ThePost

ThePost Agensi Media Sosial

Jika kita belajar dari kegagalan, maka kita tidak akan pernah gagal, semoga kita kekal positif dan terus bersemangat dem...
31/12/2024

Jika kita belajar dari kegagalan, maka kita tidak akan pernah gagal, semoga kita kekal positif dan terus bersemangat demi mencapai apa yang telah kita impikan sebelum ini.

Selamat menyambut tahun baru 2025, semoga tahun ini lebih gemilang dari tahun sebelumnya.

KEPUTUSAN PENUH MAHKAMAH PENDAKWA RAYA v  AHMAD ZAHID HAMIDI (Responden)1. Setelah meneliti keseluruhan kes ini, Jabatan...
12/12/2024

KEPUTUSAN PENUH MAHKAMAH PENDAKWA RAYA v AHMAD ZAHID HAMIDI (Responden)

1. Setelah meneliti keseluruhan kes ini, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada keterangan di dalam kes ini untuk menunjukkan bahawa Responden telah menggunakan jawatan beliau secara langsung untuk menganugerahkan kontrak-kontrak yang menjadi subjek dalam perbicaraan ini. Keterangan menunjukkan kontrak-kontrak tersebut telah dianugerahkan sebelum Responden menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan ini menidakkan kewujudan peluang dan atau ruang untuk Responden menyalahgunakan kuasanya.�

2. Keterangan di dalam kes ini menunjukkan proses pelanjutan kontrak-kontrak dipertikaikan telah dibuat secara teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.�

3. Lejer yang direkodkan oleh SP17 p**a menunjukkan terdapat pelbagai transaksi kewangan melibatkan nama-nama ramai individu. Tiada rekod menunjukkan transaksi-transaksi atau individu-individu ini telah disiasat sepanjang kes ini berlangsung.�

4. Perkara-perkara dinyatakan menunjukkan terdapat kelompangan serius dalam rantaian keterangan kes ini.�
5. Selain itu, OKT juga telah mengemukakan 2 Surat Representasi kepada Jabatan Peguam Negara, masing-masing bertarikh pada 26 Januari 2023 dan 7 Februari 2024.�

6. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi juga telah membuat beberapa dapatan fakta di dalam kes ini antaranya:�

a) sumber wang yang dikatakan diterima dalam kes ini tidak disiasat dan beberapa individu yang dikatakan menjadi sumber dana dipertikaikan dari luar negara tidak dipanggil ketika siasatan mahupun ketika perbicaraan;�

b) tiada sebarang bukti dikemukakan berkenaan proses kemas**an SP15, SP16 dan SP17 ke kediaman-kediaman Responden;�

c) Tiada keterangan yang menunjukkan wang telah diserahkan oleh saksi-saksi kepada Responden. Ini diasaskan kepada percanggahan keterangan di antara SP15 dan SP17�

7. *Setelah mempertimbangkan representasi-representasi ini dan mengambilkira dapatan-dapatan fakta YA Hakim Bicara sepertimana yang dinyatakan tadi, Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat asas undang-undang dan fakta yang kukuh untuk mengekalkan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi.

8. Sehubungan itu, Peguam Negara menarik balik kesemua rayuan yang difailkan di sini.

Mahkamah: Setelah PP menarik rayuan-rayuandengan ini Mahkamah membatalkan rayuan.

KESIMPULAN : AHMAD ZAHID HAMIDI KEKAL TIDAK BERSALAH

Pamukkale,TurkieSelain melawat di Bursa aku juga berkesempatan melawat kota Pamukkale, Pamukkale yang bermaksud "istana ...
08/10/2024

Pamukkale,Turkie

Selain melawat di Bursa aku juga berkesempatan melawat kota Pamukkale, Pamukkale yang bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turki, terkenal dengan mineral karbonat yang ditinggalkan oleh aliran mata air juga adalah sebuah kota lama yang juga dikenali sebagai 'kota suci' dan telah diwartakan oleh UNESCO.

Oleh kerana aku tiba pada waktu ketika tempat ini hendak ditutup bagi menjimatkan masa aku menyewa 'Baggy' untuk ke 'Ancient Theatre of Hierapolis' salah sebuah pusat teater purba yang terbaik di dunia, ia sangat besar dan dibina di lereng bukit menyebabkan pentasnya terasa cukup sayup ke bawah, jadi jika berpeluang ke sini berhati hati akan kecuraman rupa bentuk binaannya.

Kota Hierapolis Yunani purba ini dibina pada masa lampau yang keseluruhannya kira-kira 2,700 meter (8,860 kaki) panjang, 600 m (1,970 kaki) lebar dan 160 m (525 kaki) tinggi. Ia boleh dilihat dari bukit di seberang lembah di bandar Denizli, 20 km jauhnya. Kawasan ini telah menarik pengunjung ke mata air termanya sejak zaman kuno klasik. Nama Turki merujuk kepada permukaan batu kapur seputih salji yang berkilauan, dibentuk selama ribuan tahun oleh mata air yang kaya dengan kalsit. Menitis perlahan-lahan di lereng gunung, air yang kaya dengan mineral berkumpul dan mengalir ke bawah teres mineral, ke dalam kolam di bawah.

Hierapolis-Pamukkale telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1988. Ia menjadi tarikan pelancong kerana status ini dan keindahan alam semula jadinya.

'Ancient Theatre of Hierapolis' ketika di bina dahulu telah digunakan untuk membuat persembahan apa sahaja hiburan termasuk pertunjukan pertarungan gladiators yang boleh kita lihat seperti di dalam filem-filem epit zaman Rom.

Pamukkale @ 'Istana Kapas' memang selayaknya kerana disitu terdapatnya pemandangan serba putih melatari kawasan yang juga lokasi mata air yang panas, Mungkin rezeki dapat melihat suasa malam disini kerana kebiasaannya pintu masuk di tutup dan hanya pelancung sedia ada sahaja yang dibenarkan berada didalam sebelum mereka secara beransur mengosongkan kota ini.

Berbeza pemandangan waktu malam dan siang, dan aku tak tahu bezakan sebab tak pernah hadir waktu siang jadi aku katakan ia nya sangat sangat menarik, jadi jika ada yang berhajat datang ke sini 'adjust' lah dengan 'tour leader' untuk sampai sebelum pintu tutup dan boleh berada disini menikmati suasana malam bergemerlapan cahaya.

Sekian

Hj.Ob

Cerita Ke Bursa, TurkieBursa merupakan sebuah bandar di barat laut Turki secara tepatnya di kaki banjaran Uludag setingg...
06/10/2024

Cerita Ke Bursa, Turkie

Bursa merupakan sebuah bandar di barat laut Turki secara tepatnya di kaki banjaran Uludag setinggi 2,500 meter dari paras Laut Marmara, aku tiba disini lebih kurang jam 2.30 tengahari waktu tempatan (lebih kurang jam 7.30 malam waktu Malaysia) setelah berlepas dari KLIA ke Dubai dalam 7 jam, transit di Dubai dalam 4 jam sebelum ke Istanbul dalam 3 Jam dan kemudian menaiki bas ke Bursa dalam 2 jam.

Bursa terkenal dengan masjid dan tapak sejarah awal empayar Turki Uthmaniyah seawal pemerintahan Orhan Ghazi yang memerintah daratan Anatolia pada kurun ke 12 dan para Sultan Turki Uthmaniyah yang lain.

Disini aku dapat melawat Grand Mosque of Bursa atau Masjid Utama Bursa ia ini sebuah masjid yang di penuhi dengan hiasan pelbagai tulisan khat dari pengarang-pengarang khat pengkisahan karomah dan kewalian para pemimpin Turki dahulu, Ia salah satu masjid terbesar dan cantek di Turki yang dibangunkan pada abad ke 17.

Masjid ini merupakan bangunan segi empat tepat yang besar berukuran 55 kali 69 meter dengan keluasan permukaan dalaman 3165.5 meter persegi. Ia mempunyai tiga pintu masuk (ke utara, barat dan timur), di mana pintu masuk utara adalah yang paling monumental. Ruang dalamannya dilitupi oleh dua puluh kubah yang disusun dalam empat baris lima yang disokong oleh dua belas tiang, 20 buah kubah ini adalah simbolik kepada pembinaan 20 buah masjid yang di janjikan oleh Sultan Bayezid I yang berjanji akan membina 20 buah masjid jika memenangi Peperangan Nicopolis pada tahun 1396.

Namun oleh kerana kekangan kewangan pada waktu itu maka beliau hanya membina sebuah masjid dengan 20 buah kubah sahaja sebagai ganti dan bukannya membina dua puluh masjid berasingan yang dijanjikannya sebagai balasan untuk memenangi peperangan itu.

