Jo Skema

Jo Skema Hi there

This is my journey to showcase to the world WHAT ARE PEOPLE WEARING IN KUALA LUMPUR

Thank you to Safri Drahman for his willingness to share some fashion advice 🙏🙏🙏
14/08/2023

Thank you to Safri Drahman for his willingness to share some fashion advice 🙏🙏🙏

Watch, follow, and discover more trending content.

Hi thereThis is my journey to showcase to the world WHAT ARE PEOPLE WEARING IN KUALA LUMPURThe video will be a raw foota...
10/08/2023

Hi there

This is my journey to showcase to the world WHAT ARE PEOPLE WEARING IN KUALA LUMPUR

The video will be a raw footage as I start to learn on the editing part

to make the videos more appealing

Hope you guys can support me by following my socials below

TikTok- JoSkema_

Instagram- JoSkema_

Facebook- Jo Skema

Hi thereThis is my journey to showcase to the world WHAT ARE PEOPLE WEARING IN KUALA LUMPURThe video will be a raw footage as I start to learn on the editing...

29/10/2021

Tau kah anda, facebook baru sahaja secara rasminya re-brand jenama mereka dan mula dikenali sebagai Meta.

Ini berlaku selepas video pengenalan yang diumumkan oleh pemilik facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg pagi tadi. Dalam video tersebut, Mark memberitahu metaverse Meta akan mengambil alih sebagai servis utama mereka menggantikan facebook.

Dalam dunia metaverse ini akan mengoptimumkan teknologi 'virtual reality' alam maya dimana pengguna harus memakai gadget cermin mata yang sekarang mempunyai design yang agak smart dan kecil berbanding dengan produk sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut boleh refer dalam video pengenalan di bawah. Jo rasa video ini amat menarik di mana pelbagai kegunaan dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan dari metaverse yang mereka impikan pada masa hadapan.

https://fb.watch/8X9UqN0bz5/

Kenali Maksym Igor Popov, seorang warga Ukrain yang menjadi white-hat hacker setelah kegiatan hacking yang dilakukan sem...
28/09/2020

Kenali Maksym Igor Popov, seorang warga Ukrain yang menjadi white-hat hacker setelah kegiatan hacking yang dilakukan semenjak bertahun lamanya berjaya diintip oleh FBI.

Bakat hacking yang sebelum ini digunakan untuk 'mencuri' duit demi keseronokan diri sendiri berubah 180 darjah apabila dia menjadi spy untuk FBI menyelesaikan beberapa kes cyber crime.

Di sini kita dapat melihat betapa luasnya dunia cyber security di mana pas**an FBI juga terpaksa menggunakan khidmat hacker luar untuk bantu selesaikan kes-kes mereka.

https://www.wired.com/2016/05/maksym-igor-popov-fbi/

Hacker Maksym Popov gave himself up to the FBI and joined its fight against Eastern European cybercrime. Trouble is, he never really gave up his black hat.

Robo investment?Di zaman pasca Covid-19 kini, pasti ramai sudah mula merasakan, kerja 9-to-5 sahaja belum tentu cukup un...
03/06/2020

Robo investment?

Di zaman pasca Covid-19 kini, pasti ramai sudah mula merasakan, kerja 9-to-5 sahaja belum tentu cukup untuk pastikan kehidupan yang bebas beban kewangan. Oleh sebab itu, pelbagai alternatif lain mula dicari untuk menampung tambah cash flow sedia ada.

Ada yang mula buat part time Grab, Food Panda, ada yang mula membuat jualan bulk online, dan ada juga yang mula mengasah skill memasak atau bakery dengan menjual makanan dan kek.

Jadi Jo ingin share satu cara untuk menambah pendapatan sedia ada. Robo advisor investment ialah sebuah platform investment di mana keputusan untuk melabur duit anda ditentukan melalui sebuah algorithm investment menggunakan kiraan matematik berdasarkan teori portfolio tertentu. Teori ini akan mengikut risk tolerance yang ditetapkan oleh pengguna sendiri sama ada conservative atau aggressive.

Bagi Jo, platform sebegini sesuai digunakan untuk mereka yang sudah biasa dengan investment sedia ada seperti Unit Trust, untuk mempelbagaikan cara investment mereka.

