eskatologiofficial

eskatologiofficial A Malaysian media outlet delivering critical news, geopolitical analysis, cultural insights, entertainment, and opinions.

Bermula 2026 siapkan diri untuk 7 tahun yang akan mendatang - Ustaz Muhammad Al AminMungkin ada antara kita telah bergaj...
10/01/2026

Bermula 2026 siapkan diri untuk 7 tahun yang akan mendatang - Ustaz Muhammad Al Amin

Mungkin ada antara kita telah bergaji. Kaedah yang baik adalah

SIMPAN DULU BARU BELANJA

Ramai pakar kewangan bertauliah nasihat supaya simpan dulu baru belanja. Menyimpan ni memang kena paksa, kerana keperluan kita banyak tetapi kemampuan kita terbatas. Tak paksa memang tak jadi.

Sebagaimana mimpi Raja Mesir yang ditafsir oleh Nabi Yusof. “ 7 ekor lembu gemuk di makan oleh 7 ekor lembu kurus.

Nasihat Nabi Yusuf: “ Tinggalkan separuh gandum yang dituai selama 7 tahun pada tangkainya. Ia untuk kegunaan musim kemarau.

Simpan duit untuk beli aset seperti rumah dan EMAS. Simpan mengkayakan diri, berbelanja mengkayakan orang lain. Sebelum kayakan orang lain. kayakan diri sendiri dahulu.

Nak mulakan simpanan emas bersama Public Gold boleh klik pada link ini. www.wasap.my/60125387991/NakMulaSimpanEmas

Boleh follow

Dunia geopolitik kembali tegang apabila Amerika Syarikat bertindak menahan sebuah kapal tangki minyak Rusia, yang kini d...
09/01/2026

Dunia geopolitik kembali tegang apabila Amerika Syarikat bertindak menahan sebuah kapal tangki minyak Rusia, yang kini dikenali sebagai Marinera (sebelumnya Bella 1), di perairan Lautan Atlantik Utara selepas lebih dua minggu pengejaran oleh pasukan AS. Kapal ini telah dikejar sejak cuba mengelak sekatan minyak AS di sekitar Venezuela dan Cuba, ketika dalam perjalanan ke utara setelah enggan disekat di Caribbean. Operasi penahanan itu melibatkan kerjasama antara US Coast Guard, pasukan khas dan aset ketenteraan AS, termasuk sokongan udara dan laut dari United Kingdom. 

Tindakan AS untuk mengintersep Marinera mencetuskan reaksi keras dari Rusia, dengan Moscow menyifatkan penyitaan itu sebagai pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa dan berpotensi meningkatkan ketegangan ketenteraan di perairan antarabangsa. Kremlin dan kementerian berkaitan menegaskan kapal itu sedang belayar “secara sah” di bawah bendera Rusia dan menuntut agar semua rakyat dan anak kapal dip**angkan serta penahanan itu dihentikan. Russia juga dilaporkan telah mengerahkan aset tentera laut, termasuk kapal selam dan kapal pengiring, untuk memantau dan mengiringi Marinera sepanjang pengejaran, menunjukkan tahap eskalasi ketegangan antara kedua kuasa besar tersebut. 

🚨🇺🇸BREAKING: Hanya beberapa hari selepas operasi yang membawa kepada penculikan bekas presiden Venezuela, Nicolás Maduro...
08/01/2026

🚨🇺🇸BREAKING: Hanya beberapa hari selepas operasi yang membawa kepada penculikan bekas presiden Venezuela, Nicolás Maduro. Kini, Trump mencadangkan bahawa Amerika Syarikat sedang membincangkan “pelbagai pilihan” termasuk penggunaan kekuatan bersenjata untuk mengambil alih wilayah Greenland yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi di bawah kedaulatan Denmark.

Trump memberi alasan bahawa Greenland sangat penting bagi kepentingan keselamatan nasional AS dan mendakwa bahawa p**au tersebut dikelilingi oleh kapal-kapal Rusia dan China di kawasan Artik, dan bahawa kawalan ke atas wilayah itu diperlukan untuk melindungi kepentingan strategik AS di rantau tersebut.

Pihak berkuasa sementara Venezuela akan menyerahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan kepada A...
07/01/2026

Pihak berkuasa sementara Venezuela akan menyerahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan kepada Amerika Syarikat 🛢️🇺🇸

Presiden AS, Donald Trump, berkata minyak berkenaan akan dijual pada harga pasaran dan hasil jualannya akan dikawal oleh beliau bagi memastikan dana itu digunakan untuk kepentingan rakyat Venezuela dan AS.

“Minyak ini akan dijual pada harga pasaran dan wang tersebut akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden AS, bagi memastikan ia dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat Venezuela dan AS,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, pada Selasa.

Menurut Trump, beliau telah mengarahkan Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright, untuk melaksanakan pelan berkenaan dengan segera.

Minyak itu, katanya, akan diangkut menggunakan kapal simpanan sebelum dibawa terus ke pelabuhan pemunggahan di AS.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Presiden Nicolas Maduro digulingkan dan beliau dilaporkan ditahan serta dibawa keluar dari Venezuela oleh tentera AS dalam satu operasi pada hujung minggu lalu.