Masjid ini adalah sebuah masjid bersejarah di Bursa, Turki. Ia telah diilhamkan oleh Sultan Uthmaniyyah Bayezid I untuk memperingati kemenangan besar baginda dalam Perperangan Nicopolis dan dibina antara 1396 dan 1399. Masjid ini merupakan monumen utama seni bina awal Uthmaniyyah dan salah satu masjid terpenting di bandar ini, terletak di pusat bandar lama di samping pasar bersejarahnya.

Masjid ini juga terkenal dengan seni khat menjadi hiasannya malah telah digelar sebagai “muzium kaligrafi”. Dalam seni bina Islam, kaligrafi Arab menjadi elemen utama untuk hiasan visual dan menyampaikan makna kepada pengunjung.Masjid ini mengandungi 192 inskripsi dinding monumental, yang terdiri daripada 87 gubahan berbeza yang ditulis oleh 41 kaligrafer Uthmaniyyah utama yang berbeza pada zaman itu. Kebanyakan kaligrafi di lakar antara tahun 1778 dan 1938. Kaligrafi dilukis pada dinding, tiang dan pada plat atau medallion kecil dan besar. Gubahan tersebut termasuk ayat-ayat al-Quran, hadis, 99 nama Allah, nama-nama Nabi Muhammad yang berbeza, dan nama-nama ulama besar Islam.

Kepada rakan sahabat yang berpeluang untuk ke Bursa, Turki ini jangan lupa untuk meluangkan masa melawat Masjid Utama Bursa ini dan juga sambil singgah sebentar ke Silk Bazaar atau Pasar Sutera yang berhampiran dengan masjid ini yang dibina dalam tahun 1491 semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniah.

Silk Bazaar atau Pasar Sutera ini terdiri daripada 2 tingkat bangunan yang mengelilingi sebuah halaman (courtyard), terdapat satu struktur kecil berupa masjid (surau jika disini) untuk kemudahan pengunjung beribadah.

Di bawah surau ni terdapat ruang mengambil wudhu manakala ruang solat di bahagian atas, mengapa di atas? ini bagi mengelakkan haiwan tunggangan seperti kuda dan keldai yang membawa barangan dagangan ke sini mengotori ruang solat surau, Bazaar ini sudah pun berusia 533 tahun dan terletak di kawasan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2014.

Bajet dengan Iman kena kuat kalau masuk ke Silk Bazaar ini.

Sekian.

Hj Ob

Tahniah Syed Hussein DUN MahkotaAlhamdulillah dan tahniah kepada Tn Syed Hussein yang berjaya mempertahan dan mengekalka...
29/09/2024

Tahniah Syed Hussein DUN Mahkota

Alhamdulillah dan tahniah kepada Tn Syed Hussein yang berjaya mempertahan dan mengekalkan kerusi Barisan Nasional DUN Mahkota, Kluang, Johor.

Pilihanraya yang di akibatkan oleh kekosongan kesrusi dari penyandang Allayarhamah Datuk Azizah yang meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman.

Allayarhamah Datuk Azizah, pada PRU 15 yang lalu beliau mendapat sekitar 16500 undi menewaskan 3 calon lain termasuk dari Bersatu yang mendapat 7614 undi dan calon PH yang ketika itu mendapat kira-kira 11400 undi.

Dengan kemenangan ini membuktikan bahawa kerjasama kerajaan perpaduan telah mula menampakkan hasil dan hubungan antara Barisan Nasional, UMNO dan Pakatan Harapan semakin baik, kukuh dan meyakinkan.

Jika perkara ini dapat di kekalkan maka hubungan baik ini boleh di terjemahkan nanti pada PRU ke 16 nanti.

Jumlah Undi kepada calon Barisan Nasional bertambah dengan sokongan dari pengundi Pakatan Harapan dan merentap undi calon Perikatan Nasional yang kehilangan 267 undi berbanding undi yang di perolehi pada PRU15 lalu, PN hanya mendapat 7347 undi berbanding pada PRU 15 lalu sebanyak 7614 undi.

Ini juga membuktikan bahawa rakyat selesa dengan kerjasama di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam kerajaan perpaduan, namun perkara ini tidak boleh di jadikan ukuran kerana kehendak rakyat sentiasa berubah-ubah bergantung keadaan bagaimana kerajaan mengambil berat isu kehidupan mereka.

