pada tekaknya atau pada mana-mana bahagian daripada tubuhnya, maka seluruh anggota tubuh yang lain akan turut terkesan dengan apa yang menimpa anggota yang sakit itu dengan turut memikul kegundahan seperti kegundahan anggota yang sakit itu. Seluruh anggota tubuh yang lain akan turut mengalami kesakitan, demam panas dan payah tidur. Sehinggakan tidur pun hilang padahal kesakitannya bukan di mata; kesakitannya di kaki [sebagai contoh] akan tetapi tidur akan hilang juga kerana mata, otak dan sendi-sendi semuanya memberikan reaksi terhadap kesakitan yang menimpa itu. Demikianlah.

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya:

Puak Rafidhah telah menyibukkan dunia dengan propaganda mereka dan menyesatkan ramai orang, bahkan mereka telah menyibukkan manusia daripada menunaikan manasik haji.

Manusia datang dari segenap penjuru yang jauh untuk melaksanakan manasik mereka dan untuk berzikir kepada Allah pada syiar-syiar yang diberkati itu, tahu-tahu puak Rafidhah mengadakan demonstrasi jahiliah sambil menjerit melaungkan: “Khomeini! Khomeini!”.

Siapakah yang mampu menjelaskan [kepada manusia] kump**an-kump**an yang telah menderhakai perintah Rabb mereka ini, dan telah menjadikan haji sebagai syiar untuk melakukan huru-hara, kekecohan dan seruan-seruan jahiliah[?!] Tidak ada yang mampu -dengan izin Allah- kecuali Ahli Sunnah jika bersatu kalimah mereka dan [jika] mereka sememangnya Ahli Sunnah yang sebenar.

Sesungguhnya kebangkitan Islamiah yang Allah inginkan perlu kepada penjagaan dan siapakah yang mampu bangkit menjaganya kecuali Ahli Sunnah?!

Ulasan:

Kata beliau:

“Puak Rafidhah telah menyibukkan dunia dengan propaganda mereka..”

Maksud propaganda ialah: Segala yang disiarkan dan sampai kepada orang lain maka termasuklah saluran televisyen satelit, siaran radio, laman web eletronik semua itu termasuk. Buku-buku, ceramah-ceramah dan rakaman-rakaman suara, semua itu dinamakan propaganda. Propaganda puak Rafidhah.

Kata beliau:

“..telah menyibukkan dunia dengan propaganda mereka..”

Mereka telah menyibukkan dunia dengan saluran media dan propaganda mereka.

“..dan menyesatkan ramai orang..”

Iaitu: Ramai manusia yang telah menyimpang disebabkan itu.

“..bahkan mereka telah menyibukkan manusia daripada menunaikan manasik haji..”

Maksudnya: Puak Rafidhah telah menyibukkan manusia daripada melaksanakan ibadah haji. Manasik haji maksudnya amal perbuatan yang dilakukan ketika berhaji.

“..Manusia datang dari segenap penjuru yang jauh untuk melaksanakan manasik mereka dan untuk berzikir kepada Allah pada syiar-syiar yang diberkati itu..”

Syiar-syiar haji seperti ‘Arafah, Muzdalifah, Mina dan apa yang dilakukan oleh orang yang berhaji padanya.

“..tahu-tahu puak Rafidhah mengadakan demonstrasi jahiliah..”

Dan ini telah berlaku pada beberapa tahun yang lalu, sekitar lebih 30 tahun yang lalu puak Rafidhah keluar ketika musim haji, mereka berhimpun dan mengadakan demonstrasi.

“..sambil menjerit melaungkan: “Khomeini! Khomeini!”..”

Mereka berteriak menyebut nama Khomeini iaitulah Khomeini yang merupakan ketua bagi apa yang dinamakan sebagai “Kebangkitan Rafidhiah”. Dan orang ini memiliki ucapan-ucapan kufur yang sudah terkenal di dalam buku-buku dan rakaman-rakaman suaranya. Antaranya dia kata:

“Sesungguhnya imam-imam kita -iaitu imam-imam yang maksum [di sisi mereka]- memiliki kedudukan yang tidak dapat dicapai oleh nabi dan juga selain nabi.”

