31/08/2024
Masa kecik dulu, aku ni minat main bola gak. Letak kasut sebagai tiang gol. Entah kenapa formasi kita sudah ditetapkan,bagai wahyu. Haha. Kawan-kawan Melayu yg lincah main striker atau playmaker. Kawan India yg kaki marathon main winger. Yg Cina main midfield. Yg defend tak kisah kaum. Yg xleh lari sangat tapi pandai belajar, nerd… diala defend. Yg keeper biasalah … Mr Big Show kelas.
Tula kita masa main bola. Berganding bahu untuk menang. Biasanya main sampai tak tahu malam. Tetiba laungan Maghrib tiba barulah semua berlari balik bagai lipas kudung. Semua takut ibu tak kisah ibu India, Melayu, Cina , bumiputera atau mat salleh. Aku biasanya budak terakhir tinggalkan padang bersama Abeed dan Nagentheran. Aku pemilik bola. Abeed dan Nagentheran pemilik kasut tiang gol.
Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama. Kami bersorak untuk sukan. Kami memaki amun sesiapa yg kutuk makanan Malaysia.Kalo badan terkeluar darah, kita sama je. Mana ada darah Cina, Melayu ke India. Semua darah merah jenis A,B,AB atau O. Tapi yg pasti, darah kita semua pasti pernah tertumpah di negara ini. Kita sebenarnya sangat sayang negara kita ni.
Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia tersayangku.
马来西亚独立日快乐🇲🇾
Today, as we wave our flags with pride, let us remember that Malaysia’s strength is rooted in its people. We are the engineers of our nation’s destiny, and it is through our unity, our hard work, and our unwavering belief in each other that we will continue to soar! Malaysia is at our strongest when we all races join together. Malaysia is at our strongest when there is no racism in us. We all shouted for our M Thinaah and Pearly Tan. We all cried for Azizul. And how we all prayed when Pandelela took her jumps. And we will fight like there is no tomorrow (one-by-one courageously) when someone … anyone criticizes our Nasi Lemak, Durian, Laksa, BKT or Roti Canai.
There is so much to love about this country. I trust many who travel overseas, give it most after 10 days, you will miss home, the weather, the food, the people. If you ever have doubts, try closing your eyes and imagine you are on that Olympic podium. Watching your country's flag gently climp up to the beat of the song you've been singing every Monday at school for years! You'd feel a warm tremor in your heart, recalling your roots in this land.
So, let us celebrate with joy, and embrace the future with hope! Together, we will write the next chapter of Malaysia’s story—a story of progress, of unity, and of boundless potential. Happy National Day, my Malaysia.
Sidenote:
Dinner bersama keluarga abang adikku semalam, sempena hari jadi salah seorang anak saudara.
Seperti gelagat orang tua lain, mak aku selalu mengeluh.
“ Haih, buruk betul pendandan rambut baru ni. Tgk rambut baru aku ! Nampak semakin tua dan kurang cantik dah aku”
Krik..krik… takde sorang pon berani membalas. Sure kamikaze.
“ Tua-nya anda anda tidak berkait langsung dengan rambutmu, nenek” balasnya Kingston.
Muka nenek terus meradang .. senyap terus dinner .. jarum jatuh atas lantai pon boleh kedengaran.
Wa terus bawak Kingston ke sebelah suh dia jgn bersuara lagi.
Wa cuba menceriakan scenario dgn suh ramai ramai nyanyi lagu hari jadi dan suh bday gal memikirkan 3 hasrat hari jadinya
Menggenggam tangan sambil menutup mata, dia excitedly berkata, “ Pertama, I nk semua di sini sihat walafiat “
“Kedua, I nk semua A dalam exam I “
“Ketiga… hehe… shh … tak boleh cakap “ katanya. Dah jadi budaya kan.. kalo cakap xkan makbul…
Tiba tiba terdengar tangisan …. Budak ni lagi… Kingston.
Dia mengeluh dengan tangisan “ Kenapalah bongok sgt … Hasrat hari jadi minta jadi BISU “….
Sekali lagi dikenakan backhand smash Mew Choo yang dah lama tidak muncul di muka dunia.
Salam Hari Kebangsaan semua!