Kabinet Dapur Fuziah Perabot Kayu Kelantan

Kabinet Dapur Fuziah Perabot Kayu Kelantan Syarikat : Fuziah Bt Mat Sin
NO. Pendaftaran SSM: KT0115816-D
(4)

Up!tempat servey kabinet dapur?
21/07/2024

Up!tempat servey kabinet dapur?

Tempat servey kabinet dapur??
Dulu dulu sesiapa nak tempah kabinet dengan saya pasti akan berkunjung ke bengkel saya. Tanya itu ini servey lebih kurang. Tapi sekarang tak lagi..dan boleh kata 8 daripada 10 orang pelanggan saya datang dari cara online dan whatsapp sahaja. Berkunjung ke kedai,showroom bukan lagi kewajiban dah sekarang. Cuma kalau nak datang tu, saya sangat persilakan.

Sekarang ni saya apabila diminta buat sebut harga, saya bagi je harga betul. Mahal? Murah? Ada rezeki mereka jadi buat, tak ada rezeki kita cari orang lain. Tak ada istilah “alahh ruginya terlepas prospek ni”…Pelanggan bukan seorang, tukang kabinet pun bukan seorang. Di Kelate sahaja ada berpuluh puluh (beratus barangkali) tukang kabinet yang awak boleh servey jika rajin.

Posting kali ni saya open pada mana mana tukang kabinet yang nak tumpang promote diri mereka, boleh komen dekat bawah. Pandai pandai awak lah nak tulis apa.

Audience page saya ni bukan dari Kelantan sahaja, sebaliknya lebih ramai dari dari luar Kelantan sebenarnya. Dan ramai juga yang inbox mesej tanya boleh buat atau tidak di luar Kelantan. Rezeki sama sama kongsi. Makan seorang tak habes.

Gambar bawah ialah kabinet dapur jenis aluminium ACP.

Wardrobe laminate HPL atau nama glemer dia wardrobe fomica. Material menggunakan solid blockboard ditampal dengan fomica...
21/07/2024

Wardrobe laminate HPL atau nama glemer dia wardrobe fomica. Material menggunakan solid blockboard ditampal dengan fomica. Terima kasih memilih kami

Siap dah yang kat Jeli
15/07/2024

Siap dah yang kat Jeli

Yang ni 99% dari idea tuan rumah. Saya tak pernah bagi idea macam ni sebab tempat gantung baju tu agak tinggi. Tapi sebab ini tuan rumah yang request..jadi tak salah laa yea.

Yang posting sebelum ni yang saya ada tunjuk body wardrobe tu…ini lah dia. Ini lah dia rupa wardrobe tu apabila dah siap sepenuhnya.

Sepanjang buat wardrobe, seingat saya ini kali ke-2 saya diminta buat gaya gantung baju tinggi macam ni. Macamna dia nak gantung baju tinggi tinggi tu, jangan tanya saya.

Tapi hujung kanan tu, besi gantung baju tu boleh tarik turun naik.

Stay calm keep working
14/07/2024

Stay calm keep working

Warna hitam jenis ACP
05/07/2024

Warna hitam jenis ACP

Akhirnya bertemu juga dengan orang yang nak warna hitam. Ini pelanggan pertama yang minta buat warna hitam kabinet ACP dengan saya.

Ayah tuan rumah ni p**a, tahun lepas dia lah yang minta buat table top fully aluminium untuk ganti table top lama yang rosak dimakan anai anai tu.Video tu ada saya share sebelum ni..yang pintu warna hijau tu.

Ade rezeki kita nak cuba upgrade main pintu full panel aluminium sepenuhnya p**a nanti. Bagi lebih banyak pilihan untuk orang pilih.

Gambar bawah ialah kabinet jenis ACP dengan peten nyatuh shaker door. Body kabinet atas, dan semua body dalaman counter top guna full aluminium dan acp panel.

Wardrobe bilik anak anak si tuan rumah. Material guna solid blockbord dan ditampal dengan fomica. Kemasan p**a guna fomi...
05/07/2024

Wardrobe bilik anak anak si tuan rumah. Material guna solid blockbord dan ditampal dengan fomica.

Kemasan p**a guna fomica putih jenis matte licin.

