Think Quran World

Think Quran World Learn & Earn. EZ & Fast to learn 80% of words in AlQuran. Try free. Help us spread to Ummah. ❤️❤️ Baja Organik ProgroG, Vermicompost dan Servis Pertanian

05/05/2024

Inilah kenyataan.

Tiba setiap hujung bulan sahaja, ia adalah moment yang paling ngeri bagi 90% isi rumah & usahawan kan...

Kira kita balik, banyak yang nak bayar. Pinjaman la, belanja barang dapur dan bermacam macam lagi perbelanjaan yang kita perlu selesaikan.

Raya sudah berlalu. Lama mana kita nak bertahan dalam situasi yang sama tiap bulan?

Solusi ade ni .. tinggal lagi letak azam, tekad, kesungguhan, YANG BETUL SUNGGUH SUNGGUH SUNGGUH untuk bebas masalah HUTANG, dapat selesai dalam masa yang lebih singkat. Rasa lebih selesa. Hidup time freedom financial freedom.

Satu peluang supply IT teknologi AI ke seluruh dunia sebar kefahaman Bahasa Al-Quran hanya di hujung jari.

Nak tahu bagaimana? PM KAK EMA www.wasap.my/60194241438/bebashutanghatisenang

Bismillah.Luangkan masa seketika untuk membaca kalamullah indah dalam Al-Quran.Dekatkan diri kita dengan Allah swt. Insy...
08/04/2024

Bismillah.

Luangkan masa seketika untuk membaca kalamullah indah dalam Al-Quran.

Dekatkan diri kita dengan Allah swt. Insyaallah istiqamah, ia bawa erti besar buat empunya diri. Usahalah, rasanya sangat luar biasa.

Moga setiap usaha penambahbaikan diri di terima dan diberkati.




07/04/2024

The easiest and effective way to learn the meaning of the words in the Quran is THINK QURAN APPLICATION.

Try today and subscribe to the full version one time payment once in a lifetime. Worth the investment for you and family.

Endless journey to learning Arabic the AI technology way.




Send a message to learn more

CALLING EVERYONE OUT THERE!! Come and embark on an amazing journey to learn with THINK QURAN application.This applicatio...
07/04/2024

CALLING EVERYONE OUT THERE!!

Come and embark on an amazing journey to learn with THINK QURAN application.

This application is so easy to use, fun, interactive and effective. A method for you to learn Arabic using the AI technology at your handphone, anytime, anywhere, at your own pace.

Something new is awaiting and we want you to be a part of this excitement too.

Complete your lessons today and together we unlock series of adventures one after another learning the holy Quran.

Subscribe this amazing application by clicking at the link in the comment section below.

The Best Is Yet To Come. Don't Miss It🌟🌟🌟







❤️KELEBIHAN APPLIKASI THINK QURAN❤️3 kelebihan Applikasi THINK QURAN yang ditekankan.✅PERTAMA, ia mudah. Mudah sebab kit...
25/03/2024

❤️KELEBIHAN APPLIKASI THINK QURAN❤️

3 kelebihan Applikasi THINK QURAN yang ditekankan.

✅PERTAMA, ia mudah. Mudah sebab kita belajar dalam skop kecil. One to one dengan AI Robot, Robot Soleh pantau setiap latihan yang kita buat.

✅KEDUA, ia berkesan. Bukan nak kata apa, tapi bila mula buat latihan, memang rasa kelainan. Kelainan dari segi faham makna perkataan yang berulang dalam Al-Quran. Apps ini fokus pada 900 patah perkataan yang berulang.

✅KETIGA, kita cepat mahir. Cepat mahir dalam konteks ia kaedah latih tubi dengan teknik pengulangan dan hafalan yang buat kita ingat kekal dalam minda, tanpa kita sedari.

