Suara.TV Ent

Suara.TV Ent Video

27/12/2024

27/12/2024

26/12/2024

Acara Amal "Malam Silatulrahim", Asheed Defgabc Dhamien

As Our Throne melancaran single terbaru “TAUBAH”, Transformasi melodi Metal Malaysia           Lagu ini menyelami konfli...
26/12/2024

As Our Throne melancaran single terbaru “TAUBAH”, Transformasi melodi Metal Malaysia


Lagu ini menyelami konflik dalaman manusia—antara penyesalan, refleksi, dan pencarian makna hidup. Dengan kombinasi riff gitar yang menggigit, vokal yang penuh jiwa, dan tempo dinamik, “TAUBAH” membawa pengalaman mendengar yang intens tetapi mendamaikan. Peminat lama dan baharu akan terpesona dengan bagaimana As Our Throne berjaya menggabungkan kepelbagaian sonik yang kompleks dengan mesej yang mendalam.

Soma tampil dengan album ‘Perjalanan’, Sebuah persembahan seni menghormati legasi S.Atan      Bagi Soma, Perjalanan adal...
26/12/2024

Soma tampil dengan album ‘Perjalanan’, Sebuah persembahan seni menghormati legasi S.Atan



Bagi Soma, Perjalanan adalah sebuah perjalanan peribadi yang penuh dengan makna, di mana album ini bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk semua penggemar muzik tanah air. Lahir di Selangor, Soma mula terlibat dalam dunia muzik sejak berusia 13 tahun. Beliau memulakan langkahnya dalam bidang seni dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, termasuk menjadi naib juara dalam Pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional RTM pada tahun 2009 dan juara dalam Bintang Klasik RTM 2010. Soma juga sempat mencuba nasib dalam beberapa uji bakat besar seperti Akademi Fantasia dan Sinaran Passport Kegemilangan.

kolaborasi 12 legenda “Malam Silatulrahim” bersama ikon seni  Pentasan utama kemudian dimeriahkan oleh 12 penyanyi legen...
26/12/2024

kolaborasi 12 legenda “Malam Silatulrahim” bersama ikon seni



Pentasan utama kemudian dimeriahkan oleh 12 penyanyi legenda tanah air, yang masing-masing menyampaikan persembahan memukau. Barisan artis termasuklah Dwen Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Ariwatan , Poey Sting, Spring , Asheed Defgabc Dhamien , Baggio, AMIR UKAYS , Bossanova, dan Noorshila Amin. Setiap penyanyi membawakan lagu-lagu popular mereka yang pernah menjadi siulan generasi terdahulu, membangkitkan nostalgia indah di hati penonton.

Mira Filzah bawakan watak Elina, simbol pengorbanan dan ketabahan wanita “Dalam Curang Tanpa Niat”             Melalui d...
25/12/2024

Mira Filzah bawakan watak Elina, simbol pengorbanan dan ketabahan wanita “Dalam Curang Tanpa Niat”



Melalui drama ini, penonton dapat menyaksikan betapa besar pengorbanan seorang isteri yang meletakkan kebahagiaan keluarganya sebagai keutamaan. Elina bukan sahaja berhenti kerja demi keluarganya tetapi turut menghadapi kesunyian dan rasa keterasingan yang seringkali dirasai oleh wanita dalam situasi sepertinya. Mira Filzah memperlihatkan dimensi emosi ini dengan begitu mendalam, menjadikan watak Elina begitu realistik dan menyentuh hati.

Konsert Muzik Harmony Setia 2025, Gabungan hebat artis nusantara di Arena MegastarPeneraju utama konsert ini ialah Charl...
24/12/2024

Konsert Muzik Harmony Setia 2025, Gabungan hebat artis nusantara di Arena Megastar

Peneraju utama konsert ini ialah Charly Van Houten, bekas vokalis kumpulan terkenal ST12, yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti “Biarkan Aku Jatuh Cinta”, “Jangan Pernah Berubah”, dan “Saat Terakhir”. Turut serta ialah Pepeng, gitaris berbakat yang juga anggota asal ST12, yang pasti menambahkan elemen nostalgia buat peminat setia.

Dengan slogan “Definisi Gaya Sopan, Berani Ekspresi Diri,” ROCKQUEEN membawa visi berani untuk mendefinisikan semula kon...
24/12/2024

Dengan slogan “Definisi Gaya Sopan, Berani Ekspresi Diri,” ROCKQUEEN membawa visi berani untuk mendefinisikan semula konsep kesopanan dalam fesyen tanpa mengorbankan ekspresi diri. Jenama ini beraspirasi mencipta keseimbangan antara gaya elegan yang sederhana dan elemen keberanian, menjadikannya sebagai pilihan utama bagi wanita yang mengutamakan keselesaan, fleksibiliti, dan keyakinan.

Ella Aminuddin

KUALA LUMPUR, – Dalam dunia fesyen yang sering kali berputar sekitar trend semata-mata, ROCKQUEEN hadir sebagai satu nafas baharu, bukan hanya sekadar jenama, tetapi sebagai gerakan yang menyatukan gaya dan nilai-nilai positif. Diasaskan oleh ikon muzik Malaysia, Ella, pada tahun 2021, ROCKQUEEN m...

