The Chronology

The Chronology It's about date and time! What happened to Malaysia in 1993 to 2023.

04/01/2024

Kenapa The Chronology hanya kisah, tragedi, berita dari 1993 hingga 2023?
πŸ€”πŸ€“

πŸ“ Simbolik 30 tahun ini adalah tahun saya actively menjadi 'pembaca berita' kepada arwah nenek dan mak saya, ketika itu setiap hari saya akan diminta ke kedai untuk beli surat khabar.

πŸ“Œ Awal 90an, saya baru masuk sekolah rendah, Alhamdulillah kemahiran cepat membaca bantu saya jadi 'pembaca berita' kepada arwah nenek & mak saya sebab mereka berdua tahu dan faham jawi, bukan rumi.

πŸ“ Kebetulan masa itu, negara digemparkan dengan pembunuhan ADUN Raub, Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 juga Kondominium Highlands Towers runtuh, mereka memang ikuti perkembangan kes-kes ini setiap hari.

πŸ“Œ Perkara yang paling saya ingat, nenek mesti beri duit sekitar RM3 hingga RM5 πŸ’΅πŸ’Ά..masa itu sudah dapat beli banyak surat khabaπŸ—žοΈπŸ“°..

πŸ“ Nenek cakap, beli semua atau macam-macam akhbar sebab setiap akhbar mungkin ada maklumat berbeza...saya s**a cara pemikiran πŸ’‘nenek.

πŸ“Œ Kebetulan saya s**a ambil tahu, baca kisah2 sebegini dan hari ini, saya juga sebahagian dari pencatat sejarah negara...

πŸ“ Adakalanya, dalam penulisan berita setiap hari...Saya juga memerlukan previous cases yang related dengan current incidents sebagai background story.

πŸ“Œ Saya fikir why not saya compile bahan2 yg saya ada dalam bentuk ringkasan yang mudah difahami serta dikongsikan kepada umum berdasarkan maklumat sahih juga pengalaman sendiri di lokasi kejadian.

πŸ“ Saya berdoa jika apa yang saya buat memberi manfaat dan kebaikan kepada umum, semoga pahalanya In Syaa Allah sampai kepada arwah nenek, mak serta abah.

πŸ“Œ Al Fatihah buat mereka. Arwah nenek dijemputi Ilahi ketika saya secondary school, mak p**a ketika saya tahun pertama di universiti dan abah hanya sempat melihat saya sebagai pemberita kira-kira 5 tahun sebelum pergi selamanya. He’s my best supporter dalam bidang ini.

πŸ“ Terima kasih semua rakan pelbagai media either senior or junior.. juga agensi-agensi media, google, wikipedia yang membantu saya menghasilkan page ini.

πŸ“Œ Mohon dihalalkan segala informasi yang diberikan, dikongsikan dan menjadi rujukan saya untuk The Chronology ☺️.

EDISI PEMBUNUHAN KEJAM2 Julai hingga 18 Julai 1993 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Raub, Datuk Mazlan Idris hilang &...
04/01/2024

EDISI PEMBUNUHAN KEJAM

2 Julai hingga 18 Julai 1993 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Raub, Datuk Mazlan Idris hilang & dibunuh, kemudian mayatnya ditemui pada 22 Julai 1993, ditanam 1.8 meter di bawah stor sebuah rumah yang belum siap dan ditutup lebih dengan penutup konkrit di Kampung Peruas, Ulu D**g, Raub, Pahang.

7 Oktober 2000 - Seorang jurutera muda, Noor Suzaily Mukhtar dirogol, diliwat dan dibunuh di dalam sebuah bas persiaran ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya.

πŸ”πŸ” Sedang dikemaskini

Nota Kaki : Kronologi setiap kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa, Terima kasih.

EDISI PERISTIWA TERGEMPAR 31 Ogos 1994 – Rompakan terbesar jongkong emas bernilai USD 3 juta pada Hari Kemerdekaan ke 37...
04/01/2024

EDISI PERISTIWA TERGEMPAR

31 Ogos 1994 – Rompakan terbesar jongkong emas bernilai USD 3 juta pada Hari Kemerdekaan ke 37 oleh 14 ahli Geng Mamak.

21 Oktober 1994 – Gerakan Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan, lebih 5 ahli ditahan termasuk pemimpinnya, Ashaari Muhammad (pemimpin pergerakan) di bawah ISA.

