05/06/2021
Tips nak baca Al-Quran dengan gembira ialah dengan memahami apa yang di baca. Membaca ayatnya sahaja tak memadai. Peluang sepanjang PKP inilah bagus untuk mulakan 'Simple Projek Seronok Baca AL-Quran':
1. Baca Al-Quran beserta terjemahan, tagging siap-siap sama ada sendiri atau beli siap Quran Tagging.
2. Cari masa sekurang-kurangnya 30 minit menonton video tafsir Al-Quran, sama ada di facebook atau youtube.
3. Membaca buku tafsir mudah faham, antaranya Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah dikeluarkan dengan bahasa sangat mudah dengan kupasan yang mendalam. Buku tafsir ini nipis, dipecah-pecahkan mengikut surah. Buku tafsir lain juga banyak.
4. Join kelas-kelas mengaji Al-Quran online. Kelas begini bantu kita perbetulkan tajwid dengan bimbingan guru bertauliah, seronok!
5. Baca buku-buku yang membantu menambah rasa cinta dengan Al-Quran, antaranya Kompas 114 karya Ustaz Syaari Ab Rahman dan Buku Di Sebalik 114 Nama-nama Surah karya Bushra binti Talib dan banyak lagi karya penulis lain.
_
Tak siapa tahu betapa tertekannya kita dilanda pandemik selain Allah yang Maha Mengetahui. Jadi sahabat-sahabat semua Al-Quran antara senjata yang boleh membantu membersihkan jiwa kita semua, dengan harapan usaha memahami Al-Quran ini menjemput bantuan Allah Taala. Insya-Allah.
Daripada Abdullah Bin βUmru Bin Al βAs r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
βSatu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakanβ.
( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )