Pencinta Rasulullah(saw)

Pencinta Rasulullah(saw) Page Pencinta Rasulullah(saw) merupakan Page Dakwah yang bermethodkan Cinta dan Kasih Sayang. Objektif Utama adalah membawa masyarakat kepada Allah & Rasul

Sebuah organisasi yang ingin membawa Masyarakat mendekati & mengenali Nabi Muhammad ﷺ . Semoga kecintaan ini bertambah dan berkekalan. Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat mengembirakan Baginda Nabi ﷺ

Assalammualaikum buat sahabat facebook yang dikasihi Allah swt.S**a untuk saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua, p...
23/08/2024

Assalammualaikum buat sahabat facebook yang dikasihi Allah swt.
S**a untuk saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua, promosi yang sedang dijalankan oleh saudara kita dalam membentuk generasi yang s**a akan solat.
Insha allah dengan usaha murni ini, dapat mengalakkan anak-anak kita seterusnya generasi muda terutamanya anak kecil untuk mudah solat.

Sungguh, solat dapat mencegah daripada kemungkaran seperti ayat surah al-ankabut ayat 29:

"Inna sola tatanha anil fahsya iwal munkar"

Maksudnya : Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membuat belian di pautan yang disediakan
https://bit.ly/SetKitSmartSolat
https://bit.ly/SetKitSmartSolat
https://bit.ly/SetKitSmartSolat

Bagi yang tidak mahu membeli, tiada paksaan. Namun, mohon sumbangan tuan puan untuk share, like dan komen di post ni sebagai jihad tuan puan dalam melahirkan generasi s**a solat.
Insha allah

Kata Syeikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah,"Jika Allah mengambil daripadamu sesuatu yang tidak pernah engkau jangkakan ...
16/08/2024

Kata Syeikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah,

"Jika Allah mengambil daripadamu sesuatu yang tidak pernah engkau jangkakan akan kehilangannya, maka itu bermakna Allah akan memberikan kepadamu sesuatu yang tidak pernah engkau sangka akan memilikinya."

Jihad dijalan Allah;"Pada Suatu hari, Nabi Muhammad ﷺ lalu di hadapan seorang lelaki, dan Para sahabat melihat lelaki it...
12/08/2024

Jihad dijalan Allah;

"Pada Suatu hari, Nabi Muhammad ﷺ lalu di hadapan seorang lelaki, dan Para sahabat melihat lelaki itu bekerja dengan keadaan gagah dan cergasnya. Lalu Para Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah lelaki itu dinilai sebagai jihad di jalan Allah?”

"Sabda Rasulullah ﷺ; “Jika dia keluar mencari rezeki untuk anak yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk kedua ibu bapanya yang tua, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia berada di jalan Allah, dan jika dia keluar mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia berada di jalan syaitan."

"Tak salah mencari harta dunia, dua orang pergi ke kerja, satu cari harta untuk bers**a s**a, satu cari harta Untuk menegakkan Kalimah Allah. yang bers**a s**a hanya dapat penat, tapi yang berniat untuk menegakkan Kalimah Allah ﷻ dicatit sebagai Fisabilillah."

"Dua dua pergi kerja, Yang Membezakan Adalah Niat, "Nawaitu.."
Apa Salahnya kita tanamkan niat yang baik sebelum pergi ke kerja, Tidak belajar membuatkan Ramai orang terlepas untuk membuat kebaikan hanya dengan niat."

"Infaq, sedekah akan Melatih diri dari sifat kedekut, orang yg sedekah dijalan Allah, orang itu akan terselamat dari sifat kedekut. Seseorang itu kalau dia rasa susah hati untuk infaqkan harta untuk jalan akhirat,dan Tidak p**a susah hati untuk infaqkan hartanya kepada jalan keduniaan maka dirinya itu yang problem."

