08/11/2022
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana selepas solat Maghrib manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan melaksanakannya selepas solat Isyak pada hari tersebut. Teks khutbah bertajuk 'Menginsafi Kekuasaan Allah'.
Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT di dalam penciptaan alam yang perlu diinsafi dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam.