Khalifah Allah خليفة

Khalifah Allah خليفة الله اكبـــــــــــــــــر
الله اكبــــــــــــــــ?

Surat Aş-Şaf 61:4

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞"Pertempuran Al-Mansourah (1250 Masihi) : Kekalahan yang...
06/05/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

"Pertempuran Al-Mansourah (1250 Masihi) : Kekalahan yang memalukan buat Perancis."

Perang Salib telah ditiupkan lagi oleh Raja Raja Eropah. Ini adalah siri Perang Salib yang ketujuh bagi pasukan Kristian. Pasukan ini diketuai oleh Raja Perancis iaitu King Louis IX.

Kebiasaannya, perang Salib ini menyasarkan Baitul Maqdis sebagai sasaran mereka. Dan kebiasaannya mereka akan melalui dari laluan Eropah - Konstantinopel - Anatolia - Levant dan Baitul Maqdis.

Tetapi, tidak kali ini. Bagi mereka, setelah kekalahan mereka dalam beberapa siri Perang Salib yang lepas (setelah Perang Salib Kedua), mereka perlu menetapkan sebuah sasaran yang ampuh dan menghapuskan ancaman tersebut barulah mereka dapat menakluk Kota Al-Quds.

Pasukan Salib yang dipimpin oleh Raja Louis IX kemudiannya berarak dengan kapal perang mereka dari daratan Eropah ke Laut Mediterranean. Pope Innocent IV pada ketika itu turut memberi sokongan kepada Perancis untuk melancarkan Perang Salib Ketujuh ini.

Armada Salib yang dipimpin oleh Charles d'Anjou dan Robert d'Artois berlayar dari Pelabuhan Marseille ke Pulau Cyprus pada tahun 1248 Masihi.

Pasukan Salib ini kemudiannya berlabuh di pelabuhan Dumyat dan memulakan serangan di sana. Serangan dilancarkan keatas Kota Dumyat dan tumpas ke tangan pasukan Salib. Hal ini memicu pemimpin Kerajaan Ayyubid mengisytiharkan darurat Perang.

Pasukan Salib yang terdiri dari Knight of Templars, Knighr of Hospitaller, Order of St Lazarus melakukan serangan ke atas Dumyat dan menguasai terusan Mesir. Mereka kemudiannya mara ke arah Al-Mansurah.

Baibars dan Shajar Ad Dur yang pada ketika itu pembesar Mesir mencadangkan sebuah tipu helah yang akan menewaskan Pasukan Salib ini.

Secara tiba tiba, benteng Kota Al-Mansurah di buka seluas luasnya. Pasukan Salib menyangka pasukan Mesir telah menyerah diri masuk dan berarak ke dalam kota tanpa mereka sedar itu hanyalah perangkap semata mata.

Masuknya mereka ke dalam kota, mereka kemudiannya diserang bertubi tubi oleh pasukan Mesir sehingga pemuka pemuka pasukan mereka tewas kesemuanya. Akhirnya, pasukan Salib ini tewas dan Raja Louis IX sendiri ditangkap dalam perang tersebut.

Berbeza di Eropah, pasukan Salib menyebarkan berita palsu menyatakan bahawa mereka telah menang dan telah menewaskan pasuka Mesir. Kaherah dalam tawanan mereka. Akhirnya, mereka turut mengetahui kekalahan mereka dan mereka perlu membayar tebusan untuk menebus Raja mereka yang ditawan dalam perang ini.

---

Khalifah Allah خليفة

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞MAKAM MANUSIA PALING KAYA DI ZAMANNYA.Makam orang paling...
01/04/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

MAKAM MANUSIA PALING KAYA DI ZAMANNYA.
Makam orang paling kaya dan paling dermawan pada masanya. Sampai hari ini kekayaannya semua diberikan kepada umat Islam termasuk pohon kurma, telaga Raumah, telaga yang dibelinya dari orang Yahudi.

Telaga tersebut merupakan satu-satunya telaga di zaman Nabi Muhammad SAW yang masih mengalir sampai sekarang walaupun usianya sudah 1,400 tahun.

Beliau adalah seorang daripada sahabat Nabi yang rapat dan dijamin syurga oleh baginda. Beliau telah diberikan gelaran Zun-Nurain (pemilik dua cahaya) kerana memperisterikan 2 orang puteri Nabi iaitu Rokiah dan Ummi Kalsom.

Beliau pergi menghadap Ilahi pada malam 18 Zulhijjah tahun 36 Hijrah bersamaan hari Jumaat di usia 82 tahun akibat dibunuh oleh beribu pemberontak dari Mesir, Kufa dan Basrah selepas rumahnya berjaya dirempuh masuk.

Selepas kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam. Foto dibawah adalah makamnya di Al-Baqi', Madinah, Saudi Arabia. Namanya Uthman ibn Affan.

Khalifah Allah خليفة 🏹

Kejatuhan Konstantinople sebenarnya mempercepatkan kejatuhan Melaka dan menjadi faktor kepada kebangkitan Eropah sebagai...
19/03/2024

Kejatuhan Konstantinople sebenarnya mempercepatkan kejatuhan Melaka dan menjadi faktor kepada kebangkitan Eropah sebagai kuasa laut dunia, sekaligus menjadi adikuasa dunia.

Ya, anda tak salah membaca kenyataan di atas. Kenapa saya cakap macam ni? Pertama, apabila Uthmaniyyah dibawah Al-Fateh berjaya menawan Konstantinople, segala laluan untuk ke Timur automatik berada dibawah Uthmaniyyah.

Rempah ratus, sumber alam dari Timur Jauh yang mendarat di Eropah, dijual dengan harga berkali ganda. Inflasi naik mencanak. Jadi, kuasa Eropah kata tak boleh jadi. Kita kena cari jalan untuk ke Timur, dah tak boleh benarkan penguasaan ini kepada orang Muslim sahaja.

Maka bermulalah pengembaraan kuasa-kuasa Eropah membina kapal-kapal terbaik mereka, mulalah pengembaraan mencari jalan untuk ke Timur. Antara yang terawal ialah Portugis yang akhirnya menemui Melaka, berperang dan menakluk kota agung umat Melayu ini.

Dalam masa yang sama, Portugis menemui Brazil, Sepanyol menjajah Tamadun Mesoamerika, British dan Perancis berebutkan wilayah di Amerika Utara. Benua Amerika atau dikenali sebagai Dunia Baru ketika itu menjadi tempat penjajah-penjajah ini mengorek segala sumber bumi di benua Amerika seperti Emas, tanah luas untuk perladangan, dan komoditi-komoditi lain.

Kekayaan baru ini membolehkan Eropah mengalami Revolusi Industri yang sangat pesat. Uthmaniyyah? Mereka tak berminat untuk berlayar, meneroka dunia seperti pelaut-pelaut Eropah kerana mereka tidak ada keperluan sedemikian. Mereka dah kawal laluan perdagangan biasa, dan fokus mereka tidak ke arah Laut Atlantik, sebaliknya menembusi lebih dalam ke dalam Benua Eropah.

Maka demikianlah kisah bagaimana penaklukan Al-Fateh ke atas Constantinople menghasilkan chains reaction sehingga jatuhnya Melaka dan Eropah menemui kekayaan baru sehingga berlakunya Revolusi Industri, dan membuatkan bangsa mereka jadi adikuasa baru.

⚔️ Khalifah Allah خليفة 📜

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞“Kisah Pencuri Baju Besi Khalifah Ali” Korang tahu tak a...
10/03/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

“Kisah Pencuri Baju Besi Khalifah Ali”

Korang tahu tak ada satu Ketika di mana Khalifah sebagai ketua negara boleh kalah dengan orang yang didakwanya sendiri. Nampak macam pelik tapi ini memang benar berlaku.

Peristiwa ini berlaku ketika Khalifah Ali melihat baju besinya yang diletakkan di luar rumah hilang. Puas beliau mencari, akhirnya dia mendapati baju besinya dipakai oleh seorang Nasrani. Apalagi, Khalifah Ali tegurlah Nasrani tersebut bahawa baju besi yang dipakainya itu miliknya.

Nasrani tersebut menafikan segala dakwaan Khalifah Ali. Lantaran itu, Khalifah Ali membawa perkara tersebut kepada Hakim Syuraih, Qadhi di Kufah. Khalifah Ali mendakwa bahawa baju besinya dicuri oleh Nasrani tersebut.

Nasrani tersebut membidas dakwaan Khalifah Ali bahkan meminta bukti bahawa baju besi tersebut milik Khalifah Ali. Khalifah Ali terdiam dan menyatakan bahawa dia tiada bukti baju tersebut miliknya dan akhirnya Nasrani tersebut menang dalam perbicaraan tersebut.

Nasrani tersebut kemudiannya membawa pergi baju tersebut pergi. Selang beberapa Langkah, dia berpatah balik dan terus mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Khalifah Ali dan Hakim Syuraih. Siapa sahaja yang tak terpinga pinga dengan Tindakan Nasrani tersebut,

Nasrani ini kemudian menyambung, “Aku merupakan seorang Nasrani dan memang benar aku mencuri baju tersebut usai daripada Perang Jamal tetapi yang lebih aku tak sangka bagaimana Khalifah boleh kalah perbicaraan dan membenarkan aku memiliki baju ini.”

Khalifah Ali kemudiannya tersenyum dan menghadiahkan baju besi tersebut kepadanya dan Nasrani tersebut menggunakan baju besinya itu untuk berjuang di sisi Khalifah Ali.

Kalau ikutkan boleh sahaja Khalifah Ali mendakwa dan menghukum lelaki Nasrani tersebut tetapi inilah sifat Khalifah Ali yang menjunjung keadilan dalam pemerintahan.

Oleh : Muqri Nizam

⚔️ Khalifah Allah خليفة 🐎
🕋🕌 Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus 🕌🕋

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞"Orban: Jurutera Meriam Yang Menjayakan Penaklukan Tente...
09/03/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

"Orban: Jurutera Meriam Yang Menjayakan Penaklukan Tentera Uthmaniyah Ke Atas Kota Konstantinopel"

Cerita pasal penaklukan tentera Uthmaniyah ke atas kota Konstantinopel pada tahun 1453, mesti korang teringat meriam gergasi yang mampu hancurkan kubu kota yang begitu ampuh dan tidak hancur bertahun-tahun, kan?

