UUM Today

UUM Today A digital media multiplatform focusing on news, telecasts and podcasts available across social medias

Favourite movie 3 Idiots?? Passenger princess?? Our very first episode of Ikut S**a Podcast is here!!! Kali ini kita baw...
26/12/2023

Favourite movie 3 Idiots?? Passenger princess?? Our very first episode of Ikut S**a Podcast is here!!! Kali ini kita bawakan konten yang lebih menarik dalam saluran UUM Today dan yang penting santai-santai aja 🥳 Jom tengok sama sama!!

Favourite movie 3 Idiots?? Passenger princess?? Our very first episode of Ikut S**a Podcast is here!!! We hope you enjoy the episode, especially bila MPP ses...

GUNAKAN MASA PENGAJIAN INI UNTUK TUNTUT ILMU SEBAIK MUNGKIN-NCSINTOK – Pelajar baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) ya...
12/10/2023

GUNAKAN MASA PENGAJIAN INI UNTUK TUNTUT ILMU SEBAIK MUNGKIN-NC

SINTOK – Pelajar baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memulakan pengajian mereka di kampus ini diminta menggunakan tempoh pengajian mereka untuk menuntut ilmu sebaik mungkin.

Naib Canselor Prof Dr Mohd F**d Sakdan berkata, selepas sesi pengajian di sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan sebagainya ini adalah makmal terakhir untuk mendapat didikan secara formal diperingkat universiti.

Baca lanjut di:

SINTOK – Pelajar baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memulakan pengajian mereka di kampus ini diminta menggunakan tempoh pengajian mereka untuk menuntut ilmu sebaik mungkin. Naib Canselor Prof Dr Mohd F**d Sakdan berkata, selepas sesi pengajian di sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan

ENAM PASANGAN KEMBAR CEMERLANG PILIH UUMSINTOK: Enam pasangan kembar cemerlang membuat pilihan pertama melanjutkan penga...
12/10/2023

ENAM PASANGAN KEMBAR CEMERLANG PILIH UUM

SINTOK: Enam pasangan kembar cemerlang membuat pilihan pertama melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi kemasukan sesi 2023/2024, semalam.

Pasangan kembar berusia 19 tahun dari Alor Setar iaitu Nurin Najla Izhan dan Nurin Najma Izhan yang merupakan lepasan Kolej Matrikulasi Kedah dengan CGPA 4.0 memilih program Sarjana Muda Perakaunan di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz.

Baca lanjut di:

Gambar Unit Fotografi dan Media/UUM Today SINTOK: Enam pasangan kembar cemerlang membuat pilihan pertama melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi kemasukan sesi 2023/2024, semalam. Pasangan kembar berusia 19 tahun dari Alor Setar iaitu Nurin Najla Izhan dan Nurin Na

3,879 PELAJAR BAHARU UUM IKUTI 48 PROGRAM PENGAJIANSINTOK: Hari ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kemasukan ...
12/10/2023

3,879 PELAJAR BAHARU UUM IKUTI 48 PROGRAM PENGAJIAN

SINTOK: Hari ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kemasukan 3,879 pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang akan mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda bagi sesi 2023/2024.

Daripada jumlah itu, 3,773 orang adalah pelajar tempatan yang merupakan lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), manakala 106 lagi adalah pelajar antarabangsa.

Baca lanjut di:

Gambar Unit Fotografi dan Media/UUM Today SINTOK: Hari ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kemasukan 3,879 pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang akan mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda bagi sesi 2023/2024. Daripada jumlah itu, 3,773 orang ada

UUM sasar pensijilan EKSA 2024SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) menyasarkan akan memperoleh pensijilan Ekosistem K...
19/09/2023

UUM sasar pensijilan EKSA 2024

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) menyasarkan akan memperoleh pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 2024.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd F**d Sakdan berkata, pembudayaan EKSA ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di kampus Sintok dan UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL).

Menurutnya, pelaksanaan ini selaras dengan hasrat untuk mendapatkan pensijilan EKSA daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang akan menggantikan pensijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Berita penuh: https://uumtoday.com/news/uum-sasar-pensijilan-eksa-2024/

24 pelajar UUM fahami budaya berbezaJAKARTA: Program silang budaya menerusi aktiviti mobiliti menjadi platform kepada pe...
19/09/2023

24 pelajar UUM fahami budaya berbeza

JAKARTA: Program silang budaya menerusi aktiviti mobiliti menjadi platform kepada pelajar universiti khususnya untuk lebih memahami budaya luar.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pembangunan Siswa dan Residen Siswa (JKPSRS) Inapan Siswa (INASIS) Tradewinds Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program ‘Tradewinds Ace To Excellence Strategic International Mobility’ selama 10 hari bermula 23 Ogos lalu Indonesia.

