Mohammad Yaakub Yusra

Mohammad Yaakub Yusra Page ini adalah page rasmi Ustaz Mohammad Yaakub Yusra bin Mohd Yusof (Triple Y).

DEWAN KAWEN MADAD ON !Esok perasmian majlis akad nikah dan kenduri kahwin di MADAD. pakej memang paling murah diduniaaa ...
24/12/2023

DEWAN KAWEN MADAD ON !
Esok perasmian majlis akad nikah dan kenduri kahwin di MADAD. pakej memang paling murah diduniaaa inshaAllah. bayangkanlah zaman yang semua naikkk kecuali 1 ja turun iaitu hujan. kami bg pakej 500 orang makan + dewan fully aircond + pa system harga bawa 10ribu ringgit.

tu tak kira setiap pakej yg dibeli kita siap bagi tambahan lauk dan mcm2 lagi . kemudahan jangan tu cerita laa. sblh ada rumah kucing dan supar dupar. so anak2 confirm tak bosan mai kenduri kt sini. nk smayang lompat dr pintu tu ja masjid madad, bosan sgt p main kuda memanah.

pengantin nk OOTD pn bnyk tempat segak2, nak naik gelungsoq mainan pn boleh, cuma kena pakai seluaq takot tertinggal kain kt atas stgy naya.

Dari segi calculation jujurnya mmg tak menguntungkan sgt rumah kawen ni sbb harga terlalu murah. saya rasa bersih utk madad sikit sgt cuma cukuplah boleh bantu orang ramai dapat nikah dan buat kenduri dengan murah dan mampu milik.

kalau ada pakej boleh dpt lg bawah 10ribu dewan segak mcm ni siap aircond dan semua kelengkapan.

Catering? kalau sapa biasa mai makan setiap hari sabtu kt madad. team yg sama la masak utk catering kami. sedap tahap guling2 kan..🥰

Tahniah buat buat pengantin yg dari jauh terengganu iaitu team video madad Syahman dan Fatini.

Kita nak bawa budaya kenduri di negara arab iaitu malam, masa x panjang sgt. org mudah nk mai. on x on? majlis2 lain pn boleh aihhh bkn kira kawen jaa

p/s : kemon bujang2 sekalian, sampai bila nak membujang oii? syokk oo kawen 😍

WAKAFKAN TANAH MASJID MADAD. dari tanah yg hutan sungai dibeli dan ditambun saya kira2 habis lebih 15juta ringgit utk ko...
24/12/2023

WAKAFKAN TANAH MASJID MADAD.
dari tanah yg hutan sungai dibeli dan ditambun saya kira2 habis lebih 15juta ringgit utk kos penyediaan tanah sahaja. Alhamdulillah harini dh siap masjid.

paling utama bukan soal dibina, tp plg pentjng diimarahkan sebaiknya. walaupn masjid madad belum bersedia utk beroperasi sepenuhnya dgn serba kekurangan tp alhamdulillah sentiasa penuh dgn jemaah yang hadir.

Pada saya tak perlu habiskan bnyk masa fikir soal banggunan krn itu tugas arkitek dan team yg terlibat. 90% effort pd fungsi pengimarahan masjid . ni ramai yg miss .

asyik2 umum nk repair aircond, tukaq karpet, pebaik bumbung sbb bocor antara paling femes dalam dunia. in the end masjid tiada penambahan jemaah. jemaah akan bertambah bosan bila jd lubuh politik. berpecah belah masyarakat sbb sedikit perbezaan.

nasihat untuk diri sendiri juga mudah2an xkhususkan hanya pd 1 tujuan pd masjid madad ni. inshaAllah maksimakan fungsi agar semua dpt manfaat.

Terima kasih team Pejabat dan Majlis agama Islam kedah sebab sangat memudahkan urusan wakaf ini semoga lebih bermanfaat.

Orang Miskin boleh berteduh, Orang Kaya Boleh berbakti .

Paling koman masjid2 buatlah program khas utk anak2 khariah utk pemantapan ibadah. taja bola dan jersi utk depa, antaq org tolong jaga padang bola dlm khariah. beli meja pingpong biaq depa mai main kt masjid,..banyak lg laaa boleh buat, yg penting mulakan sesuatu !

tempat hampa selalu umum apa? kutipan tahunan berkepuk2 ka? 😂

LEBIH 50org dtg dari 300km ++ 😭.GengSubuhMacamJumaat MADAD pecah rekod pagi ni. lebih separuh masjid penuh untuk hari ke...
23/12/2023

LEBIH 50org dtg dari 300km ++ 😭.
GengSubuhMacamJumaat MADAD pecah rekod pagi ni. lebih separuh masjid penuh untuk hari ke 176. Allah takkan menghampakan usaha hambaNya.

Terharu sangat kempen yg digerakkan bersama tanpa dirancang Alif Satar, Ustaz Firdaus Busyra dan bberapa kwn yg lain semakin mndpat sambutan. kenderaan berbeza tp objektifnya tetap sama. Xpernah berjumpa lg semua, bayangkan kalau semua ni dpt duduk semeja fikir utk sebar luaskan kempen ni jadi lagu mana kann 🥰

Sanggup dtg dari kL, Kelantan, johor, pahang, terengganu semata2 nak bawa anak solat berjmaah dimasjid. mmg next level ibu ayah mcmni. bukan 1 tapi lebih 20 keluarga buat mcmtu untuk pagi ni sahaja.

benda ni takleh buat sorang2, kena gerak sama2 secara kolektif. masing2 ada peranannya.

Ibu2 bangunkan suami.
Suami Bangunkan anak2
Anak2 bangun mujahadah.

natijahnya? semua akan berhimpun sekeluarga di masjid.

untuk pagi ni lebih 200 anak2 syurga bersama. Pecah rekod untuk kempen kita alhamdulillah.

Masjid Surau hampa mcm mana? jom gegarkan tempat masing2 jangan dok ngangaa. Ajk pn kena bangun dh dari Zon Selesa. orang ramai pakat semangat hampa jgn lena plak. pakat2 buat inshaAllah jadi

p/s: yg msh single gerak diri sendiri mai jemaah. kalau diri pn xleh bangun jangan gatai pungkoq nk menikah. Lemah ! 😜

23/12/2023

Kadang kita ni masa dengan fon lagi banyak daripada masa dengan Quran.. Jom sat pagi ni kita belajaq berkaitan Quran dengan Ustaz Tarmizi & Ustaz Fazrul.

Moga asbab kita belajaq ni..Quran boleh jadi saksi kita kat akhirat nanti. 😉

MADAD BERSELAWAT SETIAP BULAN ON!Bulan lepas minta izin dengan abi Sheikh Zainul Asri untuk buat usrah bulanan terus kat...
22/12/2023

MADAD BERSELAWAT SETIAP BULAN ON!

Bulan lepas minta izin dengan abi Sheikh Zainul Asri untuk buat usrah bulanan terus kat madad. Alhamdulillah abi perkenan terus.

Jadi bulan ni tak relax guys. Program ilmu tiap2 minggu ada. Pagi 25hb tu kuliah dhuha dengan Ustazah Muzayyanah, malam MADAD Berselawat dengan abi Sheikh Zainul Asri, Sheikh Rodi dan qaisdah ar rayyan. Mmg tak buka mulut lagi tau dah sedap ya amat sora depa ni. On tak on?

Boleh planning dah mai dari pagi bwk anak2 sekali anak2 jiran sebelah angkut boh dalam bonet qeta naa 🥰

22/12/2023

Pengajian Mingguan Kitab Syamail Muhammadiah

disampaikan oleh Ustaz Afifi, Mudir Mahaad Tahfiz Madad.

Moga Bermanfaat.

21/12/2023

Topik tak rilek. Wajib kena ambil tahu naaa 😘

GengSubuhMcmJumaat pagi ni, kanda hensem sebelah saya ni baru sampai dari korea tadi tp tetap istiqamah berjemaah kt mas...
21/12/2023

GengSubuhMcmJumaat pagi ni, kanda hensem sebelah saya ni baru sampai dari korea tadi tp tetap istiqamah berjemaah kt masjid, mesej ajak jumpaaa mmg kita on laa.

2 2 buat kempen yg sma utk ramaikan jemaah subuh. Jom buat gerakan besar2an di Malaysia untuk Subuh Berjemaah. on tak on?

hat ada lato2 kalau sembahyang kt rumah memang rugi sangat2. mulai harini para isteri kejutkan suami dan anak2 yaa. bantu kami 🥰

Thanks kanda Alif Satar sbb bawa good vibes and campaign. lets go for a big move together.