Sebenarnya ada kisahnya bagaimana empayar Turki Uthmaniyah memiliki meriam sebegitu semata-mata menakluk kota yang teramat kuat itu. Kisahnya bermula dari seorang jurutera meriam berbangsa Hungary yang genius bernama Orban.

Orban ialah jurutera meriam yang berasal dari kerajaan Wallachia (Romania). Beliau banyak menciptakan meriam yang diperbuat dari gangsa, sehingga banyak kerajaan Eropah Timur menggunakan meriam ini pada era 1440-an.

Berkat dari kepakaran meriam, Orban menjelajah ke kota Konstantinopel untuk menawarkan khidmatnya. Masa tu maharaja terakhir bernama Constantine XI Palaiologos yang memerintah kerajaan Byzantine yang semakin melemah.

Ketika Orban berada di kota itu, beliau terpesona dengan binaan kubu kota yang dikatakan amat ampuh dari serangan-serangan musuh. Beliau percaya dengan pemasangan meriam, kubu kota Konstantinopel boleh menjadi kubu terkuat sepanjang zaman!

Maharaja Constantine XI menerima kedatangan Orban dan menyukai cadangan Orban itu. Baginda sempat melihat meriam Orban yang dipasang di dinding kubu Hexamilion yang terletak di kota Corinth, yang mana meriamnya mampu pecahkan batu dengan jarak yang begitu jauh.

Tapi, maharaja Byzantine tu menolak tawaran Orban kerana kekurangan bajet untuk membeli dan memasang meriam. Yelah, era maharaja ni memerintah berada dalam fasa yang perit kerana banyak jajahannya ditakluk oleh kerajaan luar. Maka, ekonomi kerajaan waktu tu hanya cukup menampung rakyat kota.

Orban pun tanpa buang masa keluar dari kota Konstantinopel dan mencari pelanggan baru. Akhirnya beliau berjaya bertemu dengan sultan empayar Turki Uthmaniyah bernama Mehmed II, yang kita biasa kenal dengan nama 'Al-Fatih'.

Sultan Al-Fatih yang mengetahui kepakaran Orban dalam kejuruteraan meriam menyambut mesra akan kedatangan Orban dan memberikan bermacam-macam hadiah untuk senangkan hati Orban sebagai seorang tetamu.

Sultan pun bertanya kepada Orban kalau beliau mampu mencipta sebuah meriam yang mampu hancurkan kubu kota Konstantinopel. Orban dengan yakin bagitau bahawa bukan setakat kubu kota Konstantinopel boleh dihancurkan, meriamnya juga mampu pecahkan kubu kota kuno Babylon!

Di sinilah Sultan Al-Fateh memberikan dana kepada Orban untuk melaksanakan projek pembinaan meriam gergasi selamat tiga bulan. Setelah siap dibina, meriam itu ditarik oleh 60 ekor lembu jantan, dibawa ke depan kota Konstantinopel.

Orban juga banyak membina meriam-meriam kecil untuk kegunaan tentera Uthmaniyah semasa kempen menakluk Konstantinopel. Dan, selebihnya adalah sejarah.

Tapi, usia Orban tak panjang sebab beliau meninggal dunia semasa mengendalikan sebuah meriam yang tiba-tiba meletup, ketika bersama tentera Uthmaniyah menyerang Konstantinopel.

Inilah kisah bagaimana empayar Turki Uthmaniyah mampu memiliki meriam gergasi. Dunia Islam harus berterima kasih kepada jasa Orban yang memberikan ilmu kejuruteraan meriam yang amat berguna!

Oleh: Dinie Liow
.....

Sultan Al-Fatih sentiasa diingati sebagai pemerintah muslim yang berjaya menakluk satu-satunya kota paling kuat iaitu Konstantinopel.

⚔️ Khalifah Allah خليفة 🐎
🕋🕌 Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus 🕌🕋

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞Hari ini 100 tahun yang lalu, Khalifah Uthmaniyah terakh...
04/03/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Hari ini 100 tahun yang lalu, Khalifah Uthmaniyah terakhir, Abdülmecid II dilucutkan jawatan.

Dinasti Uthmaniyah diasaskan oleh Osman Ghazi pada 1299. Apabila Uthmaniyah menakluk Mesir daripada kuasa Mamluk pada 1517, Sultan Selim I yang memimpin empayar berpusat di Anatolia itu mula memakai gelaran Khalifah Penjaga Kota Suci Mekah & Madinah, yang diteruskan oleh sultan-sultan Uthmaniyah selepasnya.

Abdülmecid II lahir pada Mei 1868. Mengikut tradisi Uthmaniyah, beliau tak dibenar keluar daripada istana hingga usianya 40 tahun, yang mana sepanjang itu bapanya Abdülaziz & 3 sepupunya berada di takhta. Apabila sepupu keempatnya Mehmed IV naik takhta pada 1918, Abdülmecid dilantik sebagai Putera Mahkota.

Namun ketika itu Uthmaniyah sudah pun tumbang, tewas dalam Perang Dunia I kepada Tentera Bersekutu. Mehmed VI, Sultan Uthmaniyah terakhir, meninggalkan Constantinople setelah Kesultanan Uthmaniyah dimansuhkan pada November 1922 & Abdülmecid dilantik menjadi Khalifah oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki (TBMM).

Begitupun beliau tak punyai kuasa eksekutif, hanya sekadar sebagai simbol hubungan Turki baharu dengan sejarah Uthmaniyahnya. Oleh hal demikian beliau menjadi sandaran buat para penentang Mustafa Kemal yang sebahagian besarnya dibelakangi British.

Atas sebab itu, Mustafa Kemal tekad memutuskan hubungan dengan masa silam, mengisytiharkan Republik Turki pada 29 Oktober 1923 & pada 3 Mac 1924, TBMM memansuhkan kekhalifahan Turki - selepas 407 tahun bernaung di Anatolia. Keesokan harinya, Abdülmecid dibuang negeri bersama ahli keluarganya.

Beliau diberi wang tunai £2,000 & dibawa menaiki Orient Express ke Switzerland, sebelum akhirnya menetap di Perancis. Abdülmecid hidup atas ihsan Nizam Hyderabad (juga atas kebenaran British yang menguasai subbenua India ketika itu) yang kemudian mengahwini anak perempuannya.

Abdülmecid meninggal dunia pada 23 Ogos 1944 di rumahnya di Paris sebelum akhirnya dikebumikan di perkuburan Al-Baqi’, Madinah.

⚔️ Khalifah Allah خليفة 🐎
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞3 Mac 2024 menandakan 100 tahun sejak kejatuhan Khilafah...
03/03/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

3 Mac 2024 menandakan 100 tahun sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah (Ottoman Caliphate) pada 3 Mac 1924 (28 Rejab 1342 H).

Khilafah Uthmaniyyah merujuk kepada pemerintahan para sultan Uthmaniyyah yang memegang jawatan khalifah Islam dari tahun 1517-1924.

Bermula dengan Selim I, berakhir dengan Abdul Majid II. Berlangsung selama 407 tahun dan seramai 29 orang khalifah.

Khalifah (bermaksud pewaris) ialah gelaran pemimpin ummah (umat Islam) selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 632.

Umat Islam pada asalnya satu, berpusat di Mekah dan Madinah. Jadi, khalifah ialah satu-satunya pemerintah orang Islam. Tiada amir, sultan, malik dan sebagainya.

Khalifah pertama ialah Saidina Abu Bakar (632-634), diikuti oleh Umar (634-644), Uthman (644-656) dan Ali (656-661).

Di bawah pemerintahan mereka berempat, kuasa umat Islam berkembang ke seluruh Tanah Arab, kemudian ke Filastin, Syria, Iraq, Iran dan Mesir.

Empat khalifah ini digelar sebagai al-Khulafa ar-Rasyidin (maksudnya para khalifah yang berada di atas landasan kebenaran) kerana mereka ialah para sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah SAW, memiliki sifat terpuji dan memerintah ikut cara Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya.

Selepas Saidina Ali mangkat, jawatan khalifah jatuh ke tangan Muawiyah ibn Abu Sufyan. Di bawah Muawiyah, khilafah dah berubah menjadi seperti sistem raja (mulk). Jawatan diwarisi dari bapa ke anak.

Muawiyah berasal dari suku Bani Umayyah, oleh itu khilafah beliau dan keturunannya dipanggil sebagai Khilafah Umawiyah. Pusat khilafah dipindahkan ke Damsyik.

Khilafah Umawiyah ini kemudian digulingkan oleh Bani Abbasiyyah (dari keturunan Abdullah ibn Abbas) pada tahun 750. Khilafah Abbasiyyah didirikan, pusat khilafah dipindahkan ke Baghdad.

Zaman Khilafah Abbasiyyah ini digelar sebagai Zaman Keemasan Islam. Tapi lebih kepada pencapaian intelektual saja. Di zaman Abbasiyyah inilah umat Islam mula berpecah jadi banyak negara.

Ada pemerintah negara yang pakai gelaran amir, ada yang pakai sultan. Macam Salahuddin al-Ayyubi tu seorang sultan di Mesir.

Para amir dan sultan ni masih beri taat setia kepada khalifah Abbasiyyah di Baghdad, tapi khalifah tak ada kuasa ke atas mereka. Jadi macam boneka saja.

Selepas Baghdad diserang oleh Mongol pada 1258, Khilafah Abbasiyyah berpindah ke Kaherah, Mesir di bawah pemerintahan Sultan Mamluk.

Kaherah jadi pusat Dunia Islam sehingga tahun 1517, apabila Kesultanan Mamluk dikalahkan oleh Kesultanan Uthmaniyyah di bawah kepimpinan Selim.

Kesultanan Uthmaniyyah adalah kerajaan yang diasaskan oleh orang Turk bernama Osman anak Ertugrul pada tahun 1299. Orang Turk ni pada asalnya duk bawah Kesultanan Rum, tapi selepas Kesultanan Rum jatuh, mereka pun buat kerajaan sendiri termasuk kerajaan Osman.