Petikan Pengajian oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Headline: "Fahami Al-Quran dengan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi - Pesan Sekarang!"Iklan:Mahu memahami setiap ayat...
07/08/2024

Headline: "Fahami Al-Quran dengan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi - Pesan Sekarang!"
Iklan:
Mahu memahami setiap ayat Al-Quran dengan lebih mendalam? Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi adalah panduan terbaik untuk anda! Terbitan oleh JAKIM, ia menawarkan tafsiran yang jelas dan mudah difahami dalam Bahasa Melayu moden. Jangan lepaskan peluang untuk memperkayakan ilmu agama anda. Pesan sekarang di tpr.rimbunanislamik.com.my

Headline: "Rasai Keindahan Al-Quran dengan Tafsir Terbitan JAKIM - Dapatkan di Sini!"
Iklan:
Rasai keindahan dan kebijaksanaan Al-Quran dengan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, terbitan eksklusif oleh JAKIM. Tafsir ini direka untuk membantu anda memahami dan menghayati setiap ayat dengan lebih mendalam. Jadikan kitab ini sebagai rujukan utama dalam kehidupan harian anda. Dapatkan sekarang di tpr.rimbunanislamik.com.my

Headline: "Perjalanan Ruhani Anda Bermula dengan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Tempah Hari Ini!"
Iklan:
Perjalanan ruhani anda ke arah pemahaman Al-Quran yang lebih mendalam bermula di sini! Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi membantu anda menafsirkan setiap ayat dengan lebih tepat dan jelas. Terbitan oleh JAKIM, kitab ini adalah rakan terbaik untuk setiap Muslim. Tempah sekarang di tpr.rimbunanislamik.com.my

Headline: "Tingkatkan Pemahaman Al-Quran Anda dengan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi"
Iklan:
Ingin meningkatkan pemahaman anda tentang Al-Quran? Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi adalah pilihan terbaik! Dengan tafsiran yang mudah difahami dan terbitan oleh JAKIM, ia adalah panduan sempurna untuk setiap Muslim. Tingkatkan ilmu agama anda hari ini. Dapatkan di tpr.rimbunanislamik.com.my

Headline: "Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Panduan Terbaik Untuk Umat Islam Malaysia!"
Iklan:
Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman adalah panduan terbaik untuk umat Islam di Malaysia! Terbitan oleh JAKIM, ia menyediakan tafsiran yang jelas dan mudah difahami dalam Bahasa Melayu moden. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kitab tafsir yang komprehensif ini. Pesan sekarang di tpr.rimbunanislamik.com.my

24/05/2023
17/07/2022

Disebutkan dari Jamaluddin Ibrahim bin Muhammad ath Thibi bahwa ada seorang penguasa Mongol yang murtad menjadi nasrani. Suatu hari sejumlah para pembesar Nasrani dan Mongol berkumpul. Mulailah salah satu dari mereka menghina Nabi ‎ﷺ . Di ruangan itu terdapat anjing pemburu yang terikat.

Tatkala orang tersebut terus-menerus menghina Nabi Muhammad ‎ﷺ , tiba tiba anjing tersebut melompat menerkamnya dan mencakar-cakar wajahnya sebelum akhirnya orang orang yang hadir dapat menyelamatkannya dari cakaran anjing itu.

Salah seorang yang hadir berkata, "Ini kerana hinaanmu terhadap Muhammad ‎ﷺ “

Lalu dia menidakkan dengan berkata, "Bukan, namun anjing itu terlalu peka . Dia melihat aku berisyarat dengan tanganku ke arahnya, lantas dia mengira bahwa aku akan memukulnya."

Kemudian dia kembali menghina Nabi Muhammad ‎ﷺ, bahkan berpanjang kata menghina, tiba-tiba anjing tersebut kembali meloncat menerkam dan menggigit kerongkongannya lalu menariknya hingga putus. Matilah orang tersebut seketika. Kejadian ini menjadi sebab ada kurang lebih 40 ribu orang Mongol masuk Islam.

(Lihat kitab Durarul Kaminah 4/152-153, Ibnu Hajar al Asqalani, Majlis Dairah Al-Ma’arif, Syamilah)

Perbuatan mencela Nabi ‎ﷺ & menghina agama sangat tercela, demikian juga terlarang dijadikan bahan jenaka untuk membuat tertawa manusia, meskipun tidak ada niat melecehkan.

06/07/2022

Nasihat Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid.

