en_pecinta_muvee

en_pecinta_muvee - Ulasan filem & siri
- BTW boleh tengok Tiktok (300K Followers) untuk tonton video movie & Series review πŸŽ₯ πŸ‘‡

30/10/2024

CDrama paling EPIK dan paduu ! Tonton sekarang hanya di iQIYI_Malaysia guys πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

29/02/2024

FILEM PALING EPIC ! RATING 10/10 ,tonton sekarang dekat hall tau πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

DUNE PART 2 | SCIFI/ACTION | FILEM | PAWAGAMTIKTOK REVIEW : https://www.tiktok.com/?_t=8kFQzna3eba&_r=1SINOPSIS :Merupak...
29/02/2024

DUNE PART 2 | SCIFI/ACTION | FILEM | PAWAGAM

TIKTOK REVIEW : https://www.tiktok.com/?_t=8kFQzna3eba&_r=1

SINOPSIS :
Merupakan sequel terus kepada filem Dune Part 1, selepas keluarga Atreides dijatuhkan dalam 1 malam sahaja oleh Harkonnen. Paul Atreides dan Ibunya yang terselamat dalam serangan itu berlindung dan cuba merancang untuk membalas dendam bersama dengan pahlawan Fremen. Puak Fremen juga percaya bahawa Paul Atreides merupakan lelaki yang diramalkan dan ditunggu2 untuk menjadi penyelamat kepada bangsa itu ( Lisan Al Gaib) jadi berjayakan paul bersama puak Fremen menjatuhkan Harkonnen? Tonton sendiri di pawagam sebelah rumah korang bermula 29 Februari 2024 !

ULASAN:
Bermula sahaja tontonan aku di Aurum Cinema TRX, Hall IMAX yang sejuk dan selesa , seakan2 suasana sejuk itu berubah menjadi panas ditiup ribut pasir DUNE, Everything about this movie is spectacular,,dari segi visual yang sangat memukau, runut bunyi yang menggetarkan jantung, plot dan story filem ini juga diolah dengan sangat cantik dalam memaparkan perancangan Paul untuk tuntut bela atas nama keluargnya. Lakonan mantap dari semua pelakon dan ending filem ni yang kababoom! Btw aku sangat3 rekemen dekat korang semua tonton lah filem ni di hall IMAX untuk kepuasan maksimum dan terus sesat dlm ribut pasir DUNE !. Bagi aku ni merupakan filem paling Epik setakat ni bagi tahun 2024! ( PENAFIAN : ulasan ini hanyalah pandangan peribadi admin.)




TRINIL : KEMBALIKAN TUBUHKU | SERAM | FILEM | PAWAGAMTONTON VIDEO REVIEW : https://vt.tiktok.com/ZSFrKCska/SIPNOSIS : Me...
23/02/2024

TRINIL : KEMBALIKAN TUBUHKU | SERAM | FILEM | PAWAGAM

TONTON VIDEO REVIEW : https://vt.tiktok.com/ZSFrKCska/

SIPNOSIS :
Mengisahkan Rara anak pewaris kepada owner estet teh yang kaya raya dan suaminya Sutan baru pulang dari honeymoon. Setelah pulang ke estet kejadian seram mula berlaku kepada rara dan pekerja estet ramai mati secara misteri pada waktu malam, penduduk disitu juga mula dihantui oleh penanggal. Yusuf (Fattah Amin) seorang bomoh yang terkenal telah dipanggil untuk bantu pasangan ini, namun sesuautu yang dasyat berlaku selepas itu. Nak tahu apa yang berlaku? Tonton sendiri di pawagam sebelah rumah korang!

ULASAN :
Visual yang dipaparkan dalam filem ini sangat memukau dan cantik, dengan prop dan musik background yang menarik juga menambah lagi feel 80an. Sejujurnya filem ni tak seram, tapi seronok untuk ditonton dan ada beberapa jumpscare mampu buatkan aku terkejut. Jika korang nak tengok Hero pujaan Malaya Fattah Amin melakonan watak tok bomoh diluar kebiasaan korang kene tengok filem ni. Cumanya dari segi story dan plot filem ni agak biasa dan boleh diagak dan filem ni tak seram. ( PENAFIAN : Ulasan ini adalah pendapat peribadi admin )




AVATAR THE LAST AIRBENDER | SIRI LIVE ACTION | NETFLIXTONTON VIDEO REVIEW : https://vt.tiktok.com/ZSFrPBujp/SIPNOSIS :St...
22/02/2024

