Harmagidun

Harmagidun Saluran Ilmu Akhir Zaman
(4)

Ramuan Ajaib dari Dapur: Kulit Bawang Merah untuk Tanaman SuburSiapa sangka, kulit bawang merah yang sering kita buang t...
25/07/2024

Ramuan Ajaib dari Dapur: Kulit Bawang Merah untuk Tanaman Subur

Siapa sangka, kulit bawang merah yang sering kita buang ternyata menyimpan segudang manfaat untuk tanaman kesayangan kita! Rendaman kulit bawang merah bukan hanya sekadar limbah dapur, tapi juga merupakan pupuk organik cair yang kaya nutrisi.

Mengapa Kulit Bawang Merah Begitu Istimewa?

- Sumber nutrisi lengkap: Kulit bawang merah mengandung kalium, magnesium, fosfor, dan zat besi yang sangat dibutuhkan tanaman untuk tumbuh subur.
- Pendorong pertumbuhan: Kandungan hormon auksin dan giberelin dalam kulit bawang merah merangsang pertumbuhan akar, batang, dan daun.
- Pengusir hama alami: Bau menyengat dari kulit bawang merah dapat mengusir berbagai jenis hama seperti ulat, kutu, dan jamur.
- Meningkatkan kualitas hasil panen: Tanaman yang diberi pupuk dari kulit bawang merah cenderung menghasilkan buah dan bunga yang lebih berkualitas.

Cara Membuat Pupuk dari Kulit Bawang Merah

Kumpulkan kulit bawang merah: Kumpulkan kulit bawang merah bekas dan keringkan di tempat teduh.
Fermentasi: Rendam kulit bawang merah kering dalam air selama beberapa hari hingga mengeluarkan aroma khas.
Pengenceran: Encerkan larutan fermentasi dengan air bersih sebelum disiramkan ke tanaman.

Tips Tambahan

- Semprotkan larutan kulit bawang merah ke daun tanaman untuk mencegah serangan hama.
- Campurkan larutan kulit bawang merah dengan pupuk organik lainnya untuk hasil yang lebih optimal.
- Lakukan penyiraman secara rutin untuk menjaga kelembaban tanah.

Dengan memanfaatkan kulit bawang merah, kita tidak hanya mengurangi limbah organik, tetapi juga mendapatkan tanaman yang sehat dan produktif. Yuk, coba sendiri di rumah dan rasakan manfaatnya!

Resipi mngunakan tepong ubi dan t.gandumResipi kepok lekor dan sosPertama Kali buat keropok lekor dan sos pencicah sendi...
23/07/2024

Resipi mngunakan tepong ubi dan t.gandum
Resipi kepok lekor dan sos

Pertama Kali buat keropok lekor dan sos pencicah sendiri...mujur menjadi..guna ikan temenung lemak yg tgh murah di pasaran..

20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder

Cara buat
Blend isi ikan dgn sedikit air (agak2 bg blh blend)
Gaulkan isi ikan yg telah diblend dgn tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. X perlu tambah air..
Uli sampai jadi doh..lps tu letak sikit minyak bagi doh licin.
Lps tu gentel la jadi panjang Mana yg Kita nak..
Masa nak gentel tu letak sikit minyak Kat pelapik supaya x melekat..
Sambil tu boleh rebuskan air dulu dlm kuali besar..
Lps air mendidih masukkan kerepok yg dah digentel tadi..masak smp kopok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok..toskan dan sejukkan sebelum dipotong..

Resepi sos pencicah
3 sudu cili kering yg dikisar
1cawan air
1sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam , ajinomoto
Seketul gula merah
Sikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung

Caranya
Campurkan semua dlm periuk kecuali tepung jagung..kacau sampai mendidih..baru masukkan bancuhan tepung jagung kacau smp likat..tutup api

Credit : Ayu Hidayu

Sharing..tq pd yg empunya resepi..Pada yg ada menanam cili padi@ cili besar...kalau tiba musim buah..mmg banyak..takut n...
22/07/2024

Sharing..tq pd yg empunya resepi..
Pada yg ada menanam cili padi@ cili besar...kalau tiba musim buah..mmg banyak..takut nak simpan tak tahan lama..so kita buat lah jeruk cili ya..

Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebelum ni , ada juga buat jeruk cili padi tapi tak tahan lama . Seleps beberapa hari akan berkulat walaupun dok dalam peti sejuk . Cili jeruk berkulat disebabkan cili tak direbus dulu dengan air bercampur cuka . Alhamdulilah , kini dah jumpa cara yang betul buat jeruk cili padi . Tu sebab dikongsikan di sini .

Cara Mudah Buat Jeruk Cili Padi ni cuma perlukan bahan seperti cili padi ( merah ) , cuka , air , gula , garam dan kapur ( jika ada ) . Kalau nak guna cuka epal pun boleh . Nak guna lada besar juga boleh ya . Anda boleh juga hiris - hiris cili padi jika mahu .

1- Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit . Lepas tu keluarkan dan cuci . Tujuannya supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar / tak kecut .

2- Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk , masak hingga mendidih .

3- Tutup api , masukkan cili padi . Bila cili padi dah tukar warna / layu , angkat .

4- Masukkan 1/2 cawan cuka , 1/2 gula dan 1/2 sudu kecil garam . Masak hingga mendidih .

5- Biarkan sejuk seketika .

6- Masukkan cili padi ke dalam bekas , lepas itu , tuangkan air yang bercampur cuka tu ya .

7- Simpan dalam peti sejuk semalaman . Esoknya dah boleh makan..

Satu jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?1...
21/07/2024

Satu jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Kredit : Tuan Ameer Hamzah

Penapis air Coway aku ni dah hampir 8 tahun usia dia... Ni jenis air RO bukan air mineral... Air dia sedap sikit...sempa...
21/07/2024

Penapis air Coway aku ni dah hampir 8 tahun usia dia... Ni jenis air RO bukan air mineral... Air dia sedap sikit...sempat pakai 5 tahun je.. dan dah hampir 3 tahun tak guna dan terperap kat dapur sebab kontrak dah habis..dan aku tak sambung service tuk tukar filter ..but dia still suruh kita sambung kontrak kalau perlukan service dan new filter cateridge... So bila kita nak beli filter cateridge dan pasang sendiri, coway kata tak boleh.. Depa tak jual.. Kalau nak jugak.. Nak kena ikat lagi kontrak setahun dgn bayaran rm600.... Perggh.. Menyirap betol dengar...machine dah habis byr.. S**a hati kita lah nak sambung ke tak.. Sebab tak de keperluan tuk sambung kontrak kerana kita sendiri boleh tukar filter tu.. Kenapa nak bayar lagi...? Mahal p**ak tu....
Aku ni nama je budak IKM.. tapi otak Engineer... Bab engineering dan modification ni.. Memang aku s**a... Mesin basuh kat rumah rosak.. Aku repair.. Jadi ok.. Kipas angin siling tak pusing.. Aku repair sendiri, sekarang dah pusing...tv rosak Repair sendiri....wiring electrical repair sendiri... Last last 3 hari lepas, bukak cover machine C*WEI ni.. Tengok apa jenis filter cateridge dia pakai.. Rekodkan dgn phone kedudukan filter, sambungan nya... Make sure in out air tu betol... Check kat shoppe, terus beli aftermarket kat shoppe..3 hari barang sampai, terus Pasang, saluran air tu pun beli kat kedai je..dan ON... Alhamdulillah... Setel masalah... Sejuk dan panas still ok walaupun dah 3 tahun tak ON. Ambil sample air, gi bawak test tuk check tahap RO... still ok....

Rupenya filter cateridge ni.. Mana mana brand lebih kurang same jeeee.... Emmphh... So pahni.. Korang beli kat shoppii jeee.. Belambak ada... C*wei ke.. Cuk** ke.. Cinonet ke.... Cari kat aftermarket jeee...

Ni kang.. Ada budak C*WEI NGAN CUK** marah aku kang.... Lantak laaaa... Aku memang hangin dah lama dah.....janji masalah aku setel.. Korang tak nak jual kat user!! Aku cari yang aftermarket... Apa ada hal... Bukan susah pun... Boleh pakai gak...

Hahahahaha... Pandai pandailah korang nak hidup ya...