05/07/2022

Manhaj Ahlu Bait di Yaman. Dengarlah dari Ahlinya

05/07/2022
04/03/2022
Telah tersebar satu iklan/poster memohon sumbangan berbentuk kewangan dari orang ramai bagi membeli sejumlah karpet untu...
23/01/2022

Telah tersebar satu iklan/poster memohon sumbangan berbentuk kewangan dari orang ramai bagi membeli sejumlah karpet untuk kegunaan di kediaman Habib Umar ben Hafidz.

Untuk pengetahuan semua, setelah kami mendapat konfirmasi dari Pejabat Rasmi Al Fadhil Habib Umar, mereka menafikan tentang poster tersebut dan tidak mengetahui tentangnya, bahkan tiada yang memberitahu Pejabat Rasmi Al Fadhil Habib Umar atau meminta izin untuk menyebarkan iklan/poster tersebut.

Oleh itu, orang ramai dikehendaki berhenti menyumbang kepada akaun bank yang terlibat.

Dan orang ramai juga dinasihati agar berhati-hati dengan sebarang iklan khususnya melibatkan pihak Habib Umar.
Demikian info Dari kami.

• Bagi pihak Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

22/07/2021

JAGA TEPI KAIN SENDIRI

15/05/2021

Saat menjadi khalifah, Sayyidina Umar AlKhattab suatu kali berjalan ² menyusuri Madinah. Ketika sedang menyelusuri sebuah kawasan perumahan, tiba ² Sayyidina Umar mendapati sebuah rumah yang dalam keadaan mencurigakan. Lantas Sayyidina Umar memasang telinga untuk memastikan perkara tersebut apakah benar atau tidak, tetapi rumah itu tertutup rapat. Lalu Beliau memasuki rumah tersebut melalui atap.

Dan itu memang benar ² terjadi , tuan rumah memang sedang bermaksiat di rumahnya. Melihat demikian, lantas Sayyidina Umar menghentikankannya, dan hendak menangkapnya.

Yang Peliknya, Sang pemilik rumah justru membantah. Dia mengakui memang dirinya telah berbuat dosa. Tapi menurutnya dosanya cuma satu. Sedangkan perbuatan Sang Khalifah, yang masuk ke rumahnya melalui atap telah melanggar 3 perintah Allah.

Kata si Tuan Rumah itu..

Bukanlah Allah melarang mencari ² kesalahan orang lain? ولا تجسّسو
(49:12)
Janganlah kalian mencari cari kesalahan orang lain

Kamu juga telah masuk rumah orang, tanpa melalui pintu, bukankah melanggar seruan Allah seperti yang diserukan didalam Qur’an.

واْتو البيوت من ابوابها
Dan masuklah rumah ² itu melalui dari pintunya (2: 189)

Dan Engkau masuk tanpa minta izin dan Tanpa mengucapkan salam, padahal Allah memerintahkannya

يا ايّها الّذين آمنو الا تدخلوا بيوتاً غير بيوتكم حتّىٰ تستاْنسوا وتسلّموا علىٰ اهلها

Wahai orang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah yang bukan milik kalian sebelum meminta izin dan memberi salam kepada prnghuni rumahnya (24: 27).

Menyadari kesalahan tindakannya, Sayyidina Umar akhirnya melepaskan orang tersebut dan hanya menyuruhnya bertaubat kepada Allah.

Kisah ini ada didalam kitab Al Imam Al-Ghazali, Ihya’ UlumudDin

Moral of the story: mencegah kemungkaran haruslah dijalankan dengan cara yang tidak mungkar.

Dari: Pencinta Rasulullah(saw)

LIKE:
Jom Dakwah Bersama Ulama
Keluarga Ribatul Quran | رباط القرآن

,

PLEASE TAG & SHARE . INSYAALLAH

08/05/2021

Sekadar ingatan bersama. 🤲🏻 Malam ini malam ke-27. Malam ganjil dan di penghujung Ramadhan.
___________________________________________

Siapa yang ingin infaq atau gandakan sodaqah 10 malam terakhir boleh terus bank in untuk *BINA MASJID* di Pusat Pengajian Zawiyah Nasiriyyah, Pedu, Kedah.

