Rabak-Lit

Rabak-Lit Penerbit buku budaya pop! The root of this publishing company started in Ipoh, which was established by Mohd Jayzuan,
a renown book and poem writer.

Rabak-Lit is a book publisher with unique publishing concept that promotes freedom of speech and independent features in every of its product. Along with that, he is also a musician who is currently living in Jakarta. This year marked the 9th year of Rabak-Lit’s operation in Ipoh, Damansara, Setia Alam and currently the headquarter is based in Shah Alam. Moreover, Rabak-Lit has published various t

ypes of book genre that mostly feature music, art, and film since the target audience are among millennials which suits the pop culture concept that are being the trademark of this publishing company. Among the top selling titles under Rabak-Lit are Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal, Pemberontak Filem written by a renown 80’s cult film director Nasir Jani and also Radio Radhikal, a book on a famous Alternative musician, Radhi OAG which once pop**ar with 60’s TV song. Furthermore, Rabak-Lit is looking forward to expand its target readers and book market. Therefore, Rabak-Lit aim to ensure that all book store and library in Malaysia, Brunei and Singapore will display and sells all books under Rabak-Lit’s
publication.

21/08/2024
🙏🙏
17/08/2024

🙏🙏

12/08/2024

Pada Sabtu lepas para pemuisi Rabak-Lit berpeluang untuk berpuisi di luar pintu masuk Axiata Arena sebelum bermulanya konsert M. Nasir. Mengambil semangat abang, mentor dan juga sahabat kami iaitu arwah Pyanhabib Rahman yang berpuisi secara jalanan, berpuisi di konsert sahabatnya iaitu Dato M. Nasir.

Terima kasih para pemuisi Syahirah Wasabi , Ba. re, Ronasina Paparon dan buskers yang jayakan persembahan jalanan ini. Terima kasih penganjur atas jemputan dan peluang ini. Terima kasih Ilham/Sang Mata 🙏🙏.

11/07/2024

Kami nak buat survey sikit. Ada tak peminat di Sarawak yang ingin beramas mesra dan berdiskusi dengan penulis kami seperti Pak Nasir Jani, Ronasina Paparon , Ku Syafiq dan Jack Malik sempena Pesta buku Sarawak yang akan diadakan pada Oktober nanti?

Kalau berminat comment ohh yeah!

Pustaka Negeri Sarawak

https://www.pustaka-sarawak.com/apps/sbf/ #

Meet & Greet penulis buku  sempena   di booth nombor 18. Jumpa dan dapatkan buku terbaru  dan   esok di Mydin Mall, Sere...
04/07/2024

Meet & Greet penulis buku sempena di booth nombor 18. Jumpa dan dapatkan buku terbaru dan esok di Mydin Mall, Seremban 2.

20/06/2024

Mulut kami molotov, otak kami bom.

Jack Malik mempersembahkan sajak Orang Berlima daripada buku Merabak Sembah.

Tekan link di ruangan komen untuk dapatkan sekarang!

Terima kasih Dato Wah Idris kerana telah membeli buku Jalang Indie Rock hasil tulisan .jayzuan.
13/06/2024

Terima kasih Dato Wah Idris kerana telah membeli buku Jalang Indie Rock hasil tulisan .jayzuan.

tempat terhad!
13/06/2024

tempat terhad!

Kultus Kata Edisi 6 menjalinkan kolaborasi bersama Rabak-Lit sebuah syarikat penerbitan buku dengan konsep unik yang menggalakkan kebebasan bersuara dan ciri-ciri independen dalam setiap produknya.

Edisi kali ini membawakan diskusi serta perkongsiaan mengenai buku Gonzo Tanpa Fiasco: Muzik Tidak Harus Tewas bersama penulisnya Ku Syafiq yang merupakan jurnalis di Utusan Malaysia. Beliau menjenamakan tulisannya di Kolum Rondivu, iaitu kolum penulisan muzik yang mengangkat muzik mandiri di Malaysia.

Acara akan diadakan di The Sunburst Store , sebuah kolektif fesyen & gaya hidup yang menggabung-jalinkan ilmu, sejarah dan budaya dalam mengangkat kelestarian. ‘We sell culture” adalah motto laungannya.

Renn sebagai moderator kali ini, merupakan seorang Kaunselor di KPBKL dan juga Co-founder Sunburst KL.

Penampilan istimewa oleh Kimal dari band Margasatwa yang akan berdendang dan berkongsi buku puisi pertamanya Rongga buat semua yang hadir.

Ruang terhad, rsvp dengan link yang disediakan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScyVf1JtZvZwnB_gwS4Y6C8z6DgFTECP9rjqHvE6AVnbTHCBw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0

Jumpa nanti!

12/06/2024

FAZLEENANYA BEGINI, ALOYNYA BEGITU

Fazleenanya begini.

Pertama kali saya kenal Fazleena Hishamuddin melalui Razaiyam Rashid, kalau tak salah.

Razaisyam waktu itu sedang gila meneroka filem, kami baru lepas lancarkan satu filem undergroundnya, ‘Konsekuensi’ yang saya sebagai pemain utamanya.

Tak berapa lama daripada penayangan filem kami itu, dia ajak saya ke dewan MCPA satu hari untuk menonton satu lagi filem underground ‘Papership (Kapal Kertas)’ bikinan Fazleena (merangkap pelakon) dan seorang sahabat saya daripada suasana muzik ketika itu, Hadi Jaafar, pendepan Laila’s Lounge.

Kalau benar, itulah ingatan pertama saya tahu tentang sosok Fazleena—sebagai pembikin filem.

Atau, teori yang satu lagi, ketika kami semua di zaman pertengahan noughties beramai-ramai berkomuniti menulis blog; Fazleena, Razaisyam, Pipiyapong, Pjoe, Dila Raden, Mike atau AKAB, Affendi Salleh dan ramai lagi. Saya fikir ramai penulis era blog ini antara benih-benih sastera alternatif Malaysiana yang seterusnya meletup pada 2010. Tapi itu cerita lain.

Fazleena dan saya automatik menjadi kamceng, saya juga mengenali dua adik lelakinya yang bermain band, jadi ini turut membantu penambahan markah Fazleena yang kool. Dalam masa sama, ada seorang adik perempuannya bernama Ajun yang sering mengikutnya ke mana dia pergi. Ajun comel, macam biasa, saya dan Razaisyam mungkin antara jantan selain seribu lelaki miang lain lagi yang renyamz bersama Ajun.

Fazleena dah macam kakak pada saya. Suaminya mamat jambu itu pun kool. Brit-Lipis gayanya. Mereka berbahagia dengan Kesuma Hati. Sehingga kini walaupun janggut saya sudah beruban, setiap kali bertemu Fazleena ia amat menyenang-nyamankan.

Aloy Paradoks p**a saya pertama kali temui mungkin melalui Sufian Abas. Tahun selepas 2010 suasana sastera alternatif Malaysia tebabom.

Saya selalu melihat Aloy sebagai lelaki Melayu perkasa penuh yakin. Saya ingat satu hari kami melepak di satu mapley di Subang. Kami bertiga bersama Sufian. Entah apa yang kami borak dan makan, Aloy kemudian keluarkan daripada saku atau dompetnya duit-duit syiling. Dia beritahu hanya itu saja dia ada dan autentik Aloy, dia ketawakan dirinya sendiri dengan situasi itu.

Turut saya lihat bagaimana budak Teluk Intan ini menaikkan kerjaya dan tak lupa kump**annya Paradoks. Satu hal yang saya paling s**a ialah walau bagaimana Aloy sudah kedepan, dia akan pasti tak akan tinggal kawan-kawan Paradoksnya. Dalam dunia ramai orang cepat lupa diri bila pop**ar atau menjebakkan diri ke arus perdana, Aloy antara yang selamat (walaupun kini dia berkawan dengan Sabri Yunos, Beto Kusyairy, Remy Ishak dan entah sapa-sapa lagilah pelakon liplip pop**ar).

Aloy juga berbahagia dengan Z dan anak-anak mereka. Sebagai seorang yang sama jiwang-bunga seperti Aloy, saya cukup tabik bagaimana dia boleh selalu menyamar macam bro-bro padahal hati jiwang nak mampus.

Satu saja saya tak boleh blah pasal Aloy. Dia ini selalu berlagak macam lebih tua dan senior pada saya dengan menguji saya meneka lagu-lagu rock Melayu lama yang saya tak fasih. Kemudian dia akan ketawakan saya kerana tak begitu pakar dengan lagu-lagu Melayu rare yang dia nyanyikan.