Mereka menjadikan imam-imam yang dua belas itu lebih afdal daripada para nabi. Dia juga memiliki ucapan-ucapan kufur yang lain lagi.

Kata beliau:

“..Siapakah yang mampu menjelaskan [kepada manusia] kump**an-kump**an yang telah menderhakai perintah Rabb mereka ini..”

Iaitu: Siapakah yang mampu menerangkan kump**an ini kalau seandainya ditakdirkan puak Rafidhah bangkit menyerang ahli Islam, siapakah yang mampu menghalang kezaliman mereka ini?

Kata beliau:

“..dan telah menjadikan haji sebagai syiar untuk melakukan huru-hara..”

Iaitu: Menyebabkan berlakunya huru-hara pada musim haji.

“..kekecohan..”

Iaitu: Meninggikan suara dengan melaungkan sesuatu yang mereka datangkan berupa bidaah-bidaah mereka sambil mengangkat tinggi suara-suara mereka.

“..dan seruan-seruan jahiliah..”

Iaitu: Ketika mereka menyeru kepada memerangi sunnah dan kepada mencela para sahabat dan juga seruan jahiliah dengan menyeru kepada mengagungkan negara Parsi dan orang-orang Rafidhah di sana.

Kata beliau:

“..Tidak ada yang mampu -dengan izin Allah- kecuali Ahli Sunnah jika bersatu kalimah mereka dan [jika] mereka sememangnya Ahli Sunnah yang sebenar. Sesungguhnya kebangkitan Islamiah..”

Kebangkitan maknanya kebangunan, maknanya kesedaran. Kesedaran umat Islam.

“..yang Allah inginkan perlu kepada penjagaan..”

Yakni perlu kepada pemeliharaan.

“..dan siapakah yang mampu bangkit menjaganya kecuali Ahli Sunnah?!..”

Iaitu: Siapakah yang mampu memeliharanya kalau bukan Ahli Sunnah. Demikian.

Beberapa tahun yang lalu berlaku satu kejadian di mana puak Rafidhah keluar di Madinah Nabawiyyah, Madinah Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- dan mereka ingin masuk dan menghancurkan sebahagian daripada kubur para sahabat dan para salaf. Lalu orang-orang awam Ahli Sunnah yang termasuk orang-orang yang cemburu terhadap sunnah bangkit menghadapi mereka. Maka berlakulah huru-hara dan perkelahian di sana kerana daulah tidak mampu [mengekang puak Rafidhah ketika itu]; Di sana ada beberapa penjaga tetapi jumlahnya tidak ramai manakala puak Rafidhah datang dengan jumlah yang sangat ramai ingin membuat kerosakan. Maka bangkitlah orang-orang yang solat dalam kalangan Ahli Sunnah dan menghentikan Rafidhah pada batasannya.

Maksudnya di sini adalah ahli kebatilan tidak ada yang dapat menghadapinya kecuali ahli kebenaran. Kebatilan tidak dihadapi kecuali dengan kebenaran. Akan tetapi maksud Syeikh -semoga Allah merahmatinya- adalah bahawa puak Rafidhah tidak mungkin dapat dihentikan pada batasannya kecuali oleh Ahli Sunnah yang sebenar dengan cara berdakwah kepada Allah, istiqamah yang benar dan memperingatkan daripada bidaah. Kitab dan sunnah. Demikianlah semoga Allah berkati kalian dan kita selesaikan insya-Allah selepas asar nanti.
___

Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi pada 20 Rabi' al-Akhir 1445 bersamaan 4/11/2023 di Malaysia.

Transkrip dan terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.


Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- B...
28/07/2024

Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- Berjudul “Nasihatku Kepada Ahli Sunnah”. [Bahagian 8].

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya:

Kamu semua tahu wahai Ahli Sunnah bahawa musuh-musuh kamu bergembira dengan musibah yang menimpa kamu dan bahawa musuh-musuh Islam tidak berasa gerun kecuali kepada kamu, maka mereka berusaha untuk mencerai-beraikan perpaduan kamu dengan apa jua cara.

Sesungguhnya yang wajib ke atas Ahli Sunnah adalah untuk mereka menjadi orang-orang yang bersedia menyelesaikan masalah-masalah dunia semuanya kerana merekalah yang layak dan berhak untuk itu. Merekalah yang telah dianugerahkan oleh Allah kefahaman terhadap Kitab Allah dan sunnah Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- dengan cara yang betul.

