17/05/2023
Sihat dengan Solat
Assalamualaikum. Lama tak bersiaran, sihat ke tu semua?
Apa yang bakal saya tulis ini adalah pengalaman peribadi selepas lebih kurang sebulan menghadiri seminar Ajaibnya Solat dari Perspektif Sains.
Ok, saya secara amnya memang tak nampak seperti orang sakit pun. Alhamdulillah, syukur masih dikurniakan kesihatan yang tidak sehingga memerlukan bantuan untuk bergerak atau perlu berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
Tetapi sebagai ibu kepada 7 orang anak yang telah menjalani 7 kali proses kelahiran silih berganti tahun diikuti menyus**an anak-anak dalam tempoh 16 tahun sedikit sebanyak status kesihatan saya semakin menurun.
Antara ujian kesihatan yang sering Allah hantarkan pada saya tanda kasih sayangnya dan semoga sebagai penghapus dosa juga, aamin ya Rabb, ialah sakit sekitar belikat kanan. Sakit ini telah berpanjang sekitar lebih kurang 4-5 tahun atau mungkin lebih. Ianya semakin teruk sejak mengandung anak ke 7 sehinggalah beberapa bulan lalu.
Apabila saya perhatikan, saya dapati pattern sakit memuncak ialah apabila mengamalkan pemakanan yang mengandungi tinggi histamine. Ini pun baru saya perasan sejak setahun kebelakangan ini. Sebelum tu takde idea apa punca sakit saya. Sakit akan meneruk, bukan sekadar di belikat tapi sakit terasa dari hujung kaki kanan sehingga ke kepala sebelah kanan. Fungsi motor saya pun berkurang seperti lemah genggaman tangan dan juga mata menjadi lebih rabun ketika serangan. Jika ini berlaku selalunya saya akan terbaring sahaja seharian. Kerana bila sakit memuncak ia bukan sekadar sakit sahaja ye tetapi banyak lagi simptom inflamasi yang lain akan muncul seperti perut kembung, gusi bengkak, ulser, sakit gigi, sakit muka, cepat marah, cepat letih, brain fog dan sebagainya.
Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengatasi isu ini. Antaranya melakukan rawatan chiropractic, berbekam, mengamalkan magnesium, vit c, minyak habatussauda, air rendaman saffron, probiotic, cbd oil, air ketu" (oops) dan yang terbaru menggunakan teknologi far infrared sama ada dalam bentuk gadjet ataupun pemakaian.
Yang saya sebutkan di atas, adalah antara rawatan yang saya rasakan membantu mengurangkan isu saya. Dan semua itu tidak dapat membantu saya merawat isu saya sepenuhnya. Dia belum izin. Bukan bermakna semua rawatan itu tidak bagus tapi Dia belum izinkan kesembuhan total.
Kenapa? Sebab Dia tak nak saya bergantung dengan makhluk atau asbab2 kesembuhan tadi. Dia hanya mahu saya bergantung sepenuhnya hanya padaNya, hanya Dia yang mampu menyembuhkan saya, bukan yang lain.
Sebab ada masa saya terlalu bergantung dengan magnesium, wajib bawa mg oil/supplement ke mana2. Risau kalau x bawa tiba2 sakit, seolah2 Mg tu je yang mampu beri kesembuhan pada saya. Bila saya guna teknologi FIR, saya doa kalau ada kesembuhan melaluinya dan ia baik untuk saya izinkan. Tapi jangan sehingga aku bergantung selain dariMu.
Ya memang bila saya guna teknologi FIR (saya bukan guna Aulora saja ya, ada mesin air berfrequensi, ada blower FIR, ada lampu photobiomodulation, ya ada mcm2 gadjet FIR kat rumah ni yg saya guna dahulu sebelum aulora, hehe), memang bantu hilangkan sakit, tp melepasi beberapa tempoh waktu ia akan datang semula. Maka saya tahu saya masih belum faham dan hadam hikmah yang ingin Dia sampaikan melalui ujian ini. Tempoh 5 tahun bukan tempoh yang singkat ya. Lamanya .. maka sedarlah diri ini sebagai hambaNya yang jahil.
Sehinggalah saya belajar memperbaiki solat saya sejak sebulan dulu. Saya perasan, saya sudah boleh maintain kesihatan saya dengan lebih baik. Saya pakai aulora bukan sbb sakit dah sekarang tp sebagai inner bila berkain labuh atau berjubah. Alhamdulillah. Kekerapan penggunaan supplement juga turun mendadak kecuali pada masa2 saya terlebih makan. Sekarang kalau makan makanan tinggi histamin saya ok, perut dan badan sudah boleh terima. Paling teruk pun saya akan sakit kepala yang boleh hilang sendiri tanpa vitamin c atau magnesium. Alhamdulillah.
Apa yang saya perasan saya solat dengan posisi dan gerakan solat yang betul, ia akan sangat sangat membantu membetulkan tulang belakang supaya balik ke posisi yang betul. Kenapa saya kata begitu?
Sebab sekarang bila solat, ada masa-masa ketika saya rukuk terutamanya saya akan dengar tulang belakang saya di kawasan tulang belakang thorasic (dada) dan cervical.(leher) akan berbunyi seperti sedang menjalani rawatan osteoterapi dan chirotherapy. Bunyi prappp yang sangat memuaskan hati. Dulu saya hanya mampu buat pada tulang belakang kawasan lumbar (pinggang ke bawah), dengan melakukan hip hyperflexion dan internal rotation (maaf guna medical jargon, tak reti nak alih bahasa) dalam posisi supinasi, bila bangun dan sebelum tidur. Tiada maneuver yang saya jumpa bantu meluruskan kawasan tulang belakang di kawasan thorasic dan cervical yang saya boleh buat sendiri. Cuma sesekali suruh suami tekankan kawasan thorasic bila sakit sangat. Tu pun kadang2 x bunyi langsung, 😂 .
Tiada saya sangka Ya Mukmin Ya Salam berikan saya maneuver itu secara percuma, hanya dengan melakukan gerakan solat dengan betul, mashaallah tabarakallah.
Bila saya banyak berkebun, banyak mengabaikan posisi atau postur yang betul semasa berkebun, semasa solat saya perasan tulang2 saya dikembalikan ke posisi normal terutama semasa rukuk. Ya dia akan bunyi prappppp mcm tgh di chiro. Bila saya cuti dari solat pun, bila sudah bersih dari hadas besar dan mula bersolat semula pun saya akan dapat perkara yang sama. Sungguh Dia maha Pengasih lagi Penyayang.
Memang salah satu testimoni guru saya sendiri mengatakan sejak bersolat dengan posisi dan postur yang betul, masalah scoliosis (tulang belakang bengkok) yang beliau hidapi semakin lurus. Mashaallah. Kini saya pun merasai pengalaman yang sama. Alhamdulillah.
Oleh itu kawan-kawan sekalian yang masih diuji dengan ujian kesihatan mahupun ujian-ujian lain, mari kita perbaiki solat kita. Sama ada dari aspek penghayatan, pergerakan dan sebagainya. Kerana sesungguhnya memang ini lah juga tuntutannya seperti dalam kitabul mubin.
Semoga ada manfaat dari penulisan ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan dan kekurangan diri ini. Wallau'alam.
☎️☎️wasap.my/60123294974/aulora