03/09/2021
Tidak menangis walau kematian anak.
Allah memuliakan pasangan sahabat Ansar iaitu Abu Thalhah dan isterinya Ummu Sulaim dengan kelahiran seorang anak lelaki yang amat pandai mengambil hati kedua-dua ibu bapanya. Kecerdikan dan kebijaksanaanya yang petah berbicara serta tingkah lakunya amat menghiburkan. Anak tersebut di beri nama Abu Umair. . .
Allah SWT menguji keluarga Abu Thalhah dengan pelbagai dugaan yang menimpa buah hati mereka itu, Abu Umair. Sehinggalah pada suatu hari, ketika ketiadaan Abu Thalhah, Abu Umair telah ditimpa penyakit yg membawa kepada kematiannya. Ummu Sulaim sabar menghadapi musibah tersebut dgn jiwa yg tenang dan redha.
Beliau meguruskan jenazah anak yg amat dikasihinya itu sambil tidak henti-henti mengucapkan inna lillahi raji'un. Beliau berpesan kpd anaknya yg lain, "Janganlah kalian menceritakan kepada bapamu sehingga ibu sendiri yang menceritakan kepadanya."
Ketika Abu Thalhah p**ang, Ummu Sulaim menyambut suaminya itu dgn penuh adab. Seperti kebiasaan, Abu Thalhah bertanya, "Apa yang dilakukan oleh anakku?"
Ummu Sulaim menjawab, "Dia dalam keadaan yang tenang."
Abu Thalhah menganggap anaknya sudah beransur pulih.
Kemudian Ummu Sulaim mendekati suaminya itu dan mempersiapkan hidangan makan malam. Seketika selepas makan, Ummu Sulaim bersolek dgn dandanan yg lebih cantik dari hari sebelum-sebelumnya.
Apabila Ummu Sulaim meyakini bahawa emosi suaminya dalam keadaan terkawal dan tenang selepas bersamanya, beliau bertanya kpd suaminya, “Wahai Abu Thalhah, apakah pendapatmu seandainya ada satu kaum memberikan barang mereka kepada satu keluarga, kemudian pada suatu ketika, mereka mengambil barang tersebut semula. Adakah layak bg keluarga tersebut menolaknya?”
Abu Thalhah menjawab “Tentu saja tidak boleh.”
Kemudian Ummu Sulaim bertanya lagi, “Apa pendapatmu jika keluarga tersebut berasa keberatan tatkala barang yang dipinjamkan itu diambil setelah memanfaatkannya?”
Abu Thalhah menjawab, “Tentulah mereka tidak boleh menahannya dari diambil oleh tuan punya yg asal!”
Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnya anakmu ialah pinjaman daripada Allah dan Allah telah mengambilnya, maka tabahkanlah hatimu dan redhalah dengan ketentuan-Nya.”
Keesokan harinya beliau pergi menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu baginda tentang apa yg berlaku. Rasulullah SAW kemudian bersabda yg bermaksud, “Semoga Allah memberkati malam kalian berdua.”
Tidak lama kemudian, Ummu Sulaim pun mengandung dan akhirnya dikurniakan seorang bayi lelaki. Seketika selepas Ummu Sulaim melahirkan bayi itu, beliau meminta anak lelakinya, Anas bin Malik r.a. untuk membawa bayi itu kpd Rasulullah SAW.
Anas berkata kpd Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah melahirkan anak ini malam tadi.”
Maka Rasulullah SAW pun mentahnikkan bayi tersebut. Anas berkata, “Berikanlah nama kpd adikku ini, wahai Rasulullah.”
Rasulullah menamakan bayi itu Abdullah.
Ubadah, salah seorang perawi dalam rantaian sanad ini mengatakan, "Aku melihat Abdullah bin Abu Thalhah ini akhirnya memiliki 7 org anak yang kesemuanya menghafal Al-Quran."