Terima kasih memilih kami.

03/07/2024

Pasang frame dahulu pun boleh je

Wardrobe laminate HPL fomica dengan corak kayu. Material utama kami guna ialah solid blockboard ditampal dengan fomica. ...
03/07/2024

Wardrobe laminate HPL fomica dengan corak kayu. Material utama kami guna ialah solid blockboard ditampal dengan fomica. Terima kasih memilih kami

Poket door nama dia orang panggil
28/06/2024

Poket door nama dia orang panggil

Pintu poket

Pocket door ni antara benda yang kerap orang tanya sekarang ni waktu nak suruh buat kabinet.

Ikutkan setakat ni ada laa 3 biji rumah yang sudah kita penuhi hajat mereka yang nak pintu poket. Waktu mula mula buat dulu memang pening kepala duk pikir. Macam mana laa nak reka benda ni.

Hampir hampir terkandas juga waktu pertama kali buat sebelum ni..tapi naseb baik menjadi. Sekarang dah jadi mudah je. Pintu poket ni satu je perangai dia..kene bagitahu awal awal kalau mahu guna dia,kalau dah siap body kabinet baru cakap nak guna..memang tak menjadi laa hajat tu.

Gambar bawah ialah poket door untuk penapis air Coway yang berada sekali dengan wardrobe baju. Body wardrobe guna solid blockboard tampal fomica, dan pintu wardrobe p**a guna material jenis HDF.

Set kabinet dapur moden fomica untuk area dry kitchen. Sebelum ni tuan rumah oder kabinet 5g untuk wet kitchen beliau.Ka...
25/06/2024

Set kabinet dapur moden fomica untuk area dry kitchen. Sebelum ni tuan rumah oder kabinet 5g untuk wet kitchen beliau.

Kali ni kita guna fomica sepenuhnya sahaja. Konsep masih lagi full height kabinet cuma body tak buat penuh. Jadi ‘topi’ kabinet kena buat gaya tinggi sampai siling. Terima kasih memilih kami

Bukan kuih je ada tunjuk tunjuk sekarang…kabinet dapur pun sama…buka google,tunjuk mintak
25/06/2024

Bukan kuih je ada tunjuk tunjuk sekarang…kabinet dapur pun sama…buka google,tunjuk mintak

Idea gila gila kreatif ni kadang kadang bukan datang dari tukang pun sebenarnya. Banyak idea tuan rumah je yang minta cadangan macam macam tu. Bukak google, tunjuk tunjuk “saya nak macamni”.

Biasanya jarang tukang nak buat pelik pelik kalau tak diminta. Sikit sikit tu mungkin lah.. tapi selalunya “buat biasa je laa kak yea”.

Permintaan pelik pelik, biasanya saya akan cuba tunaikan…selagi logik. Kalau tak logik atau memang saya tak reti, saya cakap je tak boleh buat. Asal bayar orang kata

Boleh baca segala perkongsian kami tentang ilmu buat kabinet dapur di
10/06/2024

Boleh baca segala perkongsian kami tentang ilmu buat kabinet dapur di

EP 15 : Semua tips dan ilmu tentang kabinet dapur yang saya kongsi setakat ni awak semua boleh cari di … hashtag ni khusus tentang episod ilmu perihal kabinet sahaja. Tinggi berapa, jarak berapa, material apa,tips itu ini…boleh laaa awak guna waktu nak buat dapur baru nanti.

Gambar bawah ialah proses pemasangan frame aluminium kabinet bawah sebelum masuk proses seterusnya, iaitu proses pasang tile mozek. Ada dua cara, iaitu samada pasang frame dahulu,atau tak payah pasang frame dahulu,sebaliknya teruskan sahaja siapkan dapur konkrit tanpa frame.

Bezanya jika pasang kemudian, nanti frame akan berada di atas pelantaian kabinet bawah..tapi jika pasang awal,frame akan jadi sekata dengan pelantaian. Namun begitu ada juga cara tukang kabinet tertentu yang langsung tak pakai frame (belah bawah) walau table top sudah siap. Ada laa tu hujah dia kenapa tak pakai. Cara saya mesti wajib pakai.

