Abuzario

Abuzario Kamar santai berkongsi perkara-perkara yang baik & berfaedah.Semoga dapat menafaat darinya..amin

Rezeki hak milik Allah swt,maka hakNya untuk beri kepada sesiapa yang di kehendaki..
21/08/2023

Rezeki hak milik Allah swt,maka hakNya untuk beri kepada sesiapa yang di kehendaki..

Allah Maha Besar

5 minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak yg jual tu lebih kurang sebaya aku.

Aku pelanggan ke 3 yg beratur. Depan aku ada sorg brother dan kakak tu tgh sediakan beberapa bungkus nasi lemak utk customer paling depan.

Sempat la aku dgr sembang kakak tu dgn pelanggan depan sekali seorg perempuan. “Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga”, katanya.

Maka aku assume dia keluar berniaga utk tambah pendapatan suami atau utk menyara kehidupan dia dgn anak keciknya.

Nampak dia kelam kabut maybe sebab org dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus utk customer first tu. Aku tgk dekat 7 bungkus gak tp sebab kakak tu sorg yg buat semua so kena tunggulah.

Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan buatkan dia kelam kabut. Kalau lama sgt org beratur dan tunggu, org akan pegi. Kalu betul ini yg aku jangkakan, kesian kakak tu. Mungkin dia perlukan jualan yg b*k hari ni utk dia tampung kehidupan. Hiba j*p aku.

Tiba2, dia terlanggar bekas telur mata kerbau atas meja. Terbarai semua jatuh ke tanah. Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dlm nasi lemak pun dah xda. Aku dan brother yg berdiri depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama.

Sampai giliran brother tu, dia order 2 bungkus nasi lemak. Aku tgk je muka kakak tu, nampak berlinangan airmata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yg first tadi. “Maaf cik, lambat dan terpaksa tunggu lama”, katanya pada brother tu. Aku tgk brother tu senyum je.

Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak b*k not RM 10 dan RM 5 tp dia keluarkan not RM 50. Nasi lemak brother tu dalam RM 6 je.

“Cik takda duit kecik?”, tanya kakak tu. “Saya ada ni je kak”, balasnya sedangkan aku nampak duit dlm wallet dia.

“Saya takda duit kecik, esok atau bila2 cik boleh datang bayar”, balas kakak tu pada brother tu. Tiba2, brother tu amik bungkusan nasi lemak yg dia bungkus then kata, “Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tp sy x tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki kak la balance tu ganti semula telur mata yg jatuh tu”, brother tu senyum dan berjalan ke kereta.

“Allah, banyak sgt ni cik. Terima kasih b*k2 dan semoga rezeki cik melimpah”, kata kakak tu sambil mengesat air mata. Brother tu senyum sebelum dia blah dari situ.

3 pengajaran yg sgt baik bagi aku;

1. Masih ada melayu yg sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yg sebenar. Akan ada saudara seagama yg prihatin dan berhati mulia mcm brother tu di sekeliling kita.

2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yg terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yg DIA gantikan tanpa kau sangka asalkan kau redho dengan setiap yg berlaku. Rezeki dan rahmat Allah luas.

3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tapi duit yg kau sedekahkah itu adalah milik kau sepenuhnya. Nak b*k harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit & return bukan 2 atau 3 digit tp infiniti.

Semoga kalian dapat sesuatu dari apa yg berlaku sebentar tadi. Tak payah motto “tak hensem takpa janji kaya” sebab yg kaya itu Rabb yang bodoh sombong tu manusia.

Bahagia itu pilihan.

Kredit: Zairina Yuszairi

13/10/2022
26/09/2022

8 doa yang terbaik yang diajar nabi SAW

1. Doa Terbaik untuk Kesehatan

“Allahumma ‘afini fi badani. Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari.” (Ya Allah sehatkanlah badanku, Ya Allah sehatkanlah pendengaranku, Ya Allah sehatkanlah penglihatanku.)