Sesungguhnya Ahli Sunnah dikira sebahagian besar masyarakat Islam; akan tetapi perpecahan mereka, perselisihan mereka dan ketidaktahuan ahli setiap bangsa mengenai keadaan orang lain menjadikan mereka larut di tengah-tengah masyarakat. Sesungguhnya kita benar-benar berharap agar Allah memberikan taufik kepada orang-orang yang menjalankan kerja dakwah kepada sunnah agar memeriksa keadaan Ahli Sunnah, menyebarkan tentang mereka dan keadaan mereka, moga-moga Allah mengumpulkan perpaduan mereka.

Ulasan:

Kata beliau:

“Kamu semua tahu wahai Ahli Sunnah bahawa musuh-musuh kamu bergembira dengan musibah yang menimpa kamu..”

Iaitu: Tatkala mereka melihat kamu semua berselisih dan perselisihan tersebut memberikan kesan kepada kamu untuk [akhirnya] berpecah belah, hal itu menggembirakan musuh-musuh kamu. Perpecahan itu juga akan menjadi penghalang bagi orang yang belum sunni untuk masuk ke dalam sunnah. Dia akan kata: “Mereka itu semuanya berpecah belah, bagaimana kami nak masuk sementara mereka sendiri berpecah belah.”

Kata beliau:

“..dan bahawa musuh-musuh Islam tidak berasa gerun kecuali kepada kamu..”

Iaitu: Mereka tidak berasa takut kecuali kepada kamu.

“..maka mereka berusaha untuk mencerai-beraikan perpaduan kamu dengan apa jua cara..”

Iaitu: Untuk memecahbelahkan kesatuan kamu dengan cara apapun selagi mereka mampu, baik dengan kekuatan atau dengan hasutan (tahrisy) atau dengan membuat orang lari (tanfir) atau dengan memburukkan [gambaran] manhaj Ahli Sunnah dan tariqah Ahli Sunnah. Musuh-musuh Islam dengan apa jua cara berupaya dan berusaha mengetuk pintu perpecahan Ahli Sunnah.

Kata beliau -semoga Allah merahmatinya-:

“..Sesungguhnya yang wajib ke atas Ahli Sunnah adalah untuk mereka menjadi orang-orang yang bersedia menyelesaikan masalah-masalah dunia semuanya kerana merekalah yang layak dan berhak untuk itu..”

Iaitu: Ahli Sunnah, wajib ke atas mereka untuk mempersiapkan diri menyelesaikan masalah-masalah dunia. Berbalah puak itu, mereka datang kepada Ahli Sunnah. Berbalah orang-orang awam, mereka datang kepada Ahli Sunnah. Berbalah ahli hawa nafsu, kadang-kala mereka juga datang kepada Ahli Sunnah. Berbalah atau berlaku masalah sesama kabilah atau di negara atau di mana-mana sahaja, mereka semuanya datang kepada Ahli Sunnah. [Begitulah kenyataannya] di banyak tempat.

Maka Ahli Sunnah harus bersedia menyelesaikan masalah-masalah dunia. Bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah-masalah dunia kalau mereka sendiri berpecah belah. Bukankah lebih patut untuk mereka menyelesaikan masalah-masalah mereka sendiri dahulu jika betul mereka mampu menyelesaikan masalah-masalah dunia?! Selesaikanlah masalah-masalah mereka. Demikian.

Kata beliau:

“..Merekalah yang telah dianugerahkan oleh Allah kefahaman terhadap Kitab Allah dan sunnah Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- dengan cara yang betul..”

Yakni: Sebab mengapa hanya Ahli Sunnah sahaja yang berkeahlian untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia adalah kerana mereka mengetahui Al-Kitab dan sunnah dengan cara faham yang betul. Mereka memahami Al-Kitab dan sunnah dengan cara faham yang betul. Kerana barangsiapa yang memahami dengan pemahaman yang betul [terhadap nas-nas Al-Kitab dan sunnah], nescaya dia mampu menyelesaikan masalah sesuai dengan apa yang diredai Allah -Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi-.