Pada takat ini, di Malaysia ada tiga platform yang menggunakan robo advisor investment iaitu StashAway, MyTHEO, dan juga Wahed.

Bagi mereka yang berminat boleh cuba untuk kaji selidik topik robo advisor investment.

Selamat berIT !

Sumber pautan link : https://www.google.com/amp/s/www.imoney.my/articles/robo-advisor-comparison/amp

Do you find investing scary? A robo advisor is a digital platform that can help you automatically invest your money. But which robo advisor should you choose?

15/04/2020

IT (Part-1)

Apakah itu IT? Ya, IT merupakan kata singkatan kepada Information Technology ataupun dalam BM kita panggil Teknologi Maklumat (Bukan filem horror IT tu ya).

Jadi Jo nak cerita sedikit sebanyak pengalaman menggunakan peranti IT yang sejak dari zaman tadika lagi. Kalau dulu, Jo mula-mula pakai komputer zaman Macintosh, kalau nak tahu screen dulu warna hitam dan tulisan p**a warna hijau. Dan komputer itu dilengkapi dengan slot disket untuk transfer file. Disket ni ada dalam macam-macam saiz, yang paling besar 8-inch, tapi zaman Jo tu dah start pakai disket saiz 3 1/2-inch.

Disket tu boleh simpan dalam 400KB file, memang kecil kalau dibandingkan dengan file-file kegunaan harian zaman ini, tapi zaman tu dah kira cukup untul melakukan kerja-kerja biasa seperti dokumen kerja.

Kalau untuk game p**a, game yang ada ialah Space Invader dan juga Chess. Kalau korang nak tau, game nilah yang budak-budak dulu duk main kalau menghadap depan komputer. Sebab selain game, tak banyak sangat aplikasi yang boleh digunakan untuk budak-budak. Zaman tu aplikasi memang tersangat limited macam WordPerfect, Quattro Pro, dan PerfectOffice. Ni semua aplikasi macam Microsoft Office kita sekarang.

Tak lama lepas zaman skrin hitam-hijau, kita beredar p**a ke skrin berwarna. Zaman ini dah start mula penggunaan internet secara komersial, iaitu pada tahun 1994-1996. Sejarah internet ni, kalau nak tahu mula-mula ia digunakan sebagai kegunaan ketenteraan oleh US dibawah projek ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network).

Jo akan kupas berkenaan internet dalam part seterusnya selepas ini.

Selamat berIT !

Politik Butter-ChickenSempena tempoh masa PKP ini, iflix memberikan servis secara percuma !Antara cerita yang tengah hot...
09/04/2020

Politik Butter-Chicken

Sempena tempoh masa PKP ini, iflix memberikan servis secara percuma !

Antara cerita yang tengah hot dan trend mereka ialah Daulat, yang dikeluarkan oleh syarikat yang juga mempunyai sebuah restoran ala ghetto Jibril yang terletak di SS15 Subang Jaya. Pasti ramai yang tahu dan pernah cuba bukan? Kalau belum silalah cuba lepas tempoh PKP nanti.

Jadi Jo nak buat beberapa ulasan quick point tentang cerita drama yang berunsurkan politik ini:

1. A good take from the producer dan director yang berani untuk mengetengahkan something fresh untuk industri filem Malaysia. Kalau sebelum ini genre politik tidak banyak kerana setiap orang 'play safe' untuk tidak melibatkan unsur politik dalam kariya mereka. Namun, Jo rasa dalam era serba terbuka dengan penggunaan soc-med yang tiada penghujungnya this is the only way to go.

2. Ya, kepada yang telah menonton series House of Cards selama 6 season, pastinya akan tersenyum kerana banyak babak diadaptasikan dari series tersebut. Nothing wrong with that sebab banyak juga filem-filem top hollywood dan lokal kadang-kadang mengadaptasi scene dari filem lain, ia secara tidak langsung ialah a sign of respect to the original filem by the producer.

3. Pilihan pelakon atau casting Jo rasa amat sesuai dengan setiap watak yang cuba dipertengahkan. Terdapat gabungan pelakon veteran dan baru yang Jo rasa amat balanced untuk sebuah cerita yang high-profile seperti ini.

4. Tone warna dan scene transition cerita ini bagi Jo on-point. Cantik dan lawa bila setiap kali scene transit. Kudos to the animation team !

5. Terdapat beberapa babak yang 18 tahun ke atas, jadi Jo rasa untuk golongan kanak-kanak tidak sesuai untuk di bawa tonton bersama.

6. Ada adegan plot-twist yang sedikit sebanyak mewarnai jalan cerita filem ini.

7. Jo sebenarnya tidak mahu cerita panjang takut nanti jadi 'spoiler' p**a. Jadi Jo rasa baik korang cepat-cepat tengok dan ambik feel Daulat sementara dalam tempoh PKP ini.

Selamat berIT !

Fake newsIngatkah anda dengan cerita zaman kanak-kanak dulu 'The boy who cried wolf' atau budak pengembala dan biri-biri...
07/04/2020

Fake news

Ingatkah anda dengan cerita zaman kanak-kanak dulu 'The boy who cried wolf' atau budak pengembala dan biri-biri?

Cerita ini mengisahkan seorang budak dalam sebuah perkampungan ternakan biri-biri yang sering membuat dakwaan palsu bahawa sang serigala akan datang menyerang kampung tersebut.

Setiap kali budak itu membuat olahan cerita yang sama, tiap-tiap kali itu jugalah penduduk kampung cuba sedaya upaya mereka menyelamatkan ternakan biri-biri mereka. Mereka terpaksa lari bertempiaran untuk membawa masuk haiwan ternakan mereka ke dalam kandang agar selamat daripada 'ancaman' serigala.

Namun, malangnya hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, ancaman serigala benar-benar berlaku apabila budak yang sama itu terlihat sekump**an serigala menghampiri kawasan perkampungan untuk mencari mangsa santapan mereka oleh kerana kelaparan.

Budak tersebut dengan gigihnya menjerit untuk memaklumkan kepada penduduk kampung untuk pertolongan. Namun, penduduk kampung tersebut sudah lali dengan dakwaan-dakwaan palsu sebelumnya. Jadi, tidak diendahkan budak tersebut, maka biri-biri ternakan menjadi santapan serigala-serigala yang sedang kelaparan itu.

Cerita ini sedikit sebanyak berkait dengan 'fake news' yang telahpun berleluasa semenjak zaman soc-med(social media). Bagi Jo, setiap cerita, setiap posting, setiap 'twit', gambar, video, DM, dan sebagainya secara tidak langsung mencerminkan siapakah diri kita.

Adakah kita jenis 'outspoken' dan 'extrovert' maka kita s**a untuk berkongsi maklumat dan bahan-bahan yang menarik dibaca dan dilihat. Atau, adakah kita lebih kepada jenis 'silent-reader' dan 'introvert' di mana kita lebih s**a untuk membaca dan melihat sesuatu untuk pengetahuan dan santapan peribadi sahaja.

Jo rasa tiada masalah untuk berkongsi maklumat dan bahan-bahan bermanfaat untuk bacaan dan kegunaan orang lain. Ianya lebih baik jika sebelum mengongsi sesuatu berita atau bahan di dalam soc-med kita meluangkan sedikit masa dalam 2-3 minit untuk memastikan kongsian atau 'share' kita itu akan membawa manfaat dan tidak memudaratkan orang lain.

Jo baru sahaja selesai menonton siri 'Game of Thrones' buat kali ketiga, dan kebetulan memang ada 'quote' yang menarik oleh watak hero, Jon Snow, yang berbunyi:

"When enough people make false promises, words stop meaning anything. Then there are no more answers - only better and better lies."

Selamat berIT!

Gambah ihsan dari web reddit: https://www.reddit.com/r/JordanPeterson/comments/6wrqlk/when_enough_people_make_false_promises_words_stop/

What's your password?Di zaman yang serba canggih kini, kita semestinya mempunyai pelbagai akaun untuk aplikasi kegunaan ...
05/04/2020

What's your password?

Di zaman yang serba canggih kini, kita semestinya mempunyai pelbagai akaun untuk aplikasi kegunaan harian seperti akaun bank, Grab, Foodpanda, dan akaun komputer peribadi. Setiap akaun ini memerlukan username tersendiri dan dikawal aksesnya menggunakan kata laluan.