2. Doa Terbaik Untuk Memuliakan Allah

“Subhana Allah wa bihamdihi adada khalqihi wa rida nafsihi wa zinata arshihi wa midada kalimatihi.”

3. Doa terbaik sepanjang masa

“Rabana atina fi dunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan wa qina adhaba an-nar.” (Ya Tuhan kami, berikan kami yang terbaik di kehidupan ini dan yang terbaik di kehidupan selanjutnya, dan lindungi kami dari hukuman Api Neraka.” (Al-Bukhari dan Muslim)

4. Doa Terbaik untuk Pengampunan

“Allahumma anta rabbi la ilaha illa anta khalaqtani wa an abduk wa ana ala ahdika wa wa’dika ma istata’tu, a’udhu bika min sharri ma sana’tu, abou ‘laka bi ni’matika alaya, wa abou’u bi dhanbi , fa-ghfir li, fa innahu la yaghfiru dhunuba illa anta.”

(Hai Tuhanku, Engkau Tuhanku. Tiada tuhan yang disembah selain Engkau. Engkau yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam perintah iman sesuai perjanjian-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Kepada-Mu, aku mengakui segala nikmat-Mu padaku. Aku mengakui dosaku. Maka itu ampunilah dosaku. Sungguh tiada yang mengampuni dosa selain Engkau.)

5. Doa Terbaik untuk Perlindungan

“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.” (Dengan nama Allah Yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi maha Mengetahui.)

6. Doa Terbaik untuk Depresi

“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu mina adhalimiin.” (Tidak ada tuhan selain-Mu. Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim.)

7. Doa Terbaik untuk Ketenangan Hati

“La hawla wa la quwwata illa billah” (Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.)

8. Doa Terbaik untuk Keluar dari Kesulitan Utang

“Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.”

(Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713) []

Renungan bersama...
14/07/2022

Renungan bersama...

Kita ni hidup untuk menunggu mati.
Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.
Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.
Begitulah kita.
Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.
Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis😭
Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.
Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔
Muhasabah.

Kredit: Dr.Amirul Amin

16/06/2022

Amin ya ALLAH 🤲
𝗝𝗼𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻. 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙂𝙄 𝙜𝙪𝙣𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙩𝙪 𝙋𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙞𝙧 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖.

🤲Wakaf mendekatkan diri dengan ALLAH🤲

Serendah 𝗥𝗠𝟮𝟬 sahaja.

Tekan 𝗟𝗶𝗻𝗸 dibawah ye. Nanti akan terus ke 𝘄𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 admin kami yang uruskan wakaf al-quran 👇👇

https://kliksini.my/WakafQuranRamadhan

Atau manual whatsapp ke 𝟬𝟭𝟯𝟰𝟱𝟴𝟴𝟭𝟲𝟱

Atau Bagi sahabat yang berminat boleh Tekan Link dibawah ye. Maklumat berkenaan WAKAF & CARA PEMBAYARAN di link tersebut. ☺️

👇

https://ceramahustazustazah.com/ (https://ceramahustazustazah.com/)

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan sahabat. Amin ya Allah 😊

28/05/2022

𝗗𝗼𝗮 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗕𝗮𝗶𝗸. 🤲
𝗥𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧. Senaskah CUMA RM20 sahaja.

🤲Wakaf mendekatkan diri dengan ALLAH🤲

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙂𝙄 𝙜𝙪𝙣𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙩𝙪 𝙋𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙞𝙧 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖.

🤲Senaskah cuma 𝗥𝗠𝟮𝟬 sahaja.

