Mechanic Transmission

Mechanic Transmission Pomen Transmisi

02/06/2024

Barai gearbox sebab minyak gearbox tak cukup!

01/06/2024

Coolant kering jawabnya overheat la enjin korang tu

JAWATAN KOSONG !!Mekanik dan Pembantu Mekanik!!Transmatic Automotive SDN BHDSeksyen 15 Shah Alam.Mekanik Berpengalaman!R...
06/04/2024

JAWATAN KOSONG !!

Mekanik dan Pembantu Mekanik!!
Transmatic Automotive SDN BHD
Seksyen 15 Shah Alam.
Mekanik Berpengalaman!
RM2500-3500
Pembantu Mekanik!
RM1500-RM2000
Makanan Tengah Hari Percuma!
Tempat Tinggal Pekerja Disediakan!
Maklumat lanjut hubungi :
https://wasap.my/60126466894 (𝗠𝗨𝗜𝗭)
https://wasap.my/60148226282 (𝗦𝗬𝗔𝗙𝗜𝗤)
Email resume ke : [email protected]
𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶: 👇
9AM - 6PM
Isnin - Ahad
Jumaat cuti

Jangan main rembat je.. !!
23/03/2024

Jangan main rembat je.. !!

Sepatah dua kata
05/11/2023

Sepatah dua kata

Apa kata anda?
16/10/2023

Apa kata anda?

13/10/2023

Aku selalu perasan bahagian ni kalau customer mengadu gearbox problem… Dekat sticker mileage memang selalu tulis next service selalunya 40k km hingga 60k km.. untuk kereta "baru" keluar kilang, memang boleh lajak service sampai 60k km.. Tapi kita kena ingat, kereta kita makin lama, jadi kereta "lama" bukan jadi makin "baru". Betul tak.. ?

Jadi,,, disarankan 20k wajib service minyak gearbox sebab gearbox auto ni lemah dengan temperature panas. Sistem gearbox ni ada laluan keluar dan masuk ke oil cooler,,, iaitu sistem penyejuk… Minyak dari bahagian dalam gearbox akan bawa haba panas ke oil cooler.. Selepas disejukkan,,, minyak tu akan masuk balik ke dalam bahagian gearbox…

Begitulah perjalanan sistem dia, jadi bila minyak terlalu lama tak ditukar (lebih dari 20k), kualiti minyak akan menjadi teruk sampai tak mampu nak bawa haba panas tu ke oil cooler… Itu menyebabkan haba panas banyak terperangkap dalam gearbox dan gearbox mudah rosak.. Maka, terjadilah kes minyak jadi hitam dan bau hangit sebab clutch terbakar… lepastu mula lah cakap brand ini tak kualiti barang ini tak bagus padahal punca dia dari diri sendiri yg langsung tak ambik tau pasal gearbox.. jem pala

Share pada rakan2 anda yg menggunakan kereta auto.. !! 😁

PROTON CVT TRANSMISSION PART SUDAH SAMPAI ✈️NEW !!! TAHUN 2023 !!Mana2 workshop yg berminat boleh roger ya.. barang tak ...
03/10/2023

PROTON CVT TRANSMISSION PART SUDAH SAMPAI ✈️

NEW !!! TAHUN 2023 !!

Mana2 workshop yg berminat boleh roger ya.. barang tak ada warranty ya,, sy ulam barang tak ada warranty.. !!mana2 yg tau tu tau la ya.. klau nak warranty jugak bwak mari kereta aq psang siap.. 2 tahun warranty pon aq boleh bagi.. 😁

Secondary pulley ✅
Primary pulley ✅
Steel belt ✅
Valve body ✅
Wire harness ✅
Clutch plate ✅
Steel plate ✅
Pressure sensor ✅
Oring kit ✅
Nuetral switch ✅
Oil pump ✅
Solenoid ✅
Roller bearing ✅

Www.wasap.my/60126466894/vt2

25/12/2021

Transmission Repair
Proton Inspira
Cvt Transmission




31/08/2021

Transmission Repair
Proton Persona Latest
Convert Mini Cooper Part
CVT Punch Powertrain




