Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

Info Bencana Pahang dan Luar Pahang Melaporkan info-info semasa yang berlaku di Pahang, Malaysia dan juga luar negara. Info-info dikompilasi dari sumber-sumber yang sahih. INFO TIADA SEMPADAN!
(1)

Saya terkilan mereka salahkan arwah – Bapa Aysar ZahranOleh HARRITH HISHAM3 Februari 2025, 7:21 pm(Gambar)Bapa mangsa, S...
03/02/2025

Saya terkilan mereka salahkan arwah – Bapa Aysar Zahran

Oleh HARRITH HISHAM
3 Februari 2025, 7:21 pm

(Gambar)
Bapa mangsa, Saiful Alimin ketika ditemui di Masjid Al-Muttaqin, Hulu Langat hari ini.

HULU LANGAT – Bapa pelajar bidang perakaunan, Allahyarham Aysar Zahran Saiful Alimin yang m*ut akibat nahas enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, di sini semalam berharap agar kematian anaknya mendapat keadilan sewajarnya.

Saiful Alimin Mohd. Mokhtar, 58, berkata, dia juga terkilan apabila diberitahu bahawa pemandu yang disyaki melanggar motosikal anaknya itu mendakwa sebaliknya dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang itu.

Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Saya reda anak saya pergi dalam kejadian ini cuma saya terkilan sebab (pelaku) yang melanggar itu memburuk-burukkan anak saya.

“Dia kata anak saya yang langgar dia dan masuk laluan bertentangan. Nasib baik lepas itu keluar video yang menunjukkan situasi sebenar kejadian,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Allahyarham Aysar Zahran, 20, maut selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Alza yang memasuki laluan bertentangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menahan pemandu berusia 27 tahun itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mengulas lanjut, Saiful Alimin berkata, arwah yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu adalah seorang anak yang baik, lemah lembut dan tidak menunggang motosikal dengan berbahaya.

Katanya, dia juga sentiasa memberi galakan kepada arwah untuk belajar dalam bidang perakaunan kerana ia memberi peluang kerjaya yang baik pada masa depan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Aysar Zahran tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 4.10 petang tadi untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua. – KOSMO! ONLINE

03/02/2025

Vios terbakar: Suami simbah petrol, bakar kereta punca hal rumah tangga
🇲🇾✍️....................................
JOHOR BAHRU – Perselisihan faham dalam rumah tangga menjadi punca kejadian sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Tebrau berhampiran sebuah hospital swasta di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian khianat itu dilakukan sendiri lelaki yang juga suami kepada pemilik kereta terbabit sehingga wanita itu mengalami kerugian hampir RM90,000.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, suaminya yang berusia 25 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap isterinya yang berusia 21 tahun selepas berlaku salah faham dalam rumah tangga.Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di jalan tersebut, kejadian berlaku pada pukul 10.20 malam.

“Suspek tiba-tiba muncul dengan menaiki Toyota Vellfire menyekat kereta yang dinaiki isterinya bersama dua wanita lain serta seorang lelaki.

“Suspek bertindak menyimbah petrol dan membakar kereta sebelum lari dengan Toyota Vellfire,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, susulan kejadian itu kereta Toyota Vios itu terbakar 80 peratus dan wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Majidee.

Katanya, polis giat mengesan lelaki tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323. – KOSMO! ONLINE

Penunggang motosikal m*ut dalam nahas 6 kenderaan03 Februari 2025, 9:15amOleh: Ridhwan Rusydi Azri RoslanKUALA LUMPUR: S...
03/02/2025

Penunggang motosikal m*ut dalam nahas 6 kenderaan

03 Februari 2025, 9:15am
Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal m*ut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Jalan Hulu Langat – Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 20 tahun yang tercampak ke tepi jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian, empat buah motosikal dan sebuah kereta sedang dalam perjalanan menghala ke Ampang.

“Semasa melalui Jalan Hulu Langat – Ampang, sebuah lagi kereta dari arah Ampang dipercayai memasuki laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan itu.

“Kemalangan menyebabkan salah seorang penunggang motosikal, tercampak ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kesemua yang terlibat berusia antara 17 hingga 38 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Buletin Tv3

Video/gambar media sosial

TULAR | Pantai Port Dickson yang sebelum ini panas dengan isu ‘Khemah Biru’ kini beralih p**a kepada larangan pemasangan...
03/02/2025

TULAR | Pantai Port Dickson yang sebelum ini panas dengan isu ‘Khemah Biru’ kini beralih p**a kepada larangan pemasangan khemah awam yang ditetapkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di 11 pantai di daerah ini.

01/02/2025

Banjir di Sarawak bertambah buruk, di mana bilangan mangsa semakin bertambah.

