InfoSelangor

InfoSelangor Selamanya Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan umat Islam yang mempertikai fatwa dikel...
01/12/2024

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan umat Islam yang mempertikai fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam titah Baginda menegaskan proses pembuatan fatwa dilakukan dengan begitu teliti, mengambil pandangan pelbagai pihak termasuk pakar hukum syarak sebelum diwarta.

“Oleh itu, Beta menyeru agar segelintir umat Islam yang sering mempersoalkan tentang fatwa untuk memahami terlebih dahulu tentang sesuatu fatwa yang dikeluarkan.

“(Selain itu) merujuk kepada pihak berkuasa agama sekiranya terdapat apa-apa kekeliruan atau persoalan yang berbangkit,” titah Baginda ketika merasmikan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Multaqa yang mengangkat tema ‘Ilmu Tasawwuf Merungkai Masalah Ummah’ turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri di sini.

Sultan Sharafuddin mengambil maklum cabaran yang menimbulkan kerisauan terhadap pengamalan tasawwuf dan tarekat adalah apabila belajar daripada guru yang tidak berkelayakan dan tiada tauliah.

Baginda bertitah, penyelesaian terhadap isu ini adalah dengan memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat melalui usaha agensi agama terlibat, dengan pengajaran Islam yang sebenar.

“Pihak Jabatan Agama Islam Selangor perlu memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam terutama berkaitan akidah, syariah, pengajaran ilmu tasawwuf serta pengamalan tarekat mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor,” titah Baginda.

Justeru, Sultan Sharafuddin mencadangkan agar diwujudkan panduan, silibus khas atau peraturan khusus mengenai pengamalan tasawwuf dan tarekat di Selangor.

Baginda menyokong tindakan proaktif pihak berkuasa agama melalui pewujudan undang-undang, pewartaan fatwa, enakmen dan panduan ajaran tasawwuf dan tarekat di Selangor.

“Tindakan penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat yang akan mencemar nama baik Islam di Selangor khususnya,” titah Baginda.

Banjir: PM umum dana tambahan RM50 juta untuk Kelantan, TerengganuPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meng...
01/12/2024

Banjir: PM umum dana tambahan RM50 juta untuk Kelantan, Terengganu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu akan digunakan bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.

Selain itu Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menyediakan bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.4 juta.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan, Kampung Telaga Papan, Setiu yang menempatkan 269 mangsa.

Perdana Menteri sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada 10.25 pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi terkini banjir di negeri itu.

Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan kira-kira RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerusi peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan peruntukan tambahan hari ini adalah bagi tujuan membaiki infra serta kerja-kerja pasca banjir yang dijangka melibatkan kos yang tinggi.

“Untuk negeri lain kita sedang pantau, tidak mahu jadi salah faham… akan ikut keperluan dan saya jangka jumlah keseluruhan (negeri-negeri terkesan banjir) mengalami (kerugian) banjir kali ini hampir mencecah RM1 bilion,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat meskipun situasi banjir terutama di Kelantan dan Terengganu semakin serius.

Beliau berkata ini kerana seluruh jentera pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seluruh jentera Persekutuan, negeri dan daerah mampu menangani masalah bencana ini dengan baik.

“Jadi tidak ada keperluan sama sekali untuk diisytihar darurat,” katanya.

Sementara itu sejurus selepas melawat mangsa banjir di SK Telaga Papan, Anwar turut meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa banjir di PPS SK Mangkuk yang menempatkan 372 mangsa.

Setakat tengah hari ini, Terengganu merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 42,040 orang daripada 11,352 keluarga dengan menyaksikan Besut menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa seramai 15,756 orang.

-BERNAMA

07/08/2024

Rasai keharuman mewah di mana sahaja anda berada dengan perfume pocket kami. Direka khas untuk gaya hidup aktif, perfume pocket ini menawarkan aroma yang tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana. Jadikan setiap hari lebih istimewa dengan keharuman eksklusif dari koleksi perfume pocket kami. Dapatkan sekarang dan alami keharuman yang menawan hati! https://s.shopee.com.my/9zdy5aBl6K

Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh daerah Selangor, Kuala LumpurSHAH ALAM, 4 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (M...
04/08/2024

Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh daerah Selangor, Kuala Lumpur

SHAH ALAM, 4 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, angin kencang melanda Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

PETALING JAYA, 3 OGOS: Selangor FC terus menyalakan harapan merangkul kejuaraan sulung dalam tempoh sembilan tahun selep...
04/08/2024

PETALING JAYA, 3 OGOS: Selangor FC terus menyalakan harapan merangkul kejuaraan sulung dalam tempoh sembilan tahun selepas mengesahkan tempat di final Piala FA 2024/2025 dengan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua di sini, malam ini.

Pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, kapten Selangor Muhammad Safuwan Baharudin muncul wira pasukan dengan jaringan hatriknya untuk memastikan Gergasi Merah menyingkirkan Terengganu menerusi agregat 6-4.

Muhammad Safuwan tidak menunggu lama untuk menceriakan ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium, apabila menyumbat gol pembukaan selepas menanduk masuk sepakan penjuru Yohandry Orozco pada minit ketiga.