💥YANG BEST tu bila buka Al-Quran untuk dibaca, sambil tu secara tak sedar perkataan yang kita belajar dan buat latihan sebelum ini, mula keluar satu persatu. Tu dia penangan Applikasi ini. Bila ada kemahuan, ada jalannya.

Dalam riwayat AlBukhari (5027),
"Sebaik baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya dan mengamalkannya".

Di setiap hujung latihan akan keluar paparan menyatakan berapa patah perkataan kita sudah pelajari dan berapa peratus telah kita capai. Lebih detail lagi, ada mini repot card perkembangan pembelajaran kita.

Selain itu ada beberapa feature lain juga di app ini bantu tingkatkan pemahaman kita.

🤲Kita tidak akan rasa nikmat, kemanisan hanya apabila kita sendiri guna applikasi ini. Satu kepuasan. Syukur.

WhatsApp di ruang komen untuk dapatkan applikasi ini. 👇👇👇👇👇

24/03/2024
STOP SATU. 30 saat baca ja, insyaAllah yang terbaik ubah kehidupan bersama.PELUANG untuk gabung sekali Usahawan THINK QU...
23/03/2024

STOP SATU. 30 saat baca ja, insyaAllah yang terbaik ubah kehidupan bersama.

PELUANG untuk gabung sekali Usahawan THINK QURAN.
Modal tak besar, sekali ja keluar modal.📱💰

Usaha baik kata M***i Penang & Pahang untuk ramai faham & ingat kekal Bahasa Al Quran.

Modal mula RENDAH, Sekali ja pun. Rendah lagi dari nak buka Kedai Burger.

Komisyen padu dan Ikut formula sungguh-sungguh insyaAllah kita sama pi 🌟UMRAH⭐ Tahun ni 🌟FREE🌟, Tak kira usia atau latar belakang semua boleh jadi Usahawan Think Quran.

WASAP NOW DI RUANG KOMEN.

18/03/2024

Solat lah..

08/03/2024

SANGAT DIGALAKKAN UNTUK IKUT KELAS INI...

07/03/2024

Apa yang menariknya buku 44 Fakta Penting Tentang Al-Quran ini ❓

🌈 Himpunan fakta-fakta penting tentang al-Quran yang patut diketahui setiap muslim
🌈Topik-topik penting tentang al-Quran yang menjadi perbahasan dan dipersembahkan dengan lebih ringkas dan mudah difahami
🌈Dapat menyuburkan lagi kecintaan serta menguatkan keimanan terhadap kitab wahyu
🌈Fakta-fakta yang terkandung daripada dalil sahih al-Quran dan hadis

Dapatkanya pada link di bawah ✨

https://www.karangkrafmall.com/44-fakta-penting-tentang-al-quran

RAMADAN YANG DITUNGGUBulan Ramadan adalah bulan yang di tunggu tunggu. Ia waktu yang sangat istimewa buat umat Islam di ...
07/03/2024

RAMADAN YANG DITUNGGU

Bulan Ramadan adalah bulan yang di tunggu tunggu. Ia waktu yang sangat istimewa buat umat Islam di seluruh dunia.

Waktu inilah kita berusaha lipat gandakan amalan, pahala, membaca, menghayati dan memahami Al-Quran yang kita baca.

Sempena kempen Ramadan ini, di sinilah Applikasi THINK QURAN hadir dalam melengkapkan perjalanan pembelajaran Al-Quran. Hadir dalam kita tingkatkan kefahaman bahasa Al-Quran dengan kaedah yang sangat mudah dan berkesan.

Applikasi THINK QURAN ini kaedah pembelajaran secara digital sesuai dengan peredaran teknologi masa kini, di hujung jari.

Lebih menarik lagi applikasi ini fokus pada perkataan yang berulang dalam Al Quran dengan cara latih tubi, pengulangan dan hafalan. Tanpa kita sedari, minda kita boleh ingat kekal perkataan yang kita belajar. Saya sudah merasainya, dan makin mudah untuk ingat perkataan berulang dalam Al-Quran.