31/07/2021

Transmission Repair
AUDI A4 CVT
0AW




10/02/2020

Info

1️⃣ Periksa tahap dan kondisi Automatic Transmission Fluid (ATF) dengan kerap. Pastikan ia berada pada tahap yang sepatutnya. Kekurangan ATF dalam sistem akan menyebabkan kotak gear anda rosak dengan cepat. Jika didapati keadaan ATF tersebut sudah kotor dan kehitaman, anda disarankan untuk menukarnya walaupun belum sampai tempoh masa yang sebenar. Rujuk buku manual pemandu yang dibekalkan untuk cara-cara memeriksa ATF dengan betul dan pemilihan ATF yang sesuai untuk kereta anda

2️⃣ Periksa juga sistem penyejukan enjin dengan kerap. Ini kerana ATF ada laluannya tersendiri pada radiator untuk mengekalkan suhu bekerjanya. Dikhuatiri jika ada kebocoran pada laluan ini dan menyebabkan air dan coolant daripada sistem penyejukan menyelinap masuk ke kotak gear.

3️⃣ Periksa pada tempat letak kereta anda di rumah, pastikan tiada ATF yang meleleh ke permukaan tempat letak kereta tersebut. Jika ada, hantar segera kereta anda ke pusat servis bertauliah untuk mengesan kebocoran tersebut.

4️⃣ Jika kereta anda dilengkapi dengan paddle shift, elakkan daripada memperlahankan kereta dengan engine braking iaitu dengan hanya menurunkan gear tanpa menggunakan brek. Jika anda melakukannya dengan kerap, ia akan mempercepatkan kehausan pada lapisan klac dan band di dalam kotak gear anda.

5️⃣ Jangan biarkan kereta diletakkan dengan hanya menggunakan posisi ‘D’. tanpa menggunakan brek tangan. Ini kerana ia akan memberikan tekanan yang lebih pada parking sprag rod di dalam kotak gear dan mungkin boleh menyebabkan ia boleh patah.

6️⃣ Setelah anda mengundur, pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum menukar gear ke posisi ‘D’. Ini juga akan melambatkan proses kehausan pada lapisan klac-klac dalam kotak gear anda.

7️⃣ Jika kereta anda perlu ditunda, jangan dibiarkan tayar yang dipacu kotak gear berada pada permukaan jalan. Maksudnya, jika kereta anda pacuan hadapan, tunda kereta dari bahagian hadapan dan biar tayar belakang yang menyentuh permukaan belakang. Jika kereta anda adalah pacuan empat roda, adalah dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan trak tunda jenis ‘flat bed’ yang boleh mengangkat terus kereta anda ke atas trak.

8️⃣ Jika anda terperangkap di dalam lecak, elakkan untuk mencuba keluar dengan memandu sendiri. Ini akan menyebabkan kepanasan melampau pada kotak gear dan akan merosakkan kebanyakan komponen dalaman.

9️⃣ Ketika menghidupkan kereta pada waktu pagi dan sejuk, kelajuan pepura enjin akan sedikit tinggi untuk kerana rich mixture yang dibekalkan untuk enjin agar ia mudah hidup dan tidak mati ketika belum cukup panas. Kelajuan pepura yang tinggi ini dinamakan fast idle. Elakkan dari memandu ketika fast idle ini dan tunggu sehingga enjin betul-betul panas. Ini kerana ketika ini penukaran gear akan berlaku dengan lebih kasar serta ATF belum mencapai suhu bekerjanya dan boleh menyebabkan pelbagai kerosakan dalaman dalam tempoh jangka masa panjang.

🔟 Pastikan enjin kereta anda sentiasa berada pada tahap talaan yang sempurna. Ini kerana beberapa simptom talaan enjin yang tidak sempurna seperti ‘jerking’ adalah sama seperti simptom awalan kerosakan sistem transmisi automatik. Jika talaan enjin dijaga sempurna, simptom awal kerosakan kotak gear dapat dikesan dan mungkin dapat dicegah dari menjadi lebih teruk.

Sahabat² Masalah Gearbox Kasar Engine kotor Cegah Sebelom Parah!

Cepat hubungi kami untuk maklumat lanjut:
WhatsApp dgn WAJIB TEKAN LINK DIBAWAH
wasap.my/60105756894
wasap.my/60105756894
wasap.my/60105756894
wasap.my/60105756894

Address

No 8 Jalan Linggis 15/24 Taman Perindustrian Linggis, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60126466894

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mechanic Transmission posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mechanic Transmission:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Shah Alam

Show All