01/07/2021
TERKINI 1.7.2021
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) BERSASAR DILAKSANAKAN.
BERKUATKUASA : 3.7.2021 - 16.7.2021
PERINCIAN :
Berikut beberapa ketetapan berkaitan PKPD di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur, berdasarkan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
SEMUA laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
Semua penduduk dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang sahaja wakil isi rumah, keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan terlibat.
Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan terlibat.
Pergerakan rentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50 peratus.
Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.
Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.
Hanya sektor perkhidmatan perlu DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
Kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih , gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.
Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat Miti yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Pembelian makanan secara bawa p**ang, pandu lalu atau penghantaran sahaja DIBENARKAN.
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.
Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebarang aktiviti s**an, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.
Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh.
SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur. Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.
SELANGOR
Sub-districts in Petaling:
Petaling
Damansara
Sungai Buloh
Bukit Raja
Sub-districts in Hulu Langat:
Hulu Langat
Ampang
Cheras
Kajang
Semenyih
Beranang
Sub-districts in Sepang:
Dengkil
Labu
Sepang
Sub-districts in Gombak:
Batu
Rawang
Setapak
Hulu Kelang
Kuang
Sub-districts in Kuala Langat
Tanjung 12(1)
Tanjung 12(2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu
Sub-districts in Klang
Kapar
Klang
Sub-districts in Kuala Selangor
Ijok
Bestari Jaya
Jeram
Sub-districts in Hulu Selangor
Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali
KUALA LUMPUR
Localities:
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah
Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (Including Baiduri & Delima)
Kampung Batu Muda
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas