Barisan Nasional Selangor

Barisan Nasional Selangor Page Sokongan Barisan Nasional Selangor
Website. : www.bnselangor.net Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat.

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kump**an etnik. Bersandarkan kekuatan berkump**an yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan

berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang. Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara. [email protected]

IKRAR

Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama. Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat. KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia. KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama. KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional. KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional. KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep โ€œRakyat Didahulukanโ€ sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat. Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฐPemuda UMN0 Kuala Selangor Menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Selang...
03/12/2024

๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Pemuda UMN0 Kuala Selangor Menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Selangor yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre yang dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datoโ€™ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

โ€œ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข"

Marilah kita bersama-sama bertekad dan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional di Selangor.

09/06/2024

Adakah harga petrol masa Najib terlalu tinggi?

Inilah faktanya.

Sebelum Najib jadi PM pada tahun 2009, harga RON92 (RON95 belum wujud): RM2.62

Najib upgrade RON92 ke RON95 dan turunkan harga ke RM1.80 pada 1 Sept 2009.

Najib naikkan harga RON95 ke RM1.90 pada Dis 2010 dan dikekalkan pada harga itu untuk hampir 3 tahun sehingga.Sept 2013.

Pada September 2013, Najib naikkan harga RON95 ke RM2.10.

Pada Oktober 2014, Najib naikkan harga RON95 ke RM2.30.

Bulan kemudiannya pada Nov 2014, harga petrol diapungkan kerana harga minyak dunia mula jatuh dan harga petrol turun ke RM1.91 pada Jan 2015.

Seterusnya jatuh ke RM1.70 pada Feb 2015.

Dalam tempoh petrol diapungkan sampai ke PRU14, harga RON95 adalah antara RM1.60 hingga ke RM2.38.

Harga RM2.38 adalah untuk satu minggu sahaja dalam bulan Nov 2017, Minggu seterusnya jatuh balik ke RM2.30.

Manakala harga RON95 adalah pada harga RM1.60 dan RM1.70 untuk berbulan-bulan lamanya dari tahun 2015 hingga tahun 2016).

Masa BN kalah PRU14, harga RON95 adalah pada RM2.20.

Kesimp**an:
- Sebelum Najib jadi PM, harga RON92 ialah RM2.62.
- Najib upgrade RON92 ke RON95 dan turunkan harga.
- Sepanjang masa Najib PM, harganya antara RM1.60 hingga RM2.38.
- Masa Najib henti jadi PM, harga RM95 ialah RM2.20.

Najib tak pernah janji harga petrol RM1.50 tapi berjaya juga beri harga RM1.60. (Yang janjj harga RM1.50, bagaimana p**a?)

Adakah ini kejam seperti dituduh PH?

Tahniah
02/03/2024

Tahniah

KUALA LUMPUR: Kerusi panas yang sebelum ini disandang Datuk Mohammad Agus Yusoff bagi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), kini disandang Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman. Memaklumkan perkara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa ber...

01/03/2024

Semoga Semua Tabah
8โœ…
6โŽ

11/02/2024

Assalamualaikum. Anda ok ke tu.

23/09/2023

Test

Kerajaan Bincang Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta 588Kandungan bersifat lucah, maklumat palsu, dan kandungan...
16/03/2023

Kerajaan Bincang Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta 588
Kandungan bersifat lucah, maklumat palsu, dan kandungan jelek akan dipantau dengan lebih dekat dan teliti.

Pindaan kepada Akta 588 akan menangani penyalahgunaan kemudahan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi termasuk platform media sosial.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ZfNE5zNtyr61Ti9fEDqUUXbF6Xcau6o8MoVBKomyn1bTNCnhPNnnadh3DBJZ1NUCl&id=100088683391748&mibextid=Nif5oz

Sidang Dewan Rakyat 16 Mac 2023 hari ini juga memberikan fokus kepada pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) bagi memperbaiki aspek

Ikuti Liqa' Perdana: Jumaat (17/2/2023). Satu inisiatif libaturus diantara kerajaan dan ulamak.Liputan Penuh Liqa' Perda...
16/02/2023

Ikuti Liqa' Perdana: Jumaat (17/2/2023). Satu inisiatif libaturus diantara kerajaan dan ulamak.
Liputan Penuh Liqa' Perdana:
https://prezcom.my/2023/02/20/siaran-penuh-liqa-perdana-bersama-timbalan-perdana-menteri/

โ€œApabila Kita Jaga Allah, Pasti Allah Jaga Kitaโ€ โ€“ Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Sertai program Liqa' Pedana Jumaat ini secara offline atau online.
https://prezcom.my/2023/02/15/liqa-perdana-apabila-kita-jaga-allah-pasti-allah-jaga-kita/