Pulun nk bg jd juga jumpa sampai confirm lewat TanyalahUstaz satgy..naya host kena goreng 2 3 minit 😂😂

p/s: tajuk pagi ni tak rilekk oo pasai Akhir Zaman. pastikan depan tv3 dan tv9 naaaa .

Ustaz tazmizi repeat lagi. Hari tu trio geng ngaji mai lepas zohor. Kali ni set bagi depa awai sekali. Cuma kali ni duo ...
20/12/2023

Ustaz tazmizi repeat lagi. Hari tu trio geng ngaji mai lepas zohor. Kali ni set bagi depa awai sekali. Cuma kali ni duo tak trio.

Makanan minggu ni mcm biasa mmg guling2. Menu rahsia 😆 Bubur jaa tak rahsia. Mmg tiap2 minggu ada yang tu. Mai awai sikit naa.

MADAD CEROBOH TANAH DAN HARAM?cabaii mulut tuu baru taw..utk makluman,sepenuhnya pembangunan di bina atas bergeran dan L...
20/12/2023

MADAD CEROBOH TANAH DAN HARAM?
cabaii mulut tuu baru taw..utk makluman,sepenuhnya pembangunan di bina atas bergeran dan LMS. takdak ceroboh hutan atau sungai. penat taw dak cari duit nk beli dan tambun tempat tu. melebih 10juta dh dibelanjakan utk kerja tanah saja.

Kalau mai berita pelik2 tu cuba lah gunakan waras akal dlu, mai tnya at least. jangan dok buat pala taw, kalau salah dok fitnah sajaa.

Alhamdulillah YDP mpspk yg sgt memudahkan dlm proses Kebenaran merancang(KM) kami, mmg ada kekurangna dan kompaun dikenakan. malah kami dah bayar sbb tahu PBT hanya jalankan tugas dan nak yg terbaik. no argue and we improve apa yg sepatutnya.

Terima kasih banyak dato' arof sebab sgt friendly dan memudahkan urusan kami.

Doakan ya agar proses KM dpt selesai segera. jd boleh buka jalan dr jalan utama tu terus msk ke madad . memang hensem tahap guling2..

p/s: selesai semua ni kita taja 3 pasangan org SP . kenduri kahwin kt MADAD. on tak on? yg nk tambah mmg kena starlightttt.

Pecah rekod pagi ni hari ke 172 kempen GengSubuhMacamJumaat. anggaran sekitar 200 kanak2 yang hadir untuk pagi ni sahaja...
19/12/2023

Pecah rekod pagi ni hari ke 172 kempen GengSubuhMacamJumaat. anggaran sekitar 200 kanak2 yang hadir untuk pagi ni sahaja, rekod minggu ni juga ada lebih 80 orang pendaftaran baru untuk GengBudak Masjid.

Alhamdulillah dengan vibes cuti sekolah ni ada kesan positif dari keluarga dan anak2 syurga ni sbb mujahadah bangun subuh.

Dalam berkeluarga ni kita xperlu pada kesempurnaan tp yang penting saling berusaha untuk tambah apa yg termampu.

cuti sekolah ni sebagai ibu ayah wajibkan diri dan anak2 ke masjid/surau ya. kalau bukan sekarang, bila lagi?

Pengurusan masjid juga harus proaktif sikit bab ni, manfaatkan duit masjid sebaiknya utk pengimarahan. tlg jangan selesa dgn apa yg ada, keep fighting for better ummah. 🥰

Banyak kali dok ejas, dapat juga tarikh untuk minta ustazah mai ke MADAD. Alhamdulillah.Akhir zaman ni ujian dia lain ma...
19/12/2023

Banyak kali dok ejas, dapat juga tarikh untuk minta ustazah mai ke MADAD. Alhamdulillah.

Akhir zaman ni ujian dia lain macam. Ada yg dah berhijrah tapi kembali ke asal. Ada yg terus istiqamah. Jangan lupaa isnin ni naa. Angkut semua family boh dlm bonet mai ke MADAD naa 😍

"Ya Allah anak sapa dok main hujan nii" sekali tengok dekat2 mcm kenai plak budak2 tuu. anak2 yaakub yusra rupanyaaa. 🤣🤣...
19/12/2023

"Ya Allah anak sapa dok main hujan nii" sekali tengok dekat2 mcm kenai plak budak2 tuu. anak2 yaakub yusra rupanyaaa. 🤣🤣

Takpa la anak oi, masa2 ni nanti hampa akan ingat. reward sbb depa xbt perangai utk bangun subuh berjemaah. harap kt walid depa maw 10x bangun dok 5minit 5minit 😂.

anak2 ni kita sbg mak ayah kena belajar toleransi jgk, xsemua benda kita betul kan. komunikasilah yaa agar mereka ada tempat utk berkongsi.