Kabinet dapur fomica dengan kemasan glossy grey
04/06/2024

Kabinet dapur fomica dengan kemasan glossy grey

Counter top dapur kering dengan kemasan corak kayu dan hijau matte. Manakala di kawasan sink kita gabung quartz stone ju...
28/05/2024

Counter top dapur kering dengan kemasan corak kayu dan hijau matte. Manakala di kawasan sink kita gabung quartz stone juga

25/05/2024

Hari ni pagi pagi lagi ke Rantau Panjang untuk dua tapak rumah. Satu tu ke dalam bukit terus dibawa nya saya untuk ke ladang kuda milik tuan rumah. Siap tu terus p**a ke Besut..pasang rail tong gas rumah pelanggan saya yang tertangguh hari tu.

Satu je masalah kalau nak pasang rail tong gas ni..iaitu pastikan tinggi ruang masuk minimum 24” 1/2 camtu…kurang pada tu, tinggal angan angan sahaja lah.

Almari pakaian dalam bilik tidur. Body pakai material solid blockboard tampal fomica. Pintu guna material HDF. Terima ka...
21/05/2024

Almari pakaian dalam bilik tidur. Body pakai material solid blockboard tampal fomica. Pintu guna material HDF. Terima kasih memilih kami

Sekarang ada banyak jenis pintu nyatuh..solid ada, nyatu bajet pun ada..mana mana pun boleh asalkan nak
21/05/2024

Sekarang ada banyak jenis pintu nyatuh..solid ada, nyatu bajet pun ada..mana mana pun boleh asalkan nak

Pintu solid nyatuh tak original

Dulu kalau orang sebut nyatuh.. maka satu je maksud dia iaitu kabinet tu memang pakai pintu solid nyatuh asli original.

Sekarang ni bila sebut nyatuh, ia boleh pergi pada banyak maksud. Ada pelbagai alternatif pintu yang menyerupai nyatuh..ataupun saya panggil nyatuh copy.

Nyatuh apa awak mahu? Nyatuh bajet?Nyatuh shaker? Mengapa timbul nyatuh alternatif ni semua saya pun tak pasti, mungkin barangkali faktor kos yang paling mempengaruhi kewujudan pintu alternatif ni semua. Bila seorang dua mula buat, nampak cantik..maka makin ramai yang minta. Nak tak nak, kena terima yang benda ni mula diterima ramai.

Paling simple, pintu board yang ditampal plywood nyatuh, kemudian ditambah sketing (kumai/bingkai skerting) supaya nanti pintu akan nampak ada bingkai bunga dia.

Kalau nak nyatuh shaker (euro style), pintu board akan ditampal plywood nyatuh dan beberapa lapisan plywood lagi supaya hasil akan nampak jadi macam shaker door.

Adakah semua ni salah sebab ‘macam copy’ je..? Saya fikir tak salah pun sebenarnya, asalkan tukang jelaskan betul betul terlebih dahulu pada tuan rumah sebelum buat urus niaga.. Tuan rumah memang tidak tahu, jadi tukang yang perlu ‘educate’ mereka. Dua dua setuju, maka teruskan. Dia jadi salah jikalau tukang ambil kesempatan dengan tidak jelaskan sepenuhnya pasal pintu nyatuh ni. Tuan rumah minta solid nyatuh ori, tukang bagi nyatuh copy..lambat laun terbongkar juga nanti.

Gambar bawah ialah pintu HDF dengan corak solid nyatuh. Ini pun alternatif pada pintu solid nyatuh. Saya kini tawarkan pintu HDF atau HMR je sekarang..malas sakit kepala.

Set kabinet TV dengan pintu HDF gaya shaker door. Body utama guna solid blockboard tampal fomica, manakala pintu guna HD...
09/05/2024

Set kabinet TV dengan pintu HDF gaya shaker door. Body utama guna solid blockboard tampal fomica, manakala pintu guna HDF.

Pintu HDF sesuai dijadikan sebagai alternatif pada pintu solid nyatuh. Pintu HDF ialah pintu dari material habuk kayu dan di compress menjadi bentuk bentuk tertentu. Untuk penggunaan selain dari tempat persekitaran lembab, ia tidak menjadi masalah..dan sangat sesuai dipakai. Finishing juga bagi saya sangat cantik.