Semoga kemenangan calon Barisan Nasional, Sdr. Syed Hussein akan membuka ruang pembaikkan dengan hasil menjaga rakyat yang sentiasa menilai wakil rakyat mereka.

Merasa diri itu hebat sebenarnya berpenyakit 'Superiority Complex'.Kalau ada orang yang merasakan dirinya paling hebat, ...
18/09/2024

Merasa diri itu hebat sebenarnya berpenyakit 'Superiority Complex'.

Kalau ada orang yang merasakan dirinya paling hebat, sedarlah pada ketika itu dirinya sedang mem perlekeh dan memperkecilkan kemampuan orang lain, kerana ia merasa dirinya lebih kehadapan dari orang lain.

Sedar atau tidak bahawa perasaan diri hebat itu sebenarnya adalah untuk menutupi perasaan insecure atau rendah diri yang ada pada dirinya.

Orang yang merasa dirinya lebih unggul dari yang lain padahal sebenarnya ia tidak memiliki apa apa pun, Ini disebut sebagai penyakit "Superiority Complex"

Orang yang mempunyai penyakit "Superiority Complex" atau kompleks keunggulan biasanya sombong dan mudah merendah-rendahkan dan memperlekeh orang lain yang tidak setuju dengan sesuatu tindakan mereka.

Orang begini s**a melebihkan kemampuan dirinya dikhalayak ramai, enggan menerima pendapat orang lain dan mengabaikan atau mengasingkan orang lain yang mempunyai kelebihan atau kemampuan lebih dari dirinya.

Sesungguhnya orang hebat itu tidak pernah merasakan dirinya hebat, mereka hanya menzahirkan diri untuk mengubah dan melakukan sesuatu demi perubahan dan kebaikkan.

Orang hebat sebenar adalah mereka yang memberi menfaat dan menjadi inspirasi kepada orang lain bukan dari kalangan mereka yang bongkak.

Inilah Calon Kita, Calon Barisan Nasional, Saudara Syed Hussien bagi PRK N.29 Mahkota.Beliau merupakan Ketua Penerangan ...
14/09/2024

Inilah Calon Kita, Calon Barisan Nasional, Saudara Syed Hussien bagi PRK N.29 Mahkota.

Beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Negeri Johor yang sememangnya aktif di kawasan Mahkota ini.

Mempunyai taraf pendidikan yang cukup tinggi selain dilihat amat fasih berbahasa Mandarin merupakan kelebihan yang besar buat beliau. Kerana dilihat mampu menyantuni bukan sahaja masyarakat Melayu atau India malahan masyarakat Cina diatas kefasihan itu.

Selain aktif dengan penglibatan NGO sehingga kini, yang mampu memberikan satu tauladan dan contoh kepada anak anak muda di Mahkota ini untuk turut sama berjaya dan berkembang maju demi masa depan negara.

Insha Allah calon Barisan Nasional ini mampu menjalankan tugas dengan baik sekiranya diberi peluang menjadi Ahli Dewan Negeri N.29 Mahkota kelak.



Halal Itu Wajib Bagi Orang Islam Tidak Pada Agama LainNampaknya isu Persijilan Halal sudah sampai kepada pihak mencabar ...
14/09/2024

Halal Itu Wajib Bagi Orang Islam Tidak Pada Agama Lain

Nampaknya isu Persijilan Halal sudah sampai kepada pihak mencabar di Istana Kehakiman, makin panjanglah jawabnya perjalanan persijilan Halal ini, wal hal ini adalah hal berkait dengan orang Islam sahaja, agama lain tak perlulah pening kepala memikirkannya.

Jika mereka mahu memohon sijil itu lebih baik khusus yang terlibat dengan perniagaan orang Islam, tetapi harus terima proses dan aturannya yang sangat merumitkan dan ianya bukan boleh di permudahkan ses**a hati dan cuba meringankan serta menolak peraturan dan hukum syarak.

Ia berkait dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar, yang berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Maksud disini adalah bagi memastikan kesemua restoran dan syarikat penyediaan makanan adalah terjamin dari segi kebersihannya dengan memiliki sijil halal, tetapi mungkin yang di fahami oleh segelintir adalah seperti kerajaan (JAKIM) memaksa setiap restoran dan penyedia makanan perlu memiliki sijil halal.