Tekan 𝗟𝗶𝗻𝗸 dibawah ye. Nanti akan terus ke 𝘄𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 admin kami yang uruskan wakaf al-quran 👇👇

https://kliksini.my/WakafQuranRamadhan

Atau manual whatsapp ke 𝟬𝟭𝟯𝟰𝟱𝟴𝟴𝟭𝟲𝟱

Atau Bagi sahabat yang berminat boleh Tekan Link dibawah ye. Maklumat berkenaan WAKAF & CARA PEMBAYARAN di link tersebut. ☺️

👇

https://ceramahustazustazah.com/ (https://ceramahustazustazah.com/)

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan sahabat. Amin ya Allah 😊

"..Puasa dah dekat,ada tak yang ingin gandakan jualan bisnes 3x ganda @ nak tambah income tepi untuk raya nanti?.." ‍‍‍‍...
18/03/2022

"..Puasa dah dekat,ada tak yang ingin gandakan jualan bisnes 3x ganda @ nak tambah income tepi untuk raya nanti?.."
‍‍‍‍‍‍

Sebelum tu..
Saya nak kongsi kisah rakan yang baru nak bisnes ni 😁
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Seorang kenalan ni telah spend hampir RM5K modal untuk beli stok produk.Niat berkobar-kobar nak mulakan bisnes.
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Tapi malangnya, hari berganti hari..dah lebih sebulan produk masih belum terjual lagi 😢.

Modal pun tak dapat lagi. Memang pening kepala kalau kita dah keluar modal banyak, produk masih tersadai lagi. Bagi yang 'berani' laburkan semua duit untuk modal memang nangis kalau tak terjual!
‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Pilihan yang ada adalah.. kena cari rakan @ mentor yang boleh bantu bisnes yang terperap tu. Itupun kalau produk tu memang ada permintaan.

‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Sebab..
market ni sentiasa berubah-ubah. Bulan ni ramai yang s**a produk kita..tetapi bulan depan mungkin tidak. Sebab yang membeli adalah manusia.. mood/keinginan sentiasa berubah..
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Berniaga tu bagus..tapi kalau tiada asas bisnes @ ada rakan kongsi yang berpengalaman dalam bisnes memang ke laut la jadinya..
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Sebab itulah jika kita nak start mana-mana bisnes, start dengan modal yang kita mampu nak handle.
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Just in case produk tak laku, ia takdelah mengganggu sangat emosi kita kan? kalau tak garu kepala tak habis-habis..😝
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Sebelum nak start bisnes, belajar ilmu kenal produk dulu. Orang kata..kenal seolah-olah ia produk 'ciptaan kita'. Kaji dulu model bisnes dan produk yang nak kita jual tu.
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Dan tengok kemampuan kita, adakah kita boleh jual produk tu dengan mudah atau sebaliknya. Ok?🥰
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
So bagi anda yang sekarang ni masih tercari-cari apakah bisnes yang anda nak start dulu @ yang nak grow bisnes sedia ada, saya prefer anda rujuk dulu panduan daripada sifu Tuan Rahman Basri. Beliau sudah lama dalam bisnes online ini:

*LINK AKAN DI UPDATE KEMUDIAN- harap maaf
‍‍‍‍‍‍

Beliau ada kongsikan beberapa contoh casestudy bisnes partner & klien beliau yang dah berjaya cecah jualan RM100,000 pertama walaupun bermula dari 0 follower.

Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk mulakan bisnes secara online di bulan ramadhan ni.. tahun 2022 ni kita berpuasa dalam SOP endemik..

Semoga bermanfaat 😊
‍‍‍‍‍‍
👍👍👍

Biarlah susah di dunia..asal senang di akhirat dengan kemampuan yang kita ada..
12/03/2022

Biarlah susah di dunia..asal senang di akhirat dengan kemampuan yang kita ada..

Cuma nak share sedikit pengalaman yang dialami malam tadi.

Pada jam 11 ​​++ malam tadi, seperti biasa saya memandu ballik rumah. Tiba-tiba, saya terjumpa seorang ayah & anak perempuan di highway sedang menolak motosikalnya yg telah rosak.

Disebabkan saya memandu pada fast lane di highway, saya tak dapat berhenti secara tiba-tiba masa tu. Secara tidak langsung, saya fikirkan..

"Berapa lama mereka perlu ambil dengan berjalan kaki sahaja untuk sampai di lokasi mereka kat highway yg sangat panjang ini? "So, saya pun decide untuk membuat U-turn & tengoklah apa yg boleh saya bantu.

