04/05/2024
Ada yang masih bertanya. Apa beza diantara visa Haji dengan permit Haji.
Visa Haji digunakan untuk kebenaran masuk ke negara Arab Saudi apabila bermulanya bulan-bulan Haji.
Manakala permit Haji p**a digunakan untuk kemasukan jemaah Haji ke Masya'er Haji bermula dari Arafah dan berakhir di Mina. Tiada permit walaupun ada visa Haji, kita tetap tidak dibenarkan masuk ke Arafah dan Mahkan ke Mina sekalipun!
Harga visa Haji biasanya antara 15k sehingga 30k (mengikut jenis tawaran visa Haji tersebut). Rasanya tahun ini tidak dengar lagi visa Haji dibawah 20k.
Harga Masya'er Haji p**a bermula dari 18k sehingga 30k (dan kemungkinan sampai 100k mengikut budget jemaah Haji) dan dibayar melalui website Nusuk Haji.
Tawaran yang muassasah berikan melalui saya adalah:
25,900 untuk visa haji, permit Haji, Khemah di Arafah, transport hari Arafah, makan minum selama berada di Arafah.
Untuk penginapan di Makkah sebelum dari hari Arafah dan selepas Arafah, bolehlah DIY. Sama jugalah dengan Madinah. Ini saya boleh berikan panduan serba sedikit, InsyaALLAH...
Jika mahu ambil pilihan Haji dengan kos 25,900 itu, saya syorkan bersegeralah beli tiket penerbangan dan bertolak 5 hari sebelum 9 Zulhijjah / 10 Jun 2024 dan bolehlah kembali ke Tanahair sekitar 30 Jun 2024.
Naum bagi siapa yang mahu pakej penuh, boleh saja membuat tambahan sebanyak 38,800 disamping perlu membayar kos visa Haji berjumlah 25,900 tadi.
Jumlahnya keseluruhannya: 64,700.
Apa yang anda bakal perolehi dengan kos ini?
+Tiket kapal terbang pergi dan balik.
+Penempatan di Makkah dan Madinah.
+Penempatan berdekatan Jamarat (Untuk Mabit dan melontar Jamarat yang tiga).
+Makan minum 3 kali sehari.
+Caruman Takaful Al-Khairi (sedari bertolak dari Tanahair sehingga p**ang semua ke Tanahair)
+Bagasi
+Pakaian Ihram (telekung dan Ihram lelaki)
Ok done penjelasan panjang lebar hamba..
RM bukan Riyal.. Hahahai..