Jika saya boleh, anda juga boleh merasai keberkesanan applikasi ini.

Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna, lebih indah dari sebelumnya.

Rebutlah peluang belajar dengan applikasi Think Quran bersama keluarga. Ia bawa manfaat yang sangat mendalam insyaAllah.

Nak belajar, www.wasap.my/+60194241438/belajarfahambahasaalaquranmudah

29/02/2024
BACK TO 18 YEARS AGO I DISEMBER 2006 Internet Maybe just a passing fad as millions five up on it..TODAY INTERNET USER = ...
29/02/2024

BACK TO 18 YEARS AGO I DISEMBER 2006

Internet Maybe just a passing fad as millions five up on it..

TODAY INTERNET USER = 5.35B
Worldwide Jan 2024
66.2% of Global Pop**ation.

Waiting and waiting..By another 10 years insyaAllah we will reach 100 Million Think Quran Users Worldwide.

SERONOK BELAJAR DENGAN APLIKASI THINK QURANBukan anak-anak juga seronok guna, Mak Pak, Aki Opah pun akan rasa seronok gu...
26/02/2024

SERONOK BELAJAR DENGAN APLIKASI THINK QURAN

Bukan anak-anak juga seronok guna, Mak Pak, Aki Opah pun akan rasa seronok guna.

Harap dapat habiskan hingga 1000 patah perkataan sebelum Ramadan ini. Round Two Pak Long reset balik.

Khatam Aplikasi Think Quran dan Khatam baca Al Quran sebelum Syaaban berakhir insyaAllah.

Semalam ada, apps baru baca Al Quran, asbab perkongsian di FB M***i Menk kita sama gunakan Aplikasi ini p**a.

JALAN PINTAS BELAJAR BAHASA ARABJalan pintas untuk kita sama-sama fahami Bahasa Al Quran. Jalan mudah untuk kita kuasai ...
26/02/2024

JALAN PINTAS BELAJAR BAHASA ARAB

Jalan pintas untuk kita sama-sama fahami Bahasa Al Quran. Jalan mudah untuk kita kuasai Bahasa Al Quran.
Semua kita pasti mahukan untuk sama memahami Bahasa Al Quran untuk kita sama dekat diri jadi sahabat Al Quran.

Di dunia ini kita ada ruang untuk kumpul pahala untuk bawa ke Alam sana. Ramadan yang bakal tiba adalah ruang untuk kita sama ambil peluang kita menyemai benih untuk dituai di sana nanti.
Cari ruang untuk kita mulakan diri untuk fahami Bahasa Al Quran, bayangkan kita dan keluarga bersama memahami kalam Allah bila baca dan Persediaan untuk Ramadan ini.
Pasti beza rasa bila solat Terawih bila kita dapat tangkap makna bacaan Imam yang dilontarkan baca. InsyaAllah ia rasa luar biasa hanya mereka yang dah gunakan Aplikasi Think Quran ini dapat sama kait merasa nikmatnya.
Sibuk masa, beri ruang untuk baca Al Quran, sibuk masa beri ruang 15 minit sehari untuk guna Aplikasi sampai mahir ingat kekal 80% Bahasa Al Quran.
Usaha gigih insyaAllah Allah akan bantu kita sama libat rasa memahami Bahasa Al Quran.

Klik link di komen untuk cuba percuma dulu 31 patah perkataan, nak beli boleh buat bayaran online terus dari Aplikasi dan bulan ini dapat percuma Al Quran Amazing dari Karya Bestari.

Semangat Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi. Kita teruskan usaha sebarkan kefahaman Al Quran dan manfaat ramai untuk dan bersama-sama insyaAllah.

24/02/2024

Irsyad al-Hadith Siri ke-70: Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Soalan:

Apakah status hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban (malam pertengahan bulan Sya’ban) dan juga amalan yang berkaitan dengannya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.

Hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan daripada Nabi SAW melalui beberapa jalur. Antaranya melalui jalur Abu Musa al-Asy’ari RA, Aisyah RA, Abu Tha’labah RA, Abdullah bin Amr RA, Mu’az bin Jabal RA, Abu Hurairah RA dan Abu Bakar RA.

|| Matan hadith ||

Di sini kami datangkan beberapa matan hadith yang berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban. Antaranya:

• Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

• Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing (bani) Kalb”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

• Daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ
Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehingga mereka itu meninggalkannya”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560]

• Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]

• Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]

• Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَنْزِلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِكُلِّ نَفْسٍ إِلَّا إِنْسَانًا فِيْ قَلْبِهِ شَحْنَاء أَوِ المُشْرِكَ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan setiap yang bernyawa kecuali orang yang ada dalam hatinya permusuhan dan juga orang yang syirik”. Imam al-Bukhari mengatakan padanya nazhar (perlu diteliti),manakala Ibn ‘Adiy mengatakan sanadnya mungkar. [Lihat: Lisan al-Mizan, 5:269]

|| Tarjih Hukum Hadith ||

Setelah melihat hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah berlaku perselisihan antara para ulama’ dalam menyatakan hukum berkenaan hadith ini. Sebahagian mereka mengsahihkan hadith ini dan sebahagian lagi sebaliknya. Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan, ia menunjukkan akan sabitnya hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban sehinggakan Ibn Hibban mengsahihkan satu riwayat daripada Mu’az bin Jabal tanpa memerlukan sokongan daripada jalur yang lain. Untuk itu, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini sahih dengan kesemua jalur-jalurnya yang lain dan ini menunjukkan bahawa hadith ini mempunyai asal. Walaubagaimanapun, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.

Antara ulama’ yang menyatakan sedemikian ialah Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika mentahqiqkan kitab Sahih Ibn Hibban bahawa hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sahih berdasarkan syawahid-syawahidnya dan syawahid-syawahid ini saling menguatkan antara satu sama lain dalam bab ini (kelebihan malam pertengahan bulan Sya’ban) walaupun setiap jalur itu mempunyai perbincangan. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, 12:481]

|| Fiqh Hadith ||

Antara feqah hadith yang boleh diambil dan difahami daripada hadith-hadith ini:

• Terdapat hadith lain yang menyatakan bahawa Allah SWT turun pada setiap satu pertiga malam. Namun, di dalam hadith ini menunjukkan bahawa Allah SWT turun pada malam nisfu Sya’ban sepanjang malam sebagaimana dikhabarkan oleh Nabi SAW. Malam bermula selepas terbenamnya matahari.

• Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab.

• Di dalam hadith ini juga menunjukkan keampunan Allah SWT amat luas. Antaranya firman Allah SWT yang menceritakan akan Allah SWT itu bersifat dengan pengampun. Firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. [Nuh:10]

• Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepada-Nya melainkan dengan taubat. Berdasarkan firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”. [al-Nisa’:48]

• Orang yang bermusuhan tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Ini ada disebut di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RA. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِالله شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
Maksudnya: “Sesungguhnya pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis maka diampunkan setiap hamba yang tidak syirik kepada Allah SWT dengan sesuatu kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya saling bermusuhan. Lalu dikatakan: Tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai”. [Riwayat Muslim, 4652]

• Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempunyai sifat dengki dan Allah SWT akan membiarkan mereka ini sehingga mereka meninggal sifat tersebut. Sifat dengki ini juga boleh digolongkan dalam golongan orang yang bermusuhan. Terdapat sebuah hadith yang melarang kita daripada sifat dengki ini. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَبَاغَضُوا ، وَلاَ تَحَاسَدُوا ، وَلاَ تَدَابَرُوا ، وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَانًا
Maksudnya: “Janganlah saling memarahi, saling mendengki, saling membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5612]