Ada kisah ttg ulama yg akan berlari2 mencari hujan kerana hujan membawa rahmat: ❤️

Doakan ya anak2 ni membesar dgn baik dan bermanfaat.

p/s : cuma hati2 utk main hujan ni takot kilat kang naya full tinted kalau kena sambaq. main kwsn yg bukan trrbukaa naa 😘

Saat ni kita tahu tak anak kita mampu baca Quran atau tidak? Saidina Umar AlKhattab menyebut 3 hak yg wajib diberikan pd...
18/12/2023

Saat ni kita tahu tak anak kita mampu baca Quran atau tidak? Saidina Umar AlKhattab menyebut 3 hak yg wajib diberikan pd anak2 kecil :
1) Cari pasangan yg Soleh/Ah
2) Nama Yg baik
3) Ajarkan tentang Qur'an.

Sampai masjid tadi tengok anak2 kiriman tuhan ni dok baca Quran. Dasyat kan tarbiah ibu ayah anak2 ni, disaat kanak2 lain mungkin sibuk dgn gadjet2.

Terima kasih ya anak2 sebab sudi tunjukkan teladan yg baik buat kami semua. 🥰

Apa yang kita ada hari ni hasil doa kita atau mak ayah kita ❤ Alhamdulillah.
18/12/2023

Apa yang kita ada hari ni hasil doa kita atau mak ayah kita ❤ Alhamdulillah.

"Hari sekolah mudah la depa mai cuti sekolah nanti susah nk ajak pulak", ni antara suara2 yg berbunyi haritu, tp alhamdu...
18/12/2023

"Hari sekolah mudah la depa mai cuti sekolah nanti susah nk ajak pulak", ni antara suara2 yg berbunyi haritu, tp alhamdulillah walaupn cuti sekolah dh bermula ikutkan statistik 4 hari selepas cuti sekolah semakin bertambah jemaah kanak2.

kelmarin sahaja ada 67 orang pendaftaran ahli baru dr kalangan GBM untuk jemaah subuh berjemaah.

dalam setiap usaha jangan hanya meramal benda yg xpasti, sbb sifir Allah ni berbeza. yg penting usaha usaha dan usaha. yg lain serahkan padaNYA.

harini dah hari ke 171 kempen gengSubuh ni alhamdulillah semakin baik berjalan. kalau sblm2 ni budak2 datang dgn baju sekolah, cuti sekolah mereka dtg dgn baju2 sejuk siap dtg lagi awal dari biasa. ni kena kaji balik kenapa boleh lg awal. menarikk.

Target saya menjelang ramadhan berbaki lagi 83hari ni inshaAllah sekurang2 kita boleh capai minima separuh masjid penuh, sekarang alhamdulillah xkurang 300 jemaah setiap pagi biasa. cuti melebihi 500.

angka2 ni perlu di catatkan agar kita tak shok sendiri dgn apa2 kempen yg dianjurkan. fakta xmenipu, angka2 ni xkan berlaku tanpa sebab. so semua kena cakna lebih sikit laa. xrugi pn sbb benda2 ni kebajikan utk diri kita juga.

Doakan yaaa. inshaAllah kempen GengSubuhMacamJumaat dapat dilaksanakan kalau semua yg membaca ni ambik tanggungjawab. kemonn la sampai bila nk jd pemerhati. lets do this together, be part of it!

ORANG YG "WAJIB" KITA IKUT! tolong...."Elehhhh dia banyak follower @ ustaz boleh laaa", Nak berdakwah ni xwajib jd ustaz...
17/12/2023

ORANG YG "WAJIB" KITA IKUT! tolong....
"Elehhhh dia banyak follower @ ustaz boleh laaa",
Nak berdakwah ni xwajib jd ustaz, apa jua profesion dan kemampuan manfaatkanlah sebaiknya. Salah seorang artis yg sgt sy respek adalah alif satar, banyak vibes2 positif ja dia sebar dari dulu.

tak perlu pn buat benda pelik2 mcm menari menerap atas peti ais pun utk menaikkan rating, istiqamah sebarkan benda baik inshaAllah sampai masa ada yg ikut, kalau xikut pn Allah tetap pandang walau sebesar zarah.

Alhamdulillah mutaakhir ni kita dihadirkan oleh banyak manusia2 kiriman tuhan yg fokuskan pd kemampuan masing2 tp objektif yg sama ajak org kearah kebaikan.

ni beberapa nama yg saya WAJIBKAN semua org follow !
1) Alif Satar - walaupn beliau dlm dunia hiburan tp selalu manfaatkan follower utk benda2 baik. dr berjoging sampai GengSubuhmacamJumaat. Tq alif tlg share video dr kami di madad.

2) Khairul Aming - Sapa xkenal mmg nak kena sekeh. Forte beliau memasak. tp dgn masak ajarkan himmah berlemah lembut dan sy kategorikan beliau juga as a good leader pd team bisnes yg dijalanakn.

3) Ustaz Firdaus Firabib - Ikon masjid Al Busyra yg luar biasa ni jgn buat main, kalau mai akai tu dia boleh lari dr kedah ke johor punya cergas nak imarahkan masjid. Di tiktok b*k content2 yg baik boleh diikuti.
masjid2 tolonglah tubuhkan unit media dan wajibkan ikut Ustaz firdaus.

4) Dato' Hj Asri Ahmad - Beliau adalah guru pengurusan kewangan dan saham saya dan team madad. 5 tahun lebih memberi nasihat tanpa cas 1 sen pn pd kami. malah beliau selalu keluarkan duit utk apa2 program agama. bkn jenis sembang kari, di PPZ beliau antara individu pengeluar zakat yg tertinggi. Demi Allah sy sendiri tengok betapa pemurahnya beliau bantu pondok2 dan tahfiz. ikut rekod xkurang RM5 juta. bkn cerita utk puji bagai tp jd pembakar smgt utk kita pakat ikut.

5) Dato' Faridah Hanim - ibu hanim ada proven success story puluhan tahun train korporat company mcm petronas, sprm, nasty, siti khadijah, mamasab, sobella dan banyak lg. MADAD xterkecuali di bimbing oleh beliau. buat bisnes xsusah, nk sustain tu payah nak matiii. ini guru terbaik sy boleh sarankan kalau dh pening nk urus team dan future plan.

Banyak lg yg sy xmampu nk tulis habis sbb bateri phone nak arwah dh ni. ahyat ishak dlm hartanah, ieza yusuf dlm kewangan, Yusnizam yusof dlm Pelaburan, Shafie Bustan dalam Homestay, Dr Azizul Azli dalam kewangan dan architecture, Basit dlm pengurusan bisnes, Uncle Tiger dlm pemasaran, En Khairul dlm pemasaran, Azman Aziz dlm Copywriting, Faiz MyWau dlm Borong di China, Afyan Mat Rawi dlm Kewangan, Khairul Superdaddy, Khairul Hakimin pakar Copywriting n content , Coach Dr bahar dlm dunia pertanian dan banyakkk lg. nnt sy tulis ya bila ada masa 😘

Dalam hidup ni kita ada pilihan untuk tengok dan hidup dengan siapa yg bawa good vibes. kalau dh hari2 tengok ahli politik yg saling bercakar, rumah tangga yg saling buka aib, agamawan yg ashik berdebat, netizen yg selalu bergaduh. maka itulah akan membentuk siapa kita. Bab "WAJIB" ni sy khususkan utk diri sendiri ya. yg lain terpulang 😘, xperlu sentap2 okay.

Nabi saw sebut dah "agama kita ni dengan siapa yg kita lazimi dan kawan" . so pls decide sebaiknya ur circle.

Boleh tak bantu saya senaraikan Siapa lagi orang2 yang bawa goodvibes? tak kira dr bidang apa. ni juga dakwah kita bersama.

Dua2 hebat 🥰 Tapi tu lah mampu buat atau tak?
17/12/2023

Dua2 hebat 🥰 Tapi tu lah mampu buat atau tak?

