Red Fahd 04

Red Fahd 04 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Red Fahd 04, Digital creator, Tebrau.

10/07/2022
30/10/2021

Follow media sosial Red Fahd 04 selain FB. Seperti korang tahu, admin tak terlalu aktif kt Facebook untuk post info menarik. Sekarang, admin dah mula aktif dalam memuat naik video di TikTok.

Bagi memudahkan korang untuk mendapatkan update terkini dari Red Fahd 04, korang boleh follow media sosial Red Fahd 04. Link ada di bawah.
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

YT : https://youtube.com/c/RedFahd04
IG : https://instagram.com/redfahd04official/
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSejrbcUq/

Gambar untuk cover FB page dan banner YT channel. Apa pendapat korang??? Tulis di ruang komen.
15/10/2021

Gambar untuk cover FB page dan banner YT channel. Apa pendapat korang??? Tulis di ruang komen.

Kami dari team Red Fahd 04 ingin mengucapkan "Selamat menyambut Hari Malaysia".
16/09/2021

Kami dari team Red Fahd 04 ingin mengucapkan "Selamat menyambut Hari Malaysia".

Pertama sekali, admin nak memohon maaf kerana bulan ni tak update "Fakta Menarik". Admin lebih fokus di Instagram. Untuk...
30/08/2021

Pertama sekali, admin nak memohon maaf kerana bulan ni tak update "Fakta Menarik". Admin lebih fokus di Instagram. Untuk mendapatkan update terkini, boleh follow Instagram Red Fahd 04.

Link : https://www.instagram.com/redfahd04official/

Hello Red Troopers!! Pukul 8 malam ni, ada video akan premiere di YT tentang kemerdekaan. Video ini dibuat berdasarkan pertanyaan subscribers & followers RF04. So, stay tuned malam ni. Jangan risau kepada yang tak sempat tengok premiere tu, lepas video tamat premiere, admin akan upload video kt FB.

Link video premiere : https://youtu.be/qST7VFIRy3M

Kami dari team Red Fahd 04 ingin mengucapkan "Salam Awal Muharram 1443H".Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari y...
09/08/2021

Kami dari team Red Fahd 04 ingin mengucapkan "Salam Awal Muharram 1443H".

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Makkah ke kota Madinah.

KENALI KEFFIYEH ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ : HIASAN KEPALA TRADISIONAL ARAB.....Kefiyyeh atau kufiyyah merupakan hiasan kepala tradisional masya...
29/05/2021

KENALI KEFFIYEH ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ : HIASAN KEPALA TRADISIONAL ARAB.....

Kefiyyeh atau kufiyyah merupakan hiasan kepala tradisional masyarakat Arab yang menetap di Timur Tengah. Ia diperbuat dari alun-alun selendang yang juga diperbuat daripada kapas. Pemakaian keffiyeh lebih identik dengan masyarakat Arab di Palestin kerana orang Palestin menjadikan keffiyeh sebagai simbol nasionalisme Palestin. Di luar wilayah Timur Tengah & Afrika Utara, keffiyeh menjadi popular akibat para aktivis yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan Palestin memakai pakaian ini.

________________________________________________

AMARAN ~

Kami tidak berniat untuk menyebarkan sebarang keganasan. Hanya sekadar info semata.

________________________________________________

Jangan lupa like, share & follow page ini untuk dapatkan info menarik lainnya dan boleh singgah ke channel YouTube Red Fahd 04 dan subscribe.

Jika ada salah info atau tercicir info, boleh beritahu di ruang comment.

BAGAIMANA PERISTIWA NAKBAH BOLEH BERLAKU ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ?....Hari ini merupakan hari yang sangat memilukan bagi rakyat Palestin. Tang...
15/05/2021

BAGAIMANA PERISTIWA NAKBAH BOLEH BERLAKU ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ?....

Hari ini merupakan hari yang sangat memilukan bagi rakyat Palestin. Tanggal tarikh 15 Mei 1948, berlakunya peristiwa Nakbah yang mengubah sejarah dunia. Sebanyak 7 juta orang dari keturunan Arab Palestin telah menjadi pelarian yang sangat memilukan ini.
Nak tahu lebih lanjut? Mari kita semak selengkapnya.

Fakta menarik ini dibuat khas untuk Red Troopers sekalian supaya korang tahu tentang negara Palestin ini.

________________________________________________

Jangan lupa like, share & follow page ini untuk dapatkan info menarik lainnya dan boleh singgah ke channel YouTube Red Fahd 04 dan subscribe.

Jika ada salah info atau tercicir info, boleh beritahu di ruang comment.

Ini adalah tingkat kualiti sumber air Sungai Euphrates dan Sungai Tigris. Menurut Iraq Water Quality Report, terlihat ba...
15/09/2020

Ini adalah tingkat kualiti sumber air Sungai Euphrates dan Sungai Tigris. Menurut Iraq Water Quality Report, terlihat bahawa tingkat kualiti sumber air di wilayah utara Iraq sangat tinggi manakala tingkat kualiti sumber air di wilayah selatan Iraq sangat rendah. Yang menjadi tumpuan kita adalah wilayah selatan Iraq. Di wilayah selatan Iraq, ada bandar bernama Basrah. Basrah terkenal dengan pusat perdagangan, pelabuhan dan tamadun Islam pada zaman kerajaan Abbasiyah.