AVATAR THE LAST AIRBENDER | SIRI LIVE ACTION | NETFLIX

TONTON VIDEO REVIEW : https://vt.tiktok.com/ZSFrPBujp/

SIPNOSIS :
Story sebiji macam animasi korang tengok dalam tv kecik2 dulu

ULASAN :
Bapak2 orang yang masa kecik2 dulu tonton kartun ni dekat tv tentu akan enjoy dengan siri ni, sebab siri ni sebiji macam kartun cuma di upgarade jadi live action yang sangat lawa dari segi visual, effek CGI dan pemilihan pelakon utk memegang watak ang,sokka,katara dan zuko pun bagi aku nice. Cumanya mungkin setiap episode agak slow dan tak ada apa yang baru dalam siri ni.


13 BOM DI JAKARTA | AKSI/THRILLER | PAWAGAMSIPNOSIS :Mengisahkan tentang serangan pengganas yang berlaku di kota Jakarta...
08/02/2024

13 BOM DI JAKARTA | AKSI/THRILLER | PAWAGAM

SIPNOSIS :
Mengisahkan tentang serangan pengganas yang berlaku di kota Jakarta dan mereka memberi amaran akan letupkan 13 🧨di seluruh kota Jakarta. Jadi bagaimanakah kumpulan anti pengganas Indonesia memburu dan menangkap semua pengganas ini, tonton sendiri di pawagam sebelah rumah korang bermula 8 Februari 2024.

ULASAN :
Filem ini sesuai bagi korang yang minat aksi padat bermula daripada awal sampai habis. Namun dari segi story dan plot filem ini agak biasa dan boleh diagak. Jika nak dibandingkan dengan filem Mencuri Raden Salleh daripada pengarah yang sama, jauh lagi best filem Mencuri Raden Salleh, namun filem ini masih seronok di tonton sambil makan keropok lekor.
(PENAFIAN : Ulasan ini hanyalah pandangan peribadi admin)





Tonton review penuh filem di : https://www.tiktok.com/?_t=8jQrphHt3up&_r=1

ARGYLLE | ACTION/SPY | FILEM | PAWAGAMSIPNOSIS :Merupakan filem aksi, komedi dan spy yang mengisahkan tentang Ellie Conw...
03/02/2024

ARGYLLE | ACTION/SPY | FILEM | PAWAGAM

SIPNOSIS :
Merupakan filem aksi, komedi dan spy yang mengisahkan tentang Ellie Conway yang merupakan seorang penulis novel spy yang tiba-tiba terlibat dalam dunia spy dalam dunia nyata. Perkara ini disebabkan oleh, novel2 tulisan Ellie dikatakan benar-benar berlaku dan dunia spy menganggap Ellie boleh meramal apa yang bakal berlaku dan meminta Ellie untuk menulis jilid terakhir novelnya. Disebabkan itu, Ellie mula diburu oleh Agensi perisik yang paling digeruni di dunia dan Ellie mula berjumpa dengan seorang perisik yang mungkin dapat membantu dan menyelamatkan dia. Jadi apakah yang sebenarnya berlaku tonton sendiri di pawagam!

ULASAN :
Seriously aku betul2 enjoy menonton filem ni, dan plot twist yang bertubi2 diberikan oleh filem ini buatkan aku rasa tertipu dan keliru yang manakah intan atau permata tetapi diakhir filem memberikan kepuasan yang wow , so korang semua patut tonton filem hebat ni di pawagam sekarang! Btw tunggu ending credit scene sebab memang BOOM!
( PENAFIAN : Ulasan ini hanyalah padangan peribadi admin)






Tonton review filem2 best di :
https://www.tiktok.com/?_t=8jQrphHt3up&_r=1

Filem-filem yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Februari 2024. Apakah filem pilihan korang?Kalau min ta...
02/02/2024

Filem-filem yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Februari 2024. Apakah filem pilihan korang?

Kalau min tak sabar nak tonton filem dan 😍😍😍


THE DEVIL INSIDE | HORROR | FILEM | NETFLIXSIPNOSIS :Filem berdasarkan kisah benar kejadian pembunuhan 3 orang paderi se...
30/01/2024

THE DEVIL INSIDE | HORROR | FILEM | NETFLIX

SIPNOSIS :
Filem berdasarkan kisah benar kejadian pembunuhan 3 orang paderi semasa upacara menghalau syaitan yang dilakukan oleh Maria Rossi pada tahun 1989. Mengisahkan anak Maria iaitu Isabella yang merekod dokumentari untuk membuktikan ibunya benar2 dirasuki syaitan semasa kes itu berlaku. Jadi Isabella merekod semua perkara yang dilakukannya bermula daripada mencari paderi, upacara menghalau syaitan hinggalah berlaku sesuatu yang dasyat dan mengerikan kepada dia dan rakan-rakanya yang menjalankan dokumentari itu.