Tiga minit berselang, pemain kebangsaan Singapura berusia 32 tahun itu menggegarkan jaring buat kali kedua selepas sekali lagi menyempurnakan sepakan penjuru Orozco untuk meletakkan skuad bimbingan Mohd Nidzam Jamil selesa mendahului 2-0.

Tersentak dengan dua gol di awal permainan, pasukan pelawat kendalian Tomislav Steinbruckner bangkit memperkemaskan permainan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyudah penyerang import dari Nigeria Ismaheel Akinade pada minit ke-22 sekali gus menyamakan agregat 4-4.

Bagaimanapun, situasi itu tidak melemahkan semangat Selangor yang terus menampilkan permainan garang di babak kedua sebelum berhasil menambah jaringan apabila Muhammad Safuwan melengkapkan hatriknya menerusi rembatan deras pada minit ke-54.

Seakan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-1, Selangor menambah derita Sang Penyu apabila penyerang gantian Reziq Mohammed Saleh Banihani meledakkan gol keempat pada masa tambahan separuh masa kedua untuk mengesahkan kejayaan pasukan melangkah ke final dengan bergaya.

Selangor, juara Piala FA lima kali, bakal membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi aksi separuh akhir esok antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, pada final yang dijadualkan berlangsung 24 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Selangor kini melalui kemarau kejuaraan selepas kali terakhir menikmati kejayaan dengan memenangi Piala Malaysia 2015.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala FA adalah pada tahun 2009 selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan penalti dan kali terakhir mara ke final adalah pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka tewas 0-2 di tangan Pahang.

Dalam pada itu, peminat Selangor malam ini diceriakan dengan kelibat pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim yang membuat kemunculan dalam sesi pemanas badan menjelang sepak mula perlawanan di sini, selain turut berada dalam senarai pemain simpanan.

Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di sini, awal Mei lepas, dilihat memakai topeng muka berwarna hitam dipercayai bagi melindungi bekas luka simbahan asid yang dalam proses untuk sembuh.

-BERNAMA

Aaron Chia-Soh Wooi Yik misi pertahan gangsa malam iniPARIS, 4 OGOS: Malaysia berpeluang meraih pingat pertama di Sukan ...
04/08/2024

Aaron Chia-Soh Wooi Yik misi pertahan gangsa malam ini

PARIS, 4 OGOS: Malaysia berpeluang meraih pingat pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik turun beraksi dalam penentuan gangsa acara badminton beregu lelaki 9 malam ini.

Dalam misi mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo 2020, mereka berdepan cabaran beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena di sini.

Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara dunia 2022, memenangi tujuh daripada 11 perlawanan, namun tewas kepada naib juara Kejohanan Dunia 2023 itu dalam pertemuan terakhir di Terbuka Singapura, Mei lalu.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa.

Aaron-Wooi Yik terlepas peluang untuk menukar warna pingat ke emas atau perak, selepas tewas 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu utama dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam pertarungan separuh akhir yang sengit pada Jumaat.

Final acara beregu lelaki bakal menyaksikan pertembungan epik antara juara bertahan Lee Yang-Wang Chin Lin dari Taiwan dan juara Asia Wei Keng-Chang pada 10.10 malam.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia akan beraksi dalam acara separuh akhir menentang juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada 4.50 petang ini.

Zii Jia sebelum ini menewaskan pemain nombor tiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen 21-17, 21-15 pada Jumaat, manakala Kunlavut mengejutkan pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi menerusi kemenangan 21-12, 21-10.

Dalam pada itu, hasrat beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah untuk membutirkan pingat buat kontinjen negara tidak kesampaian selepas tunduk 11-21, 11-21 kepada pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa semalam.

– BERNAMA

04/08/2024
Dengkil, Semenyih, Batu Tiga antara lima lokasi jualan murah hari iniSHAH ALAM, 4 OGOS: Program jualan murah barangan da...
04/08/2024

Dengkil, Semenyih, Batu Tiga antara lima lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 4 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah itu diadakan di Balai Penghulu Semenyih (Semenyih), Dewan Putra Prima (Dengkil), JPKK Pandamaran (Pelabuhan Klang), belakang Surau Nurul Hidayah, Taman Batu Tiga (Batu Tiga) dan Balai Raya MPKK Sungai Pelek (Sungai Pelek).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

(selangorkini)

8 pasukan masih bertahan, hanya satu akan mara dalam setiap pusingan. Mudah. Kejam. Lagenda. ⚔Perlawanan yang pasti meng...
08/07/2024

8 pasukan masih bertahan, hanya satu akan mara dalam setiap pusingan. Mudah. Kejam. Lagenda. ⚔

Perlawanan yang pasti mengujakan, persaingan yang sengit, dan banyak lagi, pentas telah disediakan, dan pasukan akan memberikan segalanya... Kini timbul persoalan, adakah ANDA sudah bersedia untuk melihat perlawanan playoff nanti? 🌍 AYUH SELANGOR RED GIANTS!

Masa untuk Melihat perlawanan dalam MLBB MSC 2024! 👇

📅 Peringkat Kalah Mati: 10-14 Julai 2024
📅 Grand Final: 14 Julai 2024

📍 Boulevard Riyadh City

https://s.shopee.com.my/2LDktqX7RA

Address

Stadium Melawati Shah Alam
Shah Alam
41000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when InfoSelangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share