Program tersebut melibatkan 24 pelajar dari JKPSRS INASIS Tradewinds diiringi lima staf pengurusan dan INASIS Tradewinds.

https://uumtoday.com/news/24-pelajar-uum-fahami-budaya-berbeza/

Sarapan pagi di puncak Bukit Talipong jalin kemesraanChanglun: Sarapan pagi beramai-ramai dengan Kambing Golek Madu Kodi...
18/09/2023

Sarapan pagi di puncak Bukit Talipong jalin kemesraan

Changlun: Sarapan pagi beramai-ramai dengan Kambing Golek Madu Kodiang di atas puncak Bukit Talipong di Felda Batu 8 meninggalkan kenangan manis buat staf Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dekan SEFB, Prof Madya Dr. Bakti Hasan Basri melahirkan rasa gembira di atas komitmen yang diberikan staf pada program anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi SEFB sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dan Hari Malaysia.

https://uumtoday.com/news/sarapan-pagi-di-puncak-bukit-talipong-jalin-kemesraan/

UUM tubuhkan Institut Kajian dan Inovasi Haji SINTOK – Lembaga Tabung Haji (TH) merestui penubuhan Institut Kajian dan I...
17/09/2023

UUM tubuhkan Institut Kajian dan Inovasi Haji

SINTOK – Lembaga Tabung Haji (TH) merestui penubuhan Institut Kajian dan Inovasi Haji yang dicadangkan Pusat Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman menyatakan kesediaan TH untuk bekerjasama dengan UUM dalam pertemuan dengan Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd F**d Sakdan di pejabatnya di bangunan TH, 11 September lalu.

https://uumtoday.com/news/uum-tubuhkan-institut-kajian-dan-inovasi-haji/

UUM raih dua emas di MASUMMELAKA: Kontinjen Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya meraih dua pingat emas, dua pingat p...
17/09/2023

UUM raih dua emas di MASUM

MELAKA: Kontinjen Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya meraih dua pingat emas, dua pingat perak dan lima pingat gangsa pada Karnival S**an Majlis S**an Universiti Malaysia (MASUM) 2023.

Karnival yang diadakan mengikut Fasa I dan II itu bermula pada 15 hingga 20 Ogos dan 23 hingga 30 Ogos lalu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

https://uumtoday.com/news/uum-raih-dua-emas-di-masum/

SUKANUN tutup tirai, UUM tamat saingan di tempat kelimaARAU: Karnival S**an Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) ...
17/09/2023

SUKANUN tutup tirai, UUM tamat saingan di tempat kelima

ARAU: Karnival S**an Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2023 melabuhkan tirainya di Dewan Seri Semarak, UiTM Perlis pada 10 September lalu apabila kontinjen Universiti Utara Malaysia berada di kedudukan kelima di antara universiti awam yang bertanding.

Kedudukan itu juga sekali gus meletakkan UUM di tangga ke-12 daripada 59 kontinjen yang bertanding selepas meraih 31 mata.

https://uumtoday.com/news/sukanun-tutup-tirai-uum-tamat-saingan-di-tempat-kelima/

150 Sertai PESAN kali kedua 2023KUALA LUMPUR – Lebih 150 peserta menghadiri Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (...
17/09/2023

150 Sertai PESAN kali kedua 2023

KUALA LUMPUR – Lebih 150 peserta menghadiri Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023.

Persidangan dua hari ini disertai oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ISM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pekerja sosial, pendidik kerja sosial dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar siswazah, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa agensi lain.

https://uumtoday.com/news/150-sertai-pesan-kali-kedua-2023/

Peserta PESAN 2 UUM-ISM sedih tragedi di LibyaKUALA LUMPUR – Peserta Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2...
17/09/2023

Peserta PESAN 2 UUM-ISM sedih tragedi di Libya

KUALA LUMPUR – Peserta Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023 melahirkan rasa sedih dengan terkejut dengan tragedi yang berlaku di Libya.

