Nusantara Historycal

Nusantara Historycal Exploring local History, Mystery & Martial Art

Assalamualaikum Kami sedang mencari penderma yang sudi menderma untuk majlis “HIMPUNAN SUNNAH PULAU PINANG 3.0”Sesungguh...
23/08/2023

Assalamualaikum

Kami sedang mencari penderma yang sudi menderma untuk majlis “HIMPUNAN SUNNAH PULAU PINANG 3.0”

Sesungguhnya ganjaran pahala yang begitu besar bagi mereka yang menderma dan menjayakan majlis memuji rasulullah

29/10/2022

Persembahan Penutup Main Gayong di Teluk Kalong, Kemaman

28/09/2022
26/09/2022

TEMPUR KERAMBIT dari SILAT HARIMAU PATTANI dibawakan khas dari Bumi Pattani
Majlis Sunnah Pulau Pinang
24.09.2022

Al - Fatihah ( Dibaca )
26/09/2022

Al - Fatihah ( Dibaca )

26/09/2022

Majlis Sunnah Pulau Pinang
24.09.2022

Dibawakan kkas dari Selatan Thai, Patani
Silat Harimau Patani

26/09/2022

Majlis Sunnah Pulau Pinang
24.09.2022

26/09/2022

Antara Persembahan Silat di Majlis Sunnah Pulau Pinang
24.09.2022

HIMPUNAN SUNNAH PULAU PINANG 24.09.2022
26/09/2022

HIMPUNAN SUNNAH PULAU PINANG
24.09.2022

25/09/2022

Bugis 🔥

24/09/2022

Saiz tubuh bukan alasan

MAIN GA'YONG NUSANTARA 2022Bertempat Di :PANTAI TELUK KALONG, KIJAL, KEMAMAN -TERENGGANUPada : 27 - 29 OKTOBER 2022Pelba...
22/09/2022

MAIN GA'YONG NUSANTARA 2022

Bertempat Di :
PANTAI TELUK KALONG, KIJAL, KEMAMAN -
TERENGGANU

Pada : 27 - 29 OKTOBER 2022

Pelbagai Aktiviti Dan Persembahan Yang Akan Berjalan Disana. Boleh Dah Booking Tarikh Berkenaan untuk kesana. Bawa keluarga pun Molek juga mendekatkan Diri dengan Seni dan Warisan Buat Anak-Anak yang bakal mewarisi Tanah kita Ini Kelak..

Pada Penggiat Serta Peminat Seni Beladiri Dan Warisan, Ayuh melangkah ke sana pada tarikh Berkenaan, Alang-alang yang rasa diluar Kawasan, boleh rancang percutian terus diarea sana.

PAKAT MARI BLAKE TUUU SEK KITE




PESILAT SEDIAAAAA ‼️
18/09/2022

PESILAT SEDIAAAAA ‼️

Ayuhhhh PESILAT!!!!!!!!! Cabar diri anda...

FCSC 2.0 " Rise Of Silat Fighter"
Summit USJ Subang Jaya
15/10/2022

A. SYARAT AM
Terbuka untuk pesilat berumur 18 tahun ke atas. LELAKI & WANITA.

B. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN (45 bout)

i. Kategori Senior
1. 45 - 48 kg
2. 51 - 53 kg
3. 55 - 57kg
4. 60 - 62 kg
5. 65 - 67 kg
6. 68 -70kg
7. 71 - 73kg
8. 75 - 77kg
9. 80kg ats

C. SYARAT PERLAWANAN
1. a. 2min x 3 round / rehat 1min (Senior)
2. Serangan pukulan tumbuk, sepak ke seluruh bahagian anggota badan KECUALI groin/ alat sulit dan serangan dari belakang TIDAK DIBENARKAN.
3. Lutut ke muka TIDAK DIBENARKAN. Lain bahagian anggota adalah dibenarkan.
4. Teknik potongan, sapuan dan guntingan adalah DIBENARKAN.
5.Serangan SIKU adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. TIADA grappling atau GROUND ATTACKING.
7. Kiraan mengikut sistem POINT.

D. PEMAKAIAN PESILAT
1. Berbaju silat
2. WAJIB memakai Groin guard/pelindung alat sulit.
3. WAJIB memakai Mouthguard
4. GLOVES boxing, HEAD GUARD dan SHIN PAD akan disediakan oleh Penganjur.
5.Pemakaian HEAD GUARD, SHIN PAD adalah WAJIB.
6. Syarat lain akan dimaklumkan kemudian.

