GPC Gaming

GPC Gaming Welcome to GPC (Gamers Playing Centre). Here is where people who enjoys gaming gather for information, latest news and of course playing games. Thanks gais

We provide our followers with fun & knowledge

Support us with your likes, follow & share our page. We are also on:
Discord Server: https://discord.gg/3FhsTNGj7s
Instagram: gpc.studio
TikTok: gpc.studio

01/02/2022

Happy Chinese New Year!! layan pubg dlu gais

22/08/2021

GPC Miracle..live scrim di sini

20/08/2021

GPC Athena..Live scrim disini

20/08/2021

GPC Esport..Live scrim di sini

15/08/2021

GPC Esport & GPC Royal di final tour. LIVE here

15/08/2021

GPC Miracle di AFE Qualifying MSS. LIVE here

13/08/2021

GPC Miracle di scrim AFE

13/08/2021

GPC Esport Semi Final tonight. LIVE disini.. All the best gais

24/07/2021

GPC Athena in AFE Ladies Scrim. LIVE di sini. Goodluck!!

GPC proudly present our Official Jersey 2021. Available for pre-order now!
13/07/2021

GPC proudly present our Official Jersey 2021. Available for pre-order now!

04/07/2021

Restream

04/07/2021

GPC Athena Final Ladies Tour mlm ni..mari support our ladies team! All the best!

02/07/2021

GPC Esports scrim live di sini mlm ni

13/06/2021

GPC Savage scrim di sinj tonight

09/06/2021

GPC Athena scrim disini mlm ni

27/05/2021

GPC Reborn di Final Tournament Jokerfest. Saksikan LIVI disini

28/04/2021

Taktik Valdus Ambush Dingoz E-Sports Sewaktu Cross Country Battle - Grand Finals Day 2

Minggu lepas sewaktu Cross Country Battle, ada 1 scene menarik yang dilakukan oleh Valdus ketika menyerang Rith di Rozhok. Setelah mengenal pasti kedudukan IronPro dan Rith, strategi yang digunapakai adalah something yang mungkin kita apply dalam scrim atau tournament.

Martin ditugaskan sebagai support dibelakang dalam mengumpulkan maklumat dan juga menjaga keberadaan IronPro. Martin sebagai last man akan bersedia dengan cover fire sekiranya IronPro bertindak menembak rusher mereka. Dengan itu IronPro tidak dibenarkan overpeeking untuk cover keselamatan Rith. Pada waktu yang sama Gawwy dan SYX mula menuju ke compound Rith berada.

Dapat dilihat, SYX melemparkan beberapa smoke ke kedudukan IronPro untuk menghalang line of sight IronPro. Dan selepas mengesahkan hanya ada satu step di rumah Rith, Concept juga dilihat menyertai ambush tersebut demi memastikan peratusan confirm kill dapat ditingkatkan tanpa ada dari team Valdus yang terkorban. Dan seterusnya ambush dilakukan di tingkat atas rumah Rith dan berjaya menjatuhkan Rith walaupun Concept berjaya diknocked oleh RIth, tetapi Gewwy dengan segera berjaya memberikan back up.

Kesimp**annya, dapatkan sebanyak maklumat yang boleh, seorang cover fire dibelakang, halang view team mate lawan, jangan overconfident dan ambush secara teratur.

Credit video PUBG MOBILE Esports Malaysia

25/04/2021

Gr***de EvosVipHyqul ga ada obat


Overall Result Scrims to-be Screamed (S2S) by GPC 23/4/21. Congrats to BCS Matrix for achieving Top 1 and thank you for ...
24/04/2021

Overall Result Scrims to-be Screamed (S2S) by GPC 23/4/21. Congrats to BCS Matrix for achieving Top 1 and thank you for all participating teams.

23/04/2021

Malang buat Yoodo Gank, BravoGaming tinggal sorang2. Come back stronger Yoodo Gank!

