07/01/2026
Ini satu lagi punca besar kenapa pelajar Master dan PhD tumbang dalam viva.
Bukan sebab data.
Bukan sebab analisis.
Tetapi sebab theoretical framework / conceptual framework yang gagal berfungsi.
Ramai pelajar buat framework begini:
– ambil teori A
– ambil teori B
– lukis kotak
– sambung anak panah
Nampak cantik.
Nampak akademik.
Tapi bila panel tanya:
“Kenapa teori ini?”
“Kenapa pembolehubah ini?”
“Kenapa hubungan ini penting?”
Pelajar terus kaku.
Nanti dulu.
Masalahnya bukan lukisan.
Masalahnya framework itu tidak berfikir.
Framework bukan hiasan bab metodologi.
Framework ialah peta logik kajian.
Ia sepatutnya jawab soalan ini:
– Apa andaian asas kajian ini?
– Bagaimana teori menjelaskan fenomena?
– Kenapa pembolehubah ini dipilih, bukan yang lain?
– Bagaimana semua ini selari dengan research gap?
Kalau framework anda hanya “diambil” daripada kajian lepas tanpa hujah, itu bukan framework. Itu salinan struktur orang lain.
Lebih teruk bila berlaku ini:
– teori kata A mempengaruhi B
– tapi RQ tanya benda lain
– metod guna kaedah yang tak selari
– dapatan p**a ditafsir ikut logik sendiri
Bila benda ini berlaku, panel tak perlu tunggu lama.
Mereka terus nampak:
– anda ikut template
– tetapi anda tidak faham asas teori
– anda tidak tahu kenapa kajian ini wujud
Framework yang gagal akan buat seluruh tesis goyah.
Chapter 1 jadi kabur.
Chapter 2 jadi longgar.
Chapter 3 jadi tidak selari.
Chapter 4 jadi susah dipertahankan.
Sebab itu panel selalu tekan framework. Bukan kerana mereka cerewet. Tetapi kerana framework menunjukkan tahap pemikiran anda sebagai penyelidik.
Framework yang baik bukan yang paling kompleks. Tetapi yang jelas, konsisten, dan boleh dipertahankan secara logik.
Kalau anda sendiri tak boleh jelaskan framework tanpa baca skrip, itu petanda awal: framework itu belum matang.
Kalau anda pelajar Master / PhD (Sains Sosial):
Selalu rasa “saya tulis, tapi saya sendiri tak yakin”.
Atau takut viva sebab tak tahu apa panel sebenarnya nak.
Anda perlukan ruang belajar yang betulkan cara berfikir.
Jemputan Percuma - Komuniti Akademi PBP
Research Writing Meet Up Once a Month (Social Science) | 20 JAN 2026 | 8.30PM | Zoom
Ini bukan kelas.
Ini ruang bedah kes sebenar, bincang kesilapan sebenar, dan luruskan logik penulisan.
Daftar di sini untuk dapatkan Zoom link:
https://forms.gle/Khm3AjosZFrUSe6G9
Kalau sistem lama buat anda hampir tumbang, mungkin sudah tiba masa anda belajar dengan cara yang betul.