Basrah juga terkenal dengan terusan kecil dari Sungai Shatt Al-Arab. Sungai ini merupakan hilir sungai dari Sungai Euphrates dan Sungai Tigris. Direkodkan bahawa terusan kecil Basrah dahulunya dipanggil sebagai Venice of the Middle East. Tetapi sekarang, terusan kecil tersebut dipenuhi sampah sarap. Sungai Shatt Al-Arab juga mengalami krisis.

Disebabkan Shatt Al-Arab merupakan hilir Sungai dari Sungai Euphrates dan Sungai Tigris, kawalan air yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya pencemaran air dan aliran sungai yang lemah. Akibat hal itu, ia membolehkan air garam bergerak masuk ke hilir sungai dari Teluk Parsi dan menyebabkan ikan dan tanaman mati.

Sumber : Aljazeera English / Vox / Iraq Energy Institute / Norwegian Refugee Council / Iraq Water Quality Report

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ถ


Setiap tahun, di Iraq sentiasa berlaku krisis air. Krisis air ini bermula sejak tahun 1990-an ketika Iraq menghadapi Per...
14/09/2020

Setiap tahun, di Iraq sentiasa berlaku krisis air. Krisis air ini bermula sejak tahun 1990-an ketika Iraq menghadapi Perang Teluk. Kebanyakan sumber air didapatkan dari kedua-dua sungai terpanjang di Timur Tengah iaitu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi krisis air di Iraq.

1) Faktor peperangan

Semestinya kerana Iraq telah mengalami beberapa siri peperangan seperti Perang Iran-Iraq, Perang Teluk, Perang Saudara Iraq dan Serangan AS terhadap Iraq. Pada tahun 1990-an, Iraq menghadapi perang Teluk di mana Iraq menyerang Kuwait. Kemudian, AS membantu Kuwait dengan menghantar tentera AS untuk menyerang Iraq. Kemudahan infrastruktur seperti empangan hidroelektrik yang menjadi sumber penjanaan tenaga elektrik dan penakungan air musnah. Hal ini menyebabkan pencemaran air berlaku. Kemudian, Iraq menghadapi serangan dari AS yang menyebabkan jawatan Presiden Iraq, Saddam Hussein digulingkan dan melemahkan ekonkmi Iraq serta memusnahkan infrastruktur. Seterusnya, berlaku perang saudara yang menyebabkan kemunculan ISIS di Iraq dan Syria. Hal ini sangat memburukkan keadaan persekitaran Sungai Euphrates dan Sungai Tigris yang telah menjadi pusat peradaban atau tamadun awal manusia di dunia.

2) Faktor kawalan sumber air

Sungai Euphrates dan Sungai Tigris telah dikawal oleh negara Turki, Syria dan Iran. Menurut Iraq Energy Institute, Turki mengawal sumber air dari Sungai Euphrates dan Sungai Tigris sebanyak 71%, Syria sebanyak 4% dan Iran sebanyak 6%. Hal ini bermaksud Iraq mengawal sumber air dari Sungai Euphrates dan Sungai Tigris sebanyak 19%. Lebihยฒ lagi, di Turki terdapat dua empangan dibina di Sungai Euphrates dan Sungai Tigris iaitu Empangan Ataturk (Euphrates) dan Empangan Ilisu (Tigris).

Krisis air di Iraq benarยฒ menyukarkan rakyatnya untuk bertahan hidup. Bahkan, ada sesetengah kes di mana penduduk tidak mendapat bekalan air sedikit pun.

Sumber : Aljazeera English / Vox / Iraq Energy Institute / Norwegian Refugee Council

Inilah sejarah Jalur GemilangTidak lengkap sesebuah negara tanpa berkibarnya bendera yang melambangkan penghormatan atau...
31/08/2020

Inilah sejarah Jalur Gemilang

Tidak lengkap sesebuah negara tanpa berkibarnya bendera yang melambangkan penghormatan atau kedaulatan sesebuah negara.

Ini adalah kronologi sejarah Jalur Gemilang.

Mei 1948

Satu pertandingan telah diadakan. Ketika itu, mereka telah menerima sebanyak 337 karyawan.

Februari 1949

Mereka telah memilih tiga karya dan telah meminta undian daripada orang ramai melalui akhbar "The Malay Mail". Majoriti orang ramai menyukai karya daripada arkitek kerajaan Johor iaitu Mohamed bin Hamzah.

22 & 23 Februari 1950

Majlis Raja-raja Melayu telah memperkenalkan karya Mohamed bin Hamzah. Ada beberapa perubahan reka bentuk Jalur Gemilang seperti warna bulan sabit telah ditukar menjadi warna kuning bagi melambangkan Raja-raja Melayu.

Mei 1950

Bendera Malaysia secara rasmi telah dikibarkan di mana ketika itu Ketua Setiausaha Negara telah berucap dengan ucapan "That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malays should be as follows. Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a crescent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet." Bendera ini dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur di mana majlid pengibaran bendera dihadiri Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan turut dihadiri pembesar British.

September 1957

Sekali lagi berlaku perubahan reka bentuk bendera pada jalur merah dan putih iaitu sebanyak 14 jalur sekali gus melambangkan penyertaan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Walaupun, Singapura berpisah dengan Malaysia tetapi reka bentuk 14 jalur tetap dikekalkan. 13 jalur melambangkan 13 buah negeri manakala 1 jalur melambangkan Wilayah Persekutuan.

31 Ogos 1997

Jalur Gemilang dipilih dan diisytiharkan sebagai nama bendera kebangsaan oleh Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir.

Maklumat selengkapnya di channel YouTube Red Fahd 04.


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธโค๏ธ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

Tebrau

Telephone

+601157516192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Red Fahd 04 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Red Fahd 04:

Videos

Share