“Kamu tu punk!” Dia ketawakan saya.

Dasar tak hormat orang tua budak Aloy ini.

Aloynya begitu.

Mengapa saya berlabon tentang Fazleena dan Aloy panjang berjela ini. Selain mereka telah salurkan saya 10ribu USD sebagai upah mempromosi, saya juga terpanggil supaya ramai lagi orang tahu yang inilah dua orang seniman sebenar.

Sepenuh masa dan hati bikin kerja-kerja seni.

Sejak dulu mereka tak pernah berhenti, sentiasa berjuang, merayakan dan memberi apa yang mereka ada untuk seni-budaya.

Orang ini macam patut dirai, semasa hayatnya, sementara masih boleh datang ke depan muka mereka mengucapkan kata-kata penghargaan penuh qaseh, di kala masih mampu kita rasai dan mengalami apa yang mereka punya.

Datang menonton ‘Persiapan Seorang Aktor’ saya sarankan pada semua, bukan sekadar melayan teater, tapi jadi sebahagian sejarah dan memori yang bakal dikenang kemudian hari.

Kalau anda tak pergi menonton, satu hari nanti bila mereka tak ada, jangan nak datang pada saya dan melepaskan sesal.

Itu jam, malas aku nak layan.

🙏🙏
11/06/2024

🙏🙏

Selamat hari lahir buat our favourite poet, Jack Malik  Semoga panjang umur, murah rezeki & terus berpuisi. Moga Tuhan k...
07/06/2024

Selamat hari lahir buat our favourite poet, Jack Malik

Semoga panjang umur, murah rezeki & terus berpuisi. Moga Tuhan kirimkan yang baik-baik untuk kamu sekeluarga.

Dah 4 buku Jack Malik dengan Rabak-Lit. Harap lepas ni ada yang kelima, keenam dan seterusnya.

Jalan terus, Jack!

05/06/2024

INGATAN BUAT BRADER PYANHABIB

Bang, masa gua kecik, bila tonton Kembara Seniman Jalanan (1986), visual lu membaca puisi dengan nada lu tu buat gua terkesan dan resah, kerana gua ingin tahu, gua mahu kenal, siapakah ini orang? Dalam itu filim, gua ingat M. Nasir, gua ingat Dr. Sam, tapi dengan lu gua ingat dan gua mahu cari tahu.

Makin gua membesar, sekali-sekala nama lu timbul, dan gua baca atau tengok.

Makan tahun, gua juga sudah mulai bikin benda dalam ini seni-budaya punya cerita. Kita jadi kenal, sejak daripada awal, tiada kekok untuk langsung kamceng sama lu, bang. Sebab lu ultra kool, lu legenda yang membumi. Tiada ego, tiada otai-petai, tiada eksyen. Bak ayat lu selalu cakap sama gua, 'memang A barang.'

Ada banyak tempat kita tarik teh sesama dan juga ada beberapa tempat kita tour dan show bersama. Tapi gua tahu, yang paling gua akan ingati bila gua fikir tentang lu untuk masa ke hadapan nanti adalah bila gua sama lu dan Awang Ketut, kita naik jungle train untuk tembak filim tentang lu.

Itu jam lu sudah mulai batuk teruk, lu semput dan lelah.

Pagi itu sebelum subuh kita gerak dari Trengganu, lu sudah marah bising sama gua dan Hakim sebab kami paksa lu pakai baju sejuk kerana risau batuk lu yang menganas. Lu marah kami.

Gua ingat bang, gua kata pada Hakim, nanti kalau abang Pyan takda, mungkin memori kita akan kenang dia adalah kena marah ni. Kena marah dengan Pyanhabib.

Tepat tekaan gua bang, sejak dapat tahu lu dah gerak, itulah sering gua ingat. Kalau boleh putar masa, waktu lu marah tu, gua mahu datang pada lu dan dakap. Kalaulah gua tahu inilah perasaannya bila lu dah takda.

Tapi serius bang, gua sama Hakim sikit pun tak terasa hati. Dalam kereta, lu cuba pujuk gua sama Hakim. Kita gelak semula macam biasa. Tarak hal. Lu sama kita brader.

Trip tu kita enjoy, bang. Merentas Trengganu, Kelantan dan Pahang. Kita banyak makan sedap, bang, Hakim payung, kita ngap!