• Di samping itu juga, orang-orang yang membunuh diri tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT kerana dosa membunuh diri termasuk di dalam dosa besar yang memerlukan seseorang itu bertaubat. Berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الموبِقَاتِ . قالوا : يَا رَسُولَ اللهِ : وَمَا هُنَّ ؟ قال : الشِّركُ بِاللهِ ، وَالسِّحرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيْمِ ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ المحْصَنَاتِ المؤْمِنَاتِ الغَافِلَاتِ
Maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat RA bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah perkara-perkara tersebut? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri daripada peperangan dan menuduh wanita mukmin yang suci melakukan zina”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2560]

|| Pendapat ulama’ berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban ||

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:

Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]

Ibnu Rajab RA mengatakan: “Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247]

|| Pendapat ulama’ berkaitan solat sunat al-Raghaib (الرغائب) ||

Solat al-Raghaib adalah solat sunat yang dilakukan pada awal malam dalam bulan Rejab sebanyak 12 rakaat dan juga ia dilakukan pada malam nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat. Selain itu, solat ini dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak. Antara dalil yang digunakan bagi menyatakan akan kewujudan solat ini adalah:

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

يَا عَلِي, مَنْ صَلَّى مِائَة رَكْعَة لَيْلَة النِّصْفِ مِنْ شَعْبَان، يَقْرَأ فِي كُلِّ رَكْعَة بِفَاتِحَةِ الكِتَاب, وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ عَشرَ مَرَّات, إِلَّا قَضَى اللهُ لَهُ كُلّ حَاجَة
Maksudnya: “Wahai Ali, barangsiapa yang solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban, lalu dia membaca setiap rakaat itu surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali pasti Allah SWT akan memakbulkan setiap hajatnya”.

Hadith ini adalah palsu sebagaimana dihukum oleh Imam al-Syaukani , Imam Ibn al-Jauzi dan ramai lagi dalam kalangan ahli hadith. Selain itu, Imam Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa antara hadith-hadith palsu adalah hadith berkaitan solat pada malam nisfu Sya’ban. [Lihat al-Manar al-Munif, 98]
Antara pendapat para ulama’ berkaitan solat sunat al-Raghaib adalah:

• Telah berkata Ibn Hajar al-Haithami:
“Adapun solat sunat al-Raghaib adalah seperti solat yang biasa pada malam nisfu Sya’ban dan kedua-dua ini (solat pada awal malam dalam bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban ) adalah bid’ah yang buruk dan dikeji. Hadith berkaitannya p**a adalah palsu maka ia dibenci kepada pelakunya samada bersendiri atau berjemaah”. [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1:216]

• Telah berkata Imam al-Nawawi:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib adalah solat yang dilakukan pada awal malam dalam bulan Rejab sebanyak 12 rakaat antara waktu Maghrib dan Isyak dan juga solat pada malam nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat. Kedua-dua solat ini adalah bid’ah yang mungkar lagi buruk”. [Lihat: al-Majmu’, 3:548]

• Telah berkata Imam Ibn al-Jauzi:
“Solat al-Raghaib adalah palsu (direka) di atas nama Rasulullah SAW dan pendustaan ke atas Baginda SAW. Para ulama’ telah menyebut akan bid’ah dan keburukan kedua solat ini dengan beberapa cara: Antaranya adalah bahawa sahabat, tabi’in dan generasi selepas daripada mereka daripada kalangan imam-imam yang mujtahid tidak menyatakan akan kedua solat ini. Jika kedua solat ini disyariatkan maka mereka tidak akan terlepas daripada melakukannya. Tambahan p**a, ia muncul selepas 400 tahun”.

• Telah berkata Imam al-Syaukani:
“Ini adalah solat al-Raghaib yang masyhur yang mana para huffaz telah bersepakat bahawa ianya palsu atau direka”. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 48]

Berdasarkan sebahagian pendapat ulama’ yang kami nyatakan ini, maka di sini kami ingin tekankan dan jelaskan bahawa solat al-Raghaib adalah tidak mempunyai asal di dalam agama dan ia merupakan satu pendustaan yang direka di atas nama Nabi SAW.

||Amalan yang digalakkan pada malam nisfu Sya’ban||

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.

|| Penutup ||

Kesimp**annya, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit berdasarkan hadith yang kami nyatakan di awal perbahasan iaitu Allah SWT akan turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban dan mengampunkan hamba-hamba-Nya. Dalam masa yang sama, tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama. Amin.

Pautan ke laman rasmi PMWP : http://goo.gl/lcIeiV

24/02/2024

KEMULIAAN & KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA'BAN SERTA AMALAN YANG DISARANKAN, BERSUMBER DALIL & KAJIAN ILMIAH.

☘️ SILA SEBARKAN BUAT UMMAH ☘️

Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang paling mulia, ia menjadi bulan yang sangat istimewa sebelum bulan Ramadan.

Namun masih ramai antara kita yang masih terleka dalam merebut kesempatan ini, sehinggakan disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW :

شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا صَائِم

Maksudnya: "Bulan Sya’ban, ada di antara bulan Rejab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku s**a jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa".

[HR An-Nasaie, Hadis Hasan]

KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA’BAN

Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam Nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.

[HR Ahmad, No. Hadith 6353, Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih]

Bahkan perbuatan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban juga adalah merupakan amalan orang-orang soleh terdahulu. Subhanallah, ini yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali, di dalam kitab Lathaif al-Ma’arif menyatakan:

وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً

Maksudnya: “Malam Nisfu Sya’ban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dalam Masjid pada malam Nisfu Sya’ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai shalat sunnah pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjemaah.“

SubhanAllah, setelah kita membaca hadis dan kalam ulama tersebut, maka jelaslah bahawa begitu besar kelebihan malam Nisfu Sya'ban yang mungkin kita sering lupa untuk membuat persiapan bagi menemuinya.

Di dalam hadis, Nabi Muhammad SAW TIDAK MENETAPKAN MANA-MANA AMALAN SEBAGAI AMALAN KHUSUS untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban. Namun begitu, kita boleh mengambil peluang dengan kelebihan yang Allah SWT berikan pada malam tersebut untuk melakukan amal soleh sebanyaknya.

Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Sya'ban, seperti:

1. MENDIRIKAN SOLAT SUNAT MUTLAK

Pada malam Nisfu Sya’ban, kita dibolehkan mendirikan solat sunat mutlak. Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT. Ia tidak ditentukan waktunya dan tidak ada had jumlah rakaatnya.

Cara mengerjakan solat sunat mutlak ini adalah sama seperti solat biasa. Niatnya adalah seperti berikut:

أُصَلِّى صَلَاةَ السُّنَّةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat ini juga disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah apabila diminta penjelasan tentang solat malam Nisfu Sya’ban. Lalu, beliau menyatakan:

إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.

Maksudnya: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tempat lain, Ibn Taimiyah juga berkata: “Adapun malam Nisfu Sya’ban, telah diriwayatkan banyak hadis dan athar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.

2. MEMPERBANYAKKAN DOA DAN MUNAJAT

Imam al-Syafie di dalam kitab al-Umm ada menyatakan tentang keistimewaan berdoa pada malam Nisfu Sya'ban:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidil Adha, malam hari raya Aidil Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”

Pada malam istimewa ini, ajaklah ahli keluarga untuk bersama mengambil peluang sebaiknya bagi memohon segala hajat yang diinginkan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

3. MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN MEMPERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang membaca al-Quran walau satu huruf akan diberikan ganjaran sepuluh kali ganda pahala. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang الم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(HR al-Tirmizi, bertaraf hasan)

Selain itu, Nabi Muhammad SAW bersabda:

اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ

Maksudnya : "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya). (HR Muslim 804)

Apabila menjelangnya Nisfu Sya'ban juga, terdapat amalan yang sering dilakukan secara tradisi sejak sekian lama dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, amalan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali yang diniatkan untuk mendapat redha Allah, insyaAllah pahalanya juga berganda dengan banyaknya bacaan.

Menurut para ulama, tiada halangan untuk mengamalkannya selagi mana kita tidak menyandarkan amalan tersebut kepada hadis Nabi Muhammad SAW kerana tiada dalil khusus yang menyatakan tentangnya. Namun begitu, kita sangat dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca al-Quran pada setiap masa, lebih lagi pada malam ini.

4. MEMPERBANYAKKAN SAYYIDUL ISTIGHFAR KEPADA ALLAH.

Sayyidul istighfar merupakan penghulu kepada istighfar. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah dan pembuktian kehambaan kita sebagai seorang hamba yang lemah dan hina. Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
[Riwayat al-Bukhari]

5. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa, para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada Baginda.

Kemudian Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Bukhari dan Muslim)

6. MEMINTA DAN MEMBERI MAAF

Sepertimana Hadis Nabi SAW di atas, antara golongan yang tidak akan diampunkan Allah SWT adalah mereka yang bermusuhan.

Maka marilah sama-sama kita saling bermaafan, kerana sesungguhnya nilai keampunan Allah SWT jauh lebih tinggi daripada membesarkan ego dan emosi kita.

Hayati Firman Allah SWT dibawah, antara golongan yang akan dikurniakan Syurga :

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

DAN LAIN-LAIN AMAL IBADAH YANG DIANJURKAN SYARA'. KERANA TIADA AMALAN KHUSUS, NAMUN KITA DITUNTUT MEMPERBANYAKKAN IBADAH.

SubhanAllah, amalan yang baik sebegini perlu dikekalkan momentumnya walaupun selepas selesai Nisfu Sya'ban.

Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas untuk kita menyucikan dan memperbaiki diri sebelum menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala dan ‘warm up’ untuk kita menjelang bulan Ramadan yang dinanti.

Sebagai penutup, s**a untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.

فَقُمْ لَيْلَةَ النِّصْفِ الشَّرِيفِ مُصَلِّيًا * * * فَأَشْرَفُ هَذَا الشَّهْرُ لَيْلَةُ نِصْفِهِ
Maksudnya: “Maka bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan mendirikan solat * Semulia-mulia bulan Sya’ban ini terletak pada malam pertengahannya."

فَكَمْ مِنْ فَتَى قَدْ بَاتَ فِي النِّصْفِ آمِنًا * * * وَ قَدْ نُسِخَتْ فِيهِ صَحِيفَةُ حِتْفِهِ
Maksudnya : "Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman * Sedangkan telah ditulis tentang keburukan baginya dalam catatan."

فَبَادِرْ بِفِعْلِ الْخَيْرِ قَبْلَ اِنْقِضَائِهِ * * *وَحَاذِرْ هُجُومَ الْمَوْتِ فِيهِ بِصَرْفِهِ
Maksudnya: "Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya * Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaan-Nya.”

Senarai Rujukan:

1. JABATAN M***I WILAYAH PERSEKUTUAN
- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2068-29

- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban

- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/941-irsyad-al-hadith-siri-ke-168-penghulu-segala-istighfar

2. JABATAN M***I NEGERI SEMBILAN
- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2020656508081892&id=286184454862448&sfnsn=mo

3. Risalah Amalan Nisfu Syaa'ban karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll

Semoga bermanfaat buat ummah 🤲

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIK


Address

No 71 Jalan Seroja Taman Seroja
Slim River
35800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Think Quran World posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Think Quran World:

Videos

Share

Go organiK

Ini promosi pek permulaan 4 in 1👇

1. CK-LOF (500ml)

2. CK-ST (250ml)

3. CK-PB (250ml)


Other Slim River media companies

Show All