Nama :
IC:
Umur:
Tinggi cm:
Berat kg:
Rekod/pengalaman lawan:
Perguruan/Kelab:
Nama Pengurus :
No hp Pengurus:
Gambar fighter (wajib)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada *25/9/2022* atau bout penuh.

Bayaran penyertaan. RM 60 seorang.

Utk pendaftaran whatsapp ke http://www.wasap.my/60122699991/FCSC2.0

MENGAROK
18/09/2022

MENGAROK

UPACARA MENGAROK ? SALAH SATU ISTIADAT ISTANA PAHANG ?

Berdasarkan HIKAYAT PAHANG mengarok berasal dari askar-askar bugis dan di ketuai oleh salah seorang panglima bergelar selawatang. Askar-askar ini di bawa oleh Ungku Temenggong Telok Belanga Singapura ke negeri Pahang untuk membantu Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad sebaik sahaja masuk ke negeri Pahang bersama Syed Idrus dari Kelantan.

Upacara MENGAROK pertama diadakan didaerah Chenor dgn jemputan dari orang-orang besar Pahang untuk mengalu-alukan Wan Ahmad diangkat menjadi Bendahara serta pemerintah Pahang bergelar Bendahara Siwa Raja pada 16 Ogos 1881. Selepas itu acara mengarok terus diadakan dari masa kesemasa seperti dalam istiadat Perkahwinan Diraja,Hari Keputraan,Istiadat Pertabalan Diraja, Berkhata, bertindik serta apa jua sambutan yg dilakukan secara besar-besaran negeri Pahang.

Sebelom bertolak untuk melaksanakan istiadat Mengarok doa selamat dibacakan kemudian sambil berselawat mereka mara kehadapan dalam bentuk dua barisan tersusun ke satu lokasi yg telah di sepakati bersama.Setelah sampai ke tempat yg dituju kedua-dua pasukan mara seperti berperang sambil melaungkan "Chah" & "Arok" berkali-kali antara pasangan lawan serta melakukan aksi pencak silat mempamirkan kemahiran bermain senjata masing-masing.Kemahiran bersenjata ini akan dipamirkan dgn penuh teliti serta kepakaran yg tinggi bagi menjamin persembahan yg mengagumkan serta keselamatan kedua pihak terjamin.Namun ada beberapa khabar lisan juga turut menyatakan terdapat anggota mempamirkan Kekebalan tubuh bagaimanapon hal tersebut telahpon dikeluarkan dari acara persembahan.

Kebiasaan upacara mengarok juga di mulakan oleh 4 orang atau 8 orang bergelut dahulu lalu barulah disambut langsung oleh para pengikut yg lain.

Lazimnya bilangan peserta mengarok terdiri dari 40 orang pahlawan yg akan dbahagikan kepada 2 kump**an.Setiap satu diketuai oleh ketua masing-masing.Kesemua ahli yg terlibat berpakaian perang berselempang serba hitam dengan mengenakan tengkolok 'bugis tak balik' sebagai pelengkap diri.

Sebagai tanda penutup aksi mengarok tadi pasangan akan temukan tangan yg terhunus keris secara bersilang,bahu bertemu bahu dan masing-masing akan berdiri di atas sebelah kaki sebagai isyarat gelutan arok ditamatkan.Sorak surai antara mereka pon dilaungkan.Namun acara mengarok tidak selesai di situ sahaja kerana ia akan diulang beberapa kali lagi dgn persetujuan bersama dua pihak tadi.

Upacara mengarok ini dilakukan dengan penuh teliti serta kawalan yg tinggi bagi manjamin keselamatan semua yg terlibat disamping memupuk minat kepada generasi muda untuk terus mendekati seni peperangan tempur jarak dekat bersenjata.

*acara ini masih diteruskan sehingga sekarang untuk majlis-majlis perkahwinan dan salah satu kump**an silat yg masih giat memelihara acara mengarok ini adalah kump**an Seni Silat Pancha Delima. Allahualam

17/09/2022
08/09/2022

Pingat Hang Tuah dianugerahkan khas bagi mengenang jasa dan keberanian kanak-kanak. Anugerah pertama pingat ini telah diberikan kepada Mohd Nor bin Osman yang berasal dari Terengganu pada 22 Oktober 1960. Beliau telah menerima Pingat Hang Tuah daripada D.Y.M. Yang DiPertuan Agong pertama dan mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberaniannya menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam kejadian pertama, Mohd Nor telah menyelamatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun yang hampir lemas di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu. Dalam kejadian kedua, beliau telah menyelamatkan seorang budak perempuan.