Mana-mana kita pergi masyarakat semua menyapa lu dengan gumbira. Lu datangkan orang rasa bahagia.

Ada satu lagi yang gua akan ingat selamanya, waktu gua baru nak keluar buku pertama. Lu tetiba contact dan bagi kata-kata menaik dan nak tolong tengokkan manuskrip. Itu jam gua terharu, bang.

Gua bukan sesiapa dalam scene sastera, gua datang daripada suasana muzik underground dan bila lu buka pintu begitu pada gua untuk merayakan sastera, gua tak perlukan pengesahan orang lain, bang. Gua punya passport lu sudah cop, lu sudah bagi gua lampu hijau, gua redah jalan. Kalau orang tanya, gua jawab, Pyanhabib bagi gua karpet merah.

Lu mungkin tak sedar, lu lah satu-satunya penyajak yang diraikan di underground mahupun mainstream. Dua-dua padang mahu secebis lu, bang.

Daripada BBNU sastera hingga ke sasterawan negara semua tabik salut sama lu. Itu baru real sasterawan negara. Kerana lu memang real. Gua masih boleh dengar suara lu melaung-laung panggil nama gua dan ketawakan gua, bang.

Lu orang baik, bang... gua yakin lu tak lagi hidu bau perempuan ada luka, kerana gua percaya lu sedang hidu bau syurga.

Al-Fatihah.

Pelancaran buku "Esports Selamatkan Hidup Aku" ditulis oleh Sir_Cloud dalam bahasa Malaysia telah dilancarkan di pentas ...
04/06/2024

Pelancaran buku "Esports Selamatkan Hidup Aku" ditulis oleh Sir_Cloud dalam bahasa Malaysia telah dilancarkan di pentas utama sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Buku ini merupakan buku esport pertama negara menceritakan persediaan bukan sahaja kepada pemain industri, tetapi untuk kerajaan, ibubapa dan juga tenaga pengajar tentang pekerjaan masa hadapan dunia. Ramai menyalaherti akan permainan esports, esports adalah pemainan yang memerlukan fokus yang tinggi, ilmu pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membantu memenangi permainan berasaskan startegi.

Terima kasih kepada Datuk Mohd Nazifuddin kerana melancarkan buku ini, terima kasih juga kepada Goodday Milk Malaysia kerana menaja susu cokelat charge kepada mereka yang hadir ke majlis ini.

02/06/2024

JALANG INDIE ROCK DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024

Ini edisi kemaskini setelah edisi pertama habis.

Buku ini ditulis pada tahun 2017 dulu kerana saya ingat diri ini dah nak kojol. Makanya saya ingin tinggalkan satu surat akhir buat semua.

Terimaqaseh semua yang terus menyokong, membeli, mencilok atau mendapatkan Jalang dengan apa cara sekalipun. Budi dan wang tak mampu dibalas.

Tahun ini saya tak dapat hadir bertemu para pembaca di PBAKL. Nanti kita minta penerbit bikin satu sesi intim Jalang buat meraikan.

Terimaqaseh dari Ipoh buat semua, ketahuilah sen dan RM anda itu menghidupkan seorang penulis lapar.

🌻🌻🌻

02/06/2024

Ha Sir_Cloud sekarang tengah lepak kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni. Cari penulis buku Esports Selamatkan Hidup Aku ni kat booth sekarang.

Sir Cloud nak belanja susu Goodday Milk Malaysia ni 🔥

02/06/2024

Datang booth kat KL International Book Fair

Hari ni hari terakhir. Beli buku esports dapat susu Goodday percuma 🔥

Terima kasih datang melepak dengan kami di .my hari 9. Hari ni hari terakhir kami di sini. 10 pagi 10 malam.Cari kami di...
02/06/2024

Terima kasih datang melepak dengan kami di .my hari 9. Hari ni hari terakhir kami di sini. 10 pagi 10 malam.

Cari kami di booth aras 4.

Kita bikin rabak kat pesta buku 🔥

01/06/2024

Top 5 hari 9

Cari buku-buku ni di booth aras 4. Esok hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur oi!

Address

403 2nd Floor, Jalan Haruan 4/2, Oakland Commercial Center
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rabak-Lit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rabak-Lit:

Videos

Share

Category

Buku Tak Mati

Penerbitan buku pop-culture. Muzik, filem dan seni.


Other Publishers in Seremban

Show All