Kemudian dari ini Teresa Kok telah menyifatkan kewajipan mendapatkan sijil halal akan menambah beban kepada peniaga serta memalukan negara, kenyataan seperti ini menunjukkan beliau tidak memahami tanggungjawab sosial dan agama.

Ia mungkin terkait dengan kes**aran dan tanggungan kos yang tinggi untuk mendapatkan sijil Halal, sedangkan jika beliau memahami cara mengendalikan kelulusan sijil halal pasti tiada kekeruhan akan berlaku.

Tetapi oleh kerana kenyataan yang tidak di pertimbangkan melalui ilmu maka kenyataannya itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh adalah bagi mempertahankan kesucian Islam, dan soal kenyataannya seperti menghina 'Nyonya Tua' itu boleh berlaku kepada mana-mana orang Islam yang mahu mempertahankan Agamanya dari dicemar oleh mereka yang tidak memahami akan akidah dan hukum dalam Islam.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dikalangan pelbagai masyarakat, agama dan budaya boleh sahaja berbeza pandangan mengenai sesuatu perkara namun harus disesuaikan dengan hukum jika ianya melibatkan agama Islam, seperti mana mengutarakan pendapat berhubung dengan persijilan Halal ini.

Setiap pemimpin harus bijak menjaga sensitiviti masyarakat terutama yang melibatkan agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan didalam Perlembagaan.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mash*tah Ibrahim menafikan penglibatannya dalam aktiviti seb...
29/08/2024

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mash*tah Ibrahim menafikan penglibatannya dalam aktiviti sebuah kump**an sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Beliau menegaskan, dakwaan yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada media picisan di Indonesia.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkaitan tuduhan berkenaan.

"Saya menafikan terbabit dalam aktiviti sebuah kump**an sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar seperti yang dilaporkan media semalam," kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mash*tah Ibrahim.

LEMAUNYA DIABukan sahaja didalam pentadbiran ketika menjadi kerajaan,malah semasa menjadi menteri didalam kerajaan pun k...
22/08/2024

LEMAUNYA DIA

Bukan sahaja didalam pentadbiran ketika menjadi kerajaan,malah semasa menjadi menteri didalam kerajaan pun kewibawaannya sentiasa di pertikai dan di permainkan malah pernah di gelarkan sebagai pemimpin yang tak ada idea dan malas.

Kini didalam isu derhaka kepada bekas Yang Di Pertuan Agong juga beliau lemau didalam mempertahankan hujahnya yang di katakan derhaka kepada bekas Baginda Agong.

Malah beliau tidak dapat membezakan diantara perkara nyata, bohong, fakta dan fitnah walaupun ditunjukkan bukti tetapi bukti tersebut nyata kelaut.

Bagaimana dengan membawa sokongan invividu dari sebuah parti yang mendokong perlembagaan dan undang undang yang datang secara persendirian dan bukan dari parti boleh diterima pakai.

Sepatutnya beliau mesti memahami bahawa setiap sokongan yang diambil perlu sokongan dari pada keseluruhan parti dan bukan dari individu.

Sedangkan beliau tahu bahawa sekiranya berlaku sokongan secara individu maka individu tersebut akan kehilangan kerusi dan perlu membayar rm100 juta terutama mereka yang dari parti Barisan Nasional dan UMNO kerana ini lah perjanjian yang telah mereka bersama mepersetujuinya.

Muhyiddin seharusnya mengetahui bahawa apabila Perlembagaan dipinda dan meluluskan akta anti lompat parti untuk mengelakkan perkara lompat parti dari berlaku, maka sudah parti tidak dibenarkan lagi seseorang individu untuk menyokong sesuatu parti lain atau melompat parti, dan sokongan hanya di kira adalah datang dari keseluruhan parti yang mewakili individu berkenaan.

Apa pun kini Muhyidin perlulah berdepan dengan tindakan undang-undang yang telah disebutkan oleh Istana Pahang yang mahu Muhyidin di siasat.

Sesungguhnya Rakyat Malaysia bersyukur kerana kini kita lebih mengenali Muhyiddin yang lebih mementingkan untuk menjadi Perdana Menteri walaupun pernah di beri peluang untuk menjawat jawatan tersebut tetapi telah mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

Kempen beliau di Neggiri telah memakan dirinya dan mendedahkan hajat besarnya yang penuh dendam kesumat kerana tidak menjadi Perdana Menteri.