Jika anda semua boleh ingat, kebiasaannya kata laluan atau password memerlukan aksara dari pilihan huruf abjad(alphabets), nombor, dan dalam segelintir kes 'special characters' seperti #@&!. Selain itu, terdapat juga minimum bilangan aksara untuk password kita kebiasaannya dalam 6 hingga 8 bilangan.

Tahukah anda mengapa password kita memerlukan kriteria yang diterangkan sebelum ini?

Antara sebabnya ialah ini untuk mengelakkan password yang mudah untuk diteka(wild guess) oleh penggodam(hacker) untuk mendapatkan akses untuk tujuan tertentu yang berkemungkinan besar membawa malapetaka yang tidak diingini.

Contoh password yang amat mudah diteka ialah seperti 'password123', 'qwerty123', dan '12345678'.

Selain itu, penggodam juga boleh menggunakan password cracker iaitu sejenis aplikasi yang boleh menjana password dalam kapasiti yang tinggi dalam masa yang singkat untuk mengakses akaun mangsa melalu brute force attack.

Jadi, jika password anda mempunyai kombinasi aksara yang pelbagai seperti V@£4r/\^oRgHuL!$ lebih s**ar atau mustahil untuk hacker menggodam akses akaun anda.

Anda boleh cuba untuk melihat sejauh mana kekuatan password anda di website ini: https://howsecureismypassword.net/

Selamat berIT !

04/04/2020

Prevention is better than cure

Okay, kali ini Jo nak cerita tentang polisi baru yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) berkenaan dengan pengurusan risiko IT(RMIT). Kalau dikaji balik polisi ini, kita boleh nampak mindset yang ingin diperketengahkan oleh BNM kepada bank-bank dalam negara iaitu mindset 'preventive'. Boleh rujuk kepada pointer di bawah mengenai kupasan daripada Jo:

1. Kalau sebelum ini, banyak kes-kes 'hacking', eksploitasi dan kompromi data serta kehilangan matawang syarikat multinasional luar negara seperti SONY, eBay, dan Adobe. Namun, kes ini sekarang sudah mula menular ke dalam negara dari sekecil-kecil insiden web surface sehingga kehilangan wang tunai dan kompromi data-data penting seperti yang dialami oleh badan-badan kerajaan dan juga bank-bank tempatan.

2. Kes-kes kompromi IT yang berlaku hanya dapat dikesan jika terdapan proses 'detective' yang betul. Ianya lebih membimbangkan jika suatu kes itu tidak dapat dikesan kerana tiada langkah 'detective' yang diusahakan. Sebagai contoh, suatu sistem atau aplikasi boleh menghantar satu 'alert' atau notifikasi jika satu proses yang dijalankan setiap hari bertindak lain dari normal. Daripada notifikasi tersebut, pekerja yang terlibat menangani sistem itu dapat membuat analisis sebelum melakukan langkah seterusnya, antaranya ialah 'escalate' kes kepada pihak yang lebih pakar atau subject matter expert.

3. Jadi, BNM telah memperkenalkan RMIT tepat pada masanya untuk membendung masalah 'hacking' dari terus berleluasa. Mindset 'preventive' ini dapat mengelakkan dan mengurangkan 'probability' kes-kes kompromi IT dengan mengenalpasti punca dan weak-link kes tersebut.

4. Antara komponen utama ialah dengan mewujudkan pas**an atau jabatan risiko IT. Ini penting kerana pengalaman dan pengetahuan IT yang teknikal perlu untuk mengenalpasti risiko berkenaan dengan sistem dan aplikasi yang diguna pakai oleh sebuah syarikat tersebut.

5. Seterusnya, pas**an risiko IT harus memastikan punca-punca yang tinggi risiko(high-risk) seperti software development, change management, vendor management, data centre management, network management, dan juga access management adalah dibawah penyeliaan mereka.

6. Berikutnya, budget harus dikenalpasti untuk mengetahui sama ada langkah 'preventive' yang ingin diambil itu berbaloi untuk dilakukan kerana ianya bukanlah murah untuk membelanjakan hasil syarikat kerana sistem software dan hardware untuk langkah ini agak mahal.