Kemas kini info portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM maklumkan, seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 Pusat Perlindungan Sementara, PPS sehingga 9 pagi Sabtu.


Suami isteri m*ut, kereta bertembung trelerPaya Linda Yahyaam@hmetro.com.myGua Musang: Pasangan suami isteri m*ut dalam ...
01/02/2025

Suami isteri m*ut, kereta bertembung treler

Paya Linda Yahya
[email protected]

Gua Musang: Pasangan suami isteri m*ut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer (KM) 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isterinya, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26 m*ut di tempat kejadian, manakala anaknya Nur Irdina Delisha, 10 bulan, dan Muhammad Izz Danial, 5, terselamat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan S*k Choon Foo berkata, kejadian berlaku membabitkan kenderaan Perodua Myvi dan Treler Scania yang dipandu lelaki berusia 45 tahun.

Katanya, mangsa bersama isteri dan dua anaknya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang mengambil selekoh ke kanan jalan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler.

"Pertembungan terbabit menyebabkan treler terbabas dan terbalik sehingga melintang jalan, manakala kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa bersama isteri yang tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi penumpang dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian099121222 atau Pegawai Penyiasat 013-3010408 untuk membantu siasatan.

Disiarkan pada: Februari 1, 2025 @ 11:05am


Kanak-kanak lem@s ketika mandi di Pantai KandisADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID31 Januari 2025 10:31pmBACHOK - S...
31/01/2025

Kanak-kanak lem@s ketika mandi di Pantai Kandis

ADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID

31 Januari 2025 10:31pm

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki lem@s manakala tiga lagi sepupunya terselamat ketika mandi di Pantai Kandis di sini pada Jumaat.

M@yat mangsa, Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden, 9, ditemukan pada jam 7.25 malam dalam jarak satu kilometer (km) dari tempat terakhir dikatakan lem@s.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pengawai Bomba Kanan II KUP, Yusri Mat Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi pada jam 6.31 petang untuk operasi mencari serta menyelamat mangsa.

“Kejadian lem@s berlaku di pantai terbabit melibatkan mangsa yang mandi bersama tiga lagi sepupu.

“Seorang mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana ombak dan arus deras manakala lain-lain terselamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, sebaik dijumpai, mangsa yang lem@s dibawa ke tepi pantai dan diberi bantuan pernafasan.

Artikel Sinar Harian


Lelaki m*ut, isteri dan anak cedera kemalanganOleh Togi MarzukiJanuari 31, 2025 @ 5:07pmPONTIAN: Seorang lelaki meningga...
31/01/2025

Lelaki m*ut, isteri dan anak cedera kemalangan

Oleh Togi Marzuki
Januari 31, 2025 @ 5:07pm

PONTIAN: Seorang lelaki meninggal, manakala isteri dan anak lelaki berusia setahun cedera dalam kemalangan membabitkan dia kenderaan di Jalan Kampung Parit Jawa, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam di Kampung Parit Jawa membabitkan kenderaan jenis Nissan Sylphy dan Perodua Myvi.

Siasatan awal, katanya kemalangan berlaku apabila Nissan Sylphy dipandu wanita warga Taiwan dari arah Kampung Kayu Ara Pasong ke Kampung Parit Jawa terbabas dan bertembung Perodua Myvi dari arah bertentangan.

"Akibat kejadian itu, pemandu Perodua Myvi, Mohammad Osman Jamian, 31, cedera p@rah dan disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Pontian.

"Dua penumpang kenderaan sama iaitu, Norlyana Nordin, 21 dan anaknya berusia dilapor cedera. Turut cedera pemandu Nissan Sylphy," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

31/01/2025

Kejadian samvn pagi tadi gerai Taman Sri Bayu Morib bersebelahan Masjid Jamek Jama'iyah Morib

Bukan tulang manusia, mungkin kudaOleh MOHD AZLI ADLAN31 Januari 2025, 3:53 pmKUALA TERENGGANU – Pemeriksaan forensik te...
31/01/2025

Bukan tulang manusia, mungkin kuda

Oleh MOHD AZLI ADLAN
31 Januari 2025, 3:53 pm

KUALA TERENGGANU – Pemeriksaan forensik terhadap 34 serpihan tulang yang dijumpai di Pantai Batu Burok 2 di sini sebentar tadi mengesahkan ia bukan rangka manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kesimp**an itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan Pakar Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Siti Wira Md. Yaro.

“Pakar forensik HSNZ tersebut selesai melakukan bedah siasat terhadap tulang-tulang tersebut pada pukul 11 pagi tadi.

“Ia disahkan bukan tulang manusia berdasarkan bentuk, ketebalan dan panjangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, setakat ini, tulang-tulang tersebut dipercayai milik haiwan yang agak mirip dengan kuda.