Pingat Hang Tuah ketiga telah dianugerahkan kepada Rusnah bt. Aksah yang berasal dari Pahang kerana keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak cina berusia tiga tahun yang hampir lemas di Sungai Semenyih, Selangor pada 24 Februari 1961. Beliau merupakan penerima tunggal kanak-kanak perempuan untuk Pingat Hang Tuah ini. Penganugerahan Pingat Hang Tuah yang dimulakan pada tahun 1960 atas daya usaha Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) telah diberhentikan pada tahun 1978. Kini anugerah kanak-kanak yang disediakan adalah Tokoh Kanak-Kanak Kebangsaan yang di khaskan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang cemerlang dalam bidang akademik.

Gambar bawah adalah Musa bin Zainuddin, penerima anugerah 1976

06/09/2022

WIRA SILAT KIDS CHAMPIONSHIP 2022
[OPEN REGISTRATION]

Assalamualaikum & Greetings!

Wira Silat Kids Championship is organized by Akademi SILAM (Silat Melayu) in collaboration with DPULZE Shopping Centre to celebrate your children’s end-of-year holidays by showcasing their ability to fight in the first ever SILAT FULL CONTACT for kids.
We are glad to announce that the registration is now open! It is definitely an opportunity to highlight the talent, passion and courage of your children by joining this event.

Below are the details of the event :-

EVENT PERIOD
Registration Period : 1st September – 15th October 2022
Date of Event : 12th November – 13th November 2022
Time : 8.30 a.m – 8.00 p.m

LOCATION
DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya

CATEGORIES
Male – Weight : 11kg – 43kg
Female – Weight : 11kg – 43kg

PRIZES
Male :-
Pesilat Terbaik I : RM300 + Trophy
Pesilat Terbaik II : RM200 + Trophy
Pesilat Terbaik III : RM100 + Trophy

11 categories :-
1st Place : RM200 + Trophy (per category)
2nd Place : Trophy (per category)

Female :-
Pesilat Terbaik I : RM300 + Trophy
Pesilat Terbaik II : RM200 + Trophy
Pesilat Terbaik III : RM100 + Trophy

11 categories :-
1st Place : RM200 + Trophy (per category)
2nd Place : Trophy (per category)

REGISTRATION FEES
EARLY BIRD : RM65 per participant (first 50 registrars)
GROUP : RM65 per participant (min 5 pax team members)
NORMAL FEE : RM70 per participant

PARTICIPATE KIT
T-Shirt
Drawstring Bag
Medal (awarded to all participants)

ADDITIONAL
- E-Certificate provided
- To register, please click on the link and fill in the registration form below. Registration Form: https://forms.gle/9aSiG9sgf3PAPR9s6
- Attached is the link to our Telegram group for this event. Any information will be updated here, Telegram Group : https://t.me/wirasilatkidschampionship

Feel free to follow our Facebook & Instagram too!
Facebook : Akademi SILAM
Instagram :

For further enquiries, contact us via WhatsApp :
Athirah Roslan
http://wa.me/60102087154
Hazirah Roslan
https://wa.me/601121182988

WIRA SILAT KIDS CHAMPIONSHIP 2022
“Your Journey Begins Here, Little Champ!”

05/09/2022

TERIMA KASIH ATAS TEMPAHAN DAN SOKONGAN ANDA SEMUA.

"SENANDIKA JEMALA,MAHKOTA JEMALA"

⬛-TANJAK KAIN HITAM RM 50
🔲-TANJAK HITAM / SONGKET (2 WARNA) RNM 70
🟪-TANJAK KAIN SONGKET CETAK RM 90
🟦-TANJAK KAIN SONGKET RM 90

🕐🕐-TEMPAHAN MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG 1-2 HARI.
🚚🚚-KOS PENGHANTARAN RM 10 SEMENANJUNG MALAYSIA
✈️✈️-UNTUK SABAH DAN SARAWAK.KOS PENGHANTARAN DI BAYAR SENDIRI OLEH PENEMPAH
🏡🏡-UNTUK MENGAMBIL SENDIRI BOLEH TERUS KE LOKASI KAMI DI MERU,KLANG.SELANGOR DARUL EHSAN

👉UNTUK KETETANGAN LANJUT DAN PILIHAN KAIN.TERUS HUBUNGI NO INI.