Selepas anggaran 8 minit, saya pun terjumpa mereka masih berjalan kaki seperti apa yg saya jumpa tadi 🥺 Selepas bertanya, baru saya tahu minyak motor dah habis, so motor takleh start.

Saya: "Oh! Saya boleh drive pakcik pergi stesen minyak utk beli minyak. Lepastu kita balik sini utk isi"

Pakcik: "Terima kasih, tak apa, saya boleh pergi sendiri"

Saya: "Tak apa! Walaupun pakcik boleh jalan, tapi anak pakcik pun dah letihkan. Jom naik kereta, kita pergi cari stesen minyak yang masih buka"

Pakcik: "Terima kasih, tapi.. Saya takda duit.. Tak apa"

Saya: "Tak apa pakcik, saya ada!"

Dia: "Terima kasih. Awak boleh balik dulu, saya boleh settle"

Disebabkan pakcik tersebut tak ada duit, dia berterima kasih & menolak bantuan saya.

Saya: "Sepanjang perjalanan ini tak ada orang yg tolong pakcik ke?

Dia: "Ada.. Ada., tetapi saya tak ada duit... Saya bagitahu mereka saya ok je, saya jalan sikit, enjin motor dah panas nanti bolehlah start motor"

Saya: "Oh... Apa kata saya pinjamkan duit kepada pakcik untuk beli minyak dulu?"

Dia pandang kat saya dan tiba-tiba menangis.. Dia mengelap air matanya dia & terus mengucapkan terima kasih.. terima kasih.

Akhirnya dia pun sanggup naik kereta saya utk pergi ke stesen minyak yang masih beroperasi⛽️

Dalam perjalanan, saya bertanya, "Dah tengah malam ni pakcik & anak plan nak ke mana?"

Rupanya mereka nak balik ke Melaka. Ada ahli keluarganya di sini telah meninggal, jadi lepas settle hal sini, sekarang dah nak balik ke Melaka.

Saya fikir.. Pada masa ini, pakcik mesti rasa sangat tertekan kan? 💔 Banyak tanggungjawab & beban dipikul olehnya, serta membawa anak travel sangat jauh dengan motosikal sahaja.

Mungkin pada permulaan pakcik reject bantuan saya disebabakan dia nak bagitahu anaknya kita tak boleh terima duit org sewenang-wenangnya; atau nak menunjuk contoh yg baik kpd anak, kena tabah?

Sekarang saya baru faham kenapa kata-kata tadi boleh membuat seorang lelaki mengalir air matanya. Mungkin dia rasa pemberi & penerima bantuan pun boleh ada maruah.

Akhirnya, kita pun jumpa stesen minyak yg masih operasi. Apabila nampak motor pakcik dapat dihidupkan semula, saya rasa YES! akhirnya boleh balik mandi dan tidur! haha😆

Ini adalah malam yang sangat bermakna. Saya harap semua orang dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan cara yang sesuai 🤜🤛

Sumber : Alessandra Ng

"..MENGEMBIRAKAN ALLAH pasti akan mengembirakan orang lain.."
12/03/2022

"..MENGEMBIRAKAN ALLAH pasti akan mengembirakan orang lain.."

"..Bulan puasa dah dekat,nak bisnes tapi tak tahu nak meniaga apa?.." ‍‍‍‍‍‍ Bila tiba ramadhan,ramai yang mula rebut pe...
08/03/2022

"..Bulan puasa dah dekat,nak bisnes tapi tak tahu nak meniaga apa?.."
‍‍‍‍‍‍

Bila tiba ramadhan,ramai yang mula rebut peluang untuk berniaga..
Pelbagai bisnes akan 'laju' je dalam bulan puasa ini.Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan sambutan hari raya aidilfitri.
‍‍‍‍‍‍

Antaranya bisnes makanan dan pakaian.

Masa awal PKP dulu,ramai juga kenalan saya yang mula buat bisnes makanan dari rumah.Dan biasanya sales akan naik bila tiba bulan puasa.