Tapi kes ni sesuai untuk orang yg dah habis bayar dan tamat kontrak.. Machine tu dah jadi hak milik kita... Kalau masih ada kontrak, teruskan mcm biasa dan byr sampai habis sepertimana kontrak tu...

Soalan samada aftermarket boleh pakai atau tidak, ori atau tidak... ia tidak menjadi persoalan kerana itu sahaja pilihan yang kita ada...habis tu tak kan nak buang p**ak machine tu..betol tak?... Ini isu filter cateridge je pun...

Terp**ang pd tuan tuan dan puan puan..
The decision is yours.
To continue with C*WEI is OK
Not continue with C*WEI also OK and this is my choice...because I LOVE RE-ENGINEERING.

Step tukar ada kat gambar ya😁

Kredit: Fariez Khair

“Tak perlu pasang aircond” inilah kata2 beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini. Iye… seawal2 saya bangunk...
16/07/2024

“Tak perlu pasang aircond” inilah kata2 beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.

Iye… seawal2 saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu2 yg menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond.

Antara point penting untuk jayakan “tak perlu pasang aircond” ini adalah
Bangunan mesti lawan angin (timur - barat), hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, angin tersebut agak keras.
Bangunan ini ada lorong kat tengah untuk udara mengalir.
Sekeliling bangunan ini level siling p**a saya pasang bata bunga (lubang angin). Udara panas yg dihasilkan oleh badan manusia dalam bilik akan naik keatas dan akan disedut keluar oleh bata bunga (lubang angin). Udara panas adalah bertekanan tinggi, manakala udara sejuk bertekanan rendah. So secara semula jadi udara sejuk akan menarik udara panas.
Saya juga custom tingkap bila buka tingkap akan dibuka keatas bukan kesisi seperti kebanyakan tingkap pasang siap. Setiap satu frame saya bahagi 3. Bila buka tingkap, ia juga akan bertindak sebagai “awning” penahan hujan dan cahaya matahari.
Pemilihan warna.. semua tahu kan warna putih adalah warna yg terbaik untuk memantul haba.

Alhamdulillah, bila tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik 😁😁😁😁😁😂

Kredit : Najmuddin Sulaiman

Akhir-akhir ini di TT kerap jumpa berkenaan Childfree.Bila baca komen-komen ramai juga yang ada pemikiran yang mengangga...
16/07/2024

Akhir-akhir ini di TT kerap jumpa berkenaan Childfree.

Bila baca komen-komen ramai juga yang ada pemikiran yang menganggap anak adalah beban dan menyusahkan.

Ada p**a yang justify bahawa hukum menikah ada wajib,sunat, harus. Jadi Childfree pun sama.

Mungkin dia terlupa hukum menikah juga boleh jadi haram. Maka childfree pun begitu.

Ada sebahagiannya terlampau merancang hingga merasakan penentuan rezeki ditangan mereka.

Perhatikan dan hayati pesanan Allah dan RasulNya :
1.
الشيطان يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji.
(Baqarah : 268)
2.
فينفخ فيه الروح ؛ ويؤمر بأربع كلمات: يكتب رزقه، وأجله، وعمله، وشقي أو سعيد
Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia.
(HR al-Bukhari & Muslim)
3.
لن تموت نفس حتى تستكمل رزقها وأجله
Seseorang itu tidak akan mati sehingga sempurna rezekinya dan ajalnya.
(HR al-Tabrani dinilai Sahih oleh al-Albani)
Semoga Allah tetapkan kita diatas jalanNya.

Kredit :Muhamad Wafiuddin

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan uj...
16/07/2024

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.

13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan ujian kewangan yang luar biasa. Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap.

Salah saya sebab saya berhenti kerja nak berniaga. Bila berniaga tak jadi waktu itu, anak dan isterilah jadi mangsa.

Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk p**ang ke kampung bersama ibu dan bapa beliau si Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak ke-2.

Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air p**a waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah.

Puan isteri dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian.

Nak dijadikan cerita, puan isteri minta duit belanja makan untuk beliau dan anak. Saya waktu itu cuma ada RM80 sahaja di dalam akaun.

Saya hantarkan kepada beliau RM60 dan bakinya saya gunakan untuk makan saya di semenanjung.

