Kindazit Production

Kindazit Production Mengubah segala-galanya menjadi 3D adalah passion kami, dunia 3D ialah dunia tanpa batasan!
(2)

30/07/2024

Wahai 3D artist, bila kita mencari kerja, ia juga adalah 1 proses marketing dan sales. Kita kena yakinkan juri interview untuk ambil kita berbanding competitor lain. So… macam mana nak jadi lain dari yang lain???? Your artwork should do its job.

"VERY HELPFUL 💪"... Feedback dari student bangsa cina yang saya bantu untuk guide projek yang beliau tengah buat. Semoga...
27/07/2024

"VERY HELPFUL 💪"... Feedback dari student bangsa cina yang saya bantu untuk guide projek yang beliau tengah buat. Semoga dengan kelas ni dapat membantu beliau untuk buat projek lain yang lebih advance yang di masa akan datang.
Dengan adanya Final Output yang bagus, secara tak langsung beliau dapat gilap portfolio beliau untuk tarik lebih banyak client dalam bidang yang beliau pilih.

UV UNWRAPKita boleh pilih untuk guna pelbagai teknik UV Unwrap mengikut kesesuaian. Ia boleh dibuat secara manual atau s...
24/07/2024

UV UNWRAP
Kita boleh pilih untuk guna pelbagai teknik UV Unwrap mengikut kesesuaian. Ia boleh dibuat secara manual atau secara automatik. Sebagai contoh, sekiranya warna dipermukaan depan dan belakang adalah sama dan tiada perbezaan, kita boleh guna salah satu automatik projection yang disediakan oleh Blender iaitu feature "Project From View".
Tetapi jika character / mesh kita mempunyai texture yang pelbagai, tidak simetri dan complex, mungkin kita perlu menggunakan teknik UV unwrapping secara manual untuk membolehkan kita mengawal sepenuhnya dan customize potongan pada mesh kita.

APA ITU RENDER PASS?Render Pass adalah pilihan untuk kita hasilkan output render secara berasingan daripada 3D Software....
21/07/2024

APA ITU RENDER PASS?
Render Pass adalah pilihan untuk kita hasilkan output render secara berasingan daripada 3D Software. Perbezaan dengan Normal Render ialah Normal Render Output hanya mengeluarkan 1 image yang telah manggabungkan semua render pass tadi.
Kebaikan dan kekurangan.
Normal Render Output: Menghasilkan output yang telah siap, akan tetapi pengguna hanya boleh mengubah suai secara terhad.
Render Pass Output: Menghasilkan output yang berasingan dan pengguna mempunyai kawalan penuh pada image untuk diubah suai, akan tetapi mengambil masa dan skill untuk hasilkan final output.
Gambar final Output dibawah dihasilkan dari gabungan lapisan pelbagai jenis render pass. Disebabkan projek ini berkaitan dengan "Beauty" dan "Brand Identity" approach yang sangat mementingkan look and accuracy . Saya menggunakan Render Pass Output untuk projek ini bagi mendapatkan kawalan penuh bagi mengawal kesan cahaya seperti untuk perbaiki Exposure cahaya yang Over / Under expose, White balance yang betul dan untuk mengawal Bloom effect pada area tertentu.
Rumusan: Pemilihan output samaada Normal atau Render Pass bergantung pada keperluan projek. Pengguna perlu membuat pre planning sebelum memulakan projek bagi menghasilkan final output yang terbaik dan dapat menjimatkan masa.
Semoga bermanfaat.

18/07/2024

Nasihat kepada Blender User untuk present portfolio (Artwork 3D) bila cari kerja. Go full throttle, guna Cycles Render Engine.

17/07/2024

Ada tak friend FB saya yang Malaysian, umur bawah 30 dan tak bekerja?. Nak bagi peluang belajar 3D dan dibayar elaun. Pm saya secepat mungkin. Seat sangat terhad.