Kata beliau -semoga Allah merahmatinya-:

“..Sesungguhnya Ahli Sunnah dikira sebahagian besar masyarakat Islam; akan tetapi perpecahan mereka, perselisihan mereka dan ketidaktahuan ahli setiap bangsa mengenai keadaan orang lain menjadikan mereka larut di tengah-tengah masyarakat..”

Makna ucapan beliau ini adalah: Bahawa Ahli Sunnah di tengah-tengah masyarakat sebenarnya ramai, iaitu orang-orang yang mencintai sunnah, menghormati sunnah Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda-, dan mengatakan bahawa jalan yang betul adalah jalan yang ditempuh oleh Ahli Sunnah dari kalangan ulama, para penuntut ilmu dan orang-orang yang mencintai Ahli Sunnah.

Jumlah mereka sebenarnya ramai. Jumlah mereka ramai meskipun sebahagian mereka barangkali ada yang memiliki maksiat, tetapi dia tetap tergolong dalam kalangan Ahli Sunnah. Adapun maksiatnya itu maka dia akan menanggungnya sendiri, tetapi dia tetap tergolong dalam kalangan Ahli Sunnah. Maka maksudnya [di sini] Ahli Sunnah sebenarnya dikira majoriti masyakarat dunia Islam namun apa yang menjadikan mereka tidak nyata kelihatan? Puak Rafidhah [sebagai contohnya] kelihatan ramai di pelbagai tempat, di Iraq, di Iran, di Yaman, mengapa demikian? Kerana mereka semua saling berganding bahu, saling berkenalan dan bersatu sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain di bawah satu panji iaitulah panji kebatilan dan panji peperangan ke atas Ahli Sunnah.

Akan tetapi Ahli Sunnah, meskipun jumlah mereka ramai namun mereka berpecah belah dan larut di tengah-tengah masyarakat. Larut di tengah-tengah masyarakat maksudnya: Mereka tidak memiliki orang yang dapat membangkitkan mereka dan untuk mereka kembali merujuk kepadanya; rujukan-rujukan ilmiah dan tumpuan yang tulus terhadap Al-Kitab dan sunnah. Disebabkan berlakunya perpecahan, ia menjadikan mereka larut di tengah-tengah masyarakat.

Kata beliau:

“..Sesungguhnya kita benar-benar berharap agar Allah memberikan taufik kepada orang-orang yang menjalankan kerja dakwah kepada sunnah agar memeriksa keadaan Ahli Sunnah..”

Yang bertanggungjawab ke atas dakwah Ahli Sunnah ialah ahli ilmu. Ada sedikit kekurangan pada mereka [dalam bab ini] di beberapa negara maka kamu dapati orang yang berada di bumi Al-Haramain tidak bertanya tentang saudaranya yang di Yaman; yang di Yaman juga tidak bertanya tentang saudaranya yang di Mesir; yang di Mesir p**a tidak bertanya tentang saudaranya yang di Syam dan begitulah. Maka [sebab itu] Syeikh kata:

“..Sesungguhnya kita benar-benar berharap agar Allah memberikan taufik kepada orang-orang yang menjalankan kerja dakwah kepada sunnah..”

Iaitu antaranya: Para ulama, para penuntut ilmu dan ahli ilmu.

“..agar memeriksa keadaan Ahli Sunnah..”

Iaitu: Sebahagian mereka saling bertanya khabar dan mencari tahu tentang keadaan sebahagian yang lain.

“..dan menyebarkan tentang mereka dan keadaan mereka..”

Maksudnya: Mencari tahu tentang mereka dan keadaan mereka.

“..moga-moga Allah mengumpulkan perpaduan mereka..”

Dan ini doa [daripada Syeikh]. Semoga Allah mengumpulkan perpaduan Ahli Sunnah apabila ahli ilmu bangkit melaksanakan hal-hal semisal ini seperti mencari tahu tentang hal ehwal Ahli Sunnah, bertanya tentang keadaan mereka serta memeriksa kondisi mereka. Demikianlah.
___

Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi pada 20 Rabi' al-Akhir 1445 bersamaan 4/11/2023 di Malaysia.

Transkrip dan terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.


Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- B...
27/07/2024

Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- Berjudul “Nasihatku Kepada Ahli Sunnah”. [Bahagian 7].

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan rasul-Nya -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.

Amma ba’d,

Kata Syeikh kami Al-‘Allamah al-Muhaddith Abu ‘Abd al-Rahman Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -semoga rahmat Allah dilimpahkan ke atas beliau- di dalam kitab “Nasihatku Kepada Ahli Sunnah” muka surat 7 daripada cetakan ini:

Maka kamu semua -segala puji bagi Allah- wahai Ahli Sunnah, kamu semua bukan seperti orang-orang Rawafidh, sebahagian mereka saling mengkafirkan sebahagian yang lain. Demikian juga pemimpin-pemimpin Muktazilah, sebahagian mereka saling mengkafirkan sebahagian yang lain sebagaimana [disebutkan] di dalam kitab-kitab yang membahas tentang “Al-Milal wa al-Nihal” (kelompok-kelompok agama dan ideologi-ideologi).

Adapun Ahli Sunnah, maka -segala puji bagi Allah- kebanyakan perselisihan mereka adalah dalam [cara] memahami hadith pada ibadah-ibadah yang pelbagai yang warid daripada syarak; atau pada hadith yang berbeza-beza sudut pandang mereka dalam menilainya sahih atau dhaif dan selain itu daripada sebab-sebab perselisihan yang telah disebutkan oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah -semoga Allah merahmatinya-.

Ulasan:

Ucapan Syeikh -semoga Allah merahmatinya-

“Maka kamu semua -segala puji bagi Allah- wahai Ahli Sunnah, kamu semua bukan seperti orang-orang Rawafidh, sebahagian mereka saling mengkafirkan sebahagian yang lain..”

Maksud beliau -semoga Allah merahmatinya- bahawa Ahli Sunnah mempelajari masalah-masalah berkaitan takfir dan tabdi’ daripada kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda-. Sunnah [Nabi] telah menjamin tarbiah ahlinya, ia mentarbiah mereka untuk iltizam (komitmen) dengan syariat Allah -Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi- kerana mereka terikat dengan dalil-dalilnya. Ini berbeza dengan selain mereka dari kalangan ahli bidaah dan hawa nafsu kerana hawa nafsu mereka itu telah membawa mereka jauh terkeluar daripada apa yang ditunjukkan oleh Al-Kitab dan sunnah.

Kelompok Rawafidh ialah kelompok terkenal yang menghukum kafir majoriti sahabat atau menghukum sesat mereka atau menghukum fasik mereka kecuali sedikit sahaja dari kalangan sahabat.

Kelompok Muktazilah juga kelompok terkenal yang memiliki usul-usul yang rosak yang menyalahi usul-usul Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kelompok Rawafidh dan Muktazilah ini p**a memiliki pecahan-pecahan yang berlainan yang mana sebahagian mereka saling mengkafirkan sebahagian yang lain.

Ucapan beliau:

“..sebagaimana [disebutkan] di dalam kitab-kitab yang membahas tentang “Al-Milal wa al-Nihal”..”

Kalimah “Al-Milal” ialah kata jamak bagi kalimah “Al-Millah” iaitulah tariqah (metode). Kalimah “An-Nihal” p**a ialah kata jamak bagi kalimah “An-Nihlah” dan asal maknanya ialah: Agama. Dan ia -selalunya- tidak digunakan kecuali pada agama yang batil.

Kata beliau:

“..Adapun Ahli Sunnah, maka -segala puji bagi Allah- kebanyakan perselisihan mereka adalah dalam [cara] memahami hadith pada ibadah-ibadah yang pelbagai yang warid daripada syarak..”

Ini, yang beliau maksudkan dengannya adalah perselisihan yang termasuk daripada “Khilaf Tanawwu’” yang mana tidak ada masalah untuk kamu mengambil dengan pendapat yang ini atau yang itu seperti pada jenis-jenis lafaz tasyahud atau jenis-jenis doa istiftah.

Lafaz tasyahud di dalam solat diriwayatkan oleh lebih daripada satu sahabat. Lafaz istiftah di dalam solat juga diriwayatkan oleh lebih daripada seorang sahabat. Maka boleh bagi kamu untuk mengambil pendapat yang ini atau pendapat yang itu. Inilah yang dinamakan dengan “Khilaf Tanawwu’”.