"..tapi saya tidak pandai masak,tiada masa,tiada modal!.."
‍‍‍‍‍‍

Jangan risau..anda boleh mula bisnes dengan menjual produk orang lain.yang paling mudah adalah jadi agen affilate produk digital.
‍‍‍‍‍‍

produk digital adalah produk yang hanya perlu di download di desktop,laptop pembeli selepas pengesahan.Mudahkan?..
‍‍‍‍‍‍
Apabila ada pembeli,mereka akan terus diberikan link akses untuk download produk tersebut.
‍‍‍‍‍‍

antara produk digital adalah:
- software - ebook - video tutorial - fotografi @ rekacipta grafik
‍‍‍‍‍‍

Bisnes produk digital tidak memerlukan anda untuk simpan stok dan kebanyakkan program affiliate produk digital tidak memerlukan modal.Anda boleh daftar sebagai egen affiliate secara percuma sahaja.
(saya pasti ramai yang dah tahu apa itu AFFILIATE)
‍‍‍‍‍‍

Anda juga boleh mulakan affiliate di masa terluang anda.Ia tidak menganggu masa kerja dan sesiapa sahaja boleh bermula.
-suri rumah - pelajar - pekerja - pesara - peniaga - penganggur dan lain-lain.
‍‍‍‍‍‍

Di malaysia ini ramai je vendor yang menganjurkan program affiliate..
‍‍‍‍‍‍

Di sini saya sertakan beberapa link affiliate untuk produk digital & produk fizikal.
‍‍‍‍‍‍
- https://www.klikjer.com (digital)
- https://azadel.com/ (produk digital & produk fizikal- perlu
beli produk daftar VIP member untuk affiliate)
- https://affiliate.shopee.com.my
- https://app.involve.asia
-https://pages.lazada.com.my/wow/gcp/route/lazada/my/upr_1000345_lazada/channel/my/upr-router/my?hybrid=1&data_prefetch=true&prefetch_replace=1&at_iframe=1&wh_pid=/lazada/channel/my/alp/my-aff-program
- https://www.zalora.com.my/partner/
- https://affiliates.kayak.com/
- https://bookcafe.com.my/affiliate-dropship/
- https://tudungsicomel.com/katalog/idevaffiliate/signup.php
‍‍‍‍‍‍
.dan yang menariknya kebanyakan produk digital vendor akan menyediakan bonus tambahan sebagai pelengkap kepada produk utama.Ini bertujuan untuk menarik minat prospek untuk terus membeli tanpa perlu berfikir 2x..

apatah lagi jika produk utama itu harganya mampu milik (bawah RM100).
‍‍‍‍‍‍

-produk berkualiti - harga murah - bonus-bonus tambahan yang menarik!..

apatah lagi audiens yang anda promote itu benar-benar memerlukannya .
‍‍‍‍‍‍

Senang cakap.. produk itu boleh selesaikan masalahnya selama ini + bonus hebat!

pasti mereka terus membeli bukan?..:)
‍‍‍‍‍‍

BERITA BAIK!..

Di sini saya ingin beri BONUS-BONUS tambahan untuk anda!
ia sebagai 'nilai tambah' kepada produk affiliate yang anda ingin promote...

TIDAK KISAHLAH PRODUK DIGITAL @ PRODUK FIZIKAL..
‍‍‍‍‍‍

*jika semua egen affiliate promote produk sama dengan bonus yang sama pasti persaingan sengitkan?..
‍‍‍‍‍‍

Download je bonus-bonus ini dan jadikan ia bonus tambahan yang tidak ada pada pesaing anda..
‍‍‍‍‍‍

Semua PERCUMA.. DOWNLOAD DAN TERUS GUNA! (tidak perlu opt-in)

https://osini.co/BONUSAbuzario
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

PERCUMA selagi link ini wujud...;)

Ilmu Allah swt sangat luas..semoga kita dapat istiqomah,amin.
29/09/2021

Ilmu Allah swt sangat luas..semoga kita dapat istiqomah,amin.

Kene simpan ilmu ni baik-baik..

1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

via Unit Rawatan An'nas

"..Kadang-kadang kita tidak sedar,ada senjata yang lembut tetapi sangat TAJAM di dalam diri kita yang boleh membawa keha...
20/06/2021

"..Kadang-kadang kita tidak sedar,ada senjata yang lembut tetapi sangat TAJAM di dalam diri kita yang boleh membawa kehancuran & boleh juga membawa banyak kebaikan.."
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Allah swt mencipta sesuatu tidak sia-sia.. melainkan semuanya adalah kebaikan. kerna Allah swt tidak pernah bersifat zalim kepada makhlukNya.wallahualam..

* kalau anda setuju..komen 'benar'.. semoga kita semua terpelihara😊 amin.

7 SEBAB KENAPA KITA MUDAH ‘DIPIJAK’ & ‘DI SINGKIRKAN OLEH COMPETITORS KITA. ‍‍‍‍‍‍ Ada kelemahan-kelemahan yang mungkin ...
20/06/2021

7 SEBAB KENAPA KITA MUDAH ‘DIPIJAK’ & ‘DI SINGKIRKAN OLEH COMPETITORS KITA.
‍‍‍‍‍‍

Ada kelemahan-kelemahan yang mungkin kita tidak perasan tetapi sering berlaku yang harus kita baiki untuk PIJAK balik pesaing-pesaing kite..

Mcm ni.. saya nak share satu artikel dari seorang sifu,kesilapan yg selalu dilakukan oleh bisnes yg baru berumur 1-2 tahun, yg buatkan mereka ini susah nak menonjol, susah nak dilihat dan selalu di belakang big brand atau jerung2 lain..

Tapi ade je yg baru start bisnes, tak sampai 6 bulan dah dapat pecah market, dapat buat sale 4-5 angka dlm masa yg singkat! So, point kat sini, semua orang boleh buat.. Cuma, kena elakkan 7 kesilapan Ini!

Anda jgn buat tau kesilapan ni, kalau dah buat.. cepat baiki.. Hehehe.. Jom baca satu per satu point bawah ni..
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#1 – TAK CIPTA USP! (UNIK SELLING POINT)
Dahlah baru start, masuk market.. terus nak bersaing dgn jerung2, yg dah 3-5-7 tahun dlm market! Agak2 ade org nak beli ke?

So kena lah cipta USP, utk kurangkan persaingan.. bila dah USP ni, kita dah asingkan brand kita dgn brand2 lain (tak kirelah BIG BRAND ke SMALL BRAND). Lagi2 kalau USP kita ni memang WIN, kena tepat kat hati audiens kita, dorg takde maknanye nak compare2 dah. Transfer DUIT terus.. taw-taw akaun kite bersusun duit masuk!
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#2 – PACKAGING LEVEL CAP AYAM! (TANGKAP MUAT)

Nak dibandingkan dengan brand2 besar.. tengok2 packaging kita beshe2 jer, kotak dah la nipis, color tak berapa kena – tak exclusive takde ‘WOW-factor’..

1st impression tu penting jgk tau! Packaging kena la cun.. Color kite main dengan komponen2 emosi. Quality kotak kita jaga, bagi nampak ‘exclusive’.

Bila bukak packaging customer pn rase happy, rase gah! Packaging kita pn main peranan utk branding kita.. Buying experience customer kita smua efek pada kekuatan branding kita.
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#3 – TAK TAU TAPI BUAT2 TAU, SYOK SENDIRI!

Kej*p buat marketing ni, kej*p buat marketing tu, kempen takde ape pn takde, sales p**ak buat ikut s**a bila.. Pastu tengok customer tak naik2 pn. Tu nama marketing syok sendiri!

Cth nak buat countdown.. 3.. 2.. 1.. pastu LAUNCH! Takde step, takde strategi tu sbb sendu jer tengok launch dia.. influencer tak kne pada produk, ikut jer.. janji byr murah. (lemau sampai sudah..)