Selim ialah cucu Mehmed al-Fatih yang terkenal sebagai penakluk Constantinople. Tapi Mehmed al-Fatih tak pernah jadi khalifah sebab beliau hanya Sultan Uthmaniyyah. Gelaran Sultan Uthmaniyyah tu pun kena dapat pengiktirafan daripada Mamluk yang pegang Khalifah Abbasiyyah.

Dengan mengalahkan Mamluk, Selim sekali gus memperolehi gelaran khalifah daripada Khalifah Abbasiyyah terakhir, Al-Mutawakkil III. Maka bermulalah zaman Khilafah Uthmaniyyah.

Ada sebab Selim serang Mamluk, bukan setakat mahu kuasa sahaja.

Pada tahun 1509, Mamluk kalah teruk dalam perang dengan Portugis. Mamluk ni jenis yang sangat jumud, meriam tak nak pakai (takut rendahkan martabat pahlawan), perang pakai kapal pun tak pandai.

Kalau dibiarkan Mamluk ni ketuai dunia Islam, habis Portugis serang sampai ke Mekah (dan Albuquerque memang ada plan tu).

Selepas Uthmaniyyah ambil alih, baru perluasan kuasa Portugis diperlahankan. Baru dunia Islam selamat sikit.

Malah di bawah pemerintahan anak Selim iaitu Suleiman, Uthmaniyyah menjadi adikuasa (superpower) dunia ketika itu.

Uthmaniyyah bukan hanya menguasai Anatolia (Turki), Syria, Filastin, Iraq, Tanah Arab, Mesir, Afrika malah wilayah Eropah di Balkan (Bosnia, Serbia, Romania, Bulgaria, Yunani), Crimea dan Hungary.

Negara-negara Islam yang jauh dari pusat dunia Islam seperti Kesultanan Aceh pun memberi taat setia kepada Uthmaniyyah.

Tapi di zaman itu juga wujud kerajaan Islam yang lain seperti Mughal di India, dan Safawiyyah di Iran (Safawiyyah berfahaman Syiah, so ada kontroversi nak kategorikan dia sebagai kerajaan Islam). Dua-dua kerajaan ni tak mengakui ketuanan Uthmaniyyah.

Maghrib (Morocco) pun tak mengakui ketuanan Uthmaniyyah. Sebab Maghrib ni ramai Ahlul Bait (keturunan Rasulullah SAW), sultan dia pun Ahlul Bait. Bukan saja Arab Quraysh tapi keturunan Rasulullah SAW lagi. Uthmaniyyah ni Turk orang gasar saja pada pandangan mereka.

Jadi, nak kata semua umat Islam bersatu ketika zaman pemerintahan Uthmaniyyah pun kurang tepat. Mungkin tak sampai separuh umat Islam yang berada di bawah kedaulatan Uthmaniyyah.

Malah menjelang abad ke-19 (1800-1899), Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan kuasa yang hebat.

Dulu negara-negara Eropah takut dengar nama Uthmaniyyah. Tapi di abad ke-19, Uthmaniyyah diejek sebagai Orang Sakit Eropah (Sick Man of Europe).

Kuasa-kuasa Eropah (UK, Perancis, Rusia, Austria, Itali) ni kalau ada masa free diorang akan pergi buli Uthmaniyyah, ambil tanah dia.

Menjelang tahun 1913, Uthmaniyyah dah hilang 60% tanahnya. Hanya tinggal Turki, Syria, Filastin, Iraq, Tanah Arab.

Mesir dah dijajah UK. Algeria dan Tunisia dah dijajah Perancis. Balkan dah merdeka. Crimea dah diambil oleh Rusia.

Uthmaniyyah pun tak boleh buat apa-apa sebab Uthmaniyyah dah jauh ketinggalan dari segi sains, teknologi dan sistem ekonomi.

Di zaman Selim dan Suleiman, Uthmaniyyah digeruni kerana menguasai teknologi meriam yang paling canggih. Sebab tu negara-negara Eropah pun diorang boleh dapat kalahkan.

Tapi pada abad ke-19, negara-negara Eropah dapat mengalami Revolusi Industri yang pesat. Uthmaniyyah jadi ketinggalan.

Para sultan/khalifah Uthmaniyyah pernah nak buat reform, tapi "too little, too late". Bukan saja reform tak berkesan, tanah hilang, hutang pun bertambah.

Jadi, golongan bijak pandai Uthmaniyyah (yang digelar Young Turks) nak buat gamble besar.

Mereka gulingkan Khalifah/Sultan Abdul Hamid II, menjadikan adiknya Mehmed V sebagai khalifah/sultan boneka, dan paksa khalifah/sultan isytiharkan jihad, masuk Perang Dunia Pertama sebagai sekutu Jerman pada 1914.

Sebab apa buat demikian? Sebab Jerman lawan UK, Perancis dan Rusia.

Kalau menang, Uthmaniyyah ada harapan nak dapatkan balik semua tanah mereka yang hilang, sekali gus hapuskan semua hutang yang Uthmaniyyah pinjam dengan kuasa-kuasa Barat ini.

Namun gamble tu tak berjaya. Jerman menyerah kalah pada 1918, maka Perang Dunia Pertama tamat dengan UK-Perancis sebagai pemenang.

Negara-negara pemenang telah memaksa Sultan Mehmed VI (pengganti Mehmed V) untuk menandatangani Perjanjian Sevres.

Syria dan Lubnan diberi kepada Perancis manakala Filastin, Jordan dan Iraq diberi kepada UK.

Tanah Arab dimerdekakan. Sharif Husayn dari keturunan Rasulullah SAW (sebelah nasab Saidina Hasan ibn Ali) diiktiraf sebagai raja di Hijaz (Mekah dan Madinah), sebagai balasan kepada kerjasama beliau dengan UK semasa Perang Dunia Pertama.

Malah tanah Turki juga diagih-agihkan. Yunani dan Itali dapat belah barat, Armenia dapat belah timur. Malah Constantinople (Istanbul) dijadikan sebagai zon antarabangsa yang dijaga oleh UK dan Perancis.

Perjanjian ini dilihat sebagai penghinaan besar kepada bangsa Turki. Maka nasionalis Turki di bawah kepimpinan Mustafa Kemal melancarkan Perang Kemerdekaan Turki untuk usir UK, Perancis dan Yunani.

Selepas 3 tahun berjuang, nasionalis Turki berjaya memaksa UK dan Perancis untuk merunding perjanjian baharu iaitu Perjanjian Lausanne.

Walaupun UK dan Perancis ialah pemenang Perang Dunia, mereka bukanlah kuat mana. Mereka menang sebab Jerman menyerah kalah, bukan menang betul. UK dan Perancis juga dilanda krisis ekonomi, jadi mereka tak nak panjangkan konflik dengan Turki.

Perjanjian Lausanne menetapkan sempadan Turki seperti hari ini. Pihak Turki juga melepaskan Syria, Palestin dan Iraq. Kira win-win. Sebab Mustafa Kemal waktu tu hanya perjuangkan kepentingan Turki saja. Tanah umat Islam lain dia dah malas nak fikir.

Malah Mustafa Kemal tak nampak lagi apa relevannya nak kekalkan kesultanan mahupun khilafah bagi bangsa Turki.

Maka pada 1 November 1922, Mustafa Kemal memansuhkan Kesultanan Uthmaniyyah dan memindahkan kuasa negara kepada parlimen atau Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki.

Sultan Mehmed VI dibuang negara ke Malta. Sepupunya Abdul Majid II ditabalkan sebagai khalifah, tetapi tidak lagi ada kuasa politik. Cuma sebagai ketua orang Islam secara simbolik sahaja.

Kemudian pada 29 Oktober 1923, Republik Turki diisytiharkan. Mustafa Kemal dilantik sebagai presiden dan diberi gelaran Ataturk yang bermaksud Bapa Turk atas jasanya kepada negara.

Tak lama kemudian, Ataturk rasa khalifah yang setakat simbolik tu pun elok dimansuhkan saja.

Maka pada 3 Mac 1924, Ataturk membuat pengumuman yang mengejutkan (atau sebenarnya tak mengejutkan pun) untuk memansuhkan jawatan khalifah. Semua kerabat Bani Uthmaniyyah (Osmanoglu) dibuang negara.

Sehingga ke hari ini, ramai di kalangan kita masih menyalahkan Ataturk atas kejatuhan Uthmaniyyah dan sistem khilafah.

Tapi kalau kita betul-betul memahami sejarah Uthmaniyyah ini, kita akan sedar bahawa kurang tepat untuk mengatakan Mustafa Kemal Ataturk sebagai punca kejatuhan Uthmaniyyah atau sistem khilafah.

Hakikatnya, Uthmaniyyah dah jatuh pun selepas Perang Dunia Pertama.

Apa yang Uthmaniyyah boleh buat dengan tanahnya yang sedikit itu? Macam mana dia nak memimpin umat Islam dengan keadaan semua tanah orang Islam di luar kawalannya?

Malah kalau bukan Ataturk lawan, saiz Turki hari adalah jauh lebih kecil. Hagia Sophia dah lama jadi gereja balik dengan Istanbul dikawal oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ataturk hanyalah orang yang melengkapkan proses kejatuhan Uthmaniyyah itu, ibarat orang yang cabut oksigen bagi pesakit yang dah tak ada kesedaran. Tindakannya tak beretika, tapi tak menjadikan dia punca.

Bukan bermaksud Ataturk perfect. Dia memang seorang nasionalis sekular yang banyak menzalimi umat Islam di Turki. Tapi hal itu dan hal pemansuhan khilafah tak boleh disamakan ketika kita membincangkan sejarah.

Lagi pun, Ataturk tak halang siapa-siapa nak jadi khalifah selepas pemansuhan Khilafah Uthmaniyyah.

Dua tahun selepas itu, pemimpin-pemimpin dan ulama Islam telah berhimpun di Kaherah bagi membincangkan soal khalifah baharu.

Antara calon yang dilihat ada kemungkinan jadi khalifah baharu ialah Fuad (Raja Mesir), Sharif Husayn (Raja Hijaz) dan Abdul Aziz ibn Saud (Sultan Najd).