ULASAN :
Antara filem found footage yang paling real dan boleh buatkan penonton rasa tidak tenang semasa menonton scene exorcism berlaku. Namun pace filem ini agak perlahan mungkin boleh buatkan sesetengah penonton terlena dibuai mimpi ngeri. (PENAFIAN : Ulasan ini hanyalah pandangan peribadi admin)





Tonton review filem lain di :
https://www.tiktok.com/?_t=8jQrphHt3up&_r=1

THE HOLDOVERS | DRAMA/KOMEDI | FILEM | PAWAGAMSIPNOSIS :Mengisahkan tentang seorang guru yang tegas, murid yang nakal da...
29/01/2024

THE HOLDOVERS | DRAMA/KOMEDI | FILEM | PAWAGAM

SIPNOSIS :
Mengisahkan tentang seorang guru yang tegas, murid yang nakal dan tukang masak yang kesedihan. Nak dijadikan cerita mereka bertiga terpaksa berada di sekolah sewaktu cuti krismas. Seterusnya pelbagai masalah ditimbulkan oleh murid nakal tadi hingga memberi masalah juga pada cikgu dan tukang masak. Namun setelah pelbagai konflik dan peristiwa mereka hadapi bersama menyebabkan masing2 berkongsi kisah kehidupan yang menjadikan mereka bertiga makin rapat dan menghargai satu sama lain.

ULASAN :
Filem ini mungkin bukan untuk tontonan semua orang dan tak sesuai bagi penonton yang tidak sukakan filem yang banyak sembang. Namun bagi penggemar filem comedy drama dengan sedikit dark humor korang tentu akan enjoy tonton filem ini! (PENAFIAN : Ulasan ini hanyalah pandangan peribadi admin)




Tonton video review filem lain di : https://www.tiktok.com/?_t=8jQrphHt3up&_r=1

BADLAND HUNTERS | ACTION | FILEM | NETFLIXSIPNOSIS :Mengisahkan 3 tahun selepas kejadian gempa bumi dasyat di korea (Con...
27/01/2024

BADLAND HUNTERS | ACTION | FILEM | NETFLIX

SIPNOSIS :
Mengisahkan 3 tahun selepas kejadian gempa bumi dasyat di korea (Concrete Utopia) menyebabkan kehidupan orang yang terselamat menjadi huru hara dan berlaku krisis makanan dan air yang dasyat. Namun hanya tinggal 1 apartment yang dikatakan lengkap dengan tempat tinggal yang selesa, makanan dan air yang bersih. Tetapi dikatakan penduduk disitu culik remaja dan kanak2 dan tak akan pulang lagi. Nak dijadikan cerita anak buah kepada Nam San (Ma D**g Seok) telah diculik ke apartment tu dan memaksa dia untuk menyelamatkan remaja perempuan itu. Namun setelah sampai ke apartment tu makin banyak perkara yang dasyat dan mengejutkan berlaku disitu.

ULASAN :
Bila Ma D**g Seok berlakon ni aku anggap macam The Rock versi korea. Tonton filem ni untuk enjoy aksi2 fight dan tumbukan dia dalam filem. So kalau nak tengok aksi2 yang fun tentu korang akan enjoy layan filem ni sambil makan keropok lekor.
(PENAFIAN : Ulasan ini hanya pandangan peribadi admin)


**gSeok



Tonton video review di :
https://vt.tiktok.com/ZSFeRhE4x/

BANGLO SEKSYEN 12 | SERAM/THRILLER | FILEM | PAWAGAMSIPNOSIS :Mengisahkan tentang sekumpulan team paranormal yang sedang...
26/01/2024

BANGLO SEKSYEN 12 | SERAM/THRILLER | FILEM | PAWAGAM

SIPNOSIS :

Mengisahkan tentang sekumpulan team paranormal yang sedang shooting content mereka di sebuah banglo lama di seksyen 12. Namun sesuatu yang dasyat berlaku di banglo itu apabila mereka menjumpai ramai mayat tanpa kepala disitu. Seterusnya mereka jumpa seorang remaja yang terselamat yang dipenuhi darah dan dia dibantu oleh seorang pakar psikatri untuk sesi konsultasi trauma. Selepas itu bermula kisah seram yang diceritakan oleh remaja tadi.

