Pustaka Buku Putih

Pustaka Buku Putih Penerbit Buku Untuk Jiwa Haraki. Kami menjual buku-buku tarbiyah dari Malaysia & Indonesia.l

Hubungi: 01120757308 Assalamualaikum. Ini bukan kata-kata kosong.

Kami peminat dan mengejar pembaca yang berminat nak membangun manusia-manusia kepada apa yang Tuhan maksudkan didalam Al Quran. Sebab kami yakin, hanya dengan Al Quran & islam, semua masalah manusia akan selesai. Tapi semua ini takkan selesai hanya dengan kata-kata di sini, semua ini perukan sesuatu yang dipanggil tarbiyah. Yeah. Tarbiyah. Tarbiyah sinonim dengan usrah, murabbi, daurah dan sebagai

nya. Pada sesiapa yang dah berkecimpung dialam tarbiyah, TAHNIAH besar dari kami. Teruskan berjalan dengan penuh bergaya hamba dan penuhi bekalan perjalanan anda dengan bahan-bahan dari buku-buku yang kami jual. Kami benar-benar mahu bantu anda. Buat yang belum dialam tarbiyah, hubungi kami. InshaAllah, kami akan bantu. Kami jual buku kami secara online. Kalau nak beli, pergi ke laman web:

http://www.kedaibukuputih.com

Selamat berjuang kawan-kawan! Pustaka Buku Putih
Buku Untuk Jiwa Haraki

28/04/2024
"Apabila hidup kita hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita, dan berakhir dengan be...
28/04/2024

"Apabila hidup kita hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita, dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia, dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini"

Syeikh Ar Rasyid - Muntalaq

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com

“..petunjuk apa pun yang diberikan oleh Zat yang Maha Suci dan tidak memerlukan sesuatu itu, tidak akan mengandungi moti...
26/04/2024

“..petunjuk apa pun yang diberikan oleh Zat yang Maha Suci dan tidak memerlukan sesuatu itu, tidak akan mengandungi motif mencari keuntungan diri sendiri, dan sepenuhnya hanya dimaksudkan demi untuk kepentingan anda sendiri. Allah juga Hakim yang Maha Adil. Tidak ada satu titik kezaliman pun yang ada padaNya. Dengan demikian, perintah-perintahNya seluruhnya akan berdasarkan pada kebenaran dan keadilan. Kalau anda mengikuti perintah- perintahNya, maka anda tidak akan terjerumus melakukan kezaliman kepada diri anda sendiri mahupun orang lain.”

Petikan buku: Dasar-Dasar Islam

Kita sendiri tahu… kita sendiri “sedar” bila kita tak dengar cakap Allah, kita sedang merugikan diri sendiri 😢.

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu p**a) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.
Al-Maidah: 16

KREDIT: TCER ANI

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com

DOA PARA PENCINTA KEBENARAN Para pencinta kebenaran sentiasa risau, takut andainya di terkeluar dari landasan yang benar...
25/04/2024

DOA PARA PENCINTA KEBENARAN

Para pencinta kebenaran sentiasa risau, takut andainya di terkeluar dari landasan yang benar. Hatinya akan selalu tunduk lalu meminta kepada Allah Azza Wa Jalla agar mmeberikan kepadanya kelurusan dalam beriman, kerana akhirnya manusia akan berkumpul dihari kimata, dan akhirnya yang selamat ialah para pengikut jalan yang benar.

Kerana itulah Allah menggambarkan (MENGAJARKAN) mereka doa ini.

Kita lah itu yang mencari kebenaran dan hendak selalu berada dijalan yang benar. Banyakkan berdoa ye?

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com

PERKONGSIAN BAHAN BACAAN: KEPENTINGAN TARBIYAH TAKWINIYAH DALAM DAKWAH ISLAMIYAH...Apabila bilangan kader Islam ini tela...
15/04/2024

PERKONGSIAN BAHAN BACAAN:

KEPENTINGAN TARBIYAH TAKWINIYAH DALAM DAKWAH ISLAMIYAH
...Apabila bilangan kader Islam ini telah mencukupi, maka jalan menuju terbentuknya kembali masyarakat islam terbentang luas di hadapan kita. Kewajipan kita untuk merelisasikan cita-cita mulia ini, kita doakan agar Allah memberi pertolongan sebagaimana yang telah dijanjikanNya untuk menolong siapa yang menolong (Din)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa......

Selamat Membaca dan Beramal!

p/s: Download file next mesej untuk versi tulisan lebih besar - lebih OK baca dalam phone :)

Link:

31/12/2023
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan...
20/12/2023

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? - Al Mulk

Selamat Malam Semua!

Satu penegasan bahawa mana-mana murabbi yang tidak muayasyah dan tidak mencari mutarabbi yang tiada dalam usrah maksudny...
04/07/2023

Satu penegasan bahawa mana-mana murabbi yang tidak muayasyah dan tidak mencari mutarabbi yang tiada dalam usrah maksudnya belurn laksanakan matlamat tarbiyah. Muayasyah adalah asas utama. Seorang murabbi yang hanya bertemu sekali seminggu ketika halaqah, murabbi seperti ini tak patut dibenarkan bawa usrah. Murabbi ini bapa, kalau hanya tengok anak buahnya 3 jam sahaja, layak ke jadi bapa? Sudah pasti tak cukup untuk tarbiyah. Tak sernpat nak menyusukan anak, nak sempat nak kenal dan faham hobi anak.

Muhasabah Jom Murabbi, Huhu

Terbitan terbaru.Ibrah Juzuk Amma (semua surah, lengkap), oleh Dr Kamaru Salam Yusuf.Masa kian berubah, dan perubahan tu...
19/06/2023

Terbitan terbaru.

Ibrah Juzuk Amma (semua surah, lengkap), oleh Dr Kamaru Salam Yusuf.

Masa kian berubah, dan perubahan turut dirasai apabila membaca ayat-ayat Al Quran. Bukan berubah ayatnya, tapi perasaan lah yang berubah.

Tadabbur tak sama dengan tafsir. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang sesiapa untuk menghayati. Meskipun tadabbur memerlukan panduan agar tidak terlalu tersasar.

Buku ini akan membuka pintu untuk para pencinta Al Quran mentadabbur ayat-ayat Allah dalam juzuk 30.

Boleh order diwebsite: https://kedaibukuputih.com/products/ibrah-dari-juzuk-amma

Sebarkan.

"Sekiranya anda melihat seorang pesakit membuka buku tentang rawatan nya, kemudian dia hanya membaca buku tersebut - den...
08/04/2023

"Sekiranya anda melihat seorang pesakit membuka buku tentang rawatan nya, kemudian dia hanya membaca buku tersebut - dengan mengira hanya dengan membaca boleh menyembuhkan penyakitnya — apakah yang akan anda katakan tentang orang itu?"

Adakah orang yang akan sembuh dengan hanya membaca buku rawatan nya sahaja tanpa mengikuti step by step guideline? Seorang pesakit diabetes hanya membaca maklumat panduan tenatng sakit diabetes tanpa beramal. Bahkan meneruskan lifestylenya seperti biasa. Bagaimana pendapat anda?

SEDARLAH.

Inilah yang kebanyakkan kita sedang perlakukan dengan Al Quran. Al Quran ialah panduan tersohor untuk kehidupan kita namun begitulah cara kita menyikapi Al Quran, kita rajin membacanya namun kita sedikit sekali mengikutinya. Bukan sama kita dengan pesakit yang hanya membaca buku rawatan nya tadi?

Inilah perlakuan zalim yang berleluasa didunia ini terhadap Al Quran, sedangkan pelaku-pelaku nya lagaknya seperti sangat menyanjung AL Quran namun salah dalam memperlakukannya. Sedangkan kitab Allah ini diturunkan kepada manusia supaya manusia memperoleh kejayaan dunia akhirat.

"Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan kepada orang yang takut" - Taaha, 2-3

Salam Nuzul Quran
- Buku Pustaka Buku Putih

.Salam Ramadan buat semua. Alhamdulillah. Syukur, Allah pertemukan kita lagi dengan Ramadan, bulan mulia, penuh barokah,...
22/03/2023

.

Salam Ramadan buat semua. Alhamdulillah. Syukur, Allah pertemukan kita lagi dengan Ramadan, bulan mulia, penuh barokah, penuh rahmah! Ayuh semua, inilah masanya kita perbanyakkan amal, minta ampun, berdoa sebanyak nya. Meriahkan 30 hari Ramadan dengan amal yang bertali arus.

Doakan ummat, jangan lupa ya!

.Imam Ibn Sunni, Imam al-Baihaqi, Imam al-Bazzar dan Abu Nu’aim juga menyebut hadith ini di dalam kitab mereka: Diriwaya...
21/02/2023

.
Imam Ibn Sunni, Imam al-Baihaqi, Imam al-Bazzar dan Abu Nu’aim juga menyebut hadith ini di dalam kitab mereka: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ: "اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ". قَالَ: وَكَانَ يَقُولُ: "إِنَّ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ لَيْلَةٌ غَرَّاءُ، وَيَوْمَهَا يَوْمٌ أَزْهَرُ".

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukan kami dengan bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”.

Lagi 30 hari ada masa untuk kita ready stamina, ready hafazan dan ready jiwa raga untuk menempuh 30 hari yang serba barokah. Berdebar, tapi tak sabar!

Semoga Allah mudahkan!

.MEMAKNAI "MIRACLES" DALAM SURAH KAHFISepertimana yang semua selalu tahu ialah tentang kisah Ashabul Kahfi. Team beriman...
12/01/2023

.
MEMAKNAI "MIRACLES" DALAM SURAH KAHFI

Sepertimana yang semua selalu tahu ialah tentang kisah Ashabul Kahfi. Team beriman yang "ditidurkan" Allah SWT beratus tahun, hidup semula dizaman yang lain, dengan suatu kehidupan baru yang mereka inginkan iaitu hidup dibawah kerajaan beriman.

Hidup dibawah pimpinan yang beriman impian kita semua bukan?

Mungkin, kita sukar hendak percaya atau "beriman" bahawa Allah berkuasa berbuat seperti itu kepada kita juga. Tetapi; apakata kita ambil simbolik perjuangan pemuda beriman ini buat kita. Kahfi mereka mungkin literally gua seperti yang dikisahkan. Kahfi kita p**a, mungkin sebuah "gua tarbiyah" yang kita hidupkan untuk manifestasi keimanan kita, boleh kan?

Kita mungkin tidak ditidurkan seperti mereka, namun kita harap dedngan kuasaNya, Dia menidurkan kita dari keinginan kepada perhiasan dunia sepertimana orang-orang kebanyakkan mencintainya.

Moga begitulah sehingga akhirnya, samada mata sudah dipejamkan selamanya, atau dengan rahmatNya, kita dapat melihat kemenangan islam itu.

- Perhebatkan tarbiyah, kerana inilah jalannya dan jalanNya!

.TAJMIK = KUMPULKAN ORANGAmal tajmik bukan amal biasa-biasa. Amal tajmik adalah amal yang mencabar dan pastinya pahalany...
09/01/2023

.
TAJMIK = KUMPULKAN ORANG

Amal tajmik bukan amal biasa-biasa. Amal tajmik adalah amal yang mencabar dan pastinya pahalanya banyak. Banyak pengorbanan perlu dibuat. Sukar sungguh nak sentuh hati mad'u. Habis duit, habis masa. Para du'at ilallah jangan lah kecewa, kerana setiap detik beramal lillah, pasti ada ganjaran yang besar, setiap amal du'at, adalah langkah kemenangan, walau apapun natijah nya (hasilnya). Dan jangan sekali-kali lupa, berdoalah selalu kepadaNya, agar Dia menyambung hatimu dengan hati mad'u mu.