Cuma jika mahu guna untuk di kawasan persekitaran lembab (bawah sink), penjagaan yang lebih baik dan cermat amat amat diperlukan.

Up
09/05/2024

Up

Suami VS Isteri

Antara ragam apabila jumpa tuan rumah ialah ketika waktu nak bincang apa yang perlu buat.

Biasanya si isteri lebih mendominasi dari pihak si suami. Ye lah..dapur kan ibarat gelanggang si isteri. Biasanya pada awal saya dengar je semua luahan hasrat hati si isteri. Dah habis baru saya akan komen balik semua idea yang diberi.

Si suami dia senyap je…kadang kadang sahaja mencelah..itu pun bunyi “ikut awok lah…” . Tak ikut kan, tak berasap p**a dapur nanti.

Ada juga situasi kadang kadang agak tegang.. isteri nak begitu, tapi si suami tak setuju..part ni,saya p**a yang jadi senyap.

Gambar bawah ialah kabinet jenis fomica, projek di Budi Bachok. Video yang buat TT saya naik tahun lepas.

Kita hurai sikit sebab ramai macam berminat nak tahu pasal HDF
25/04/2024

Kita hurai sikit sebab ramai macam berminat nak tahu pasal HDF

Elok ke pintu material HDF ni?????

Sebelum tu perlu awak tahu bahawa hampir semua maklumat ni awak boleh baca sahaja dalam google. Cuma ini saya kongsi melalui pengamatan saya. Jadi saya akan guna ayat bahasa ‘pasar’ melalui pemahaman saya.

Pintu HDF ni high density fiberboard…maksud mudah, dia pintu habuk kayu mampat sahaja sebenarnya. Tapi dia kuat, padat,..dan dibalut dengan material kulit PVC(kalau salah tolong betulkan), proses ni nama dia ‘membrane finish’. Walaupun dia habuk kayu, secara umum dia lebih tahan dan lebih molek berbanding MDF. Produk MDF (medium density fiberboard) ni p**a biasanya awak boleh jumpa dekat perabot siap murah.. contohnya meja kopi siap dijual tu, dan pelbagai lagi.

Pintu HDF yang siap dibalut membrane PVC ni antara lain untuk pastikan material ni sentiasa tegap, tahan lembab, dan tidak mudah rosak. Pintu HDF ni boleh juga nak panggil pintu press. Sebab dia press pintu ni jadi peten yg kita mahu. Dia datang dengan pelbagai pilihan peten dan pilihan warna. Awak pilih sahaja mahu yang mana.

Adakah dia sangat sangat kuat???Tidak juga..setakat buat pintu kabinet, tiada masalah. Dia duduk tergantung situ je dekat body almari atau kabinet. Kalau nak buat shelve, nak buat katil,nak buat joint sesuatu barang, ayat ringkas mudah saya,tidak boleh lah…

Dia tahan air ke???Setakat pemahaman saya yang cetek ini, dia tidak kalis air sangat pun, cuma lebih baik berbanding MDF. Penggunaan yang biasa, setakat kena air biasa biasa tu tiada masalah pun sepatutnya. Penjagaan yang betul boleh memanjangkan hayat kabinet awak. Hakikatnya awak pakai lah mana mana jenis pintu sekalipun kalau tiada penjagaan, semua boleh rosak juga akhirnya. Kulit luar material tiada isu,barang dalam tu yang kita nak jaga.

Dia selalunya akan jadi isu apabila kabinet awak terdedah pada air secara terus tanpa gagal secara berterusan,untuk tempoh masa yang panjang..berhari hari, berminggu, berbulan bulan..kalau gini, kabinet fomica yang tahan air tu pun boleh jahanam. Orang yang tidak cermat,tak digalakkan pakai material ini di bahagian wet kitchen. Untuk selain wet kitchen, sepatutnya ia tiada isu.

Pintu HDF ni ibarat alternatif pada pintu solid nyatuh original. Bagi awak yang nak guna gaya peten solid nyatuh, nak merasa buat gaya european ke..tapi taknak guna kayu solid nyatuh betul..maka pintu HDF lah antara alternatif yang ada. Untuk pintu bercorak nyatuh (peten shaker door terutamanya), sekarang ada plywood copy nyatuh, ada laminate copy nyatuh..terp**ang atas bajet awak nak yang mana.

