Wakaf Saham Akhirat

Wakaf Saham Akhirat Program Wakaf Al-Quran dan Berjuta Rahsia Quran Bersama Yayasan Qy'yum

19/09/2022
SALAM AIDILADHA 1443H
15/07/2022

SALAM AIDILADHA 1443H

BismillahirahmanirrahimAssalamualaikumSyukur Alhamdulillah, penghantaran sebanyak 30 naskah Al-Quran Premium 35dalam1 da...
15/07/2022

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah, penghantaran sebanyak 30 naskah Al-Quran Premium 35dalam1 dan set buku Berjuta Rahsia Quran telah diserahkan ke lokasi Tahfiz Arabic Al-Gontory. Gembira anak-anak tahfiz mendapat Al-Quran baru ini.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T memberikan kelancaran dalam majlis ini dan berjaya disempurnakan sebaik - baiknya. Didoakan kepada para penginfak semoga diatas setiap pembelian Al Quran yang disumbangkan ini menjadi benih benih kebaikan di akhirat kelak.

07/07/2022
ASYIK LEKA DENGAN DUNIAWI, SAMPAI LUPA BEKALAN UNTUK AKHIRATPernah tak kita terfikir, kalau la kita mati hari esok, cuku...
07/07/2022

ASYIK LEKA DENGAN DUNIAWI, SAMPAI LUPA BEKALAN UNTUK AKHIRAT
Pernah tak kita terfikir, kalau la kita mati hari esok, cukup tak amalan yang kita nak bawa kat akhirat nanti?
Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".
Jadikan amalan wakaf ini sebagai penyelamat anda meniti hari akhirat bersama kami di Yayasan Qy'yum dengan mewakafkan Al-Quran kepada golongan seperti:

• Pelajar Tahfiz
• Anak Yatim
• Madrasah
Klik link dibawah untuk berwakaf atas nama mak ayah

https://hi.jomwasap.my/wakaf60

WAKAF VS HIBAHMesti ramai yang tertanya-tanya perbezaan antara dua ini. Konsep Wakaf dalam islam dilihat sebagai sesuatu...
06/07/2022

WAKAF VS HIBAH

Mesti ramai yang tertanya-tanya perbezaan antara dua ini.
Konsep Wakaf dalam islam dilihat sebagai sesuatu yang “berbentuk jariah” kerana sifatnya yang membelanjakan harta ke jalan Allah SWT iaitu harta yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Konsep Hibah secara umum adalah pemberian hak (harta) secara sukarela (Ketika hidup) kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan ganjaran. Ia memerlukan suatu IJAB dan QABUL pemberian antara pemberi dan penerima.
Inilah peluang kita untuk merebut pahala melalui Program Wakaf Quran dan Berjuta Rahsia Quran (BRQ) dengan Yayasan Qy'yum.
Antara kelebihan kepada anda yang berwakaf dengan Yayasan Qy'yum:
1. Video penghantaran
2. Sijil Penghargaan Wakaf
3. Resit Sah Rasmi Penolakan Cukai
Boleh klik link dibawah sekiranya anda ingin berwakaf atas nama yang tersayang

http://wasap.my/60198046476/wakafyayasanqyyum

http://wasap.my/60198046476/wakafyayasanqyyum

http://wasap.my/60198046476/wakafyayasanqyyum

Alhamdulillah Pasukan Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) menyempurnakan penghantaran sebanyak 280 naskah Al-Quran untuk ...
15/06/2022

Alhamdulillah

Pasukan Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) menyempurnakan penghantaran sebanyak 280 naskah Al-Quran untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP) yang beralamat di LOT 140, Lorong Bistari 3, Kampung Seri Aman, 41700 Puchong, Selangor Darul Ehsan yang telah dilaksanakan pada 14 Jun 2022 bersamaan 14 Dhu al-Qi'dah 1443H.

Sambutan mesra diberikan untuk kunjungan kali ini dengan majlis penyerah turut disertakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil buat para pewakaf dan penginfak Al-Quran Premium 35 dalam 1.