Tapi mereka ni semua tidak memiliki dominasi ke atas seluruh umat Islam. Lantik Fuad (Mesir) nanti orang Semenanjung Arab tak puas hati. Lantik Sharif Husayn pun tak boleh sebab reputasinya tercalar sejak dia bekerjasama dengan UK. Raja Abdul Aziz juga tidak disenangi oleh ramai kerana fahaman Salafi beliau.

Uthmaniyyah dapat jadi khalifah sebab dia mampu dominasi kerajaan lain termasuk Mamluk. Dia mampu dominasi negara-negara Eropah, menjadi negara adikuasa yang setaraf dengan Portugis dan Sepanyol.

Tapi sejak abad ke-19, Uthmaniyyah dah hilang dominasinya, dan kita tidak lagi menyaksikan adanya kerajaan Islam yang dominan.

Itulah masalah yang dihadapi oleh umat hari ini. Tak ada satu "dominant power" yang boleh membimbing negara-negara Islam untuk mempertahankan kepentingan umat.

Tak kira Turki, Arab Saudi, Mesir mahupun Iran, mereka tidak mampu memainkan peranan ini. Akhirnya semua hanya mampu menjaga kepentingan negara sendiri.

Selagi tak ada satu kuasa dominan, selagi itu umat Islam tidak dapat membela nasib sesama umat Islam, seperti yang sedang berlaku di Filastin.

Merenung sejarah kejatuhan Uthmaniyyah bukan untuk kita jadi romantis sejarah, bernostalgia tentang kehebatan masa silam, atau duk menyalahkan konspirasi Barat, Yahudi dan sebagainya.

Sebaliknya kita kena bermuhasabah dan mencari apakah punca kebangkitan dan kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam dahulu, supaya kita kembali berjaya.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 140, keadaan umat Islam ibarat roda. Dulu umat Islam pernah berada di bawah (ditindas, ditekan), pastu naik ke atas, kini di bawah.

Dan sekiranya kita berusaha, kita akan kembali ke atas.

Nak tau macam mana negara boleh mencapai dominasi dan menjadi negara "atas", nantikan buku ADIKUASA.

( BERIMAN ITU KEMENANGAN TANPA BATASAN )

🕋🕌 Khalifah Allah خليفة 🕌🕋
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,"Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hi...
28/12/2023

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat ditolak oleh sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya' (At Tarmizi)

🐎 Khalifah Allah خليفة ⚔️

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞Pasukan infantri islam dizaman kekhalifah ar rasyidin. P...
24/12/2023

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Pasukan infantri islam dizaman kekhalifah ar rasyidin. Pahlawan ansar (berserban kuning) dan pasukan mubarizun (berserban merah).

🐎 Khalifah Allah خليفة ⚔️
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞PENAKLUKAN TANPA SENJATA:KEKUATAN ZIKRULLAHDari Abu Hura...
19/12/2023

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

PENAKLUKAN TANPA SENJATA:
KEKUATAN ZIKRULLAH

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: “Pernahkah kalian mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di laut?”Para sahabat lantas menjawab:“Ya, wahai Rasulullah”. Rasulullah meneruskan: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ia diserang oleh 70,000 orang daripada Bani Ishaq (iaitu kump**an bangsa Rom yang Islam).Ketika mereka telah sampai di sana, mereka pun memasukinya. Namun, mereka tidak bertempur dengan sebarang senjata pun dan tidak juga melepaskan satu anak panah. Mereka hanya mengucapkan:"La ilaha illallah wallahu akbar." Lalu, jatuhlah salah satu bahagian kota itu - berkata Thaur, perawi hadis ini:"Saya tidak tahu kecuali sabda baginda: -" iaitu bahagian yang berada di laut."

Kemudian mereka berkata lagi kali kedua:"La ilaha illallah wallahu akbar."Maka, jatuhlah p**a bahagian yang lain (bahagian yang berada di darat)."Kemudian mereka berkata lagi kali ketiga:"La ilaha illallah, wallahu akbar. Maka, terbukalah kota itu buat mereka. Lalu mereka pun memasukinya dan mendapatkan harta rampasan perang. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan tersebut, tiba-tiba datanglah kepada mereka seorang yang menyeru berkata, ‘Sesungguhnya Dajjal telah pun keluar’. Lantas mereka pun meninggalkan segala-galanya dan segera kembali’.” (HR. Muslim, no: 7517 dan al-Hakim)

*Ulama berselisih pandangan tentang pernyataan pasukan tentera ‘daripada Bani Ishaq’ di atas. Jika riwayat tersebut benar, maka ia bermaksud kump**an bangsa Rom yang telah memeluk Islam sebagaimana pandangan Imam Ibn Kathir. Ini sesuai dengan zahir hadis kerana bangsa Rom adalah daripada Bani Ishaq.

Manakala sebahagian ulama berpandangan, kemungkinan perawi tersilap kerana lafaz yang sepatutnya ialah Bani Isma‘il yang merujuk kepada bangsa Arab dan mereka bukan Bani Ishaq. Ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan kebangkitan bangsa Arab pada masa itu. Antara kedua-dua pandangan ini tidak dapat dipastikan mana yang lebih tepat. Wallahu a‘lam...