Isteri saya call dan sangat gembira sebab ada RM60 untuk belanja, beliau minta izin naik bas ke bandar untuk beli lauk. Dengar gembira betul kerana sudah hampir 6 hari putus bekalan lauk di rumah.

Selepas p**ang, beliau hubungi saya semula dan ceritakan kepada saya pengalaman beliau di pasar.

Beliau cerita beliau beli sedikit itu dan sedikit ini jadi RM60 itu habis. Saya waktu itu curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60 habis.

Bila saya tanya beliau, barulah beliau cerita beliau beli ayamas drummet yang sepeket hampir RM20.

Terus saya marah beliau kerana saya rasa membazir. RM20 boleh beli 2 ekor ayam dan boleh dimakan lebih 1 minggu berbanding drummet itu. Beliau minta maaf. Beliau kata beliau teringin sangat nak makan.

Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.

Beliau mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih juga marah. Marah kerana saya sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada beliau. Marah sebab waktu itu saya suami yang tidak berguna.

Saya letak talifon dalam keadaan marah dan beliau sedang menangis.

Malam itu saya tidak boleh tidor. Rasa betul-betul berdosa. Saya hubungi beliau dan saya minta maaf kepada beliau. Kami berdua menangis bersama di dalam talifon.

Ya Allah, sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri saya yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.

Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersyabar dengan karenah suaminya.

Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan tuan dan puan dapat keluar secepat mungkin dari keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita.

Kredit: Mohd Firdaus Jailan

Sigh..🥲Kepada ibu bapa yang baru, saya ingin berpesan: Tunjukkan sayang kepada anak dengan memberikan sesuatu yang meman...
15/07/2024

Sigh..🥲
Kepada ibu bapa yang baru, saya ingin berpesan: Tunjukkan sayang kepada anak dengan memberikan sesuatu yang memanjangkan hayatnya.

Sebentar tadi ketika makan di satu kedai, anak saya berbisik, "Dady, itu mama bagi baby dia coca cola..". Sy menoleh, ya.. seorang baby 2 tahun lebih sedang memegang tin cola sambil menyedut isinya dengan stray. Agak terkejut dan tertanya-tanya apa rasional ibu muda ini memberikan minuman yang agak ekstrim kepada bayinya yang masih kecil. Saya tidak salahkan atau marah kepada si ibu sebab dia mungkin tidak tau.

Saya faham mungkin ramai yang belum tahu bahaya minuman lebih gula terhadap tubuh badan manusia terutamanya bayi. Saya berharap kita sebagai ibubapa sentiasa menambah pengetahuan untuk menambahbaik kualiti hidup dimasa hadapan. Mohon jangan amalkan sikap 'badan saya, s**a saya' atau 'anak saya bukan anak kau' sebab kita hidup dalam komuniti. Pasti ada kesan terhadap orang lain.

Saya tidak menggangap diri lebih pandai, saya juga masih belajar tapi sangat penting untuk kita beramai-ramai untuk meningkatkan pengetahuan bagaimana menghasilkan satu generasi yang lebih baik dari generasi kita sama ada dari sudut kesihatan, intelektual, mental, financial, mahupun spiritual sebab faktor-faktor inilah yang menentukan halatuju negara kita. Kita tidak mahu masa tua kita di hidupi dengan rungutan dan penyesalan.
Kita terapkan dasar pandang ke masa depan.



Post asal : Stevell Lumbasi BU

Menanam labu siam dalam pot.Kali ini saya akan kongsi cara menanam labu siam di dalam pot yang mudah, jadi anda tetap bo...
13/07/2024

Menanam labu siam dalam pot.

Kali ini saya akan kongsi cara menanam labu siam di dalam pot yang mudah, jadi anda tetap boleh bercucuk tanam meskipun tidak memiliki kebun atau tanah yang luas. Dan untuk lebih jelasnya, mari kita semak beberapa tahap dan langkah yang perlu anda lakukan untuk menanam labu siam ini.

Benih labu siam boleh didapati dari buah yang sudah tua ataupun bijinya. Jika menggunakan buah, anda hanya perlu menyimpan buah tua yang berkualiti baik dan tidak cacat dalam tempat lembap selama kurang lebih seminggu. Bila tunasnya telah tumbuh 10-20 cm atau berdaun setidaknya 3-4 helai, bibit bolehlah pindahkan ke media pot.

