BTNews

BTNews Berkongsi info-info semasa. Jika ada info menarik untuk dikongsikan, boleh roger 🤙

15/01/2025

Bila hasil kutipan negeri tu tinggi maka lebihan hasil tu boleh kita pulang kembali kepada rakyat melalui bantuan kebajikan dan one-off sebegini.

TERIMA KASIH YAB MENTERI BESAR PAHANG & KERAJAAN NEGERI PAHANGD**G, 15 Januari 2025 : Hari ini seramai 44 orang pelajar ...
15/01/2025

TERIMA KASIH YAB MENTERI BESAR PAHANG & KERAJAAN NEGERI PAHANG

D**G, 15 Januari 2025 : Hari ini seramai 44 orang pelajar SPM SMK D**g telah menikmati Juadah Makmur sumbangan Kerajaan Negeri Pahang.

Inisiatif ini adalah tanda sokongan kerajaan kepada calon-calon SPM Negeri Pahang.

Para pelajar yang menduduki peperiksaan di sebelah petang akan dibekalkan dengan bungkusan makanan tengahari. Hal ini dilihat sangat bertepatan kerana pelajar tidak perlu pulang atau membeli makanan lain sementara menunggu sesi peperiksaan bermula.

Inisiatif ini dijalankan di seluruh sekolah di negeri ini yang terlibat dengan peperiksaan SPM. - BTNews

LIVE TOWNHALL RAKYAT by Sinar HarianYAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang akan berkon...
15/01/2025

LIVE TOWNHALL RAKYAT by Sinar Harian

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang akan berkongsi secara langsung mengenai perkembangan dan pencapaian Negeri Pahang dalam sesi bualbicara yang akan dikendalikan oleh Fikry Ibrahim.

Ayuh sama-sama kita ikuti siaran langsung menerusi facebook Sinar Harian, Pahang Media dan Kerajaan Negeri Pahang.

Tahniah Mr Presiden Izzat Hafifi
15/01/2025

Tahniah Mr Presiden Izzat Hafifi

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada barisan kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi sesi 2024-2026 yang telah dipilih sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali Ke-73 di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Saya berharap semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih dapat memimpin dengan dedikasi dan menjadi contoh terbaik kepada belia.

Semoga kepimpinan ini dapat membawa MBM ke arah yang lebih dinamik dan progresif, memperkasakan belia dengan peluang serta inisiatif yang inovatif.

Saya yakin, dengan semangat dan kerjasama semua, MBM mampu menjadi peneraju utama dalam pembangunan belia yang lebih cemerlang. Insya-Allah.

Alhamdulillah, berkongsi rezeki bersama anak-anak syurga.
15/01/2025

Alhamdulillah, berkongsi rezeki bersama anak-anak syurga.

15/01/2025

Lain macam YB EXCO Belia dan Sukan kita ni. Tak puas bersukan atas darat, nak cuba bersukan atas air pulok agoknyerrr. Mantapp ngattt.

Tanpa henti bantuan kebajikan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyatnya. All the best buat calon-calon SPM dan ST...
15/01/2025

Tanpa henti bantuan kebajikan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyatnya. All the best buat calon-calon SPM dan STPM 2024 yang sedang menduduki peperiksaan.

15/01/2025

Masalah bekalan air bersih di Kampung Sungai Chalit bakal selesai apabila dijadualkan operasi penanaman paip baru di sini akan selesai pada hujung Januari 2025.

Port baru kalau nak melepak di Raub. DAPOKAS. Bukan dapoaok. Hahaha. Terbaik Tuan Hafiz Halin yang membawa brand baru de...
15/01/2025

Port baru kalau nak melepak di Raub. DAPOKAS. Bukan dapoaok. Hahaha. Terbaik Tuan Hafiz Halin yang membawa brand baru dengan sajian yang menarik.

Kena cuba ni deme.

Happy New Year 2025 !
31/12/2024

Happy New Year 2025 !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baharu 2025 dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat dan keberkatan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2024.

Sempena tahun baharu ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Pahang Darul Makmur.

Tahun 2025 adalah peluang untuk kita terus meningkatkan prestasi, mengekalkan keharmonian dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kehidupan yang harmoni dan saling menghormati adalah asas kepada pembangunan yang mampan dan kemakmuran bersama.

Saya menyeru kepada semua agar terus bersatu hati, memelihara nilai-nilai murni serta bersama-sama menjadikan negara kita sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Akhir kata, marilah kita terus berusaha dan berdoa agar tahun 2025 membawa lebih banyak kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua. Insya-Allah.

YAB DATO' SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang




Terbaiklahhhh semua pejuang Everest! Alhamdulillah semua selamat.
18/09/2024

Terbaiklahhhh semua pejuang Everest! Alhamdulillah semua selamat.

JUADAH MAKMUR NEGERI PAHANGTarikh : 6 September 2024Lokasi : Masjid Kompleks KrauParlimen : RaubDUN : D**gKapasiti : 400...
06/09/2024

JUADAH MAKMUR NEGERI PAHANG

Tarikh : 6 September 2024
Lokasi : Masjid Kompleks Krau
Parlimen : Raub
DUN : D**g
Kapasiti : 400 pax

Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan Juadah Makmur pada minggu ini.

03/09/2024

Kompilasi video sepanjang 3 hari 2 malam berlangsungnya Moh! Karnival Makmur Raub

03/09/2024
PERARAKAN PERBARISAN KEMERDEKAAN KE-67 PERINGKAT DAERAH RAUBSambutan luar jangka daripada warga Raub di Hari Merdeka ke-...
31/08/2024

PERARAKAN PERBARISAN KEMERDEKAAN KE-67 PERINGKAT DAERAH RAUB

Sambutan luar jangka daripada warga Raub di Hari Merdeka ke-67 kali ini. Penambahan kontinjen dan pengunjung membuktikan bahawa perpaduan boleh dicapai di atas nama negara yang dicintai.

Tahniah kepada semua yang terlibatn secara langsung atau tidak langsung di dalam acara yang cukup meriah pada hari ini.

MERDEKA !

26/08/2024

Luas betul kawasan Moh! Karnival Makmur ni. Puas la aokme nok berjalannya.

25/08/2024

Haaa yang dinanti telah tiba. Moh! Karnival Makmur peringkat Daerah Raub akan diadakan pada 30, 31 Ogos dan 1 September 2024 bertempat di Taman Tasik Raub dengan tema Belia, Sukan dan Kerjaya. Moh meriahkan nya!

Address

Raub
27650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BTNews posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BTNews:

Videos

Share