Kne lah belajar strategi yang betul. Ikut step.. Mesti ada hala tuju marketing kita, ape yg nak dicapai.. Buat content2 power.. baru tarik perhatian audiens.. bagi audiens kita ‘SEBAB’ utk follow kita. Influencer p**ak kne tgk, follower dia sesuai ke dengan produk & target audiens yang kita nak. Kenalah relevant!
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#4 – TIADA BRANDING GAME!

Yang dah ada agent rilex sangat, bergantung sangat pada sales2 agent2. Yang mane takde agent p**a habis kat marketing tapi customer masih lagi beli dengan brand2 lain.

Kalau yg da ade agent, kuatkan lah branding korang. Kalau org lain kopipes + upgrade produk dorg, bole hilang semua agent2 tu.. dah b*k jadi tau bukan tak pernah.

Yg takde agent p**a, marketing tu lain, branding tu lain.. Marketing ni utk bagi audiens nampak kita, branding p**a nak mempengaruhi audiens kita. Pastu cmne nak jadi fans kita p**a.. semua tu efect sales kita nanti. Nak laju bisnes korang? Mantapkan marketing dan branding korang!
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#5 – 80-90’S PRESENTATION, OLD SCHOOL!

Org dah pakai video, video siap ada ‘effect‘ sana sini, gebabom sana sini, korg masih lagi pakai gambar? Pakai text je? Nk buat bideo pun segan? Mana maunya!

So kena buat bideo yang menarik minat audiens. Bideo tu mesti ada mesej yg kita nak sampaikan. 20-30 saat bideo pn bole, asalkan sampai mesej kita tu.. Jangan penuh dgn kelakar je semata2, kne ada value. Ingt, tak semua content kelakar org bole terima, kne pandai main.. salah nnt, naya kita!
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#6 – NO KPI, TIADA MATLAMAT, VISI MISI!

Tengok orang jual 10k unit sebulan, kita pun rasa nak 10k juga. C’mon! Be realistic. Dia dah 3tahun berniaga, kita baru 2-3 minggu. Followers dia 100k, kita baru 1k.. Cth nak sales setahun 100k, Sebulan rm9k, cth sbulan perlu close 100org, sehari 3 org saja.

Nampak breakdownnya? Sehari 3 org saja, susah ke.. Biar target kita tu logik degan keupayaan kita.. Tak terlalu tinggi sampai senang ‘demotivate’ tap tak terlalu rendah sampai kita pun takde ‘push factor’.
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
#7 – TAKDE MENTOR!

Marketing semua ikut syok sendiri, content tak kena, klau takde mentor spe yg nak betulkan nnt? Takkan semua planning kita nak langgar tembok dulu.. keras bangg..!

So kalau nak laju naik, tak terbazir sini sana.. kne ade mentor. Perjalanan bisnes kita pun ada panduan. Sebelum tersalah langkah, kita da dibetulkan. Baru bisnes bole naik laju, taklah asyik langgar2 tembok kan? Itu baiknya ada mentor.. kenapa nak berjaya dalam masa setahun klau bole berjaya dalam masa 3-4 bulan jer?

Kalau anda boleh ‘BELI’ masa dan pengalaman yg mempercepatkan proses bisnes, kenapa still nak guna try&error kan?

Pengalaman mentor itu bleh menjadi shortcut untuk anda capai impian dan target yang di sasarkan… letih dah hentam kromo langgar sana sini..buat teknik itu ini..ngadap berjam-jam semata-mata nak try & error teknik-teknik pelik yan kononnya kebaboom!

walaupun anda tak kisah labur duit sebab duit berlambak! (berjuta-juta dalam bank bleh spend kat ads).. tapi LETIH ooi.. dok try tak jadi-jadi!

fikir-fikirkan ye..
‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

(perkongsian artikel dari sifu tuan jamal)

Address

Dcassia Setia Ecohill
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abuzario posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abuzario:

Share

Nearby media companies


Other News & Media Websites in Semenyih

Show All