Sertai Channel & Group Telegram Liqa Perdana di:
Channel: https://t.me/liqaperdana

Group Diskusi:
https://t.me/+HCJLqVUJ0w05ZTM1

01/02/2023

Isu 'Pecat dan Gantung (PNG)' yang telah dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berakhir hari ini apabila penjelasan isu ini dirujuk kepada

01/02/2023

Pesanan Khidmat Masyarakat: : "Perarakan Chariot Sempena Perayaan Thaipusam 2023 Peringkat Kebangsaan"

i) Tarikh/Hari/Masa Pergi : 3 Februari 2023 (Jumaat- 10 malam)
Lokasi Mula : Dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

ii) Tarikh/Hari/Masa Balik : 6 Februari 2023 (Isnin - 3 petang) hingga 12 tengah malam
Lokasi Mula : Dari Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee.

Perjalanan Pergi :
Tarikh : 3 Februari 2023 (Jumaat- 10 malam)
Lokasi : Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniar Swamy,Batu Caves
Jalan Tun H.S.Lee > Jalan Sultan > Persimpangan Jalan Pudu > Jalan Pudu/Jalan Tun Perak > Leboh Ampang > Jalan Ampang > Jalan Munshi Abdullah > Jalan Dang Wangi> Jalan Raja Laut
> Jalan Ipoh > Jalan Tun Razak (sehingga Balai Bomba) > Jalan Sri Amar > Jalan Ipoh > Jalan Kovil Hilir > Lorong Kovil Hilir > Jalan Perhentian > Jalan Ipoh > Jalan Ipoh, Batu 5 ke Batu Caves

Perjalanan Balik :
Tarikh : 6 Februari 2023 (Isnin - 3 petang) hingga 12 tengah malam
Lokasi : Dari Kuil Sri Subramaniar Swamy,Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee Kuala Lumpur
Jalan Ipoh > Jalan Perhentian> Jalan Perhentian > Jalan Kovil Hilir > Jalan Ipoh > Jalan Pekeliling> Jalan Ipoh > Jalan Raja Laut > Jalan Dang Wangi > Jalan Munshi Abdullah > Jalan Ampang > Leboh Ampang >Jalan Tun Perak > Jalan Pudu > Bulatan Jalan Pudu > Jalan Cheng Lock > Jalan Sultan > Jalan Hang Kasturi >Jalan Hang Lekir > Jalan Tun H.S. Lee menuju ke Kuil Sri Mariamman

Kesesakan dijangka. Sila rancang perjalanan anda.





27/01/2023

Tun, Najib telah masuk penjara kerana pendakwaan terpilih Tun namun Tun masih meratib nama dia. Dia masih naik turun mahkamah untuk membersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan Tun. Tapi yang patut dan masih belum masuk penjara lagi adalah Tun dan Muhyiddin. Sebab Tun dan Muhyiddin lah besar kemungkinannya adalah penyakau terbesar dalam sejarah Malaysia. Walaupun Tun kata Tun kononnya bersih, tiada orang yang percaya. Muhyiddin pun sama.

Tun lah yang ajar orang bermain politik wang selama ini sehingga ia menjadi penyakit sistemik di negara ini. Dan suatu ketika dahulu Tun pernah kata Muhyiddin adalah ahli politik paling kaya di Malaysia dan mengiaskan dia banyak terlibat dengan rasuah. Hakikatnya Tun dan Muhyiddin kedua-duanya sama.

Jika Malaysia ingin maju ke hadapan, reform yang perlu dibuat di negara ini adalah membersihkannya daripada sistem politik wang dan rasuah yang Tun bawa dulu. Tun perlu akui perkara ini dan muhasabah diri.

Tun kata Tun sudah tua, maka buanglah segala kebencian di hati itu supaya Tun dihormati semula seperti semasa Tun awal-awal masuk politik dahulu. Jika tidak, kebencian itu yang akan menghitamkan lagi hati dan jiwa Tun sehingga ke akhir hayat. Jika ini penghujungnya, maka pengakhiran ini adalah pengakhiran yang tidak baik. Sejarah akan melihat Tun sebagai seorang pembenci yang busuk hati.

Namun masih ada masa untuk mengubah. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Dan terangkanlah hati dengan solat dan Al-Quran.

Ikhlas dan salam,
Isham Jalil

27/01/2023
11/01/2023

Alhamdulillah

11/01/2023

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Barisan Nasional Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Barisan Nasional Selangor:

Share

Category