3 Ogos 1996 – Semenanjung Malaysia bergelap lebih 12 jam berikutan gangguan elektrik seluruh Semenanjung Malaysia, insiden kedua selepas kejadian pada 1992.

23 April 2000 – Seramai 21 orang diculik oleh kump**an pengganas Filipina Abu Sayyaf di Pulau Sipadan, Sabah.

2 Julai 2000 – Sekump**an 27 anggota Al-Maunah melarikan senjata dan ribuan peluru dari kem Rejimen Askar Wataniah di Gerik, Perak.

4 hingga 13 Mac 2001 - Peristiwa pergaduhan Kampung Taman Medan di Petaling Jaya Selangor sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.

20 Nov 2006, 2 pagi – Rompakan gudang di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung membabitkan 20 suspek merompak mikrocip dan komponen dengan kerugian RM48 juta.

7 Februari 2011 – Misi Ops Piramid berjaya. Kira-kira lebih 7,000 orang Malaysia rakyat dipindahkan dari Mesir.

8 Feb 2013 - Pencerobohan Lahad Datu mengakibatkan 12 perwira negara negara terbunuh dan menyebabkan kematian 56 pengganas dan enam orang awam.

7 Mac 2019- Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019, kejadian pencemaran air berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor

25 Januari 2020- Pandemik COVID-19 yang melanda dunia, tiba di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan diikuti PKPB, PKPP. Setakat 26 Ogos 2023, 5,123,264 kes di Malaysia, 5,073,384 kes pulih sepenuhnya dan 37,165 kes kematian serta 12,715 kes masih aktif.

Nota Kaki : Kronologi setiap kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa, Terima kasih.

EDISI TRAGEDI & BENCANA 2013 - 202321 Ogos 2013 - Nahas bas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur mengor...
04/01/2024

EDISI TRAGEDI & BENCANA 2013 - 2023

21 Ogos 2013 - Nahas bas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur mengorbankan 37 nyawa manakala 16 yang lain cedera.

8 Mac 2014 - Pesawat Boeing 777 (MH370) membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing hilang.

17 Julai 2014 - Penerbangan Malaysia Airlines Boeing-777, MH17 dari Amsterdam untuk p**ang ke Malaysia ditembak di wilayah Donetsk menyebabkan 298 dari 10 buah negara terbunuh termasuk 80 kanak-kanak.

4 April 2015 – Nahas helikopter, AS 3655N2 Dauphin (Nombor Pendaftaran 9M-1GB) di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru dekat Semenyih, Selangor menyebabkan 6 terbunuh termasuk bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jamaluddin Jarjis.

7 Jun 2015 – Gempa bumi Gunung Kinabalu mengorbankan 19 mangsa, terdiri daripada 6 warga tempatan, selebihnya Singapura.

5 Mei 2016- Helikopter jenis Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar, Sarawak menyebabkan 6 maut termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

18 Februari 2017 – Seramai 8 remaja lelaki berumur 13 hingga 17 tahun berbasikal maut apabila dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

17 Mac 2017 – Seramai 7 kanak-kanak mati lemas ketika menangguk ikan di anak Sungai Selangor berhampiran Kampung Timah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

2 Jun 2017 – Seramai 7 pelajar tahfiz berusia 15 hingga 17 tahun maut selepas van dinaiki terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan.

14 September 2017 - Insiden menyayat hati membabitkan 21 pelajar dan dua guru yang maut selepas asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur sengaja dibakar.

3 Oktober 2018, 9.15 malam, Rabu – Seramai 6 anggota Pas**an Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba Selangor maut ketika menjalankan operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

24 Mei 2021 - Dua gerabak aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya parah.

17 Disember 2021 - Seorang ibu bersama lapan anaknya terkorban dalam nahas jalan raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), dekat Shah Alam.

18 Disember 2021 - Banjir besar melanda 8 negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu mengakibatkan 48 orang terkorban dan lima masih hilang.

18 Disember 2022 - Tragedi Batang Kali pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

17 Ogos 2023 - Nahas pesawat Beechcraft Premier 1 terhempas dan mengorbankan 10 nyawa membabitkan 8 dalam pesawat serta dua orang awam yang melalui lokasi nahas di Bandar Elmina, Shah Alam Selangor.

Nota Kaki : Kronologi setiap kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa, Terima kasih.