Kata beliau:

“..atau pada hadith yang berbeza-beza sudut pandang mereka dalam menilainya sahih atau dhaif..”

Yakni: Seorang alim menilai suatu hadith dengan penilaian sahih dan alim yang lain menilainya dengan penilaian hasan dan alim yang ketiga p**a menilainya dengan penilaian dhaif. Masing-masing berijtihad pada hadith tersebut maka mereka menghukuminya dengan hukum sahih atau dhaif. Ini juga perselisihan yang wujud sesama Ahli Sunnah dan hal itu tidaklah memudaratkan dan tidak p**a menyebabkan perpecahan atau perbalahan.

Kata beliau:

“..dan selain itu daripada sebab-sebab perselisihan yang telah disebutkan oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah -semoga Allah merahmatinya-..”

Ucapan Syeikh al-Islam ini adalah di dalam risalah yang dimasukkan di dalam “Majmu’ al-Fatawa” yang diberikan judulnya:

رفع الملام عن الأئمة الأعلام

“Mengangkat Celaan Daripada Imam-Imam Terbilang”.

Beliau telah menyebutkan [di dalamnya] sebab-sebab perselisihan yang mana dimaafkan pelakunya. Demikianlah.
___

Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi pada 20 Rabi' al-Akhir 1445 bersamaan 4/11/2023 di Malaysia.

Transkrip dan terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.


Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- B...
26/07/2024

Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- Berjudul “Nasihatku Kepada Ahli Sunnah”. [Bahagian 6].

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya-:

Muslim meriwayatkan di dalam «Sahih» beliau daripada Abu Sa’id al-Khudri -semoga Allah meredainya-, beliau berkata:

“Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- beriktikaf pada sepuluh pertengahan daripada bulan Ramadan mencari malam Al-Qadr sebelum ia diterangkan kepada baginda [bahawa malam Al-Qadr adalah pada sepuluh malam terakhir]. Tatkala [sepuluh] malam [pertengahan Ramadan] tersebut berlalu, baginda memerintahkan untuk merobohkan khemah [yang baginda beriktikaf di dalamnya], maka khemah tersebut dirobohkan. Setelah itu diterangkan kepada baginda bahawa malam Al-Qadr adalah pada sepuluh malam yang terakhir, maka baginda pun memerintahkan untuk menaikkan semula khemah, lalu ia dinaikkan semula. Kemudian baginda keluar di hadapan manusia lalu bersabda: «Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah diterangkan kepadaku malam Al-Qadr dan aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu mengenainya, tiba-tiba datang dua orang lelaki berbantahan, bersama mereka berdua ada syaitan, maka aku pun dijadikan lupa mengenainya (malam Al-Qadr tersebut). Carilah ia pada sepuluh malam terakhir daripada bulan Ramadan’.” -sampai kepada ucapan Muslim -semoga Allah merahmatinya-: “Kata Ibn Khallad: يَخْتَصِمَانِ (bertengkar) sebagai ganti daripada: يَحْتَفَّانِ (berbantahan).”

Ulasan:

Kata beliau:

“Muslim meriwayatkan di dalam «Sahih» beliau daripada Abu Sa’id al-Khudri -semoga Allah meredainya-, beliau berkata: “Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- beriktikaf pada sepuluh pertengahan daripada bulan Ramadan mencari malam Al-Qadr sebelum ia diterangkan kepada baginda [bahawa malam Al-Qadr adalah pada sepuluh malam terakhir]. Tatkala [sepuluh] malam [pertengahan Ramadan] tersebut berlalu, baginda memerintahkan untuk merobohkan khemah [yang baginda beriktikaf di dalamnya], maka khemah tersebut dirobohkan..”

Maksudnya khemah kecil yang mana Nabi -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- masuk [beriktikaf] di dalamnya.

“..baginda memerintahkan untuk merobohkan khemah [yang baginda beriktikaf di dalamnya], maka khemah tersebut dirobohkan..”

Iaitu: Dihilangkan khemah yang baginda buat itu.