552022640013
MAYBANK
RUWAQ NASIRIY MANAGEMENT

Kemudian wajib maklumkan resit untuk tujuan rekod
http://www.wasap.my/601119259884/Pecutan10MalamTerakhir
Ustaz Soleh
01119259884

Moga berkat amal soleh tuan puan semua, dikurniakan fadhilat lailatulqadar tahun ini. Kerana tahun depan belum pasti buat kita. 🥺❤️

16/03/2021

*Assalamualaikum wrt*,

*DAURAH RAMADHAN MA’AHAD AN-NOER SECARA ONLINE*

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, apabila tiba kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ramai yang menantikan daurah An-Noer. InsyaAllah Ma’ahad An-Noer akan mengadakan *Daurah Ramadhan* bersama Tuan Guru yang kita kasihi *Al-Allamah, Syeikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafizahuallah* Tentative program seperti di bawah:

*DAURAH RAMADHAN MA’AHAD AN-NOER 1442H*

TARIKH: *1 -20 RAMADHAN* / *13 APRIL – 2 MEI 2021*

KITAB: *AL-MUDODDIMAH AL-HADRAMIYYAH* (KITAB BAHASA ARAB)
*40 HADITH KUARANTINE* (KITAB BAHASA MELAYU)

*JADUAL PENGAJIAN DAURAH RAMADHAN*

SESI 1: *7.30 – 9.30 PAGI*
SESI 2: *11.30 – 1.15 TENGAH HARI*
SESI 3: *6.00 – 7.00 PETANG*
SESI 4: *10.00 – 11.00 MALAM*

Pendaftaran hanya secara online, dan sila layari *https://annoer-industries.com/suq/index.php/product/daurahramadhan/* untuk pendaftaran dan pembayaran.

YURAN *RM100.00* TERMASUK PENDAFTARAN, SIJIL DITANDATANGANI TUAN GURU SYEIKH DAN KITAB 40 HADITH KUARANTINE.*

PENGHANTARAN: *RM13.00*
JUMLAH: *RM113.00*

Semoga kita terpilih untuk menghadiri majlis ilmu di bulan yang mulia bersam orang-orang yang mulia, Amin.

Jazakallah khair.
Ma’ahad An-Noer
Janda Baik

11/03/2021

Dr. al-Muhaddis al-Habib Muhammad bin `Alawi bin `Abbas bin `Abdul `Aziz al-Maliki al-Hasani rahimahumullah dalam karya beliau yang berjodol "Wa Huwa bil Ufuqil A'la", menyatakan:-

"Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mendengar kisah mikraj mengenai naik dan turunnya Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam ke langit, untuk menyangka bahawa antara hamba dan TuhanNya terdapat jarak yang tertentu yang dapat dijangkau, kerana sangkaan yang sedemikian adalah suatu kekufuran, yang mana kita berlindung dengan Allah daripadanya. Bahawasanya naik dan turun ini hanya dinisbahkan kepada hamba (yakni Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam) dan bukannya kepada Tuhan. Meskipun Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam pada malam israk tersebut berkesudahan dengan mencapai jarak kedudukan seumpama dua anak panah atau lebih hampir lagi, tetap baginda tidak melepasi maqam / kedudukan seorang hamba. Dan keadaan baginda dengan Nabi Yunus bin Matta alaihis salam ketika ditelan ikan serta dibawanya ke lautan lepas sehingga ke dasar lautan adalah sama, dalam hal ketiadaan jarak bagi Allah dengan ciptaanNya, ketiadaan arah, ketiadaan mengambil tempat, ketiadaan had pembatas, dan ketiadaan dapat dijangkau (yakni bukanlah ertinya bila Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam mikraj ke atas maka baginda lebih hampir kepada Tuhan berbanding Nabi Yunus yang dibawa ikan ke dasar lautan dari segi tempat dan jarak - satu di atas dan satu di bawah - kerana Allah tidak bertempat sehingga boleh didekati atau dihampiri dengan diputuskan jarak yang tertentu.) Dan telah dikatakan oleh segelintir ulama, bahawa ikan tersebut telah membawa Nabi Yunus sejauh perjalanan 6,000 tahun, sebagaimana disebut oleh Imam al-Baghawi dan selainnya. Apabila telah engkau ketahui yang sedemikian, maka yang dikehendaki dengan naiknya Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam dan menempuhnya baginda jarak yang jauh tersebut adalah untuk menzahirkan / menyatakan kedudukan baginda kepada penghuni langit dan menyatakan bahawasanya bagindalah makhluk Allah yang paling utama. Pengertian ini diperkuatkan lagi dengan dijadikan buraq sebagai tunggangan baginda, lalu dihubungkan bagi baginda akan mikraj (alat untuk naik ke langit), dijadikan baginda imam bagi para nabi dan malaikat, sedangkan Allah Ta'ala berkuasa untuk mengangkat baginda tanpa buraq dan mikraj.

