Tok Hijau Empire Official

Tok Hijau Empire Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tok Hijau Empire Official, Video Creator, Shah Alam, Selangor, Malaysia, Shah Alam.

HAYATI MUTIARA KATA MAT KILAU YANG SEBENAR➰ "Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, ...
02/07/2022

HAYATI MUTIARA KATA MAT KILAU YANG SEBENAR

➰ "Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini."

➰ " Kalau beragama jangan sekadar pakaian (syariat), biar bersih juga tubuhnya (hakikat)."

➰ "Kalau belajar, jangan sekadar ilmu biar kukuh juga adabnya."

➰ "Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-Nya."

➰ "Janganlah kita menyusahkan orang lain, biarlah kita susah dan bersyukurlah kepada Allah."

➰ "Biar orang lain menganiaya kita kita, janganlah p**a kita menganiaya orang lain."

➰ "Kalau beramal dengan ayat Al-quran bukanlah dengan tujuan tertentu, sebaliknya beramal dan berzikir semata-mata kerana Allah."

➰ "Bila amalan itu menjadi darah daging, dengan izin Allah kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah dan jangan sesekali takbur dan cuba menguji kelebihan yang diberi."

➰ " Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan solat, jika terpaksa hendaklah mengqadar solat dengan segera.'

➰ "Jangan sesekali mereka yang beramal memasuki ke tempat ibadat bukan islam."
Sumber Kata Mutiara : Mingguan Kota hasil wawancara dengan cucu saudara Mat Kilau, Cik Abu Bakar Hassan, halaman 26,

Bissirril Fatihah Aki Hj Mat Kilau Bin Hj Imam Rasu

Batas Waktu Cukur & Memotong Kuku Bagi yang Hendak BerqurbanHari khamis tgl 30 Dzulqae'dah/tgl 30 jun2022 hari terakhir ...
01/07/2022

Batas Waktu Cukur & Memotong Kuku Bagi yang Hendak Berqurban

Hari khamis tgl 30 Dzulqae'dah/tgl 30 jun2022 hari terakhir untuk bercukur dan memotong kuku bagi yang berniat berkurban.

1 Dzulhijjah = Hari juma'at/tgl 1 Julai 2022
2 Dzulhijjah = Hari sabtu/2 Julai 2022
3 Dzulhijjah = Hari ahad/tgl 3 Julai 2022
4 Dzulhijjah = Hari senin/tgl 4 Julai 2022
5 Dzulhijjah = Hari selasa/tgl 5 Julai 2022
6 Dzulhijjah =Hari rabu/tgl 6 Julai 2022
7 Dzulhijjah = Hari khamis/7 Julai 2022
8 Dzulhijjah = Hari juma'at/tgl 8 Julai 2022
9 Dzulhijjah = Hari sabtu/tgl 9 Julai 2022

HARAM PUASA :

10 Dzulhijjah =Hari ahad tgl 10 Julai 2022
11 Dzulhijjah =Hari senin tgl 11 Julai 2022
12 Dzulhijjah =Hari selasa tgl 12 Julai 2022
13 Dzulhijjah =Hari rabu tgl 13 Julai 2022

Note:
Tanggal 1 - 9 Julai 2022 disunnahkan puasa dan perbanyak amal sholeh
kerana pahalanya akan dilipatgandakan.

Puasa Arafah 9 Dzulhijjah = 9 Julai 2022
Idul Adha 10 Dzulhijjah = 10 Julai 2022

Tanggal 11, 12 dan 13 Julai 2022/ 11, 12 dan 13 Dzulhijjah 1443 adalah hari TASYRIK = HARAM PUASA

Sebarkan informasi ini, kerana tiap kali orang yang tau kemudian mengamalkan amal sholeh tersebut maka kita yg memberikan informasi akan mendapatkan sama seperti orang yang mengerjakan amal tersebut.

NB: penetapan tanggal 1 Dzulhijjah menunggu informasi resmi penyimpan mohor besar raja2 melayu

SEMOGA BERMANFAAT

TRIVIA TOKOH : KISAH PAHLAWAN MELAYU ULUNG BERNAMA “MAT KILAU”Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak Britsh juga g...
01/07/2022

TRIVIA TOKOH : KISAH PAHLAWAN MELAYU ULUNG BERNAMA “MAT KILAU”

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak Britsh juga gagal untuk membunuh beliau.

Mat Kilau berundur bukanlah kerana takut kepada British, bahkan beliau memilih untuk hidup di tempat baharu dengan nama yang baharu.

Di sana sini ada ramai pengkhianat bangsa yang bekerja untuk penjajah pada ketika itu.

Bukan sahaja British yang memburu beliau, malahan orang Melayu sendiri termasuk pihak istana telah menghantar orangnya untuk memburu Mat Kilau.

Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh British dan kuncu-kuncunya. Beliau terpaksa mengasingkan dirinya dan berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan yang terakhir beliau memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Allah telah menggerakkan hati Mat Kilau untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar.
Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.

Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Pahlawan Melayu yang ulung ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.

Selepas bersolat Jumaat, beliau membaca al Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga kerajaan Pahang telah bertindak menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasatnya pada Januari 1970.

Pada 6 Ogos 1970, Mat Siam telah diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Beliau meninggal dunia empat hari selepas pengiktirafan terhadap dirinya, kerana beliau sudah terlalu uzur pada usia sekitar 122 tahun.

Sumber : Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

29/06/2022

MENGINGAT MANUSIA ADALAH PENYAKIT , MENGINGAT ALLAH ADALAH OBATNYA

'Umar bin Khaththab رضي اللّه عنه bertutur :

” ‏عليكم بذكر الله تعالى؛ فإنّه شفاء
وإيّاكم وذكر النّاس فإنّه داء “

“ Wajib atas kalian untuk mengingat Allah Ta'ala ...
karena sesungguhnya ia adalah obat ...

Dan hati-hatilah kalian dari mengingat manusia, karena sesungguhnya ia adalah penyakit.”

{ HR.Ahmad Az-Zuhd : 151 }

29/06/2022

Nantikan Kegilaan Tapai Tapak Kosong.gengster Tasik Geluluq

‎عندما يثقل قلبك، دعه يسحبك إلى السجود.Ketika hatimu memiliki beban yang terasa berat, biarkanlah ia menarikmu jatuh ke ...
28/06/2022

‎عندما يثقل قلبك، دعه يسحبك إلى السجود.

Ketika hatimu memiliki beban yang terasa berat, biarkanlah ia menarikmu jatuh ke bawah untuk bersujud.

Terbaik abg 4x4

28/06/2022

Penyesalan itu datangnya selalu di akhir agar kita memiliki waktu yang lebih untuk belajar

Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dil...
26/06/2022

Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat.
Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya.

Video bersejarah Mat Kilau mandi embun & mengaku identiti beliau pada umur 123 tahun : https://vt.ttiktok.me/lCcnE

Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya".
"Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)"
"Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata."
"Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata"
"Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu."
Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya.
"Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja."
"Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar."
"Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah."
"Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya."
Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh.
Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang malam ini , Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau.
Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.
Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”
Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”
“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!
“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”
Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.
Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat p**a berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press p**a menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.
26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu.
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”
"Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."
Moga Allah merahmati Untuk Allahyarham Mat Kilau.

Video bersejarah Mat Kilau mandi embun & mengaku identiti beliau pada umur 123 tahun : https://vt.ttiktok.me/lCcnE

Sumber :- Tengku Daeng Mawelle
Semoga Bermanfaat
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Allahuakbarrr...dari Dia kita datang,kepadaNya juga kita dikembalikan.‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Al-Fatih...
25/06/2022

Allahuakbarrr...dari Dia kita datang,kepadaNya juga kita dikembalikan.

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
Salam Takziah kepada seluruh keluarga pasangan ni...
‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
‎آمِّيْن...

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

semoga roh Dika Dk n Ruby dicucuri rahmat

‎اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sama² sedekahkan kepada kedua pasangan nie.Semoga kita semua diberkati,dirahmati Allah hendaknya.


25/06/2022
“Ikhlas itu adalah engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pu...
24/06/2022

“Ikhlas itu adalah engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan celaan mereka.”

[Imam Al Ghazali]

24/06/2022

Bukan contoh..tapi ini realiti..

24/06/2022

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞

Tidak semua nikmat yang di beri oleh-Nya perlu di 'show off' kepada khalayak, kerana mata pendengki itu lebih merbahaya dari kenikmatan yang patut di syukuri, bukan di kufuri. Syukur dengan berhati hati lebih mulia dari di pamer dan di tunjuk tunjuk..

Aamiin ya rabb...salam takziah buat seluruh ahli keluarga...إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْناَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه...
18/06/2022

Aamiin ya rabb...salam takziah buat seluruh ahli keluarga...

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عَنْه
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

18/06/2022
18/06/2022

"Jangan kamu RASA DENGKI pada seseorang atas satu nikmat yang diterimanya, sesungguhnya kamu tak tahu apa yang Allah telah ambil daripadanya."

Dan janganlah kamu sedih atas satu musibah, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang Allah akan gantikan kamu daripadanya.

Maka ucaplah "Alhamdulillah" selalu."

Syeikhmutawalliassyakrowi

Jom! Teruskan selawat...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Address

Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tok Hijau Empire Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Shah Alam

Show All