Iltizam Rakyat

Iltizam Rakyat Medium iklan, berita sensasi dan info terkini untuk seisi keluarga dan seluruh warga Malaysia

09/01/2025
08/01/2025

Permohonan baharu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) akan dibuka mulai 1 Februari ini melibatkan 7,563 kekosongan.

EXCO kebajikan masyarakat berkata permohonan selama sebulan itu boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau laman sesawang www.bingkaselangor.com.

Anfaal Saari memaklumkan bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan itu untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan serta kelengkapan pendidikan.

Sehingga 6 Januari, seramai 22,437 penerima mendapat bantuan itu sejak permohonan dibuka pada Julai tahun lalu.

06/01/2025
05/01/2025

🫁 Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai ‘septic shock’ dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan tanda-tanda dan langkah untuk mencegah sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.






31/12/2024

PENETAPAN TARIF ELEKTRIK DI SEMENANJUNG MENGAMBIL KIRA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT - YAB DATO’ SRI FADILLAH YUSOF

Kerajaan MADANI komited terhadap kebajikan rakyat dengan memastikan penetapan tarif elektrik di Semenanjung adil dan seimbang.

Langkah ini melindungi 85% pengguna domestik daripada kenaikan tarif, sambil memastikan pengguna komersial dan industri dengan penggunaan tinggi membayar kadar yang wajar.

Usaha menggalakkan pemasangan panel solar dan praktikkan inisiatif kecekapan tenaga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap masa depan yang lebih mampan dan lestari.




30/12/2024

Insya-Allah, esok akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk kita menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menghamparkan matlamat dan hala tuju negara untuk tahun 2025.

Amanat ini boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan media sosial pada jam 9.00 malam.

Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat buat rakyat dan negara.


30/12/2024

Address

Putrajaya

Telephone

+60183188632

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iltizam Rakyat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Iltizam Rakyat:

Videos

Share