Ini juga khususnya bagi menghadiahkan pahala yang berpanjangan kepada keluarga pewakaf dan penginfak yang telah kembali ke Rahmatullah.

Seikhlas Memberi Semurni Kasih

𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 : 𝗙𝗔𝗗𝗛𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:1. Mendapat darjat dan ked...
15/06/2022

𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 : 𝗙𝗔𝗗𝗛𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡

Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:

1. Mendapat darjat dan kedudukan yang mulia

2. Merupakan salah satu amalan jariyah yang mengalirkan pahala tidak terputus.

3. Sedekah dapat menghapus dosa

4. Pahala berwakaf Al-Quran menjadi pembekal amal kebaikan kelak

09/06/2022

"SAYA SERONOK DAN TERUJA MENDAPAT SUMBANGAN AL-QURAN"

Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan dari raut wajah para pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan Pahang ini apabila wakil Kasih Ikhlas AAT hadir bagi menyerahkan sumbangan Al-Quran sebanyak 300 naskhah.

Kebanyakan bahan Ilmiah di sini sudahpun usang dan mereka sememangnya memerlukan Al-Quran dan bahan bacaan ilmiah yang baru.

Di kesempatan ini juga, mereka sempat menitipkan doa buat para pewakaf atas sumbangan yang tidak ternilai ini. Semoga segala kebaikan dan keberkatan akan berbalik kepada para pewakaf atas niat murni ni.

Seikhlas Memberi Semurni Kasih

Assalamualaikum.Syukur Alhamdulillah pasukan Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) menyelesaikan penghantaran sebanyak 300 ...
30/05/2022

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah pasukan Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) menyelesaikan penghantaran sebanyak 300 naskah Al – Quran untuk pelajar – pelajar MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN (M.R.S. KUANTAN) yang telah dilaksanakan pada 29 Mei 2022 bersamaan 27 Syawal 1443H yang bertempat di lokasi Surau Al-Hidayah, MRSM Kuantan.

Terima kasih kepada seluruh peserta - perserta Program Kasih Ikhlas AAT yang sudi bersama – sama membeli dan menghadiahkan naskah – naskah Al – Quran ini bagi menggantikan AlQuran yang telah uzur dan buat anak – anak asnaf dalam kategori B40 di maktab ini. Selain pengajian teras, program Pengajian Bacaan Al – Quran setiap hari juga diterapkan kepada kesemua anak-anak ini. Semoga dengan asbab serahan Al – Quran ini akan dapat melahirkan ramai lagi kumpulan profesional yang celik dan cintakan Al – Quran sebagai pedoman dan bimbingan kehidupan seharian.

Semoga para peserta yang menyumbang dalam pembelian naskah – naskah Al – Quran ini mendapat pahala yang berpanjangan dan dilindungi Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Allah Yuftah Alaikum, Allahumma Aamiin.

Seikhlas Memberi Semurni Kasih 😊
19/05/2022

Seikhlas Memberi Semurni Kasih 😊

Proses Pengurusan Wakaf Al-Quran Yang Diterima Dari Para Pewakaf ☺️Seikhlas Memberi Semurni Kasih
17/05/2022

Proses Pengurusan Wakaf Al-Quran Yang Diterima Dari Para Pewakaf ☺️

Seikhlas Memberi Semurni Kasih

13/05/2022

Alhamdulillah, sepanjang program wakaf Al-Quran dijalankan. Inilah jenis Al-Quran yang diterima oleh pihak penerima wakaf.

Pihak kami menggunakan Al-Quran Premium yang mengandungi 35 kelebihan di dalamnya.

Infaq rezeki anda dengan menyertai program wakaf Al-Quran. Anda boleh niatkan atas nama yang tersayang.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi dengan klik link di bawah:

http://wasap.my/60198046476/wakafkasihikhlas

http://wasap.my/60198046476/wakafkasihikhlas

http://wasap.my/60198046476/wakafkasihikhlas

Address

6A-B, Jalan Waja 14, Telok Panglima Garang Industrial Zone
Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Saham Akhirat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share