Overall Result (S2S) Scrim To Be Screamed by GPC (16 April 2021)Participated team:1. SXG BEAST 2. ZEO 2i 3. HYACINTH MAT...
16/04/2021

Overall Result (S2S) Scrim To Be Screamed by GPC (16 April 2021)
Participated team:
1. SXG BEAST
2. ZEO 2i
3. HYACINTH MATADOR
4. RYNIX ROMEO
5. EMAZE DARKSIDE
6. MYSTERIOUS ARMY REBORN
7. PUBGUCCI SPARTACUS
8. TEAM IZZ
9. ACE METEOR
10. ELUSIVITY
11. IVICT VIPERZ
12. STARRY | TRYOUT
13. RICHIE ALPHA
14. FV EVOLUTION
15. GPC TRYOUT
16. GPC SAVAGE

16/04/2021

Joko Livestream beraksi di Scrim to be Screamed (S2S) by GPC

Professional Dalam PekerjaanRumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Itu lah peribahasa yang paling tepat menggambarkan s...
12/04/2021

Professional Dalam Pekerjaan

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Itu lah peribahasa yang paling tepat menggambarkan situasi kejuaraan PMPL MY/SG yang melabuhkan tirainya Ahad lepas. Namun, disebalik drama yang hangat ketika ini, saya nak mengulas tentang seorang tokoh esports Malaysia yang layak mendapat penghargaan dan sentiasa menunjukkan sikap professional dalam kerjanya. Orang yang saya maksudkan adalah En. Partibhan Stormrage atau nama timangan beliau, Onthego Productions. Penulisan ini bukan sesi jilat menjilat, tetapi lebih kepada mengenengahkan sesuatu sikap yang perlu ada dalam esport tanah air kita supaya standard esport Malaysia berada pada tahap yang boleh dibanggakan.

Onthego telah dipilih menjadi caster official untuk beberapa hari di dalam kejuaraan PMPL MY/SG S3 baru-baru ini. Pertamanya, kita memang tak dapat nafikan kehadiran Onthego membawa warna warni dalam scene PUBGM Malaysia. Gandingannya bersama J Hunter sangat di tunggu ramai peminat-peminat warga PUBGM sekalian. Tapi bukan kepetahannya yang saya nak highlightkan, tapi sikap professional yang ditunjukkan waktu PMPL MY/SG S3 baru-baru ini yang wajar dipuji.

Kita mengetahui selain menjadi Caster, Onthego adalah Manager kepada Team Secret PUBGM Malaysia. Satu tugas yang bukan mudah untuk mengulas perlawanan yang disertai team sendiri tanpa menunjukkan sikap yang berat sebelah (bias), tapi tidak pada Onthego. Selama beberapa hari menjadi Caster, Onthego nampak kekal berdiri di atas pagar tanpa mengeluarkan kenyataan jelas menunjukkan yang dia perpihak pada Team Secret sepanjang beliau mengulas perlawanan-perlawanan tersebut.

Moment paling saya respect adalah pada hari terakhir Super Weekend dilangsungkan. Team Secret berpeluang besar untuk memenangi kejohanan itu dan hanya memerlukan sedikit saja mata untuk memastikan kejuaraan berpihak kepada mereka. Namun Onthego masih menunjukkan sikap tenang dan mengulas tanpa berat sebelah. Walaupun beberapa kali saya terperasan Onthego sedikit terkesima apabila Team Secret di ambush dan diserang, tetapi Onthego dengan cepat menelan perasaan sebagai seorang manager, menarik nafas dalam dan kembali mengenakan ‘topi’ casternya semula. Onthego juga tidak mengeluarkan pendapat yang menjatuhkan team-team lawan yang menyerang Team Secret. Pada saya, itulah etika seorang professional dalam melakukan kerjanya, tidak mencampur adukkan perasaan peribadi dengan kerja yang sedang dilakukan. Sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mengasingkan perasaan itu dan kadang-kala terikut-ikut dengan emosi mereka sekaligus memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam pekerjaan yang sedang mereka lakukan.

Untuk penutup, kita memerlukan lebih ramai orang seperti Onthego dalam scene esport Malaysia supaya industri esport Malaysia akan lebih maju dan matang suatu hari nanti.

12/04/2021

GPC Athena scrim disini..bersama caster idol IGn Naz

Intipati Yang Boleh Di Ambil dari PMPL MY/SG Weekdays 3PMPL MY/SG Weekdays 3 baru je selesai semalam yang menunjukkan JP...
10/04/2021