ULASAN :
10 minit permulaan filem ini seperti akan memberikan 1 filem seram thriller yang sangat menarik dan penuh suspen. Namun selepas 10 minit membuatkan penonton terasa seperti menonton drama jam 7 dengan scene2 seram yang tidak menjadi yang hanya dikejutkan oleh sound efek yang terlampau kuat hingga mencairkan gegendang telinga. Tonton sendiri filem di pawagam sebelah rumah korang bermula 25 Januari 2024!
(PENAFIAN : Ulasan ini hanya pandangan peribadi admin)




Top 100 Filem terbaik sepanjang zaman berdasarkan rating IMDb ( Part 1)    IMDb ( Internet Movie Database ) merupakan pa...
17/01/2024

Top 100 Filem terbaik sepanjang zaman berdasarkan rating IMDb ( Part 1)

IMDb ( Internet Movie Database ) merupakan pangkalan data dalam talian yang menghimpunkan pelbagai maklumat berkaitan filem, rancangan televisyen dalam talian termasuklah maklumat mengenai pelakon, kru penerbitan dan biografi peribadi, ringkasan plot, trivia, penarafan, dan ulasan kritikan.
IMBD juga menjadi antara sumber rujukan para peminat filem dan juga drama bagi mengetahui rating atau ulasan mengenai suatu filem dan drama sebelum menontonya.
komen jika korang percayakan IMDb dan sudah menonton kesemua TOP 100 FILEM TERBAIK SEPANJANG ZAMAN RATING IMDb !


MANTRA SURUGANA | HORROR | FILM | NETFLIXSIPNOSIS :Mengisah seorang gadis(Santri) pelajar di sebuah kolej yang memiliki ...
15/01/2024

MANTRA SURUGANA | HORROR | FILM | NETFLIX

SIPNOSIS :
Mengisah seorang gadis(Santri) pelajar di sebuah kolej yang memiliki kemampuan untuk melihat makhluk halus dan mendapat visi. Apabila Santri masuk ke sebuah kolej dia tinggal bilik salah sorang pelajar yang dikatakan telah hilang secara tiba-tiba. Mulai saat itu Santri mula mendapat bayangan tentang beberapa orang pelajar lain yang turut hilang disitu dan sentiasa diganggu oleh seekor makhluk/syaitan yang mengerikan. Nak tahu apa lagi yang berlaku? tonton sekarang filem Mantra Surugana di Netflix!

ULASAN :
Filem ini mempunyai intro yang agak menarik dengan scene gore yang creepy diawalnya. Namun keseraman tidak kekal lama kerana jumpscare yang seakan dipaksa dan story yang boleh dijangka. Lakonan yang kurang mantap dan perkembangan karakter yang lemah buatkan filem ini bertambah boring.




LIFT | ACTION/HEIST | FILM | NETFLIXSIPNOSIS : Merupakan filem rompakan yang fun ditonton daripada pengarah F. Gary Gray...
14/01/2024

LIFT | ACTION/HEIST | FILM | NETFLIX

SIPNOSIS :
Merupakan filem rompakan yang fun ditonton daripada pengarah F. Gary Gray (Italian Job, F-8/Fate of The Furious). Mengisahkan Cyrus ( Kevin Hart) dan kumpulan perompak terpaksa bekerja sama dengan Interpol untuk lakukan 1 rompakan jokong emas milik seorang ketua pengganas yang merbahaya. Jadi macam mana perompak nak bekerjasama dengan Interpol untuk merompak ketua pengganas didalam pesawat penumpang tanpa diketahui oleh orang ramai? tonton sendiri di Netflix!

ULASAN :
Jika korang minat filem rompakan seperti Italian Job, Oceans Eleven dan Baby Driver korang akan enjoy dengan filem ni. Namun filem ni sekadar fun untuk ditonton sambil mengisi masa lapang dan tiada apa yang wow dan diingati dalam filem ini.




12/01/2024

FULL VIDEO X Selebriti bersama πŸ”₯πŸ”₯ Tonton di pawagam bermula 11 Januari 2024 πŸ”₯


10/01/2024

AMARAN! X kuat jgn tengok!! Official Trailer filem πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when en_pecinta_muvee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to en_pecinta_muvee:

Videos

Share