Jika awak masih risaukan isu lembab kena air, boleh cuba guna pintu HMR, high moisture restance…dia sama semua perkara dengan material HDF, cuma dia tambah baik kebolehan untuk lebih tahan kelembapan.

Semua ni melalui pemahaman saya. Boleh jadi betul boleh jadi juga kurang tepat. Jika ada salah maklumat, awak boleh pakat pakat betulkan maklumat, nanti saya edit balik posting.

Gambar bawah ialah wardrobe pintu HDF untuk big boss salah seorang founder kosmetik

Counter top dry kitchen. Keseluruhan body dibuat dengan solid blockboard dan ditampal dengan laminate fomica. Kecuali de...
24/04/2024

Counter top dry kitchen. Keseluruhan body dibuat dengan solid blockboard dan ditampal dengan laminate fomica.

Kecuali dekat sink, kita gabung dengan top batu quartz supaya lebih baik dengan kawasan basah.

Tema dipilih ialah hijau dan koko kayu..dan pintu p**a dengan gaya fomica penuh ‘clean cut’ beserta dengan handle gold. Terima kasih memilih kami

Untuk Demica Beauty kali ni
24/04/2024

Untuk Demica Beauty kali ni

Dalam proses pemasangan wardrobe kita ni
23/04/2024

Dalam proses pemasangan wardrobe kita ni

Ramai laa p**ak yg pm saya pasal pintu HDF..takpe,benda baik kita kongsi je. Dah tahun 2024, takde dah istilah sorok ilmu, sorok supplier,sorok itu ini..kalau tak cakap pun,semua ada dalam tiktok apa. Kalau dah nama rezeki, tak kemana. Itu cara saya lah..orang lain tak tahu lah p**a.

Ok..kita bagi pening sikit lagi, ada satu lagi jenis pintu..nama dia pintu HMR..abang sikit pada pintu HDF

Gambar bawah ialah progress pemasangan pintu HDF yang saya post 2 hari lepas. Pasang di wardrobe ni lah.

21/04/2024

Ini pintu HDF..bukan solid nyatuh ori..bukan laminate copy nyatuh..bukan plywood copy nyatuh. Haaa.. macam macam sekarang kan jenis pintu yang peten nyatuh. Bukan macam dulu dah..ada satu jenis nyatuh sahaja.

Gambar bawah ni pintu HDF peten nyatuh untuk projek di Kota Bharu. Tuan rumah minta peten old skool..bukan shaker

Set kabinet dapur moden HPL fomica dengan kemasan corak hitam dan koko kayu. Kaunter p**au p**a disiapkan dengan top kay...
15/04/2024

Set kabinet dapur moden HPL fomica dengan kemasan corak hitam dan koko kayu. Kaunter p**au p**a disiapkan dengan top kayu pine supaya keseluruhan gaya nampak sepadan

15/04/2024

Soalan orang kerap tanya

Sambung lepas raya p**a
06/04/2024

Sambung lepas raya p**a

Set kabinet dapur moden fomica untuk pemilik di perumahan kota seribong, kota bharu. Ini dijadikan dapur kering, manakal...
03/04/2024

Set kabinet dapur moden fomica untuk pemilik di perumahan kota seribong, kota bharu. Ini dijadikan dapur kering, manakala dapur basah masih dalam pembinaan.

Tema putih matte. Ada penambahan gerobok table top hujung kanan supaya table top utama jadi lebih panjang.

Material utama guna solid blockboard ditampal fomica. Terima kasih memilih kami

Kabinet dapur moden fomica untuk pemilik di Bukit Bunga Tanah Merah.Material utama guna solid blockboard ditampal dengan...
02/04/2024

Kabinet dapur moden fomica untuk pemilik di Bukit Bunga Tanah Merah.

Material utama guna solid blockboard ditampal dengan fomica dengan tema warna putih glossy (kilat).

Terima kasih memilih kami

Address

Jalan Pasir Mas Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60129881993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kabinet Dapur Fuziah Perabot Kayu Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share



You may also like