04/01/2025
Cara penanaman durian musang king saiz 1-2kaki tinggi;
Jika tanam terus di kebun,
-buat busut 1-2kaki tinggi.
-gembur tanah keliling sampai halus. Kalau kita makan nasi pun, kita kunyah sampai kisar baru telan. Begitu juga akar yang baru tumbuh. Amu kotogu kalau tanah keras. Lambat tumbuh.
-buat lubang 1x1 diatas busut, tabur kapur, penggalak akar, baja subur secukupnya. Jangan banyak. Dalam 100g setiap jenis.
-lepas tanam, pagar net hitam. Keliling sahaja. Atau atas sahaja.
-pastikan siram air jika kemarau. Dinasihatkan ada sistem pengairan yang teratur
-spray racun kulat+racun serangga sebulan 2x ..
-pantau selalu pertumbuhan pokok. Jika kena penyakit hawar daun, cepat2 buang yg kering. Nanti berjangkit. Spray dengan monceren untuk merawat
Tabur baja subur npk15.15.15(kimia) atau organik npk 5.5.5 atau apa2 jenama baja subur. Asalkan ikut sukatan.
-jika pokok terbantut lepas 3-6 bulan ditanam, maksudnya ada masalah ph tanah. (Asam). Tabur dengan kapur. Contoh kapur, limestone, dolomite DLL
-start pruning/pangkas pokok lepas 6 bulan keatas supaya batang & dahan cepat membesar.tidak berebut nutrien.
-Jika belum mau tanam, tukar polibag saiz 12x15. Piara dulu 3-6 bulan baru masuk kebun.
Semoga bermanfaat
-Don Nursery