- Semoga dimudahkan semua!

EMPAT SUMBER SIRAH NABI SAW1. AL QURAN- Al quran mengandungi kisah sirah secara global dan dari peristiwa tersebut, Alla...
05/08/2022

EMPAT SUMBER SIRAH NABI SAW

1. AL QURAN
- Al quran mengandungi kisah sirah secara global dan dari peristiwa tersebut, Allah saw merakamkan taujihat-taujihat untuk org beriman.

2. SUNNAH
- Dari 6 sunan.

3. SYAIR-SYAIR DIZAMAN NABI SAW
- Syair Hasan Bin Thabit etc

4. BUKU-BUKU SIRAH, TABAQAT, DAN TARIKH (IBNU ISHAQ, IBNU HISYAM, IBNU SAAD dan banyak lagi).

"Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama' dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Nabi Muhammad SAW. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah SAW. Agar mereka juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalanya diterima."

Sumber: Nota Ustaz Kamarusalam

Channel Telegram: https://t.me/kedaibukuputih

HATIMU KERAS?Abu Hurairah says: A man complained before the Holy Prophet (upon whom be peace), saying: "I am hard-hearte...
04/08/2022

HATIMU KERAS?

Abu Hurairah says: A man complained before the Holy Prophet (upon whom be peace), saying: "I am hard-hearted." The Holy Prophet said to him: "Treat the orphan with kindness and love and feed the needy one." (Musnad Ahmad).

Abu Hurairah berkata: seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah saw dengan berkata “saya ada hati yang keras” mendengar keluhan tersebut Rasulullah saw bersabda “layanlah anak yatim dengan kebaikan dan dengan kasih sayang dan berilah makan kepada orang miskin” (Musnad Ahmad)

---
Kedai Buku: http://kedaibukuputih.com
Channel Telegram: https://t.me/kedaibukuputih

01/08/2022

Jadual terkini (bermula 1 ogos 2022)

RAMADHAN Sebulan Sahaja Lagi.Semoga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan kali ini. Dapatkan bahan bacaan yang membantu...
03/03/2022

RAMADHAN Sebulan Sahaja Lagi.

Semoga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan kali ini.

Dapatkan bahan bacaan yang membantu kita untuk lebih bersedia menghidupkan ramadhan kali ini. Semoga kita semua memperoleh semua kebaikan ramadhan, amin.

--
Pembelian:
Laman web --> kedaibukuputih.com
atau
Whatsapp --> 01120757308

03/03/2022
Doa para pemuda kahfi;-  Meminta rahmat dari Allah-. Meminta bantuan & petunjuk dari Allah untuk sempurna kan urusan.Dar...
18/11/2021

Doa para pemuda kahfi;

- Meminta rahmat dari Allah
-. Meminta bantuan & petunjuk dari Allah untuk sempurna kan urusan.

Dari ayat 10, surah kahfi.

Praktikal doa ini untuk kita di era ini kerana kita yang serba dhaif terutamanya dalam hikmah dan ilmu, sangat-sangat memerlukan pertolongan dan rahmat dari Allah SWT.

Mari kita hayati doa ini dan menghafalnya!

👍

--
Subscribe Channel Telegram
https://t.me/kedaibukuputih
Buku Putih; Tarbiyah & Fikrah untuk Jiwa Haraki👍

“Hebron akan lindungi Abang Gaza sampai syahid. Sebab Hebron sayang Abang Gaza… kerana Allah!”Hebron terus berdiri di an...
16/09/2021

“Hebron akan lindungi Abang Gaza sampai syahid. Sebab Hebron sayang Abang Gaza… kerana Allah!”

Hebron terus berdiri di antara Gaza dan jentera besar yang memecut laju di hadapannya.

“HEBRON, KE TEPI!!!”