Kira-kira 10,000 penduduk Libya dipercayai hilang dalam banjir besar yang melanda negara itu, menurut pegawai Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

KUALA LUMPUR – Peserta Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023 melahirkan rasa sedih dengan terkejut dengan tragedi yang berlaku di Libya. Kira-kira 10,000 penduduk Libya dipercayai hilang dalam banjir besar yang melanda

Lawatan Penilaian Pematuhan Sistem KKPSintok: Lawatan Penilaian Pematuhan Sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan oleh ...
17/09/2023

Lawatan Penilaian Pematuhan Sistem KKP

Sintok: Lawatan Penilaian Pematuhan Sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kedah berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pendaftar UUM, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan UUM, Ahmad Rasidi Abdullah berkata, lawatan ini bertujuan menilai tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UUM.

https://uumtoday.com/news/lawatan-penilaian-pematuhan-sistem-kkp/

Pelajar dan staf asnaf UUM layak terima lebih RM600,000 hasil zakatALOR SETAR: Sejumlah RM677,456.70 bayaran zakat staf ...
14/09/2023

Pelajar dan staf asnaf UUM layak terima lebih RM600,000 hasil zakat

ALOR SETAR: Sejumlah RM677,456.70 bayaran zakat staf Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dikembalikan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bakal memanfaatkan asnaf yang layak.

Penyerahan wakalah agihan zakat tersebut telah disempurnakan oleh M***i Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Fadzil Awang kepada Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd F**d Sakdan, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Dato’ Syeikh Zakaria Othman di Dewan Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Menara Zakat, hari ini.

https://uumtoday.com/news/pelajar-dan-staf-asnaf-uum-layak-terima-lebih-rm600000-hasil-zakat/

Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang milik NurafrinaPulau Pinang: Nurafrina Abd. Aziz, 23, dinobatkan sebagai penerima A...
14/09/2023

Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang milik Nurafrina

Pulau Pinang: Nurafrina Abd. Aziz, 23, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang (ASNPP) 2023 yang berlangsung di Seberang Jaya, baru-baru ini.

Kejayaan ini melayakkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar.

https://uumtoday.com/news/anugerah-sastera-negeri-pulau-pinang-milik-nurafrina/

Universiti Australia tinjau UUM untuk hantar pelajar mobiliti, edutourismSintok: Australian Higher Education Institution...
14/09/2023

Universiti Australia tinjau UUM untuk hantar pelajar mobiliti, edutourism

Sintok: Australian Higher Education Institutions Familiarization Visit to Malaysia (FAM Visit 2023) memberi pendedahan kepada delegasi Australia mengenai peluang program mobiliti dan EduTourism yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

UUM menjadi salah satu hos Universiti Awam (UA) di Malaysia bagi program yang dianjurkan oleh Education Malaysia Australia (EMA) dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS).

https://uumtoday.com/news/universiti-australia-tinjau-uum-untuk-hantar-pelajar-mobiliti-edutourism/

MASTHAI kukuh jalinan kerjasama dua negara serantauSINTOK: Penganjuran S**an Tahunan Universiti Malaysia-Thailand (MASTH...
13/09/2023

MASTHAI kukuh jalinan kerjasama dua negara serantau

SINTOK: Penganjuran S**an Tahunan Universiti Malaysia-Thailand (MASTHAI) Ke-13 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia selaku tuan rumah memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara dua negara serumpun ini.

MASTHAI yang berlangsung selama lima hari bermula 3 hingga 7 September lalu mempertandingkan lima acara sukan iaitu futsal, bola tampar, petanque, badminton dan golf.

https://uumtoday.com/news/masthai-kukuh-jalinan-kerjasama-dua-negara-serantau/

Merdekarobik kukuhkan perpaduan antara kaumSintok: Seramai 50 warga UUMIT yang berbilang bangsa turut memeriahkan sambut...
13/09/2023

Merdekarobik kukuhkan perpaduan antara kaum

Sintok: Seramai 50 warga UUMIT yang berbilang bangsa turut memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan menerusi program MERDEKAROBIK di Dataran Parkir UUMIT, baru-baru ini.

Majlis yang dimulakan seawal jam 9 pagi itu dimeriahkan dengan kehadiran peserta yang memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang dan bersenam sambil mengibarkan bendera.

https://uumtoday.com/news/merdekarobik-kukuhkan-perpaduan-antara-kaum/

Address

Sintok

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UUM Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UUM Today:

Videos

Share

Nearby media companies


Other News & Media Websites in Sintok

Show All