7. Jadi, pihak pengurusan syarikat harus membuat keputusan yang sewajarnya sama ada ianya berbaloi atau tidak untuk mengeluarkan wang syarikat pada awalnya agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini pada masa hadapan!

Prevention is better than cure...

Pautan link:
1. Polisi RMIT dari Bank Negara Malaysia: (https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=57&pg=543&ac=816&bb=file)

04/04/2020

Kerja sektor IT

Melalui pengalaman Jo setelah lebih 10 tahun bekerja, berikut merupakan sedikit sebanyak pencerahan industri IT masa kini:

1. Peluang pekerjaan untuk sektor IT masa kini amatlah banyak sehinggakan banyak tenaga pakar dari luar negara seperti India di bawa masuk dalam syarikat-syarikat baik swasta atau GLC oleh kerana kekurangan tenaga pakar tempatan.

2. Jika dibandingkan tahun 90-an dan awal pasca 20-an, peluang pekerjaan sektor IT lebih in-demand pada masa ini. Ini tentunya disebabkan oleh kebergantungan syarikat-syarikat terhadap penggunaan aplikasi-aplikasi sedia ada untuk menjalankan proses-proses utama perniagaan. Contoh termudah ialah pihak Bank di mana semua maklumat pelanggan dan transaksi perlu diproses dan disimpan di dalam aplikasi dan server.

3. Penggunaan IT sekarang telah juga diperluaskan sehingga ke tahap yang tinggi termasuklah servis 'teksi', penghantaran makanan, dan iklan pekerjaan!

4. Oleh itu, Jo berasa bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dalam industri IT boleh meneruskan niat anda kerana memang teramat luas peluang yang ada di pasaran sekarang. Antara area yang tengah hot dan in-demand sekarang ialah cyber security, big data, data analytics, dan programming.

Selamat maju jaya buat semua yang berjuang!

02/04/2020

What's next after SPM? (Untuk computer geek/gadget freak)

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kursus-kursus IT dan sains komputer yang ada di universiti/kolej sekarang, anda boleh rujuk kepada pointer-pointer di bawah untuk membantu ada membuat planning secukupnya sebelum memulakan peringkat pembelajaran selepas alam persekolahan:

1. Setiap universiti kebiasaannya akan ada sebuah fakulti yang menawarkan kursus program IT dan sains komputer peringkat diploma dan sarjana muda. Untuk universiti besar contoh Universiti Malaya, ada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM), manakala untuk universiti kecil kadang kala program ini diletakkan di bawah Fakulti Kejuruteraan.

2. Fakulti ini kemudiannya akan dipecahkan kepada beberapa jabatan antaranya ialah kejuruteraan perisian(software engineering), teknologi rangkaian(network technology), dan AI(artificial intelligence). Setiap jabatan akan diketuai oleh pakar masing-masing dalam setiap bidang untuk memberikan kaedah pembelajaran yang optimum kepada pelajar.

3. Semasa memilih pengkhususan(majoring) bagi program diploma/sarjana muda anda dalam bidang IT, amat penting untuk anda memahami dan mengetahui arah tuju anda selepas ada menamatkan pembelajaran anda. Ini kerana cabang IT yang besar memerlukan anda fokus kepada satu pengkhususan agar anda dapat menguasai sesuatu bidang tersebut.

4. Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menjadi pengaturcara(programmer), kursus yang bersesuaian dengan anda ialah software engineering kerana dalam kursus tersebut terdapat pelbagai subjek yang mengandungi ilmu dan maklumat berkenaan dengan software seperti software design and architecture, object-oriented programming, dan software development.

4. Ada pelbagai cara untuk anda mendapatkan maklumat akan bidang-bidang yang tengah hot dan trending buat masa ini, terutamanya dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan 4.0 industrial revolution. Dalam pengalaman Jo sendiri, pada masa ini antara area-area yang in demand sekarang ialah cloud computing, cyber security, dan juga big data. Jadi, jangan tunggu lagi, gunakan masa yang ada ini untuk membuat perancangan yang secukupnya untuk menentukan masa depan anda !

Selamat maju jaya

Address

Subang Jaya
Subang Jaya
47620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jo Skema posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby media companies


Other Digital creator in Subang Jaya

Show All

You may also like