Cahaya.FM | Demi Masa

08/12/2024
08/12/2024

PENAPIS AIR

Penapis air ini sangat besar peranannya bagi para penghuni kawasan Madrasah RTMS. Dengannya, penghuni madrasah mendapat bekalan air bersih untuk diminum.

Alhamdulillah, di Madrasah RTMS pihak pengurusan telah menyediakan 3 buah penapis air yang terletak di beberapa kawasan berbeza hasil sumbangan para penginfak.

Penapis air pertama terletak di dalam dapur utama Madrasah RTMS. Penapis air inilah yang paling awal dan paling lama berkhidmat di Madrasah RTMS berbanding penapis air yang lain. Manakala penapis air kedua diletakkan di beranda surau berhampiran ruang solat para muslimin. Penapis ini sememangnya dikhaskan untuk kegunaan pelajar lelaki sahaja. Sementara penapis air ketiga p**a lokasinya di hadapan kediaman staf yang paling lama berkhidmat di Madrasah RTMS iaitu, di ruang legar kediaman ustaz Faiz, berhampiran dengan kediaman pelajar muslimat dan ia khusus untuk pelajar wanita.

Begitulah pihak pengurusan menitikberatkan kebajikan para pelajar sehingga hal penapis air juga turut diberi perhatian. Sehingga kini pihak pengurusan masih menampung bayaran servis penapis-penapis air ini sekali gus mengganti peralatan yang perlu jika disyorkan oleh ahli servis. Begitu, agar ia terus dapat dimanfaatkan oleh para penghuni madrasah, in syaa Allah.

Pun, setiap kali air dari jabatan air dihentikan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan sebagainya, khidmat penapis air yang ada juga akan turut tergendala kerana pengeluaran airnya bergantung kepada tekanan air dari jabatan air daerah ini.

Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../

-Khaulah al-Azwar-

05/12/2024

Terima Kasih kerana sudi menonton dan Subscribe Channel Kuliah Online.Semoga dengan video-video ini dapat memberi kan manfaat dan menambah ilmu serta mendeka...

05/12/2024

RUTIN PAGI PELAJAR MRTMS

Rutin pelajar Madrasah RTMS selepas menunaikan solat Subuh ialah membaca tahlil yang diniatkan untuk para penginfaq dan penyumbang yang tidak henti-henti menyokong MRTMS sejak awal pembinaan sehingga kini.

Selepas tahlil, para pelajar akan bergerak ke kawasan masing-masing iaitu kawasan khidmat yang telah diamanahkan oleh pihak pengurusan madrasah kepada setiap pelajar untuk dipantau, dijaga dan sentiasa dibersihkan dari masa ke masa. Begitu, kerana pihak pengurusan madrasah sangat menitikberatkan hal-hal kebersihan sebagaimana dituntut dalam ajaran Islam.

Para pelajar akan menyapu halaman, lorong dan laluan umum, menyiram dan menggembur pokok bunga, mencuci tandas , mengutip ranting kering dan sebagainya di kawasan khidmatan mereka.

Selepas khidmat kawasan, para pelajar akan melakukan p**a khidmat bilik kediaman dan mengurus diri masing-masing. Sebahagian pelajar akan mengambil sedikit masa beriadah sebelum melakukan khidmat diri atau mengurus diri mereka sendiri.

Selepas bersarapan ringan, tepat jam 7. 30 pagi, mereka akan masuk ke kelas sepanjang Isnin hingga Jumaat. Manakala di hujung minggu, ada jadual gotong-royong yang menanti.

Begitulah rutin pagi para pelajar Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah, setiap hari.

Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../

-Balatung-

05/12/2024

JELAJAH BAGANG

Beberapa bulan yang lalu, pelajar Walai Quran telah datang berziarah ke salah sebuah rumah pelajar, terletak di Kampung Tanjung Senimpul Laut, di daerah Pitas atas jemputan orang tua seorang pelajar.

Awalnya, kedatangan rombongan pelajar ke Pitas hanya ingin menghadiri jemputan makan, tetapi setelah sampai di rumah tuan rumah, pelajar ditawarkan untuk pergi ke bagang yang menjadi sumber rezeki keluarga pelajar ini. Walaupun agak terkejut, para pelajar kelihatan teruja, bagai pucuk dicita, ulam p**a yang mendatang.

Para pelajar kemudiannya dibawa menaiki dua perahu yang dipandu sendiri oleh bapa pelajar dan pekerjanya.

Terlihat riak wajah kegembiraan dan keterujaan pelajar waktu itu, kerana itulah kali pertama mereka menaiki perahu, berada di atas laut dan melihat sendiri bagang yang selama ini hanya didengar melalui cerita kawan-kawan yang berasal daripada Pitas.

Sepanjang perjalanan ke bagang selama 40 minit, penglihatan pelajar dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah. Kelihatanlah bukit-bukau sekeliling air laut yang jernih dan burung-burung yang beterbangan di awan, subhanalLah.

Sesampai di bagang, beberapa pelajar naik ke atas dan ada sebahagian yang lain hanya duduk berdiam di perahu, tidak berganjak kerana takut dengan ketinggian.

Bagang adalah sumber rezeki bagi orang-orang yang tinggal di sekitar laut. Bukan semua orang memiliki bagang. Hanya mereka yang mampu dan berusaha gigih dapat memilikinya kerana tidak mudah untuk mendirikannya Selain kesungguhan, mendirikan sebuah bagang memerlukan modal yang agak besar serta proses yang mencabar.

Perjalanan pelajar Walai Quran menjelajah ke bagang tidaklah sia-sia hari itu kerana selain mendapat pengalaman berharga, mereka turut mempelajari ilmu perbagangan dan kehidupan masyarakat setempat di daerah Pitas.

Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../

-Syifa-

03/12/2024

Isteri Nusyuz-Ustaz Wadi Anuar

01/12/2024

Almarhum Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam - BANYAKKAN SELAWATKitab Bekal AkhiratDewan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, KedahBagi sesiapa ya...

25/11/2024

ini dibangun guna memberikan edukasi terhadap masyarakat melalui ceramah, kajian dan kegiatan sosial lainya yang dilakukan ...

25/11/2024

Saat saya berkunjung ke jepang Tanggal 7 Mei 2024, saya berkesempatan mengunjungi Global Organic Farm, di kota Mito Ibaraki Jepang yang dimiliki oleh Pak Ana...

25/11/2024

Perang Hunain

23/11/2024

cover lagu Danial Zain - Purnama Merindu

Address

Kg. Lohan 2, Ranau
Sabahat
89307

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya.FM | Demi Masa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cahaya.FM | Demi Masa:

Videos

Share

Nearby media companies