***

Sejak penjajahan British ke atas Palestin, berbondong-bondong Yahudi Zionis memasuki tanah itu.

Kump**an militan Yahudi Zionis mula muncul; merampas rumah dan tanah rakyat.

Rakyat mula bangkit dan menentang kezaliman Zionis – demi melindungi Palestin!

Apabila Gaza dapat tahu Ulza bersama Jerusalem memilih untuk berjuang, Gaza memilih untuk tidak bersama kerana masih berdendam dengan Ulza.

Bagi Gaza, dia harus melindungi keluarganya – itu yang utama.

Namun, bolehkah Gaza melindungi keluarganya tanpa melindungi Palestin?

Apabila keluarga Gaza diserang berkali-kali oleh Yahudi Zionis, mampukah Gaza menyelamatkan mereka?

Dapatkan Komik Gaza Mini 7 sekarang untuk mengetahui kisah lanjut tentang Gaza.

.32 ceritera dalam buku ini berkisar mengenai teladan ibu bapa ulama hadir bag membantu para ibu bapa 'menjejaki' uslub ...
13/09/2021

.
32 ceritera dalam buku ini berkisar mengenai teladan ibu bapa ulama hadir bag membantu para ibu bapa 'menjejaki' uslub atau manhaj didikan yang dilakukan oleh para solehin dalam 'melentur' keperibadian anak-anak. Dapat dijadikan sebagai tamsilan mahupun qudwah bagi para ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak, seterusnya melahirkan generasi yang unggul mengikut acuan Islam. Semoga mendapat manfaat kepada kita yang membaca buku ini.


Dapatkan di kedaibukuputih.com

.Karya al-Syahid Shaykh Dr. Ramadhan al-Buti ini telah menyimpulkan beberapa persoalan genting dan penting yang dilalui ...
13/09/2021

.
Karya al-Syahid Shaykh Dr. Ramadhan al-Buti ini telah menyimpulkan beberapa persoalan genting dan penting yang dilalui oleh para wanita. Beliau telah menampilkan suatu bentuk simbiosis dan interaksi antara realiti hidup wanita dan pengamalan dalam agama. Di dalamnya Shaykh menujukan nasihat yang tepat seolah-olah beliau merasai dan menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita sepanjang zaman adalah berbeza. Sementara pada era sekarang ini, bentuknya mungkin sama pada puluhan tahun kebelakang tetapi dengan situasi realitinya yang berbeza. Oleh itu, amat tepat apabila Shaykh al-Buti menampilkan perjawaban yang relevan bagi persoalan semasa kini.


Dapat kan di kedaibukuputih.com

.Mengapa kita perlu membaca buku keakhawatan? Apa kepentingan kita dengan tema keakhawatan?Kalau ada pertanyaan seperti ...
13/09/2021

.
Mengapa kita perlu membaca buku keakhawatan? Apa kepentingan kita dengan tema keakhawatan?

Kalau ada pertanyaan seperti itu dalam benak kita, maka ketahuilah bahwa akhawat adalah adik atau kakak perempuan kita. Adalah anak atau menantu kita. Adalah pasangan hidup kita. Dan adalah kita sendiri.

Islam memandang akhawat muslimah sebagai unsur pokok pembangun masyarakat. Mereka bukan suplemen atau pelengkap belaka. Mereka adalah pelaku aktif. Adalah bagian utuh dakwah, yang bersama-sama dengan ikhwan saling menguatkan. Oleh karena itu, agar solid dan sinkron dalam melangkah, masing-masing pihak harus memiliki persepsi yang sama tentang kedudukan, peran, dan tanggung jawab.

Di situlah letak pentingnya buku keakhawatan. Siapa pun kita, tarbiyah akhawat muslimah adalah tanggung jawab kita bersama.


Dapatkan di kedaibukuputih.com

Address

Desa Makmur
Stiawan
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Buku Putih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pustaka Buku Putih:

Videos

Share