Semoga Muhyiddin selesa jika di bawa untuk berbicara di mahkamah nanti.

UMNO PAHANG MENYOKONG PENUH TITAH TENGKU MAHKOTA PAHANG Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Kebaw...
20/08/2024

UMNO PAHANG MENYOKONG PENUH TITAH TENGKU MAHKOTA PAHANG

Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memperlekeh dan mempertikai tugas dan peranan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16, ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang berpandangan, tindakan Tan Sri Muhyiddin itu merupakan satu tindakan yang sangat biadab, menghina Institusi Diraja serta mempertikaikan kewibawaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam menyelesaikan kemelut politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, terutamanya dalam isu pelantikan Perdana Menteri pada ketika itu.

Seperti mana kemurkaan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, kami juga turut merasa marah dan tersinggung dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang boleh disifatkan sebagai berniat jahat dan cuba menghasut rakyat untuk hilang kepercayaan terhadap institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat.

Selain itu, kenyataan Tan Sri Muhyiddin juga telah menimbulkan suasana yang tidak harmoni serta menggores perasaan kami yang sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan Sultan Pahang serta Institusi Diraja Pahang.

Oleh yang demikian, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyeru seluruh rakyat di negara ini, terutamanya rakyat di negeri Pahang agar terus menzahirkan taat setia dan mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu serta berpegang teguh Prinsip Rukun Negara.

Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
19 Ogos 2024

Istana Pahang MurkaIstana Pahang melalui Tengku Mahkota telah menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan bekas Perdana Men...
19/08/2024

Istana Pahang Murka

Istana Pahang melalui Tengku Mahkota telah menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dengan kelancangan tutur kata beliau semasa berkempen di DUN Nenggiri.

Muhyiddin telah memperlekeh dan mempertikaikan tugas Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah sewaktu Baginda menjadi KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong XVI

Melalui kenyataan media Baginda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, yang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Kenyataan media tersebut menyentuh kenyataan Muhyiddin selaku bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran sebagai memanip**asi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri ke-10.

Kemurkaan Istana Pahang ada logiknya kerana sebagai seorang ahli politik vetran Muhyiddin seharusnya tahu dan maklum bahawa pemilihan seorang Perdana Menteri bukanlah di bawah bidang kuasa Baginda Agong tetapi ai nya adalah kuasa kepada semua ahli Parlimen yang menentukan siapa yang ahli Parlimen sokong untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Baginda Tengku Mahkota Pahang memaklumkan bahawa Ayahanda Baginda yang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong telah memanggil pakar-pakar perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

"Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022. Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah semasa baginda memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri".

Sehubungan itu Baginda mahu pihak Polis Di Raja (PDRM) mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum).

Ucapan Muhyiddin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di FELDA Perasu pada 15 Ogos lalu sangat tidak mencerminkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mendokong kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syafiq Hamzah di Balai Polis Kuantan pada jam 10.38 malam tadi.

Kita sering mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa perlu memahami kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong yang perlu disanjung tinggi pada setiap masa, malah didalam prinsip rukun negara juga dinyatakan bahawa Kesetiaan kepada Raja dan Negara selari dengan status Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang menjunjung prinsip Raja Berpelembagaan.

Mustahil Muhyiddin sebagai 'orang' politik tidak memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang perlu disanjung tinggi pada setiap masa kerana ia merupakan institusi tertinggi negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya sungguh kecewa dan terkilan dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Nenggiri ...
17/08/2024

Saya sungguh kecewa dan terkilan dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Nenggiri yang secara biadab menyentuh kewibawaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sewaktu baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sebagai mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin tidak sepatutnya mengheret institusi istana dalam kempen politiknya yang sempit semata-mata untuk meraih undi dan mengaburi rakyat tentang apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Saya yakin dan percaya, rakyat juga telah mengetahui dan bersetuju bagaimana kewibawaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berjaya menghentikan kemelut politik negara daripada terus berpanjangan dengan menubuhkan Kerajaan Perpaduan, di mana PAS dan Bersatu telah menolak titah Tuanku ini.

Oleh itu, saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Tan Sri Muhyiddin yang secara sengaja mencetuskan suasana yang tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R (Kaum, Agama, Institusi Diraja) dalam kempen politiknya, agar ia menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak.