“..Setelah itu diterangkan kepada baginda bahawa malam Al-Qadr adalah pada sepuluh malam yang terakhir, maka baginda pun memerintahkan untuk menaikkan semula khemah, lalu ia dinaikkan semula..”

Iaitu: Dinaikkan semula khemah yang baginda -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- masuk ke dalamnya dan menyendiri untuk bermunajat kepada Rabb-nya.

“..Kemudian baginda keluar di hadapan manusia lalu bersabda: «Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah diterangkan kepadaku malam Al-Qadr..”

Iaitu: “Aku telah dikhabarkan tentangnya dan sesungguhnya aku keluar ini untuk memberitahukan kepada kalian mengenainya.”

“..tiba-tiba datang dua orang lelaki berbantahan..”

Kalimah “yahtaqqan” bermaksud masing-masing daripada mereka mengatakan bahawa merekalah yang sebenarnya memiliki hak dan bahawa lawannya itu telah mengambil hak tersebut daripadanya, yakni bertengkar.

“..bersama mereka berdua ada syaitan..”

Disebabkan pergaduhan itu, syaitan pun masuk.

“..maka aku pun dijadikan lupa mengenainya (malam Al-Qadr tersebut). Carilah ia pada sepuluh malam terakhir daripada bulan Ramadan’.” -sampai kepada ucapan Muslim -semoga Allah merahmatinya-: “Kata Ibn Khallad: يَخْتَصِمَانِ (bertengkar) sebagai ganti daripada: يَحْتَفَّانِ (berbantahan)..”

Ibn Khallad ialah Abu Bakar bin Khallad, Syeikh kepada Imam Muslim kerana Muslim meriwayatkan hadith ini daripada Muhammad bin al-Muthanna dan Ibn Khallad. Muhammad bin al-Muthanna meriwayatkan hadith ini dengan lafaz: يَحْتَفَّانِ (berbantahan) manakala Abu Bakar bin Khallad p**a meriwayatkan hadith ini dengan lafaz: يَخْتَصِمَانِ (bertengkar).
_______________

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya-:

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Abu Tha’labah al-Khusyani -semoga Allah meredainya-, beliau berkata:

“Dahulu manusia apabila singgah di suatu tempat, -kata ‘Amr:- ‘Dahulu manusia apabila Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- singgah di suatu tempat, mereka semua bertebaran di celah-celah bukit dan di lembah-lembah. Maka Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- bersabda: «Sungguh, bertebarannya kamu di celah-celah bukit dan di lembah-lembah ini, hanyalah ia daripada syaitan». Maka tidaklah setelah itu baginda singgah di suatu tempat kecuali manusia semua berkumpul sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain sehingga dikatakan: ‘Kalau seandainya dihamparkan di atas mereka sehelai pakaian, nescaya ia akan dapat meliputi mereka semua’.”

Ulasan:

Baik, hadith yang terakhir:

“Abu Daud meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Abu Tha’labah al-Khusyani -semoga Allah meredainya-, beliau berkata: “Dahulu manusia apabila singgah di suatu tempat, -kata ‘Amr:-..”

Tertulis di sini (teks asal risalah): “Kata ‘Umar..”, yang betul adalah: “Kata ‘Amr..” Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud daripada dua orang Syeikh iaitu ‘Amr bin ‘Uthman al-Himsi dan daripada Yazid bin Qubais. Lafaz hadith ini adalah lafaz Yazid bin Qubais. Hadith ini lafaz Yazid bin Qubais. Lafaz: “..Dahulu manusia apabila singgah di suatu tempat..” adalah lafaz Yazid bin Qubais. Tetapi apakah yang dikatakan oleh ‘Amr bin ‘Uthman al-Himsi? Kata ‘Amr -dan beliau ialah ‘Amr bin ‘Uthman al-Himsi-:

“..Dahulu manusia apabila Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- singgah di suatu tempat..”

Maksudnya: Berbeza lafaz hadith [di antara dua Syeikh tersebut] maka Abu Daud menerangkannya. Maka bukanlah ‘Umar [yang tertulis di teks asal risalah ini] ‘Umar bin al-Khattab akan tetapi yang betul: ‘Amr dengan tambahan huruf waw, jadi beza di antara ‘Amr dan ‘Umar iaitulah ‘Amr bin ‘Uthman al-Himsi, Syeikh kepada Abu Daud.