Konsert Avantgardey asia tour di Malaysia memberikan persembahan yang pernuh energi   Avantgardey, yang terkenal dengan ...
24/12/2024

Konsert Avantgardey asia tour di Malaysia memberikan persembahan yang pernuh energi



Avantgardey, yang terkenal dengan gaya tarian eksentrik dan penyelarasan sempurna, mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas menjadi finalis dalam rancangan realiti terkenal, America’s Got Talent musim ke-18. Kumpulan ini yang terdiri daripada 20 ahli wanita, tampil unik dengan seragam sekolah dan gaya rambut bob, memberikan daya tarikan yang tersendiri dalam setiap persembahan mereka.

Pelancaran Album The Fatalis – Quasssar, malam penuh Fuzz dan warisan di rumah Tangsi KLDengan harga tiket RM35 bagi pra...
24/12/2024

Pelancaran Album The Fatalis – Quasssar, malam penuh Fuzz dan warisan di rumah Tangsi KL

Dengan harga tiket RM35 bagi pra-jualan dalam talian (RM50 di pintu), setiap pengunjung akan menerima satu set cenderamata eksklusif, termasuk button badge, poster A2, dan secawan kopi percuma daripada Kopi Saigon. Tawaran ini tentunya menarik, dan bagi mereka yang s**a pengalaman yang lebih mendalam, nikmatilah secawan kopi tempatan yang akan mengiringi keindahan muzik di malam itu.

Kolaborasi magis dalam lagu “Apa Artinya Aku” perpaduan harmoni dari maestro dan trio diva muda  "Apa Artinya Aku” adala...
23/12/2024

Kolaborasi magis dalam lagu “Apa Artinya Aku” perpaduan harmoni dari maestro dan trio diva muda

"Apa Artinya Aku” adalah perayaan kolaborasi yang menandai harmoni generasi dan bukti bahwa musik memiliki kekuatan untuk menyentuh setiap hati yang mendengarnya.

Lyodra Ginting Ziva Magnolya Tiara Andini

22/12/2024

konsert It's Nora Ariffin

“Strike: Silat Cult Master” – Melangkaui Aksi, menghidupkan warisan MalaysiaFilem ini turut menampilkan Aiman Ameer, pem...
20/12/2024

“Strike: Silat Cult Master” – Melangkaui Aksi, menghidupkan warisan Malaysia

Filem ini turut menampilkan Aiman Ameer, pemenang Hero Remaja 2023, sebagai teraju utama. Bersama-sama dengan Fify Azmi, Azri Safix, dan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Ayez Shaukat dan Jay Iswazir, barisan pelakon ini dijangka membawa dinamik yang bertenaga kepada setiap watak.

Tiket Konsert GENKRU Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam!      Atas permintaan ramai, Icon Entertainment telah mengumumkan ba...
20/12/2024

Tiket Konsert GENKRU Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam!



Atas permintaan ramai, Icon Entertainment telah mengumumkan bahawa akan ada konsert hari kedua, dengan maklumat lanjut tentang penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.

Konsert Megahitz 3 Dekad VOL.1, Gabungan seni muzik Malaysia dalam perayaan retro    Menyaksikan nama-nama besar seperti...
20/12/2024

Konsert Megahitz 3 Dekad VOL.1, Gabungan seni muzik Malaysia dalam perayaan retro



Menyaksikan nama-nama besar seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy, dan Amir Masdi dalam satu pentas adalah sesuatu yang jarang berlaku. Setiap artis membawa kisah dan warna tersendiri yang melakar sejarah dalam industri muzik tempatan. Dengan 22 lagu yang pernah mencipta kemenangan di Anugerah Juara Lagu, konsert ini bukan hanya menghimpunkan hits tetapi juga merangkai memori yang mengikat hati peminat dari generasi berbeza.

Konsert Hanya Satu, Malam legenda Datuk Nora Ariffin yang penuh magis dan nostalgia    It's Nora Ariffin “Saya bersyukur...
19/12/2024

Konsert Hanya Satu, Malam legenda Datuk Nora Ariffin yang penuh magis dan nostalgia

It's Nora Ariffin

“Saya bersyukur atas kasih sayang dan sokongan peminat yang tidak pernah berhenti. Konsert ini adalah penghargaan buat mereka, buat keluarga saya, dan buat arwah suami yang sentiasa menjadi inspirasi dalam setiap langkah perjalanan seni saya. Malam ini, saya merasai cinta yang mendalam daripada semua yang hadir. Terima kasih atas kenangan indah ini.”

Konsert “Rentasmasa” ditangguh, Solidariti seni dalam menghadapi bencana banjir Keputusan ini diambil dengan penuh rasa ...
19/12/2024

Konsert “Rentasmasa” ditangguh, Solidariti seni dalam menghadapi bencana banjir

Keputusan ini diambil dengan penuh rasa empati oleh pihak penganjur, TGJ Entertainment, bersama para artis yang terlibat. Menyedari ramalan gelombang kedua banjir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), langkah ini bukan sahaja bertujuan menjaga keselamatan para penonton tetapi juga menunjukkan tanda solidariti terhadap ribuan mangsa banjir.

Address

GLOMAC CYBERJAYA
Sepang
63200

Website

https://suara.tv/category/lifestyle/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara.TV Ent posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suara.TV Ent:

Videos

Share