Saya berharap rakyat di negara ini perlu terus menghormati institusi diraja yang merupakan lambang kedaulatan dan kestabilan negara serta simbol penyatuan dan pelindung rakyat jelata.

YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
Naib Presiden UMNO
17 Ogos 2024

Bangsat Ada orang besar didalam PBT di dakwa terima antara rm130k hingga rm200k secara bulanan yang didakwa dari tauke r...
16/08/2024

Bangsat

Ada orang besar didalam PBT di dakwa terima antara rm130k hingga rm200k secara bulanan yang didakwa dari tauke rumah pelacuran sekitar bandar besar Kuala Lumpur.

Bayangkan duit hasil rasuah yang mereka dapat..katakan RM200k setiap bulan..RM200 ribu darab dengan 12 bulan.. Mereka ini dapat RM2.4 juta hasil rasuah setahun..

Takkan lah SPRM, PDRM atau ketua jabatan tak boleh baca game ini.

Sudah pasti keluarga mereka hidup mewah dengan enigmatic duit hasil rasuah..

Bayangkan berapakah pusat pelacuran disekitar bandar Wilayah dan Selangor ini.

Patut lah kes pendatang asing dan pelacuran di Wilayah tak pernah habis.. Rupanya ada bangsat yang mendapat gaji kedua secara bulanan, ini juga menjadikan mengapa isu pelacuran melibatkan warga asing dan pendatang tak pernah selesai ..

TERSASUL JE PUN...Nampaknya puak seteru mendapat bola tanggung dari apa yang berlaku semalam di program Himpunan Bebaska...
05/08/2024

TERSASUL JE PUN...

Nampaknya puak seteru mendapat bola tanggung dari apa yang berlaku semalam di program Himpunan Bebaskan Palastin, kebetulan p**a mereka tidak mempunyai isu untuk membedal calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecik DUN Nenggiri.

Tersasulnya Datuk Seri Ahmad Zahid pada malam tersebut menjadikan beliau sebagai sasaran untuk diserang dan inilah peluang terbuka untuk menyerang Presiden parti UMNO setelah mereka gagal mencari kesilapan dan kesalahan calon Barisan Nasional, DUN Nenggiri En.Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan.

Namun pagi ini dengan berjiwa besar Datuk Seri Ahmad Zahid, Presiden UMNO sudah pun memohon maaf atas kekhilafan.

Ya, di dalam keghairahan berucap atau bercakap adakalanya kita boleh tersasul dan ini bukan lah sesuatu yang pelik dan ganjil, Ia boleh berlaku kerana otak berfikir laju berbanding anggota suara seperti lidah, geraham, tulang rahang dan lain-lain lagi.

Namun di hati beliau tetap membara melaungkan Bebas Palastin, Hidup Palastin dan Merdeka Palastin.

Mungkin sahabat pembaca masih ingat sebagaimana berlakunya kepada Bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Ijok 2007, ketika beliau menjadi calon PKR, di mana di akhir ceramah di dalam keghairahannya beliau menyebut "undilah calon BN", akibatnya PRK itu dimenangi calon Barisan Nasional.

Jadi peluang kepada pembangkang mengunakan isu tersasul ini tidak dapat di nafikan namun kita sebagai ahli dan penyokong UMNO harus berpendirian teguh dan yakin bahawa Presiden UMNO bukan berniat sebegitu.

Tidak masuk akal tetamu di dalam majlis yang kita raikan dengan mudah mengutuk majlis kita, seperti kita mengadakan majlis kenduri kahwin takkan ada tetamu undangan utaman akan mengutuk majlis yang sedang di raikan didalam ucapan beliau.

Pada puak pembenci UMNO akan berkata Peluang dah depan mata apa lagi? balun lerr....

Sekian.

semua betul kecuali yang line hijau tu sepatutnya tidak boleh membelok ke kiri...seharusnya hanya membuat pusingan bulat...
26/07/2024

semua betul kecuali yang line hijau tu sepatutnya tidak boleh membelok ke kiri...seharusnya hanya membuat pusingan bulatan sahaja atau membuat u-turn .. dan yang penting hidupkan lampu signal.... jangan malas sangat nak sentuh batang lampu signal tu

Penemuan Jalan Rom Purba: Menghubungkan Antakya di Turki dan Aleppo di SyriaMasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipt...
14/07/2024

Penemuan Jalan Rom Purba: Menghubungkan Antakya di Turki dan Aleppo di Syria

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia.