Beliau berkata, sampel tulang tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu pengunjung Pantai Batu Burok 2 di sini gempar dengan penemuan serpihan tulang yag pada mulanya disangka rangka manusia.

Penemuan serpihan tulang terbabit di dalam kawasan semak berhampiran longkang di belakang sebuah kuarters agensi kerajaan yang tidak berpenghuni dimaklumkan kepada pihak berkuasa pada pukul 10.10 malam. – KOSMO! ONLINE

31/01/2025

Jumlah mangsa banjir sarawak merekodkan sedikit penurunan dengan keseluruhan 7,552 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi

Khairul Naeim hilang dikhuatiri lem@s jatuh Sungai KelantanOleh ROHANA MOHD. NAWI30 Januari 2025, 9:46 pmMACHANG – Seora...
31/01/2025

Khairul Naeim hilang dikhuatiri lem@s jatuh Sungai Kelantan

Oleh ROHANA MOHD. NAWI
30 Januari 2025, 9:46 pm

MACHANG – Seorang lelaki dikhuatiri lem@s selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka Joh, Labok di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohamed Andera Md. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.40 petang semalam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memaklumkan mengenai kes kehilangan mangsa, Khairul Naeim Che Deraman, 29.

Menurutnya, anggota bomba menjalankan operasi mencari di pesisir sungai berkenaan selepas mendapati mangsa lem@s di kawasan tersebut.

“Mangsa masih gagal dijumpai selepas lebih sehari operasi dijalankan.
Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan menyambung operasi mencari mangsa esok susulan cuaca gelap hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamed Andera berkata, unit anjing pengesan (K9) turut membantu mencari mangsa bersama 16 anggota termasuk PPDA.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Khairul Naeim daripada abang lelaki itu kira-kira pukul 8 pagi semalam.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” ujarnya.

ARTIKEL KOSMO! ONLINE

Lagi insiden lem@s di Port Dickson, kes babit lelaki berusia 20 tahunNORAFIDAH ASSANNORAFIDAH ASSAN31 Januari 2025 12:21...
31/01/2025

Lagi insiden lem@s di Port Dickson, kes babit lelaki berusia 20 tahun

NORAFIDAH ASSANNORAFIDAH ASSAN
31 Januari 2025 12:21pm

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemui lem@s sebaik dilaporkan hilang ketika berenang dalam kejadian di Pantai Batu 2, di sini pada awal pagi Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 6.31 petang Khamis.

"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dan Teluk Kemang termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi bagi mengesan mangsa yang dipercayai lem@s.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang mangsa lelaki berbangsa India berusia 20 tahun telah berenang dalam jarak lebih 60 meter dari pantai dan dikhuatiri lem@s," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, operasi mencari mangsa dilakukan oleh anggota PPDA di lima sektor pencarian.

"Pada jam 12.50 pagi, unit PPDA dari Sektor C telah menjumpai mangsa dalam lingkungan jarak 250 meter dari pesisiran pantai," katanya.

Ujar Mohd Kamal, mangsa berjaya di bawa naik ke darat untuk pengecaman identiti mangsa pada jam 1 pagi dan mangsa dikenali sebagai M R Vishhvaruben.

Menurutnya, pasukan perubatan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian dan m@yat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Media sebelum ini melaporkan percutian sekump**an pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lem@s ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, dekat sini pada Rabu.

M@yat lelaki warga Pakistan berusia 20-an yang juga pekerja bengkel itu ditemukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Wanita m*ut kereta rempuh trak tentera31 Januari 2025, 11:24amALOR GAJAH: Seorang wanita m*ut selepas Proton Saga dipand...
31/01/2025

Wanita m*ut kereta rempuh trak tentera

31 Januari 2025, 11:24am

ALOR GAJAH: Seorang wanita m*ut selepas Proton Saga dipandunya bertembung dengan trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah di sini, awal pagi tadi.

Pada kejadian 2.24 pagi itu, mangsa, Manisya Azlin Ishak, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas p@rah di kepala, manakala pemandu lori tentera, lelaki berusia 33 tahun patah tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu wanita berkenaan dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dan dia dipercayai dalam perjalanan p**ang ke rumahnya di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di bahagian pusat panggilan Telekom di Ayer Keroh dipercayai mengantuk menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kereta mangsa bertembung dengan trak Hicom itu secara berdepan yang cuba membrek berdasarkan kesan tayar sepanjang 12 meter di laluannya.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam keretanya yang remuk, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan,” katanya.