Siapkan pot berukuran besar serta campuran tanah, pupuk kandang, kompos dan arang sekam (2:1:1:1). Masukkan campuran tanah ke dalam pot lalu buat lubang tanam, selanjutnya ambil bibit labu lalu masukkan ke dalam lubang tersebut. Tutup lagi dengan tanah, siram secukupnya.

Setelah bibit tumbuh meninggi lakukan pemasangan para-para atau tongkat dari bilah bambu sebagai tempat merambat dilakukan ketika tanaman telah bersulur atau mempunyai ketinggian sekitar 50-60 cm. Sementara ketinggian para-para dapat dibuat sesuai keinginan.

Untuk pemeliharaan siram rutin setiap hari dan bisa di berikan baja tambahan, bersihkan gulma di sekitar tanaman. Ketika tanaman telah memasuki usia 3-6 minggu, pangkas ujung cabang serta daun yang tua, tujuannya agar tunas baru dapat tumbuh dan menyebar dengan sempurna sehingga buah yang dihasilkan pun berkualiti baik.

Hama tanaman labu siam adalah ulat grayak serta kepik, salah satu penyakit yang umum menyerang yaitu penyakit layu. Anda perlu menyiram insektisida azodrin dengan dos 2cc/liter untuk mengatasi hama dan pisahkan tanaman yang layu supaya tidak menular pada tanaman yang sihat.

Hasil pertama boleh dipetik ketika tanaman berusia 3-5 bulan, potong buah labu menggunakan pisau atau gunting. Selanjutnya, buah boleh dipetik seminggu sekali. Masa produktif labu adalah di antara 3-4 tahun.

Selamat mencuba & Happy Gardening🌱

Credit : Novi Ajjah

Memang Nampak Sekarang..HampirRasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:1. Anak-anak jadi keras kepala2. H...
12/07/2024

Memang Nampak Sekarang..Hampir

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:

1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka s**a memuji orang yang s**a kepada mereka (menjilat = makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama
26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat?
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu."
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).

Kuliah Maghrib
Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat
(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti

Kredit : Ameer Hamzah

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kena...
12/07/2024

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah.

Petua Halau Lalat"Assalamualaikum. ..just nak share...sebelum ni restaurant kami kerap di datangi lalat...Allah datangkn...
11/07/2024

Petua Halau Lalat

"Assalamualaikum. ..just nak share...sebelum ni restaurant kami kerap di datangi lalat...Allah datangkn seorang customer pada kami dengan memberitahu petua menghalau lalat.. Pada saya ianya berkesan....Terima kasih pada customer tu...."

Cucuk cengkih kat limau nipis..semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber: MiUdang JB

Saya cuba buat ni tiap-tiap malam.1.  Rendam kain lap dapur dalam air panas lebih kurang 10-15 minit.  Bubuh sabun sikit...
10/07/2024

Saya cuba buat ni tiap-tiap malam.

1. Rendam kain lap dapur dalam air panas lebih kurang 10-15 minit. Bubuh sabun sikit. Kalau ada kesan kotor masih tak hilang, berus. Kemudian bilas dan sidai. Kain lap tu nampaklah lebih bermaya esoknya, tak adalah kusam je.

2. Tuang secerek air panas ke lubang singki untuk bersihkan lemak-lemak atau kesan minyak terkumpul. Walaupun kita tak tuang minyak terpakai ke dalam singki, tapi minyak dari kuah yang kita makan, lemak dari pisau mentega yang kita cuci, tu semua termasuk juga ke singki.

3. Lap lantai dapur. Bila masuk dapur esok pagi, seronok rasa waktu pijak lantai tu.

Sumber: Norleem Mohid

Penyiraman Efisien dengan Baldi Chapin: Merevolusikan Pertanian Skala Kecil 🚜💧1. Revolusi Baldi Chapin:Baldi Pengairan C...
10/07/2024

Penyiraman Efisien dengan Baldi Chapin: Merevolusikan Pertanian Skala Kecil 🚜💧

1. Revolusi Baldi Chapin:
Baldi Pengairan Chapin sedang mengubah pertanian skala kecil di kawasan yang mengalami kekurangan air.