Alhamdulillah dah setel kelas rigging tadi dengan otai animasi Malaysia, Encik Mazlan, geng2 buat Usop Sontorian ni guys...
16/07/2024

Alhamdulillah dah setel kelas rigging tadi dengan otai animasi Malaysia, Encik Mazlan, geng2 buat Usop Sontorian ni guys, bukan biasa biasa!!. Saya rasa macam dapat penghormatan yang besar bila dapat share ilmu dengan otai-otai animasi ni. Mana tak nya, kita ni bilis je dalam industri. Bila sharing dengan otai- otai macam ni, diorang sangat humble, kita pulak jadi segan. 🙃
Btw, Semuanya Allah tentukan. Dan yang paling penting, ilmu mesti sampai dan dapat difahami dengan jelas. Semoga bermanfaat!!!
So guys, otai pun update knowledge belajar 3D, means update skill mengikut peredaran zaman itu penting. If u guys berminat, roger sini ya: https://wa.me/+60167747924

Semalam ada buat poll vote mengenai kesukaran yang dihadapi oleh 3D artist, di bawah ni ada adalah hsail survey yang say...
15/07/2024

Semalam ada buat poll vote mengenai kesukaran yang dihadapi oleh 3D artist, di bawah ni ada adalah hsail survey yang saya dapat. Ada 3 fasa yang menjadi masalah terbesar iaitu Sculpting, Rigging dan Geometry Node. InsyaAllah saya akan plan, polish dan focus untuk bantu memudahkan pemahaman tentang fasa-fasa ini. Terima kasih atas vote anda.

15/07/2024

Dalam friend FB saya ni ada ke yang cikgu sekolah rendah atau ada kenalan cikgu? Mintak PM saya, ada perkara nak bincang.

14/07/2024

Workflow of creating animation:
1. Idea
2. Layout / Blocking
3. Timing
4. Breakdowns
5. Fixing Glitch
6. *Dont forget Priciples of Animation

Belajar lagi basic animation , dan tools2 berkaitan animation, dan what is the best way to do animation in Blender. What...
14/07/2024

Belajar lagi basic animation , dan tools2 berkaitan animation, dan what is the best way to do animation in Blender. What i got here, i will deliver the best for you guys. Okay!

As request, kelas personal coaching untuk Blender 3D semalam mengenai Rigging, Animation, Keyframes, Sculpting dan Retop...
14/07/2024

As request, kelas personal coaching untuk Blender 3D semalam mengenai Rigging, Animation, Keyframes, Sculpting dan Retopology.
Nak belajar Blender 3D tapi tak ada orang nak guide? Roger sini, InsyaAllah saya bantu sampai faham: https://wa.me/+60167747924

💥 Perkongsian segera!!!🔥Bila kita guna "Link" feature di dalam Blender, kita secara automatik akan menggunakan Objek, Da...
13/07/2024

💥 Perkongsian segera!!!🔥

Bila kita guna "Link" feature di dalam Blender, kita secara automatik akan menggunakan Objek, Data dan Sistem dari file yang kita "Link" itu. Dan untuk rigging, kita boleh gunakan "Library Overide" untuk mengaktifkan kawalan kita pada rigging tersebut.
Kelebihan "Link" ini adalah, apabila perubahan dibuat pada file "Original" rigging, secara automatik file yang "link" ke file original ini akan mengikut update terbaru yang dibuat.

Alternative paling padu untuk ADOBE. Tak perlu subscription setiap bulan / tahun macam Adobe Series, once beli akan keka...
13/07/2024

Alternative paling padu untuk ADOBE. Tak perlu subscription setiap bulan / tahun macam Adobe Series, once beli akan kekal anda punya. AFFINITY PRODUCTS. Sekarang Affinity ada bagi trial percuma selama 6 bulan, try dulu engok macam mana. Okay ke tak okay.

Website disini: https://affinity.serif.com/en-us/trial/

Semoga dapat something dan bermanfaat untuk all student yang join tadi. Anything boleh roger sini ya, sy cuba bantu:http...
08/07/2024

Semoga dapat something dan bermanfaat untuk all student yang join tadi. Anything boleh roger sini ya, sy cuba bantu:
https://wa.me/+60167747924

Terima kasih kepada Uitm Machang jemput saya sebagai penceramah untuk sharing mengenai Blender 3D.