Intipati Yang Boleh Di Ambil dari PMPL MY/SG Weekdays 3

PMPL MY/SG Weekdays 3 baru je selesai semalam yang menunjukkan JP NSEA mengungguli carta weekdays ke 3 ini untuk membawa momentum ke super weekend yang terakhir. Manakala 4 team gagal mendapatkan peluang untuk beraksi di Super Weekend ke 3 ini ialah NED, WES, Yoodo, dan Team Bosskur. ‘Drama’ Dingoz dan Dr. TA ‘langgar’ dropspot Yoodo antara yang hangat diperkatakan semalam apabila semua 4 map yang dimainkan Yoodo, kita dapat lihat Dr.TA dan Dingoz melakukan cubaan mengganggu perjalanan pemain Yoodo Gank ke Super Weekend ke 3 apabila mereka turun ke drop spot Yoodo. Yoodo Gank yang menjangkakan perkara itu akan berlaku melakukan tindakan bijak apabila memilih drop spot lain sebagai looting area mereka. Tetapi, kerana perubahan itu bukanlah pilihan terbaik mereka, dapat dilihat persembahan yang ditunjukkan oleh mereka serba tidak menjadi. Ini beberapa intipati yang mungkin dapat kita ekstrak dari perlawanan semalam.

1. Plan C dan D
Dalam hidup ni, kalau plan A tak berjaya, kita harus tukar ke plan B. dan kalau plan B p**a berjaya dibaca pihak lawan, plan C dan D juga harus sedia untuk digunapakai. Masalah yang timbul apabila Yoodo kurang bersedia dengan back up plan di tambah lagi dengan tekanan yang tinggi untuk melayakkan ke SW membuat back up plan mereka tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kesilapan terbesar Yoodo adalah beraksi kurang baik pada hari pertama dan kedua weekdays sehingga ter-exposed kelemahan terbesar mereka dan team-team lain mengexploitasi kelemahan itu dengan segera.

2. Norma Baru Tournament PUBGM Malaysia
Ada sesetengah pendapat mengakatan langgar drop spot ini melanggar gentleman agreement, ada juga yang berpendapat itu adalah perkara yang bijak dilakukan oleh Dingoz dan DrTA kerana ia memberi mereka peluang yang lebih cerah untuk merangkul kejuaraan Liga PMPL MY/SG. Apa pun pendapat anda, kemungkinan meta langgar-melanggar compound akan jadi new norma di Malaysia pada masa akan datang. Apabila meta menghalang Yoodo dari layak ke Super Weekend ke 3 dikategorikan sebagai berjaya, pasti akan banyak pasukan lain yang akan menerapkan strategi ini. Ini sedikit sebanyak akan merubah landskap tournament PUBG Malaysia dan memerlukan setiap analyst dan jurulatih untuk lebih bersedia menghadapi meta ini.

3. Mental Breakdown
Beraksi di bawah tekanan yang tinggi bukan perkara mudah. Tapi mudah untuk kita kata mental pemain tak cukup kuat dan breakdown apabila ditekan dari pelbagai arah sebab kita tak berada di tempat mereka. Mereka yang berada dalam situasi tersebut seharusnya paling tertekan apabila tanggungjawab besar yang digalaskan di bahu mereka. Namun, untuk bergelar Sang Juara, mempunyai mental yang kuat dan tak goyah walau ditekan bertubi-tubi adalah satu keperluan. Mungkin team-team besar selepas ini boleh mempertimbangkan penggunaan khidmat pakar psikologi untuk latihan mental mereka.

Semua ini menunjukkan persaingan PUBG Mobile di Malaysia semakin meriah dan lebih kompetetif. Dengan pembangunan ini, harap-harap lebih banyak wakil Malaysia akan layak bermain di peringkat Global sekaligus menjuarai kejuaraan itu satu hari nanti. Penulisan ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan pasti ada yang mempunyai pandangan berbeza. Jom kita raikan perbezaan pendapat itu dengan perbincangan yang ilmiah.

Kredit gambar page PUBG Mobile

PMPL MY/SG Season 3: Taktik Menarik Pada Minggu Ke-2PMPL MY/SG Season 3 sedang berlangsung dan sekarang telah masuk ming...
06/04/2021

PMPL MY/SG Season 3: Taktik Menarik Pada Minggu Ke-2

PMPL MY/SG Season 3 sedang berlangsung dan sekarang telah masuk minggu ke 3 di mana weekdays untuk minggu ke 3 akan dimainkan pada hari Rabu ini. Weekdays minggu ke 3 ini akan menentukan siapa yang akan layak untuk bermain di Super Weekend pada hujung minggu ini. Yoodo Gank pada masa sekarang sedang mendahului carta Super Weekend dengan mata 250 meninggalkan DrTA yang mengekori rapat dengan perbezaan 26 mata. Manakala Dingoz yang menunjukkan prestasi paling OP pada Super Weekend ke 2 berjaya melonjakkan kedudukan mereka ke tangga ke 3 dengan 228 mata. Dalam liga kali ini kita telah disajikan dengan pelbagai taktik bijak dari kesemua pemain professional ini yang mungkin kita pemain amatur boleh aplikasikan untuk mempertingkatkan mutu permainan kita.