2. Rekaan Bijak:
Terdiri daripada baldi biasa, hos, dan titisan air, ia beroperasi berdasarkan prinsip pengairan graviti.

3. Kecekapan Air:
Menghantar air terus ke akar tumbuhan, mengurangkan pembaziran melalui penyejatan dan larian air.

4. Mampu Milik dan Mudah Didapati:
Reka bentuk kos rendah dan penggunaan bahan yang mudah didapati secara tempatan menjadikannya mudah diakses oleh petani dengan sumber yang terhad.

5. Mudah Digunakan dan Boleh Diukur:
Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah, boleh disesuaikan dengan pelbagai saiz kebun dan jenis tanaman.

6. Pemangkin untuk Pertanian Lestari:
Menggalakkan keselamatan makanan dan kestabilan ekonomi untuk petani kecil, terutamanya di kawasan yang sering mengalami kemarau.

7. Memperkasakan Petani Kecil:
Menunjukkan impak penyelesaian teknologi rendah tetapi berimpak tinggi dalam menangani cabaran kompleks kekurangan air dan keselamatan makanan. 🌾🌍

Kredit : MI

BUAT SENDIRI BAJA ROTI UNTUK SUBURKAN POKOK AGAR RAJIN BERBUNGALebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebali...
09/07/2024

BUAT SENDIRI BAJA ROTI UNTUK SUBURKAN POKOK AGAR RAJIN BERBUNGA

Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail.

Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air

Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.

*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.

Selamat Mencuba!

Kredit Foto: Zulkifli Mamat

“MASA DAH NAK SAMPAI, SEDIAKAN DIRI KITA & KELUARGA. BELI BARANG KERING UNTUK SIMPANAN BILA ‘DIA’ DATANG,”Krisis makanan...
07/07/2024

“MASA DAH NAK SAMPAI, SEDIAKAN DIRI KITA & KELUARGA. BELI BARANG KERING UNTUK SIMPANAN BILA ‘DIA’ DATANG,”

Krisis makanan yang kita dengar dan faham, akan berlaku suatu hari nanti. Kita mesti tau kaedah efisyen untuk simpan bekalan makanan, terutamanya beras.

Antara cara menyimpan beras, pakai pek macam ni. Plastik pon boleh beli kat shopee. Mesin vacuum pon boleh beli kat shopee..

Kena pandai pilih mesin, sebab ada yang tak kuat suction (sedut) . Ketahanan beras selama 2 tahun.

Kalau sekarang kita beli beras 10 kg, tariklah 1,2 kg untuk buat pek macam ni.

Bersedia awal bukan sebab nak menang, tapi untuk keluarga yang kita sayang .

Tak nak buat persiapan tak pe, jangan jelikkan atau ejek orang yang mengingatkan kita tentang hal ini..

Korang boleh dapatkan mesin tu kat shopee je.

Mesin Vacuum Pack Untuk Kegunaan Rumah : Pilih
Jenama tahan lasak.

Plastik Kecik dalam beras tu nama nya
Oxcygen Absorber bantu makanan lebih tahan lama dan tak bau tengik.





Kredit : Ameer Hamzah

Tanda Mertua Yang Baik 💕1. Tak pernah ikut campur urusan rumah tangga anaknya2. Tak pernah menganggap menantunya adalah ...
06/07/2024

Tanda Mertua Yang Baik 💕

1. Tak pernah ikut campur urusan rumah tangga anaknya

2. Tak pernah menganggap menantunya adalah orang lain melainkan dianggap seperti anak sendiri

3. Tak pernah membanding2kan menantunya dg menantu yg lain apalagi menantu orang lain

4. Tidak menuntut menantunya untuk menjadi apa yang ia mau

5. Tidak s**a menyalahkan dan mencari kesalahan menantunya

6. Membantu menantunya ketika kesusahan

MasyaAllah tabarakallah, bersyukur jika ada mertua yang masih mampu melakukan hal2 ini

Semoga bermanfaat!

Address

114
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harmagidun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Harmagidun:

Videos

Share


Other News & Media Websites in Sungai Petani

Show All