SKUAD TARING NUSA 🪖
Inspirasi kisah benar untuk SKUAD TARING NUSA oleh @muhaymin_wahab
--
Istimewa ✨
Dapatkan (1) Grid Memo Pad 🗒️ untuk setiap pembelian SKUAD TARING NUSA di semua platform pembelian @karangkrafmall. Khas 200 pembeli terawal.*
*Tertakluk Terma dan Syarat
PRA-TEMPAH Sekarang ✨✨
#KLit #KLitSkuadTaringNusa #MuhayminWahab #NovelKarangkraf #preorder
AKU CINTA DIA karya Sharifah Abu Salem 🌸
Novel adaptasi drama 🎥
CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH tv3
Merentasi kisah Dania yang dimulai dengan kesalahan lalu dan perjalanannya mencari diri dan kasih sayangNya di Wadi Safiyyah.
Mampukah Dania menulis semula kisah hidupnya dengan cinta yang diberikan warga Wadi Safiyyah dan Iqbal yang dirasakan tiada cela?
‘Sudahkah kamu menyintai DIA dan rasulNya lebih dari kamu mencintai saya?’
—-
Istimewa ✨✨
Dapatkan (1) sticker There’s Always Light Alaf 21 ❤️ untuk setiap pembelian AKU CINTA DIA di semua platform Karangkraf Mall.
#NovelAkuCintaDia #SharifahAbuSalem #Alaf21 #CintaBersemiDiWadiShafiyyah
Sekitar Pelancaran Pra-tempah novel Terbaharu K-Lit
di Tiktok Kedai Karangkraf Karangkraf Mall
KOYAK 👾 Aini Bakar
SKUAD TARING NUSA 🪖 Muhaymin Wahab
Terima kasih kepada yang telah menyertai LIVE kita tadi dan yang telah mendapatkan dua novel terbaharu K-LIT
#KLit #KLitKoyak #KLitSkuadTaringNusa #NovelKarangkraf
AKU CINTA DIA 🌸
ALAF 21 Mempersembahkan
🌸 AKU CINTA DIA karya Sharifah Abu Salem 🌸
Novel adaptasi drama 🎥
CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH untuk TV3
Merentasi kisah Dania yang dimulai dengan kesalahan lalu dan perjalanannya mencari diri dan kasih sayangNya di Wadi Safiyyah.
Mampukah Dania menulis semula kisah hidupnya dengan cinta yang diberikan warga Wadi Safiyyah dan Iqbal yang dirasakan tiada cela?
‘Sudahkah kamu menyintai DIA dan rasulNya lebih dari kami menyintai saya?’
—-
✨Istimewa
Dapatkan (1) sticker There’s Always Light Alaf 21 ❤️ untuk setiap pembelian AKU CINTA DIA @alaf.21 di semua platform @karangkrafmall*
*sementara stok masih ada
✨✨
#akucintadia #sharifahabusalem #alaf21 #cintabersemidiwadisafiyyah #noveladaptasidrama
Bawah Payung Awan - Liza Nur
"𝑲𝒂𝒖 𝒌𝒂𝒕𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒄𝒂𝒑𝒂𝒊 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕, 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒋𝒆𝒋𝒂𝒌 𝒂𝒘𝒂𝒏?"
BAWAH PAYUNG AWAN ☂️☁️ oleh Liza Nur
Merentasi perjalanan Widad yang penuh ketabahan dan tekad dalam mengatasi asal-usulnya yang sederhana untuk membuka jalan menuju kejayaan.
Temui juga Soleiman dan Hanan serta kisah persahabatan mereka bertiga
yang memaparkan bahawa tiada impian terlalu sukar dicapai, dan tiada persahabatan yang terlalu kuat untuk dipecahkan.
Tiga hati berjuang mencari bahagia ☁️
"Karna dia akan setia memayungi tiap langkahku..."
#Alaf21 #bawahpayungawan #lizanur
Semalam novel BAWAH PAYUNG AWAN panas-panas dari kilang tersedia di Jualan Gudang Karangkraf. Bagi mereka yang rindu nukilan Liza Nur inilah masanya untuk anda mendapatkannya dengan potongan harga istimewa, hanya di Jualan Gudang Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Sementara stok masih ada.#bukukarangkraf #jualangudangkarangkraf #generasimembaca #lizanur #bawahpayungawan #alaf21
𝙈𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙤𝙫𝙚 𝙤𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙚𝙭-𝙗𝙤𝙮𝙛𝙧𝙞𝙚𝙣𝙙 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙧𝙩𝙞𝙨 𝙥𝙤𝙥𝙪𝙡𝙖𝙧? 😓
Ketika Sameera menerima Ishaak jadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tak menyangka bahawa pemuda kurus kering itu akan suatu hari jadi Haque Zuhal, bintang pujaan ramai, yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen, dan yang wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya.
Jadi, apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus di tengah jalan ketika dia berusia 35 tahun, Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan yang tak dihadapi wanita patah hati yang lain, daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki, hinggalah wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di merata tempat.
Jadi dia kemas barang, pindah ke rumah sepupunya Mirah, bekerja di syarikat lain, dan cuba meneruskan hidupnya. Dia cuba mengaburi pandangan matanya dan menutup telinganya daripada terus dimaklumkan dengan kebahagiaan baharu bekas kekasihnya.