Azrul berkata, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu trak tentera, Muhammad Azuddin Alias yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala empat lagi anggota tentera lain yang berada dalam kenderaan berat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua kenderaan terbabit dalam nahas itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dihantar untuk pemeriksaan teknikal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Setakat ini, kita sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.

Lelaki m@ut motosikal bertembung pemandu kereta positif dadahKUALA KRAI – Seorang lelaki m@ut selepas motosikal yang dit...
30/01/2025

Lelaki m@ut motosikal bertembung pemandu kereta positif dadah

KUALA KRAI – Seorang lelaki m@ut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dipandu pemandu dalm keadaan positif dadah di Kilometer 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Keroh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Proton Saga sedang dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

“Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.

“Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan p@rah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan memberitahu, m@yat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati, pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan lanjut turut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta itu yang memotong kenderaan di depannya sehingga menyebabkan kemalangan dan kemat!an penunggang motosikal,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Kosmo Online

‘Dah langgar pagar sampai runtuh, jumpa lah tuan rumah’Oleh KOSMO!30 Januari 2025, 3:20 pmPETALING JAYA – Seorang lelaki...
30/01/2025

‘Dah langgar pagar sampai runtuh, jumpa lah tuan rumah’

Oleh KOSMO!
30 Januari 2025, 3:20 pm

PETALING JAYA – Seorang lelaki kesal apabila pagar batu di rumahnya runtuh dipercayai dilanggar oleh pemandu Perodua Alza yang dikatakan melarikan diri, dalam kejadian di sebuah perumahan di Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.

Hantaran gambar pagar runtuh berserta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu dimuat naik pemilik rumah tersebut menerusi TikTok Abdul Wahaba dan dia kesal apabila pemandu itu dikatakan tidak berjumpa dengannya.

“Pemandu Alza ni semasa ‘reverse’ melanggar pagar rumah saya.
Dia lari macam itu saja sebab saya tak ada di rumah masa ni.

“Jika dia tahu bersalah, baik segera jumpa saya.
Saya ada saja di rumah atau tinggal nombor telefon, saya akan hubungi,” katanya pada hantaran itu semalam.

Dia turut berkongsi rakaman CCTV kereta Perodua Alza berkenaan, namun nombor pendaftarannya tidak dapat dilihat dengan jelas

“Alza langgar pagar rumah saya dirakam oleh jiran saya, tapi tak nampak jelas nombor pendaftaran. Harap pemandu datang segera jumpa saya untuk selesaikan pagar runtuh dilanggar,” katanya.

Hantaran itu turut mendapati simpati orang ramai yang berharap pemandu Perodua Alza itu bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

“RM5,000 juga ni,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Saya rasa kalau dia datang minta maaf dan bincang elok-elok mungkin tuan TikTok ini akan permudah urusan dia.
Bila lari menunjukkan kita ni tak tahu hukum hakam walaupun kita ni seorang Islam.
Benda ni bukan setakat waktu kita hidup saja, akan sampai ke alam sana nanti.
Jadi fikir-fikirkan lah,” komen seorang individu.

Komen itu dipersetujui oleh pemilik rumah berkenaan.

“Ya betul tuan.
Saya pun belum buat laporan kepada polis.
Harap dapat selesaikan secara suci hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

30/01/2025

'Hanya mampu menangis jerit minta tolong', 3 minit tenggelam timbul, mangsa bot karam banjir di Sarawak akhirnya selamat

Oleh FARAH AYUNI ZULKEFLI
Khamis, 30 Jan 20252:37 PM MYT

RAMAI warganet berasa sebak melihat detik-detik sebuah bot karam sewaktu cuba memindahkan mangsa banjir di kawasan Kemunting, Bintulu, Sarawak.

Warga tempatan, Patricia Therisa Sunam yang dipercayai terperangkap di dalam sebuah rumah di kawasan tersebut sempat merakam detik itu sebelum dimuat naik dan menjadi tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, dilihat beberapa mangsa yang berada di dalam bot terjatuh dan dihanyutkan ke air banjir yang deras.

Saksi kejadian, Celine, meluahkan bahawa dia tidak dapat menahan air mata menyaksikan bencana alam itu di hadapan matanya.

"Bot karam dalam masa tiga minit sahaja. Saya menangis dan menjerit meminta pertolongan kerana arus sangat deras. Tiada siapa berani menghampiri kawasan itu kerana hanya bot berkuasa tinggi mampu meredah arus deras," katanya.

Bagaimanapun, Celine berkata, tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang dihanyutkan arus deras.

“Kami bersyukur kerana bantuan tiba tepat pada masanya. Bukan sahaja mangsa yang hanyut berjaya diselamatkan, malah kami yang terperangkap juga dibantu,” tambah Celine. — Majoriti

Address

Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Bencana Pahang dan Luar Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share