11 Langkah amalan hendaknya diraih dibulan Rajab ini yang telah disebutkan oleh Alhabib Umar.1.Perbanyak membaca Istighf...
11/02/2021

11 Langkah amalan hendaknya diraih dibulan Rajab ini yang telah disebutkan oleh Alhabib Umar.

1.Perbanyak membaca Istighfar dan bertaubat dengan sebenar benarnya taubat.

2.Kesungguhan didalam mengejar Redha ALLAH SWT dengan melaksanakan keta'atan, dan meninggalkan kemaksiatan yang dilarang ALLAH.

3.Bermuhassabah keadaan dirinya kemudian memperbaikinya serta membangun kehidupannya di atas peneladanan Nabi Muhammad saw.

4.Memperhatikan keadaan dirinya dalam menjalankan kewajiban yang Allah wajibkan kepadanya secara terperinci dan di dalam menjalankan sunnah sunnah serta rawatib, dan memperhatikan kehadiran hatinya didalam menjalankan semua itu.

5.Berusaha untuk selalu solat berjamaah di saf pertama dan berusaha untuk selalu mendapatkan takbiratul ihram setelah Imam.

6.Hendaknya memiliki saham yang besar didalam membaca Alqur'an, mentadaburkan ayat-ayatnya, serta dalam mengamalkan tuntunannya.

7.Merutinkan pembacaan dzikir dipagi dan petang hari dan dzikir selepas solat 5waktu.

8.Memperhatikan dirinya dalam bergaul yang baik dengan rumahtangga, sahabat, teman, keluarga, tetanggga dan kepada seluruh mahluk.

9.Berpuasalah di bulan ini, khususnya dihari isnin dan khamis, dan juga di AYYAMUL BHIDH (13, 14, 15 dibulan hijriah).

10.Hendaknya memiliki saham besar dalam bersedekah dan memenuhi hajat orang-orang faqir dan miskin, dan berbuat baik kepada mereka.

11.hendaknya mengambil kesempatan emas dimalam malam bulan rajab ini untuk beribadah, khususnya diwaktu malam terakhir, maka alangkah baiknya jika dibulan ini kita berada didalam keadaan yang mulia disaat akhir malam, dimana ALLAH berfirman: -(dan disaat sahar (akhir malam) mereka meminta pengampunan)- dan ALLAH juga berfirman: -(orang yang selalu menginfakkan hartanya dan yang meminta pengampunan dimalam hari)-, dan ALLAH juga berfirman -(Sesungguhnya mereka sebelumnya adalah orang orang yang baik, yang sedikit dari malam malamnya tertidur dan dimalam hari selalu beristgfar meminta pengampunan ALLAH)-.

Kami memohon kepada ALLAH untuk memberikan bahagian besar dari kemuliaan malam bulan yang mulia ini, dan menjadikan kita dari hamba hamba yang diterima ibadahnya dan mendapatkan kebahagiaan didunia dan akhirat.

‎اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعِنا على الصيام والقيام.
Ya ALLAH berikanlah keberkahan untuk kami dibulan rajab dan sya'ban dan sampaikan kami pada bulan ramadhan dan bantulah kami untuk berpuasa dan menghidupkan malam ramadhan.

Address

Ulu Klang
54200

Telephone

+60182629858

Website

http://instagram.com/CintaRasulAllah, http://pencintarasululloh.blogspot.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pencinta Rasulullah(saw) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pencinta Rasulullah(saw):

Videos

Share


Other Ulu Klang media companies

Show All