
11/02/2025
'Kami takkan tinggalkan tanah ini walaupun mereka bawa semua kereta kebal di dunia'.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💞
Bandaraya Gaza: Penduduk G@za yang terpaksa berpindah akibat perang dan kini kembali ke utara wilayah itu memberitahu AFP mereka tidak akan sesekali bersetuju menyerahkan tanah air mereka, seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Trump, dalam sidang akhbar di Rumah Putih pada Selasa bersama Perdana Menteri Isr@el, Benjamin Netanyahu, mencadangkan 'pemilikan jangka panjang' G@za oleh Amerika Syarikat, beberapa hari selepas mencetuskan kejutan dengan cadangan supaya penduduk wilayah itu dipindahkan ke Jordan atau Mesir.
"Kami hanya ada satu pilihan: untuk hidup atau mati di sini," kata Ahmed Halasa, seorang penduduk G@za City berusia 41 tahun, sambil berdiri di sisi runtuhan bangunan yang musnah.
Meskipun sebahagian besar kawasan utara G@za musnah, ratusan ribu penduduk sudah kembali sejak akhir Januari, susulan gencatan senjata rapuh yang menghentikan lebih 15 bulan peperangan antara Isr@el dan kump**an P@lestin, H@mas.
"Kami kembali walaupun kemusnahan besar dan kekurangan infrastruktur, air serta keperluan asas," kata Ahmed al-Minawi, 24, yang kembali bersama keluarganya di Bandaraya G@za.
"Kami kembali kerana kami menolak sekeras-kerasnya pemindahan paksa," tambahnya.
Bagi Halasa, "mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kami akan tetap teguh di tanah air kami."
Utara Gaza, termasuk Bandaraya G@za, menjadi kawasan paling teruk terjejas akibat peperangan dan lebih parah sejak Isr@el melancarkan serangan besar-besaran pada Oktober lalu.
Ramai yang kembali mendapati rumah mereka musnah, lalu membina khemah di antara runtuhan dan menetap di situ.
Seperti Badri Akram, 36, semua warga P@lestin yang ditemui AFP menolak keras cadangan Trump supaya mereka meninggalkan G@za.
"Kamu lihat, rumah saya musnah, tetapi saya masih boleh tidur di atas runtuhan," kata Akram sambil menunjuk ke arah sisa bangunan di belakangnya. Trump turut mengutarakan idea untuk menjadikan G@za yang dibangunkan semula sebagai 'Riviera Timur Tengah', namun bagi warga P@lestin, perkara paling utama dalam cadangannya adalah kebimbangan terhadap usaha pengusiran mereka.
Sebarang percubaan untuk mengusir mereka dari G@za akan mengingatkan kembali detik hitam yang dikenali dunia Arab sebagai Nakba atau malapetaka – pemindahan besar-besaran rakyat P@lestin ketika penubuhan Isr@el pada 1948. "Kami menentang pemindahan paksa sejak 1948," kata Minawi.
Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam tempoh hanya beberapa hari, kira-kira 500,000 orang kembali ke utara G@za.
Pada Rabu, jalan-jalan di Bandaraya G@za kembali sibuk dengan aktiviti, peniaga memenuhi tepi jalan dan kenderaan berselisih dengan pejalan kaki.
Di Tebing Barat yang diduduki Israel, yang terpisah dari G@za oleh wilayah Israel, rakyat P@lestin turut marah dengan perbincangan mengenai pemindahan mereka.
"Kami tidak akan meninggalkan tanah ini walaupun mereka membawa semua kereta kebal di dunia," kata Umm Muhammad al-Baytar, seorang penduduk Ramallah.
"Serangan udara sekalipun tidak akan mampu mengusir mereka," tambah pesara itu, merujuk kepada rakyat P@lestin di G@za.
Palestine Today
We Are All Palestine MY
We Are All Palestine MY
We Are Nothing Without ALLAH
Ya ALLAH Jadikan Kami Kalangan Orang-Orang Yang Menyusul Pejuang Agama Mu