Di sini adalah beberapa taktik yang digunapakai oleh mereka:

1. R2K – Split Rotation
Taktik R2K yang membahagikan team kepada dua dalam melakukan rotation. Dapat diperhatikan beberapa kali taktik ini digunakan oleh R2K terutamanya di Map Sanhok. 2 orang akan dihantar memasuki circle terlebih dahulu sebelum 2 yang di belakang menyusuli agak sedikit jauh. Taktik ini memberikan mereka pilihan sekiranya 2 orang yang pertama “terciduk”awal, 2 yang di belakang akan menukar rotasi mereka untuk hidup lebih lama. Namun taktik ini mempunyai risiko apabila kekuatan pasukan hanya tinggal 50% dan jika bertembung dengan pihak lawan, peluang untuk menang adalah lebih rendah.

2. Yoodo – Split Defend
Yoodo Gank berjaya memperoleh Chicken Dinner beberapa kali menggunakan taktik ini. Kita dapat lihat mereka menggunapakai taktik ini ketika di Sanhok dan Miramar terutamanya apabila mereka mempunyai high ground. Dengan mengaplikasikan taktik ini, Yoodo Gank mampu menyekat banyak team dari masuk ke kawasan mereka. Dengan cara itu juga, lebih banyak maklumat yang mereka perolehi sekaligus membolehkan mereka farm kill dengan banyak. Tetapi, untuk menggunakan taktik ini, anda seharusnya mempunyai survival skill yang tinggi kerana jika seorang di knock down, peluang untuk revive adalah sedikit kerana jarak yang jauh.

3. Pami – Tinggal Sorang? Keep Quite
Siapa kata pro player wajib agresif? Dalam keadaan berseorangan, Pami dilihat mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa pergerakan apabila kawasan perumahan yang didudukinya disinggahi 3 orang player Dingoz. Pami tidak terburu-buru untuk kedepan kerana dia tahu peluang untuk menang adalah tipis dalam keadaan 1v3. Dengan berdiam diri, Pami dapat memanjangkan tempoh survival dia.

4. DamQt – Cacing is Pro Play
Siapa kata kalau pro player, anda kena main bar-bar setiap masa? DamQT berjaya clutch 1v4 melawan Team Secret di map Erangle dengan kesabaran dan kebijaksanaan dia. Walaupun cuba dilanggar oleh Fredo, DamQT terselamat dan seterusnya berjaya menjatuhkan ke empat-empat pemain Team Secret dengan baki nyawa yang sedikit.

5. Draxx – Block Pergerakan Lawan
Jangan putus asa walau anda telah di knock down! Itu yang ditunjukkan oleh Draxx apabila cuba sedaya upaya menghalang pergerakan SaneOP dalam perlawanan 1v1 dengan Bravo. Draxx dilihat merangkak ke kanan SaneOP supaya pergerakan Sane terbatas sekaligus memberi kelebihan kepada Bravo dalam situasi tersebut.

Itu sebahagian dari taktik-taktik yang ditunjukkan sepanjang dalam PMPL MY/SG Week 2. Mungkin lepas ni kitab oleh gunakan taktik-taktik ini untuk meningkatkan mutu permainan kita. Cuba korang share apa taktikal menarik yang lain yang korang perasan.

Sementara itu, good luck semua team untuk minggu ke 3 ini.

04/04/2021

Highlight Training Scrim by Last Circle MY.
Overall Ranking No 4
POV EykaApai

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPC Gaming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to GPC Gaming:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share

About Founders

We are normal everyday joes, working 8-5 on weekdays, and a non pro-player but we share the same strong passion in gaming. GPC was founded to gather everyone as we believe despite the busy routine life, there is always time for games be it to blow off steam, as stress reliever, or simply cause its just fun & we enjoy playing.

“You don’t stop gaming cause you grow old, you grow old cause you stop gaming”

Currently we are into PUBG mobile & DOTA. You can catch us LIVE everynight at 830pm-1130pm. Don’t be shy to drop us a comment or even better join us in the game. Other than the livestream, we will keep you updated on the world of gaming & esport happening across Malaysia & around the globe.

Stay tuned...