TETAMU KIRIMAN TUHAN. Letih mcm mana pun hari sabtu tetap jd semangat, ribuan tetamu yg datang buatkan saya mewajibkan d...
16/12/2023

TETAMU KIRIMAN TUHAN.
Letih mcm mana pun hari sabtu tetap jd semangat, ribuan tetamu yg datang buatkan saya mewajibkan diri utk terus kuat utk berkuliah. untuk rekod alhamdulillah dh 5 bulan kuliah berjalan hanya sekali kami tangguhkan kuliah dhuha disebabkan PRU di Malaysia .

Saya tengok banyak Tokguru-tokguru amat istiqamah dlm bab ni seperti almarhum TG Nik Aziz , TG Tan sri hj Hadi awang dan banyak lagi. sesibuk mana pn mereka kuliah tetap didisiplinkan. kerana Hieraki dan Talaqi tidak boleh dipisahkan.

Walaupn saya terlalu jauh sbg orang alim jd cukuplah saya bermula dgn baca kitab2 yang kecik tp tetap boleh memberikan manfaat.

Terima kasih buat 30biji bas mewakili lebih 1200 orang tetamu yg datang dari seluruh pelusuk Malaysia. xdilupakan buat jemaah2 tetap kiriman tuhan yg terus istiqamah.

Doakan ya agar kami di MADAD terus boleh memberikan manfaat kepada semua semampunya.

p/s: Harini Nasi daging ayaq asam kerisik mmg tak rilek tahap guling2. buboq lambuk toksah dok havaq la kan, xpernah xpaduuu 😂

16/12/2023

Cuti sekolah dah mula. Mak2 dah mula jadi singa dirumah 😆. Kalau dok rumah jadi singa baik keluaq sat pakat2 mai mengaji naa.

15/12/2023

aura boikot tahun ni lain mcm. sapa kata Islam lemah? bila ada kesatuan hati kita boleh atasi semua Inshaa Allah. Kuliah tak rilek tentang melayu dan boikot oleh Prof Dr Ridhuan Tee. Jom ambil manfaat naa

15/12/2023

Pengajian Mingguan Kitab Syamail Muhammadiah

disampaikan oleh Ustaz Afifi, Mudir Mahaad Tahfiz Madad.
Moga Bermanfaat.

𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟰.Perhatian kepada ibu bapa serta penjaga yang berminat nak dafta...
14/12/2023

𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟰.
Perhatian kepada ibu bapa serta penjaga yang berminat nak daftarkan anak ke Maahad Integrasi Madad (MIM), bagi pengambilan 2024,
Satu sesi temuduga akan diadakan & butiran seperti berikut ;

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 18 & 19 Disember 2023
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 8.30 pagi - 12.45 tengahari
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : Maahad Integrasi MADAD.
Di antara kelebihan menjadi pelajar Madad ;

(+) Mampu hafal quran dalam tempoh kurang setahun.
(+) Dapat mempelajari ilmu saham setelah 3 tahun bersama MIM.
(+) Pelajar yang tamat hafalan akan diberikan reward lesen scuba secara percuma .
(+) Pemakanan disusun oleh dietitien berpengalaman
Untuk maklumat lanjut, klik link atau button kat bawah tau?

https://madadcentre.onpay.my/order/form/mdd-mdd-ivmim

Rasanya kalau nak banding boikot berapa tahun kebelakangan ni, tahun ni nampak hebat dan lama bertahan oo. Lain macam au...
14/12/2023

Rasanya kalau nak banding boikot berapa tahun kebelakangan ni, tahun ni nampak hebat dan lama bertahan oo. Lain macam aura dia tu.

Jadi kuliah esok kita bawa orang yang tepat dan sangat berfakta. Tajuk tak relax ooo. Pakat mai esok naa. Selalu tgok dlm tv jaa. Ni mai ke utaqa sungai petani.

P/: Alang2 cuti sek mai bwk satu family na. Bwk family jiran sebelah pun boleh aih.

Berat ujian hidup akhir zaman ni. Macam2 dugaan dan ujian untuk kita. Hari2 terdedah dengan zina mata dan hati. Tu belum...
13/12/2023

Berat ujian hidup akhir zaman ni. Macam2 dugaan dan ujian untuk kita. Hari2 terdedah dengan zina mata dan hati. Tu belum termasuk kerhormatan lagi tu. Risau ya amat dengan zaman sekarang ni. Amal doa ni kerap2 naa. Moga Allah lindung diri kita dan keluarga dari terjebak dalam zina.