Dalam usahanya untuk cuba mencari maksud hidup sebagai seorang manusia yang tak pernah jadi wanita single selama 18 tahun, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia, daripada Puan Saidah yang masih enggan menerima hakikat dia tidak akan bermenantukan selebriti terkenal, Ned si PA Haque yang masih mengingatkan Sameera tentang lelaki itu, Gosmer1018 yang begitu taasub dengan kisah cintanya, sehinggalah ke Jamie, yang punya sejarah hitamnya sendiri, sejarah hitam yang turut merubah hidup Sameera.
"Satu karya yang memberi aku rasa puas hati apabila tiba pada perkataan tamat. Cerita yang aku kira sangat dekat dengan dunia kita yang begitu rapat dengan media sosial." - Siqahiqa
"This story is insane. Kisah ini ditulis dengan sangat baik. Konflik cukup umph.
"Macam dalam K-Drama. Lepas baca buku ni, rasa bijak dan macam saya sekali ikut bekerja dalam syarikat tu." -@nadhirahzaidi
Buku ini menceritakan tentang kehidupan Fidel, Zara dan Helmi.
Fidel merupakan CEO di sebuah syarikat penerbitan buku. Zara pula merupakan penulis terkenal. Mnakala, Helmi hanya seorang lelaki sederhana yang berkerja sebagai pengawal keselamatan.
Mereka bertiga mempunyai luka dan penderitaan yang luar biasa. Ada yang kehilangan keluarga kerana dibunuh. ;(
Di dalam buku ini, kita akan melihat bagaimana setiap watak berusaha untuk bangkit semula dari penderitaan masing-masing.
Boleh dapatkan Senaskhah Hidup Karya Azzah AR di Karangkraf Mall.
#alaf21 #klit #senaskhahhidup
Karya terbaharu Bahruddin Bekri, Rahsia Paling Rahsia.
Novel yang mengetengahkan sejarah dan budaya negara dalam satu naskhah bersifat Malaysia yang menghiburkan.
Dengan konsep seperti pencarian harta karun ditambah dengan penceritaan berkaitan kumpulan mafia Rahsia Paling Rahsia memang sesuai untuk yang sukakan genre kembara.
Dapatkan di Karangkraf Mall
#alaf21 #klit #rahsiapalingrahsia
KISAH BERMULA DENGAN KEMATIAN!
Terbaharu daripada Alaf 21 - sebuah novel trhiller-mistik, Leluhur karya Arman Jazee.
Kematian demi kematian. Mangsa dibunuh satu per satu dengan kejam. Tubuh mangsa dirobek, jantung, hati dan darah mangsa hilang. Negara dilanda keributan. Inspektor Damia ditugaskan untuk menyiasat dan menangkap pembunuh kejam itu. Malangnya, semua siasatan membawa ke jalan buntu.
Tekanan semakin hebat. Inspektor Damia mula meragui kemampuannya. Kemunculan lelaki misteri membuka lembaran baru. Barulah dia sedar musuhnya bukan pembunuh, biasa tetapi musuh yang datang ratusan tahun dahulu.
Siapakah susuk yang berusia ratusan tahun itu? Kenapa dia memburu mangsanya? Apakah kaitan lelaki misteri itu dengan Inspektor Damia?
Dapatkan novel Leluhur untuk mengetahui jawapannya.
#alaf21 #leluhur #klit #novelthriller #thrillermistik
"Melupakan seseorang itu sudah cukup sukar, tapi bagaimana nak lupa kalau dia ada di mana-mana?"
Penulis Nurul Syahida kini hadir dengan karya terbaharunya, Petrichor. Mnegisahkan tentang Sameera yang bercinta dengan Haque Zuhal sejak dia berusia 17 tahun. Namun hubungan percintaan yang dibina selama 18 tahun putus apabila Haque Zuhal jatuh cinta dengan wanita lain.
Jadi, bagaimana Sameera yang kini berusia 35 tahun ingin 'move on' daripada Haque Zuhal yang kini bergelar artis? Wajah dan suaranya ada dimana-mana. Dalam usahanya untuk mencari makna hidup, Sameera perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pelbagai jenis manusia termasuklah Jamie.
"Dua kisah cinta yang kompleks dengan 'betrayal' yang berbeza. Haque Zuhal atau Jamie Jupiter? Berbaloi baca!" - Aisyah (senior editor)
"Novel ini cukup rencahnya dan disampaikan secara bersahaja dengan ayat yang sungguh enak dibaca. Topik yang dibawa juga begitu dekat dengan kita sebagai penguna media sosial, juga disentuh mengenai stigma masyarakat mengenai isu perkahwinan dan benda viral."- Siqahiqa (Goodreads)
#petrichor #alaf21 #karangkrafmall
Mengembara ke 13 buah negara dengan berbekalkan RM1,900? Biar betul?
Ye, betul! Jom ikuti kisah pengembaraan Ahmad Isa dan isterinya mengembara ke 13 buah negara dengan menunggang basikal.
Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Makkah. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.
Dapatkan buku Ustazah Basikal, Kembara Mustahil ke Mekah di Karangkraf Mall hari ini!
#ustazahbasikal #alaf21 #karangkrafmall #kembaramustahilkemekah