Lain macam Blender 4.2.!!! Add-on dia sediakan limited untuk kita, tak penuh macam sebelum ni, ini supaya kita boleh cus...
06/07/2024

Lain macam Blender 4.2.!!! Add-on dia sediakan limited untuk kita, tak penuh macam sebelum ni, ini supaya kita boleh customize ikut keperluan. Caranya, pergi ke Edit > Preferences > Get Extension> then boleh search nak guna Add-On apa, dan tak perlu risau sebab Add-on yang disediakan (dalam list) stabil.
Dan antara Add-On yang best dan padu ialah CloudRig, dia ni kira macam improvement dan upgrade dari Rigify:
1. Option lebih banyak dan detail.
2. Dekat jari boleh pilih nak guna IK atau FK. Dan ada Pole Controller.
3. Kat siku dan lutut ada Pole controler
4. Pastu nak setup rig pun senang, boleh drag2 tak perlu risau tertinggal connection yang boleh buat jadi error bila nak Generate Rig.
5. Pilihan untuk custom bone siap bagi nama, boleh guide kita untuk pilih bone set yang betul.

Makin seronok dan mudah guna Blender. Let's GO!
Nak try guna Blender 4.2beta?, Download sini: https://builder.blender.org/download/daily/

05/07/2024

ADA SESIAPA KE BERMINAT NAK JOIN UNTUK PREVIEW BLENDER 3D ANIMATION DENGAN UITM NI?
Saya dapat kelulusan untuk bagi 10 orang yang berminat untuk join preview Blender 3D animation pada hari Isnin nanti. Percuma sahaja.
.
Detail seperti dibawah:

Tarikh : 8/7/2024 (Isnin)
Masa: 9 a.m - 11 a.m
Jenis: Online (google Meet)

Topik (preview):
1. Physic (rigid body & collision)
2. ⁠Basic Animation (Keyframe And Rigging)
3. ⁠Lighting (Hdri, 3 point light)
4. ⁠Simulation (Cloth, Liquid, Fire)
5. ⁠Modifier (Yang selalu digunakan & what is non- destructive workflow)
6. ⁠Material ( basic color & image texture + important add on)
7. ⁠Render Setting ( Playblast Render), image render, video render, optimization in render setting)
8. Q&A

"Lebih faham bila dah belajar secara personal coaching semalam". < ini perkara biasa bila belajar di kelas, sebab masa y...
01/07/2024

"Lebih faham bila dah belajar secara personal coaching semalam". < ini perkara biasa bila belajar di kelas, sebab masa yang terhad dan student yang ramai untuk dapat guide yang fokus untuk tackle masalah kita.
Ini ialah initiative dari student saya ni untuk lebih faham silibus, beliau request untuk personal coaching belajar menggunakan Adobe Animate untuk topik Asas Animasi, 12 Principles Of Animation melalui Latihan Animasi Flour Sack.
Alhamdulillah dapat kepercayaan bila asalnya belajar guna Blender untuk 3D, kemudian Adobe Animate untuk 2D, dan selepas ni akan ke After Effect untuk Motion Graphic. Semoga membantu dalam pembelajaran animasi dan lulus cemerlang nanti. Terima kasih.

Address

Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kindazit Production posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kindazit Production:

Videos

Share

PAKAR PEMBIKINAN VIDEO ANDA

Kindazit Production merupakan sebuah produksi yang menghasilkan video konten berkualiti tinggi bagi tujuan pemasaran acara, organisasi, produk dan servis pelanggan. Berbekalkan pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini, kami mensasarkan untuk membantu klien kami menaikkan jualan menerusi pemasaran video di media tradisional seperti televisyen serta media seperti Televisyen, Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Kindazit Production menyediakan servis berikut untuk membantu anda memantapkan jualan seperti;

⚫ Videografi ⚫ Fotografi ⚫ Kelas Penggambaran ⚫ Kelas Suntingan Video dan Foto

Jom rebut peluang keemasan ini untuk membina jenama dan mencanakkan jualan anda!

Nearby media companies