EDISI TRAGEDI & BENCANA 2003 - 20121 Disember 2003 – Seramai 14 penumpang terbunuh dalam kemalangan 2 bas, di Jalan Kual...
04/01/2024

EDISI TRAGEDI & BENCANA 2003 - 2012

1 Disember 2003 – Seramai 14 penumpang terbunuh dalam kemalangan 2 bas, di Jalan Kuala Lipis-Merapoh.

12 Julai 2004 - Helikopter jenis Bell 206 Long Ranger terhempas di Bario Sarawak mengorbankan 7 mangsa termasuk Menteri Muda Sarawak, Dr Judson Sakai Tagal.

26 Disember 2004 – Malaysia dilanda Tsunami Lautan Hindi mengorbankan 67 orang dengan 52 di Pulau Pinang, 12 di Kedah, 2 di Perak dan 1 di Selangor.

30 Julai 2006 – Seramai 11 penumpang terbunuh dalam kemalangan bas berhampiran Persimpangan Jawi, Pulau Pinang, di Lebuhraya Utara-Selatan.

13 Julai 2007, Jumaat - Helikopter Nuri milik TUDM bersama 6 anggota terhempas berdekatan Terowong Genting Sempah, Genting Highlands, Pahang ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sungai Besi menuju Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

26 November 2009 - Tragedi bot karam di Kudat, Sabah, meragut 28 nyawa, kebanyakannya dalam perjalanan p**ang menyambut Hari Raya Aidiladha.

26 Disember 2009 - Seramai 10 maut dalam nahas bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUs) arah utara dekat Plaza Tol Ipoh Selatan.

10 Oktober 2010 – Seramai 12 terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam kemalangan 2 bas, 3 kereta dan sebuah van di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Simpang Ampat.


21 Mei 2011 - Tragedi tanah runtuh Hulu Langat di sebuah premis di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, Selangor, menyebabkan 25 Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terperangkap & tertimbus, berumur bawah 18 tahun.

7 Ogos 2011 - Tanah runtuh Cameron Highlands di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang, ketika mangsa menyiapkan juadah untuk berbuka puasa dan menunggu waktu berbuka.

Nota Kaki: Kronologi setiap kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa, Terima kasih.

EDISI TRAGEDI & BENCANA 1993 – 200211 Disember 1993, 1.35 petang - Tragedi Highland Towers, runtuhan satu daripada 3 blo...
04/01/2024

EDISI TRAGEDI & BENCANA 1993 – 2002

11 Disember 1993, 1.35 petang - Tragedi Highland Towers, runtuhan satu daripada 3 blok kondominium yang mengorbankan 48 nyawa.

30 Jun 1995 - Tanah runtuh Genting Sempah mengakibatkan 21 terbunuh dan 23 cedera.

15 September 1995 - Sebuah pesawat MAS, Fokker 50 terhempas dan meletup di Tawau, mengorbankan 34 orang dalam pesawat dan mencederakan 9 mangsa di darat.

29 November 1995 - Helikopter Bell 412-SP terhempas di perairan Pulau Tiga di Laut China Selatan mengakibatkan 11 maut (laporan ketika itu ada menyebut masih ada tidak ditemui hingga kini)

16 Julai 1996 – Sebuah bas terjunam ke dalam gaung sedalam 120 meter di kilometer 1 di Lebuhraya Genting Sempah-Genting Highlands, mengorbankan 17 mamgsa termasuk kanak-kanak.

29 Ogos 1996 - Tragedi banjir lumpur di penempatan Orang Asli Pos Dipang di Kampar, Perak mengorbankan 44 orang mangsa.

26 Dec 1996 - Ribut Tropika Greg membadai Sabah mengorbankan 238 nyawa membabitkan 15 warga tempatan selain 102 orang dilaporkan hilang, antara bencana terburuk dalam sejarah negara.

3 Mac 1997
Helikopter Agusta A109E terhempas, meletup di Kampung Jeransang, Sungai Tamar, Kuala Lipis, Pahang mengorbankan tiga mangsa termasuk Pengerusi DRB-Hicom Malaysia, Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri, Puan Sri Rohana Othman.

19 Mac 1997
2 Helikopter Sikorsky S-61A-4 milik TUDM terhempas di Sipitang, Sabah mengorbankan 11 mangsa yang terdiri daripada pegawai dan anggota TUDM.

21 November 2002 – Tanah runtuh di Banglo Pengerusi Affin Bank Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar menyebabkan 8 terbunuh, mayat isteri ditemui dalam keadaan bertelekung.

Nota Kaki : Kronologi setiap kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa, Terima kasih.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Chronology posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Chronology:

Share