TUARAN KINI

TUARAN KINI Pages TUARAN KINI adalah satu platform dan medium untuk berkongsi maklumat & Ilmu yang bermanfaat..

05/11/2024

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat s**a apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.
Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.
Kredit: Dr Zubaidi

05/11/2024

Muhasabah diri & perbaiki diri..🥹

05/11/2024
05/11/2024
05/11/2024

Setujuuu! Harga tiket penerbangan antarabangsa murah gik dari domestik, domestik nang mahal bah sampe 2K indah

04/11/2024

🤦🤦🤦

04/11/2024

Hati2 dalam perjalanan gais..

03/11/2024

KERAJAAN Sabah mengumumkan bantuan (one-off) subsidi RM300 pengangkutan kepada semua pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam negeri ini.
🔷 Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan bantuan itu semasa menghadiri Konvensyen Mahasiswa GRS di Raia Hotel, Kota Kinabalu, di sini pada pagi tadi.
🔶 "Kita telah memutuskan dalam Kabinet Sabah bahawa perlu juga kita beri bantuan subsidi kepada pelajar, anak-anak Sabah yang menuntut di negeri Sabah, yang ingin pulang ke kampung halaman mereka di Tawau, Sandakan dan lain-lain tempat.
🔶 "Saya ingin menyatakan atas permintaan sayap pelajar GRS ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar IPT Sabah (yang menuntut di Sabah) untuk pulang ke kampung halaman semasa perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina, Kaamatan dan sebagainya.
🔷 Tambah Hajiji lagi, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan anak-anak muda Sabah kerana mereka merupakan aset kepada negeri ini.
🔷 Pada awal tahun ini, Kerajaan Sabah telah memberikan bantuan khas tiket penerbangan one-off sebanyak RM600 yang dikreditkan secara langsung ke akaun pelajar IPT Sabah yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Address

Tuaran
89208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TUARAN KINI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies


Other Tuaran media companies

Show All