28/05/2024
Kehadapan 10,160 adik-adik yang tak hadir ambil SPM, dan juga yang keputusan SPM tak ok untuk teruskan belajar ke peringkat seterusnya.
Ini pesanan saya, seorang yang ada SPM sahaja.
Rasanya lebih dekat untuk kita berbual daripada berbual dengan ahli akademik sentiasa ke arah jalan biasa sambung belajar dan sebagainya.
Saya bukan nak bagitahu yang penting ambil SPM, penting kena ada SPM, penting kena ada sijil universiti dan kolej. Kalau tak ada, gelap masa depan.
Mungkin itu yang disematkan dalam fikiran adik-adik selama ini.
Dan ilmu juga luas. Belajar untuk hidup di luar juga namanya ilmu. Bukan buku semata.
Jadi tak perlu saya panjangkan lagi nasihat seperti ini.
Cuma nak bagitahu yang kehidupan tanpa SPM ni sebenarnya bukan penamat kepada hidup adik-adik.
Mungkin jalannya agak berbeza, tapi Insya-Allah ada cahayanya.
1. Adik kena kerja keras hari ini, mulakan sekarang.
2. Adik kena korbankan banyak masa rehat. Masa muda ni tenaga tengah banyak, kerah sebaiknya tenaga tu.
3. Pastikan adik ada masa untuk bercakap dengan diri sendiri. Tanya diri "aku nak jadi apa selepas ini"
4. Ambil kertas, susun perancangan hidup. 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun lagi nak jadi apa.
5. Jangan malas, jangan banyak tidur, jangan banyak terbaring, jangan banyak layan Netflix, jangan banyak layan TikTok.
6. Lagi bagus minta izin mak ayah, untuk keluar dari rumah dan sewa di tempat lain. Biar ada rasa nak paksa diri untuk kelangsungan hidup bila tak duduk dengan keluarga.
7. Tak perlu malu kerja dengan orang, tapi sebaiknya ada pemikiran "aku bukan selamanya nak kerja dekat sini"
8. Bila ada pemikiran seperti tadi, adik akan cuba sesuatu yang lain p**a, gunakan duit masa kerja tadi sebagai modal permulaan untuk mulakan bisnes.
9. Gaji pertama kerja terus asingkan 10% untuk beri kepada mak dan ayah setiap bulan dan minta mereka doakan. Adik buat ni, percayalah doa dari mak ayah tu sangat luar biasa.
10. Buat 1-10 bisnes tak jadi mula-mula ni perkara biasa. Layankan sahaja, kuatkan semangat. Jangan putus asa.
11. Lama-lama nanti, adik akan tahu dalam banyak-banyak bisnes dah buat, bisnes mana yang mudah untuk beri adik duit dan pendapatan yang banyak.
12. Selepas dah mula ada pendapatan, jangan lupa simpan. Jangan p**a masuk dalam skim-skim cepat kaya.
13. Adik belajar dulu untuk buat RM100, RM1,000, RM10,000. Lama-lama nanti adik akan tahu macam mana nak buat RM100,000 dan RM1,000,000 pertama.
14. Jauhkan diri adik daripada Forex.
15. Awal-awal ni tak perlu kejar nak cepat kaya dengan masuk crypto semua ni, kecuali memang betul-betul ada lebihan duit dan tak kisah kalau duit tu hilang.
16. Nak belajar main saham di bursa Malaysia? Lupakan dulu sementara ni. Masih awal lagi untuk adik. Banyakkan simpanan dahulu.
17. Bila dah ada pendapatan banyak nanti, mewahkan mak ayah jika mereka masih ada.
18. Utamakan dahulu bantu mak ayah, adik, abang dan keluarga sendiri sebelum bantu dan sedekah kepada orang lain.
20. Permulaan ni jangan beli kereta baru, beli kereta terpakai yang mampu dibayar secara tunai.
21. Bila adik dah usaha 5-10 tahun buat kerja tanpa ada SPM, pendapatan adik masa ni percayalah akan lebih tinggi daripada pendapatan orang lain yang bekerja sepenuh masa.
22. Cuma adik kena pandai pilih kawan, kena pandai menguruskan kewangan dan kena pandai uruskan diri sendiri.
23. Pasang impian, umur berapa nak .
24. Saya sendiri mula masa umur 16 tahun, dan masa umur 27 tahun saya dah isytihar
25. Tiada kerja, tapi tetap ada duit yang masuk untuk teruskan hidup.
26. Macam mana saya buat? Semuanya atas pengalaman selama 11 tahun asbab saya bermula awal.
27. Adik-adik, mula awal ni bagus. Cuma jangan malas, jangan berehat lama sangat, jangan seronok lama sangat dengan kawan-kawan.
28. Kuatkan semangat bila tiada SPM, sebab akan ada banyak ujian terutama orang gelakkan dan orang pandang rendah kepada kita.
29. Jalan terus abaikan apa orang kata, asalkan adik buat perkara yang baik, asalkan adik tahu adik nak jadi apa 5-10 tahun akan datang.
30. Dah berjaya nanti, jangan rendahkan orang yang pilih jalan akademik. Raikan mereka, itu pilihan mereka.
Ok adik-adik semua.
Hidup ini memang keras, tak seindah apa yang adik lihat di media sosial.
Abang doakan semoga adik maju jaya, dan menjadi manusia yang bermanfaat untuk keluarga dan orang ramai.
Muhammmad bin Jantan
Pencen Muda diusia 27 tahun.
แดแแดแด แญแฉแชแดSTIแแด !! ๐ต๐ธโ
BAKAL SPONSOR HANYA BERSIFAT I โฅ WAQAF..SAMA ADA PRODUK, JENAMA, INDIVIDU, SYARIKAT, COMPANY, INSTITUSI SEBAGAINYA
www.my1community.com.my/Contacts
Muafakat Rakyat - Sponsorship
SPONSORSHIP ( MUAFAKAT RAKYAT )
Muafakat Rakyat
www.my1community.com.my
www.my1community.com.my/Sponsorship
๐ฒSOCIAL GROUP ( MUAFAKAT RAKYAT )
RAKYAT ORGANIK ( MUAFAKAT RAKYAT )