“..mereka semua bertebaran di celah-celah bukit dan di lembah-lembah. Maka Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- bersabda: «Sungguh, bertebarannya kamu di celah-celah bukit dan di lembah-lembah ini, hanyalah ia daripada syaitan». Maka tidaklah setelah itu baginda singgah di suatu tempat kecuali manusia semua berkumpul sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain sehingga dikatakan: ‘Kalau seandainya dihamparkan di atas mereka sehelai pakaian, nescaya ia akan dapat meliputi mereka semua’..”

Iaitu: Disebabkan berdekatannya mereka [satu sama lain]. Sebelum ini apabila mereka singgah di suatu tempat, mereka bertebaran; orang ini pergi ke sana, orang itu pergi ke situ yakni terpisah-pisah. Kemudian setelah itu mereka semua berkumpul sehingga kalau dihamparkan ke atas mereka sehelai pakaian, nescaya ia dapat meliputi mereka semua.

Di dalam hadith ini ada dalil bahawa Nabi -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- sungguh-sungguh berupaya untuk mendekatkan dan menghimpunkan para sahabat baginda pada badan-badan mereka supaya berhimpun hati-hati mereka. Sebagaimana berdekatannya badan boleh menjadi sebab berdekatannya hati maka demikian juga berpisahnya badan boleh menjadi sebab kepada berpisahnya hati. Demikian.
_______________

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya-:

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam «Sahih» beliau daripada ‘Ali -semoga Allah meredainya-, beliau berkata:

“Putuskanlah hukum sebagaimana sebelum ini kamu laksanakan, kerana sesungguhnya aku membenci perselisihan; agar manusia semua menjadi satu jemaah atau aku mati sebagaimana matinya para sahabatku.”

Ulasan:

Ini athar yang terakhir:

“Al-Bukhari meriwayatkan di dalam «Sahih» beliau daripada ‘Ali -semoga Allah meredainya-, beliau berkata: “Putuskanlah hukum sebagaimana sebelum ini kamu laksanakan, kerana sesungguhnya aku membenci perselisihan..”

Ucapan beliau: “Putuskanlah hukum” ditujukan kepada kadi [bernama] Abu Syuraih yang dahulunya menjadi hakim pada zaman ‘Ali dan ditujukan juga kepada ‘Ubaidah al-Salmani kawan ‘Ali bin Abi Talib. Beliau memanggil mereka terkait satu permasalahan yang dahulunya ‘Ali -semoga Allah meredainya- berada di atas pandangan ‘Umar dan manusia semuanya berkumpul di atas pandangan ini. Kemudian tatkala khilafah ‘Ali, beliau berpegang dengan pandangan yang lain maka Abu Syuraih dan ‘Ubaidah berkata kepada beliau: “Wahai Amir al-Mukminin, pandangan kamu bersama jemaah lebih kami sukai daripada pandangan kamu seorang diri. Maka ‘Ali berkata kepada mereka:

“..Putuskanlah hukum sebagaimana sebelum ini kamu laksanakan..”

Yakni sepertimana kamu berhukum sebelum ini sebagai satu jemaah.

“..Putuskanlah hukum sebagaimana sebelum ini kamu laksanakan, kerana sesungguhnya aku membenci perselisihan; agar manusia semua menjadi satu jemaah..”

Agar mereka semua tidak berpecah belah, demikian.

“..atau aku mati sebagaimana matinya para sahabatku..”

Beliau maksudkan Abu Bakr dan ‘Umar yakni para khalifah sebelum beliau.

“..atau aku mati sebagaimana matinya para sahabatku..”

Apa yang diinginkan daripada ini adalah [ucapan ‘Ali]:

“..kerana sesungguhnya aku membenci perselisihan..”

Maka beliau meninggalkan pendapat yang beliau melihatnya rajih, beliau meninggalkannya kepada pendapat ‘Umar dan Abu Bakr supaya manusia semuanya menjadi satu jemaah. Wallahu a’lam.
___

Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi pada 20 Rabi' al-Akhir 1445 bersamaan 4/11/2023 di Malaysia.

Transkrip dan terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.


Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktabah Ahmad Publisher posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Maktabah Ahmad Publisher:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share