Www.wasap.my/60182192397/TANJAK
Www.wasap.my/601160553637/TANJAK

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN 👍👍👍
MAAF ANDAI TERDAPAT KEKURANGAN🙏🙏🙏























"TERUS BERTANJAK"

05/09/2022

🔴BAJU EDISI JATIDIRI🔴

🔥Cetakan Sublimation Terus Ke Metarial🔥

‼️TEKAN LINK WHATSAPP DI BAWAH ‼️

🛑Jenis Kain : Mini Eyelet

🛑Harga : 50
🛑Pos : 10 (semenanjung)
: 15 (Sabah Sarawak)

⛔️PRE-ORDER dibuka sehingga 25/9.⛔️

🛑Detail Keluaran: PRE-ORDER
- yang mana kita ambil order Dan bayaran dahulu.

🛑Baju Mula dicetak selepas Dari tarikh tutup Open Order.

🛑Tempoh Cetakan 2-3 Minggu

🛑Detail Pos (No Tracking Pos) akan diberikan pada costumer setelah segala urusan selesai..

🛑(50/pcs + 10 Pos)

🔥Biarlah Sekurangnya kita ada satu yang dibawa untuk Semangat Dan Mengingat Akan JatiDiri Anak Bangsa.🔥

http://www.wasap.my/60133559915

04/09/2022

Silat Pulut . . Angin utaraa

12/11/2019

MUSTAFA KAMAL ATATURK - Kematian yang menyiksakan

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan?

Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki.

Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.
Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.

Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.
Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.
Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik.
Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.


Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang.

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau.
Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa p**a ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?”

Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan”

Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi.

Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Cc: akuIslam

06/11/2019

“ KUBU DATO MAHARAJA LELA “

Siapa tahu gambar ni kat mana? Pernah pergi? Siapa yang tak pernah pergi, pergilah kesana untuk menjiwai kemerdekaan.

INILAH kubu Dato Maharaja Lela yang menjadi tempat pertahanan terakhir orang Melayu Pasir Salak ketika berperang dengan Inggeris pada 5 November 1875.

Ia pernah dibina semula untuk tatapan generasi kini dan hari ini sangat kurang orang tahu tentang tempat ni

Jika anda ada masa lapang, ayuh kita ke sana berdekatan dengan Kompleks Pasir Salak!
Cc: Orang Perak

04/11/2019

Ya Allah, mendapat perkhabaran Ustaz Azhar Idrus mengalami kemalangan ketika berbasikal petang tadi..marilah sama kita doakan semoga beliau diberi kesembuhan.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا



04/11/2019

“PAHLAWAN SUFI DARI PAHANG”

Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan..iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya, saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan, tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau.. yang ditugaskan untuk menangkapnya, tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya, selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati..diusung ke anjung istana negeri Kelantan, sambil disaksikan orang ramai.

Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam, dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.

Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya.. lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.

Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan.. Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan.

Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu..yang mengoyakkan kulit belikatnya, tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya!

Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot, dan membocorkan rahsia kepada Inggeris, bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja!

Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!!

Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris, dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas..semata-mata bagi membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau ketika dalam pelarian, mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat p**a berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu!

Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam, dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau berpura-pura mati pada tahun 1895..untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.

Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang, lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu, daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri..iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan..melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini, laluannya masih tetap digunakan, khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam, pada bulan Oktober 1895 manakala..The Free Press p**a menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku.. tidak diketahui orang ramai, kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri, serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali, dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778..dan bernama Mohamad bin Ibrahim, supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969 pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar, setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam, kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu .

Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang.

Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan.. dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar, oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She

Oleh itu maka sahlah, Mat Siam itu adalah Mat Kilau, anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya.. dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada, atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian, dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya 50 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam.. iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau, untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jagalah Agama , Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara . Jangan Sampai Bangsa Ku Tiada Negara."

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nusantara Historycal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nusantara Historycal:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Shah Alam

Show All