Kemungkinan timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan ialah pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang telah menguburkan Empayar Byzantine pada tahun 1453M (857H)? Berdasarkan hadis-hadis dalam isu ini menunjukkan pembukaan Konstantinopel merupakan salah satu tanda hampirnya hari kiamat.

Menurut as-Sayyid Muhammad Rasul al-
Barzanji (w. 1103H) dalam kitabnya al-Isya‘ah li Asyrat al-Sa‘ah,Konstantinopel yg dimaksudkan bukan Konstantinople yang ditakluk itu kerana ia sudah menjadi negara Islam,tetapi ia bermaksud adalah Konstantinopel Besar (Qustantiniyyah al-Kubra).

As-Sayyid Muhammad Rasul al-Barzanji memetik daripada pengarang kitab ‘Iqd al-Durar bahawa Konstantinopel Besar bersambung dengan negara-negara Rumiyyah (Rome) dan Andalus (Spain). Rumiyyah ialah ibu negara-
negara bangsa Rom dan orang yang memerintahnya dipanggil al-Bab (Pope), iaitu pemerintah tertinggi bagi agama Nasrani (Kristian) sepertimana kedudukan khalifah bagi kaum muslimin.Gambaran ini pada masa sekarang boleh jadi merujuk kepada Vatican City, iaitu pusat utama bagi agama Kristian sedunia dekat Rome, Itali.

Penaklukan Konstantinopel ini termasuk antara penaklukan yang unik,kerana negeri itu berhasil dikuasai oleh kaum muslimin tanpa senjata, melainkan dengan tahlil dan takbir sebagai
mana dijelaskan dalam hadis. Menurut Dr. Syaraf al-Qudhah p**a, maksud pembukaan Konstantinopel ini ialah pembukaan Konstantinopel kali yang kedua di mana akan gugurnya sistem sekular di negara tersebut (yakni di Turki). Maka, sebab itu ia berjaya ditakluk tanpa sebarang senjata, tetapi dengan tahlil dan takbir kerana penduduknya memang sudah pun Islam.

Kedua-dua pandangan ini mungkin dapat disatukan di mana akan berlaku kedua-dua pembukaan sekaligus, iaitu pembukaan Konstantinopel kali kedua (Istanbul) dan pembukaan Konstantinopel Besar (Rome). Wallahu a‘lam.

Buktinya terdapat hadis-hadis yang menggambarkan kedua-dua pembukaan tersebut iaitu:Dari ‘Abdullah bin 'Amr r.a. berkata: 'Sewaktu kami berada di sekeliling Rasullullah s.a.w. kami menulis (hadis-hadis) tiba-tiba Rasulullah SAW ditanya: Manakah antara dua kota yang pertama sekali akan ditaklukkan, Konstantinopel atau Rumiyyah (Rome)?’ Lalu Nabi SAW menjawab: “Kota Hiraql (Heraclius) yang akan dibuka terlebih dahulu", iaitu Konstantinopel." (HR Ahmad, al-Darimi 486 dan al-Hakim)

Dari ‘Amru bin ‘Auf secara marfu‘ sabda baginda SAW: “Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah Allah ‘azza wajalla membukakan ke atas orang mukminin kota Kostantinopel dan Rumiyyah (Rome) dengan tasbih dan takbir”. (HR al-Dailami)

Terdapat hadis yang menentukan tempoh antara al-Malhamah al-Kubra, pembebasan Kostantinopel dan kemunculan Dajjal iaitu;
Dari Jabir bin Samurah dari Nafi' bin Utbah r.a berkata: Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w dalam suatu peperangan.DIa (Nafi') bercerita:"Maka ada suatu kaum dari sebelah Maghrib datang menemui Nabi SAW dan mereka itu memakai baju bulu. Mereka menemui baginda dekat dengan sebuah bukit. Mereka berdiri sementara Rasulullah SAW duduk.DIa berkata lagi:"Hatiku berkata: "Datangilah mereka dan berdirilah di antara mereka dan baginda s.a.w agar mereka tidak mengapa-apakan baginda. Lalu aku berkata: Mungkin baginda berbicara sulit dengan mereka. Maka aku pun mendatangi mereka, lalu aku berdiri di antara mereka dan baginda. Aku menghafal empat kalimat dari baginda, aku menghitungnya dengan tanganku."

Baginda bersabda: "Kamu sekalian akan memerangi semenanjung Arab lalu Allah akan menaklukkannya, setelah itu Parsi lalu Allah akan menaklukkannya,kemudian kamu sekalian akan memerangi Rom lalu Allah akan menaklukkannya,selanjutnya kalian akan memerangi Dajjal lalu Allah akan menaklukkannya juga." Kemudian Nafi' berkata: Wahai Jabir, kami tidak berpendapat Dajjal akan muncul sehinggalah Rom ditakluki. (HR Muslim 5161, Ahmad dan lain-lain)

ALLAHU A'LAM

Sumber Kredit Wan Khairil Adli Yusoff

🕌 Khalifah Allah خليفة 🕌
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus

Address

Jalan RP5 Taman Rawang Perdana
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khalifah Allah خليفة posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khalifah Allah خليفة:

Share