SEDAP TAHAP TERGULING .jujur dgn lidah saya yg biasa2 ni rasa makanan kedai ni lagi ganasss dari makanan asli di padang....
13/12/2023

SEDAP TAHAP TERGULING .
jujur dgn lidah saya yg biasa2 ni rasa makanan kedai ni lagi ganasss dari makanan asli di padang. sedap dia tu sampai licin pinggan baru teringat nk bgambaq dan review 🤣.

1 sebab menu di sini dah di adjust ikut kesesuaian sedap lidah org kita, mcm tomyam siam laa kalau pure sana utk repeat susah kot, skali skala myb ok.

Kak farah ni kategori super mom la, anak2 dh besaq tp kak farah kekal sbg host di tvhijrah , isteri yg baik dan success bussinesswoman. mana taknya, dh 4 cawangan kedai ni. semua dok hotspot2 kL selangor kot.

Hampa yang nak rasa best makanan padang mmg saya recommend sgt mai sini, hampa tgk la nanti berguling ka dak 🤣🤣. harga pn rasanya sgt ok bukan T20 sgt. mampu makan laaa.

Takyah susah hati, hampa search sndiri naaa Padang On Wheels. keluaq berselerak nnt. baca bismillah p makan ja, sedap inshaAllah.

Hampa tolong2 share sat. ni review xberbayar. cuma nk pastikan kedai orang baik gini wajib di ketahui ramai. biaq kak farah terus kaya dan bertaqwaa.

Hidup kita penuh dengan ujian. Lain orang lain ujian. Dari sekecil2 ujian sampai laa sebesaq2 ujian. Doalah kepada Allah...
12/12/2023

Hidup kita penuh dengan ujian. Lain orang lain ujian. Dari sekecil2 ujian sampai laa sebesaq2 ujian. Doalah kepada Allah SWT supaya Allah lindung kita ujian yang berat2 dan takdir yang buruk naa.

SUBUH SERAMAI JUMAAT. Hari ke 165 kempen ni berjalan harini ajak semua bergambar. alhamdulillah memenuhi separuh ruangan...
12/12/2023

SUBUH SERAMAI JUMAAT.
Hari ke 165 kempen ni berjalan harini ajak semua bergambar. alhamdulillah memenuhi separuh ruangan masjid. kanak2 sahaja lebih 120orang.

Kejayaan apa2 benda perlu diusahakan secara kolektif bersama, dari imam ke ajk ke anak khariah dan semua jemaah kena berkomunikasi. soal berjaya atau tidak no2. yang penting usahakan dulu. kalau gagal cuba muhasabah kt mana perlu ditambahbaik.

Seronok kan kalau kempen Subuh Seramai Jumaat ni dapat digerakkan secara besar2an, alhamdulillah Allah izinkan melalui org2 soleh jd pemula spt alif satar dan bbrapa yg lain. bayangkan kalau ada 1000 influencer di Malaysia pakat2 buat 😍

imam dan ajk masjid kena aware influencer dlm khariah masing2, jumpalah mereka utk jdkan ikon teladan benda baik pd follower depa.

Tugas kita bukan hanya menguruskan masjid, paling utama adalah mengimarahkannya.

Setiap pagi sabtu kalau kita buat Qiamulail di masjid madad dan masjid2 lain. ranciakkk kan? jom laa kalau berani angkut semua family,bini@laki xmaw ikut kita ikat boh dalam bonet 😜

Anak soleh tak pernah lekang dibibirnya doa untuk mak ayah. Setiap kali lepas solat mesti dia selalu doakan. Buat yang m...
11/12/2023

Anak soleh tak pernah lekang dibibirnya doa untuk mak ayah. Setiap kali lepas solat mesti dia selalu doakan. Buat yang masih ada atau yang dah tiada mak ayah pun, doalah naa. Jangan pernah lupaa 🥰

11/12/2023

Alhamdulillah pakcik tajuddin dh ada waris ambik td, keluarga jaga dgn baik cuma pakcik diuji mslh nyanyok. keluar xingt jln nk balik jd terus berjalan smpai penat sbb xmkn, lebih 10km jgk. TQ bt semua yg mmbntu. 😘

TOLONG SAT !Rebah dekat laluan besaq depan madad tadi, berjalan banyak hari dah dengan tak makan. Warga Emas Sesat , Car...
11/12/2023

TOLONG SAT !
Rebah dekat laluan besaq depan madad tadi, berjalan banyak hari dah dengan tak makan. Warga Emas Sesat , Cari Rumah Nak Balik Tak Jumpa... Ada Sapa2 Kenal dak?

Katanya nak balik kuala kurau... Kami nak tolong hantar balik rumah dia tak ingat, IC pun dia tak bawak....

Nama dia Tajuddin bin Hanafiah... La ni ada kat ada kat kedai makan belakang MADAD, Sg Petani.

Siapa yg kenal pakcik ni tolong hubungi team MadadCare di 017-5335600.

10/12/2023

Pagi ni kuliah subuh the amazinig ilmu falak bersama Ustaz Abdul Latip🥰

Jangan waktu susah baru nak ingat Allah naa. Ingatlah Allah setiap masa. Kalau Allah uji dengan susah atau waktu2 s**ar,...
10/12/2023

Jangan waktu susah baru nak ingat Allah naa. Ingatlah Allah setiap masa. Kalau Allah uji dengan susah atau waktu2 s**ar, baca doa ni naa. InShaaAllah Allah SWT mudahkan urusankan kita semua.

10/12/2023

The Amazing Of Ilmu Falak

Alhamdulillah dikurniakan staff yang baik pn 1 rezeki, smlm ada beg yg penuh berisi duit. kebetulan yang jumpa adalah te...
10/12/2023

Alhamdulillah dikurniakan staff yang baik pn 1 rezeki, smlm ada beg yg penuh berisi duit. kebetulan yang jumpa adalah team Cuci Madad. bab ni semua ada pilihan nak ambil duit yg ribuan ringgit ni dan berdiam atau beramanah utk diberikan semula pd tuannya.

Alhamdulillah mak ita memilih utk jd hamba Allah yg baik. saya bersyukur dikurniakan staff yg mcmni, bnyk kali dh cincin, duit , jam dan bermacam lg depa akan serahkan pd team crm utk lost and found.

moga jd iktibar utk diri sendiri dan semua staff yang lain. menguruskan organisasi ni kita xperlukan org yg terlalu pandai pn, tp plg utama kita perlukan org yg berakhlak dan ada attitude. inshaAllah bertahan lama

Doakan ya semua team madad terus kuat dan memberi manfaat. madad kuat bkn sbb saya tp semua yg bersamanya 🥰

09/12/2023

Insan hebat yang terlibat dalam penentuan kaedah falak di Masjid Madad. Memang manusia kiriman tuhan ustaz2 ni semua. Malam ni kuliah maghrib di Masjid Madad. Payah nak jumpa oo kuliah2 cerita pasai ilmu falak ni. Jumpa malam ni naa.

AKAI JENOH BUAT AMAL.Habis kuliah dia mai salam dan pelok lain macam katanya ada hajat, bila ditanya dia kata nak Guntin...
09/12/2023

AKAI JENOH BUAT AMAL.
Habis kuliah dia mai salam dan pelok lain macam katanya ada hajat, bila ditanya dia kata nak Gunting rambut. siap bawa peralatan semua kot, last2 kt bilik jenazah pn onzz. hahahhaa.

orang nak buat pahala ni mcm2 akai kann. xperlu modal pn, guna apa yg ada dan mampu.

Terima kasih ya iskandar sbb sudi susah2 mcmni, bukan soal gunting rambut yg saya kagum sbb mampu ja nk p buat sendiri Cuma kesungguhan luar biasa tu. saya belajar sesuatu dr kesungguhan ni. terima kasih ya 🥰

p/s: Doakan ya, ahad ni iskandar interview utk masuk team madad. sy berkecuali takdak kabel2, ada rezeki inshaAllah dipermudahkan ❤️

09/12/2023

x rilek sungguh rombongan2 mai nak mngaji setiap sabtu. moga dapat manfaat naa

Tak rugi pun kita memaafkan dan berbuat baik naa. Orang baling najis, kita baling bunga 🥰. Semuanya Allah pandang dan di...
08/12/2023

Tak rugi pun kita memaafkan dan berbuat baik naa. Orang baling najis, kita baling bunga 🥰. Semuanya Allah pandang dan dijamin kebaikkannya akhirat nanti.

Address

LOT 11561A, KAMPUNG TELOK, SUNGAI LAYAR
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohammad Yaakub Yusra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohammad Yaakub Yusra:

Videos

Share

Category



You may also like