14/11/2021
MELAKA BANDARAYA PELANCONGAN YANG MAJU HASIL TITIK PELUH KERAJAAN & SOKONGAN RAKYAT
Melaka tersenarai antara destinasi pelancongan dunia yang pop**ar untuk diterokai pada tahun 2022. Tersenarai sebagai destinasi ‘trend pop**ar’ untuk 2022, platform ini mengangkat Melaka sebagai lokasi percutian yang bakal menjadi tumpuan ramai tahun depan, sekaligus bakal memulihkan industri pelancongan negara. Justeru inisiatif ini merupakan salah satu langkah proaktif kerajaan Negeri Melaka bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) bagi memulihkan pelancongan serta menggalakkan rakyat Melaka bercuti dalam negeri sendiri.
Sehubungan itu kejayaan menjadikan Melaka bandaraya pelancongan bertaraf dunia adalah usaha kerajaan sejak merdeka sehingga ke hari ini. Justeru pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Negeri Melaka dalam memajukan dan mempromosikan aktiviti pelancongan di negara ini. Usaha tersebut bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970 (RMK1) sehinggalah ke Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMK11).
Sejak dari tahun 1980an, strategi pembangunan pelancongan telah menjadi tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk menarik perhatian dan meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri Melaka melalui perancangan dan penyediaan kemudahan prasarana bagi menggalakkan dan memperkenalkan negeri Melaka di pasaran domestik dan antarabangsa. Antaranya pembinaan tempat-tempat bersejarah yang menarik seperti Perkampungan Portugis, Kota Belanda, Kota A’Famosa, Pulau Besar, Perigi, Replika Keris, Pancuran Air Ratu Victoria, Bukit St. John, gereja-gereja, perkuburan barat, Batu Megalith, dan makam diraja.
Selain itu, negeri Melaka juga semakin terkenal dengan pelancongan rekreasi dengan adanya Melaka River Cruise, Zoo Melaka & Safari Malam, Menara Taming Sari, dan lain-lain lagi melayakkan Melaka diangkat sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kerajaan Melaka melalui Tourism Melaka juga mengambil langkah memaju dan mempromosikan aktiviti pelancongan di negeri Melaka dengan melaksanakan strategi pelancongan yang memfokuskan kepada 12 sub-sektor pelancongan yang bertemakan ”Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia, mempertingkatkan promosi pelancongan berasaskan pasaran domestik dan antarabangsa, mempromosikan Niche Market atau Niche Product sekaligus mempertingkatkan kajian dan pembangunan pelancongan Negeri Melaka sebagai Bandar Warisan Dan Budaya.
Jelas sekali inisiatif ini menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan Kerajaan Melaka bagi memastikan pembangunan industri pelancongan melalui pemasaran dan promosi pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan yang terdapat di Melaka menjadi sebuah destinasi pelancongan yang unggul di dunia akan tercapai.
Oleh itu adalah penting seluruh rakyat Melaka memberi sokongan dan kerjasama terhadap inisiatif kerajaan ini dengan menggiatkan lagi usaha mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara sekaligus melaksanakan usaha berterusan dengan menambah lagi pelbagai produk pelancongan baharu bagi menarik kedatangan pelancong asing. Kitakan !