🗞️: REUTERS

🇺🇸❗️Selepas menyerang Venezuela dan menahan Presiden Nicolás Maduro atas tuduhan pengedaran dadah, Presiden Amerika Syar...
05/01/2026

🇺🇸❗️Selepas menyerang Venezuela dan menahan Presiden Nicolás Maduro atas tuduhan pengedaran dadah, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengeluarkan amaran keras kepada Mexico dan Colombia.

Trump mendakwa Mexico dikawal oleh kartel dadah, menuduh Presiden Colombia, Gustavo Petro, terlibat dalam pengeluaran kokain. Ancaman-ancaman ini mengukuhkan corak dasar luar Trump yang bersifat agresif dan unilateral, termasuk amaran serupa terhadap Iran atas alasan melindungi penunjuk perasaan daripada keganasan oleh pihak kerajaan.

Differents wars, same propaganda🛢️💰Dalam kes Iraq, campur tangan dilakukan atas alasan kewujudan senjata pemusnah besar-...
04/01/2026

Differents wars, same propaganda🛢️💰

Dalam kes Iraq, campur tangan dilakukan atas alasan kewujudan senjata pemusnah besar-besaran dan usaha membawa demokrasi. Namun, selepas Saddam Hussein digulingkan, tiada senjata tersebut ditemui dan Iraq terus dilanda ketidakstabilan, keganasan serta kemunculan kump**an militan seperti ISIS.

Di Venezuela p**a, alasan seperti memerangi dadah dan menamatkan pemerintahan diktator digunakan untuk menghalalkan penyingkiran pemimpin negara tersebut. Namun, di sebalik alasan tersebut, Venezuela merupakan negara yang memiliki rizab minyak terbesar di dunia, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada campur tangan itu didorong oleh kepentingan ekonomi dan strategik.

04/01/2026

Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, tiba di New York dalam keadaan bergari dan mengucapkan ‘Selamat Tahun Baharu’ kepada orang ramai menjelang perbicaraan jenayah persekutuan yang dijadualkan minggu ini.

Menurut laporan agensi berita NPR, perkara itu dimaklumkan Peguam Negara Amerika Syarikat, Pam Bondi di platform X.

“Nicolas Maduro dikenakan tuduhan konspirasi narko-keganasan, konspirasi pengimportan kokain, pemilikan mesingan dan peranti pemusnah serta konspirasi memiliki mesingan dan peranti pemusnah terhadap AS,” tulisnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, sambil mengeca...
04/01/2026

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, sambil mengecam penahanan mereka dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat sebagai satu pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata beliau mengikuti perkembangan di Venezuela “dengan penuh kebimbangan serius”, sambil menyifatkan operasi tersebut sebagai mempunyai “skop dan sifat yang luar biasa” sehingga dianggap sebagai penggunaan kekerasan yang menyalahi undang-undang terhadap sebuah negara berdaulat.

“Presiden Maduro dan isterinya mesti dibebaskan tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar,” katanya, sambil memberi amaran bahawa penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memerintah oleh pihak luar telah mewujudkan satu preseden yang berbahaya.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mensiarkan foto Presiden Venezuela Nicolas Maduro yang ditahan oleh pasukan AS ke...
04/01/2026

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mensiarkan foto Presiden Venezuela Nicolas Maduro yang ditahan oleh pasukan AS ketika berada di atas kapal perang USS Iwo Jima.

Dalam foto tersebut, yang dimuat naik Trump di platform Truth Social miliknya, Maduro kelihatan mengenakan pakaian sukan, matanya ditutup dan fon kepala terpasang di telinganya.

Trump turut menyatakan AS akan mengambil alih pentadbiran Venezuela serta rizab minyak yang besar, dengan melibatkan syarikat-syarikat Amerika untuk memulihkan industri minyak negara itu yang didakwa lumpuh, selain menggunakan pasukan tentera AS bagi tujuan keselamatan.

03/01/2026

🚨🇻🇪BREAKING: Amerika Syarikat dilaporkan melancarkan serangan ke atas Venezuela dan menahan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, yang kemudian dibawa keluar dari negara itu.

Presiden Donald Trump memaklumkan perkara itu pada satu hantaran di platform Truth Social.
“Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan satu serangan berskala besar ke atas Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro, yang telah ditangkap bersama isterinya dan diterbangkan keluar dari negara itu,” kata Trump.

Setakat ini, kerajaan Venezuela dilaporkan telah mengistiharkan darurat nasional.

BREAKING🚨🗽: Zohran Mamdani mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York selepas mengangkat sumpah jawat...
02/01/2026

BREAKING🚨🗽: Zohran Mamdani mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York selepas mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangan di atas al-Quran.

Mamdani mengangkat sumpah sejurus detik Tahun Baharu di stesen ikonik bekas City Hall Subway.
Upacara sumpah jawatan itu disempurnakan oleh Peguam Negara New York, Letitia James.

Hamas kelmarin mengesahkan jurucakap sayap kanannya Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah terkorban dalam serangan udara Israel ...
31/12/2025

Hamas kelmarin mengesahkan jurucakap sayap kanannya Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza pada Ogos lalu.💥💔

Pengesahan terbaharu itu turut menyaksikan Hamas mendedahkan identiti Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Huthaifa Samir Al-Kahlout, buat kali pertama secara rasmi.👤

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when eskatologiofficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to eskatologiofficial:

Share

Category