Jalan Rom purba yang menghubungkan bandar Antakya di Turki dan Aleppo di Syria adalah salah satu daripada jaringan jalan raya Rom yang mengagumkan yang pernah dibina pada zaman Empayar Rom. Jalan ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan bandar-bandar utama dan memudahkan pergerakan barangan, tentera, dan manusia antara kawasan tersebut.

Sejarah dan Kepentingan Jalan Rom Purba

Jalan Rom purba ini dibina sekitar abad ke-1 hingga abad ke-3 Masihi ketika Empayar Rom sedang berada pada kemuncaknya. Bandar Antakya (dahulu dikenali sebagai Antioch) dan Aleppo adalah pusat perdagangan dan kebudayaan yang penting dalam empayar tersebut. Jalan ini membantu memperkukuhkan hubungan ekonomi dan sosial antara bandar-bandar ini, serta memudahkan penyebaran budaya dan agama Kristian pada masa itu.

Jarak Antakya ke Aleppo

Jarak antara Antakya dan Aleppo adalah kira-kira 90 kilometer (56 batu) secara laluan lurus, dan 113 kilometer (70 batu) jika menggunakan jalan raya. Perjalanan ini boleh mengambil masa sekitar satu jam jika memandu pada kelajuan purata.

Penemuan dan Kajian Jalan

Jalan Rom purba ini ditemui oleh ahli arkeologi yang menjalankan penggalian di kawasan tersebut. Struktur jalan yang ditemui menunjukkan bahawa ia dibina dengan kualiti yang sangat tinggi, namun tidak semua bahagian jalan ini masih dalam keadaan baik. Beberapa bahagian masih jelas dan kukuh, sementara yang lain telah terjejas oleh perubahan cuaca dan peredaran masa.

Teknologi dan Pembinaan Jalan

Jalan Rom purba ini dibina menggunakan teknologi dan kaedah pembinaan yang maju untuk zamannya. Berikut adalah beberapa butiran mengenai bagaimana jalan ini dibina:

1. Struktur Berlapis: Jalan Rom biasanya terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling bawah adalah lapisan batu besar (statumen) yang memberikan sokongan kuat. Di atasnya, terdapat lapisan batu kecil atau kerikil (rudus) yang ditutup dengan pasir atau mortar kapur (nucleus). Lapisan terakhir adalah lapisan batu penutup (summum dorsum) yang diatur dengan teliti untuk memberikan permukaan yang rata dan tahan lama.

2. Penggunaan Bahan Berkualiti: Batu besar dan kerikil yang digunakan adalah daripada bahan yang sangat kuat dan tahan lama, seperti batu kapur dan granit. Ini membantu jalan ini bertahan selama berabad-abad tanpa rosak teruk.

3. Kejuruteraan Canggih: Jurutera Rom menggunakan alat pengukur dan teknik geometri yang canggih untuk memastikan jalan ini lurus dan mempunyai kecerunan yang sesuai untuk aliran air hujan. Parit di kedua-dua sisi jalan juga dibina untuk memastikan saliran air yang baik, mengelakkan hakisan dan kerosakan.

4. Penyelenggaraan Berkala: Jalan Rom purba juga diselenggara secara berkala. Tentera Rom dan pekerja awam sering ditugaskan untuk membaiki dan menjaga jalan ini bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.

Penemuan Arkeologi dan Artifak

Penggalian arkeologi di kawasan ini telah menemui pelbagai artifak yang berkaitan dengan penggunaan jalan tersebut, termasuk serpihan tembikar, alat logam, dan sisa-sisa bangunan yang mungkin berfungsi sebagai tempat rehat atau stesen kawalan. Penemuan ini memberikan gambaran mendalam tentang kehidupan harian dan struktur sosial masyarakat Rom pada masa itu.

MasyaAllah, segala ilmu dan hikmah ini adalah bukti kebesaran Allah yang menciptakan manusia dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang luar biasa. Penemuan jalan Rom purba ini adalah bukti kehebatan tamadun manusia yang dianugerahkan oleh Allah, dan ia menjadi tanggungjawab kita untuk terus menghargai dan mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ThePost posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ThePost:

Videos

Share